syarat pertandingan solar car race

5
REKABENTUK KERETA SOLAR – SEKOLAH MENENGAH 1.0 Syarat-syarat Pertandingan 1.1 Terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 4. 1.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang peserta sahaja. 1.3 Setiap daerah dibenarkan menghantar 2 pasukan sahaja dari sekolah yang sama. 1.4 2 pasukan dari setiap daerah akan dibimbing oleh seorang guru pengiring sahaja. 1.5 Satu sekolah hanya boleh menghantar satu model rekabentuk sahaja untuk dipertandingkan. 1.6 Rekabentuk adalah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz adalah bebas. 1.7 Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Penambahan / penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakan model kereta, adalah tidak dibenarkan. 1.8 Output maksima setiap rekabentuk bagi setiap model kereta adalah 6 Volt bezaupaya. 1.9 Hanya sel solar yang dibekalkan boleh digunakan. 1.10 Peralatan, alat gantian dan aksesori model kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar dsb perlu dibawa sendiri oleh peserta. 1.11 Model motor yang sedia ada dipasaran atau kit motor pasang siap dibenarkan. Bonus akan diberikan jika ada pasukan yang membina sepenuhnya motor model kereta.

Upload: amri-dgreat

Post on 18-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pertandingan

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEP

REKABENTUK KERETA SOLAR SEKOLAH MENENGAH1.0Syarat-syarat Pertandingan

1.1Terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 4.

1.2Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan hendaklahterdiri daripada 2 orang peserta sahaja.1.3Setiap daerah dibenarkan menghantar 2 pasukan sahaja dari sekolah yang sama.

1.42 pasukan dari setiap daerah akan dibimbing oleh seorang guru

pengiring sahaja.

1.5Satu sekolah hanya boleh menghantar satu model rekabentuk sahaja untuk dipertandingkan.1.6Rekabentuk adalah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz adalah bebas.

1.7Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Penambahan / penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakan model kereta, adalah tidak dibenarkan. 1.8Output maksima setiap rekabentuk bagi setiap model kereta adalah 6 Volt bezaupaya.1.9Hanya sel solar yang dibekalkan boleh digunakan. 1.10Peralatan, alat gantian dan aksesori model kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar dsb perlu dibawa sendiri oleh peserta.1.11Model motor yang sedia ada dipasaran atau kit motor pasang siap dibenarkan. Bonus akan diberikan jika ada pasukan yang membina sepenuhnya motor model kereta.

1.12Satu sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model. Jenis alat adalah bebas. Markah akan ditolak jika ada model yang menggunakan lebih daripada 1 jenis komponen.1.13Penggunaan suiz pada mana-mana bahagian model kereta dibenarkan.1.14Rekabentuk asas kereta hendaklah mengandungi binaan badan, chasis dan tayar sekurang-kurangnya 3 biji. Model yang menggunakan 2 tayar tidak akan dianggap sebagai kereta.1.15Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model kereta akan diambil kira.

1.16Penggunaan kit pasang siap sepenuhnya model kereta daripada pasaran adalah tidak dibenarkan samada dari segi badan kereta sahaja atau keseluruhan kereta. 1.17Kos bagi membina rekabentuk adalah tanggungjawab PPD / sekolah masing-masing. Urusetia tidak akan menanggung sebarang kos membina, mengangkut atau sebarang kos tambahan.1.18Setiap model kereta yang akan dipertandingkan, perlu disertakan juga satu laporan ringkas / folio sekurang-kurangnya 1 muka surat bersaiz A4. (format laporan diterangkan pada para 3.1)

1.19Keputusan hakim adalah muktamad2.0Pendaftaran Pertandingan2.1Pertandingan akan dilaksanakan pada 19 Julai 2005 mulai jam 10.30 pagi.2.2Semua peserta dikehendaki mempamerkan model kereta masing-masing selepas pertandingan sehingga 21 Julai 2005.

2.3Pertandingan akan dijalankan dalam 2 bahagian iaitu rekabentuk dan kelajuan.3.0 Kaedah Penghakiman3.1 Laporan Ringkas;Setiap penyertaan didalam pertandingan hendaklah disertakan satu laporan ringkas sekurang-kurangnya satu muka surat yang mengandungi aspek-aspek berikut;3.1.1 Abstrak

3.1.2 Objektif

3.1.3 Inovasi

3.1.4 Teori Saintifik

3.1.5 Kos

3.1.6 Rekabentuk

3.1.7 Trial Result

3.2 Bahagian 1 Rekabentuk3.2.1 Semua model kereta akan dipamerkan untuk penilaian hakim.

3.2.2 Peserta hendaklah mengemukakan laporan ringkas.

3.2.3 Panel hakim akan menilai rekabentuk berdasarkan kepada laporan dan temuduga di tempat pertandingan.3.2.4 Markah akan diberikan berdasarkan kepada temuduga, kerjasama antara peserta dan rekabentuk yang telah dihasilkan.

3.3 Bahagian 2 Kelajuan3.3.1 Perlumbaan di atas gelanggang bersimen yang sesuai, seperti gelanggang tenis.3.3.2 Semua kereta akan disusun serentak mengikut trek masing-masing.

3.3.3 Panjang trek perlumbaan adalah 5m dan 45 cm lebar.

3.3.4 Perlumbaan akan dijalankan secara pusingan saringan dan pusingan akhir.

3.3.5 Masa akan diambil bagi perlumbaan pusingan akhir3.3.6 Model kereta yang mencatatkan masa paling cepat dengan mengikut lorong trek yang betul akan mendapat markah yang baik.4.0 Pemilihan Pemenang4.1 Markah laporan, rekabentuk dan kelajuan akan dicampur bagi menentukan pemenang.

4.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Semasa pertandingan berjalan, guru pengiring tidak dibenarkan membantu.

5.2 Peserta dibenarkan memakai baju T dan topi semasa pertandingan.

5.3 Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh hakim.

PAGE 3