syarat pertandingan 1. nama · pdf filesyarat pertandingan ... kad pengenalan tempat kerja,...

6
SYARAT PERTANDINGAN Pertandingan Bola Tampar ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Undang- undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA dengan pengecualian berikut : 1. NAMA KEJOHANAN : Kejohanan ini dinamakan ‘KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN 2016’ 2. Tarikh dan Tempat : Kejohanan ini akan diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016 di Kompleks Sukan Negeri Paroi. 3. TUJUAN : 3.1. Memupuk semangat muhibah di kalangan pegawai dan peserta-peserta yang berbilang kaum. 3.2. Mempopularkan permainan Bola Tampar di Negeri Sembilan. 3.3. Meningkatkan taraf dan prestasi permainan Bola Tampar di Negeri Sembilan. 3.4. Meningkatkan taraf kejohanan setara dengan kejohanan masa kini. 4. PENYERTAAN : 4.1. Penyertaan dibuka kepada pasukan Lelaki dan Wanita Tertutup Negeri Sembilan 4.2. Setiap pasukan mengandungi seorang pengurus, seorang jurulatih, seorang penolong jurulatih/juruiring dan 12 orang pemain. 5. KELAYAKAN PEMAIN : 5.1. Semua pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja. 5.2. Dalam kategori tertutup lelaki dan wanita setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan hanya 2 pemain Negeri/ATM di Kejohanan Bola Tampar Terbuka Malaysia (Tahun 2010 2015). 5.3 Semua pemain mestilah telah menetap atau kerja atau belajar di Negeri Sembilan sekurang-kurang 3 bulan sebelum kejohanan atau lahir di Negeri Sembilan. Sekiranya kad pengenalan pemain beralamat di luar kawasan Negeri Sembilan, pengesahan majikan wajib disertakan. 5.4 Semua pemain mestilah warganegara Malaysia

Upload: dinhbao

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Tampar ini akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) dan Peraturan Am yang ditetapkan oleh MAVA dengan pengecualian berikut :

1. NAMA KEJOHANAN :

Kejohanan ini dinamakan ‘KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS

PERBANDARAN SEREMBAN 2016’

2. Tarikh dan Tempat :

Kejohanan ini akan diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016 di Kompleks Sukan Negeri Paroi.

3. TUJUAN : 3.1. Memupuk semangat muhibah di kalangan pegawai dan peserta-peserta yang berbilang

kaum. 3.2. Mempopularkan permainan Bola Tampar di Negeri Sembilan.

3.3. Meningkatkan taraf dan prestasi permainan Bola Tampar di Negeri Sembilan. 3.4. Meningkatkan taraf kejohanan setara dengan kejohanan masa kini.

4. PENYERTAAN : 4.1. Penyertaan dibuka kepada pasukan Lelaki dan Wanita Tertutup Negeri Sembilan 4.2. Setiap pasukan mengandungi seorang pengurus, seorang jurulatih, seorang penolong

jurulatih/juruiring dan 12 orang pemain.

5. KELAYAKAN PEMAIN :

5.1. Semua pemain boleh mewakili satu pasukan sahaja. 5.2. Dalam kategori tertutup lelaki dan wanita setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan

hanya 2 pemain Negeri/ATM di Kejohanan Bola Tampar Terbuka Malaysia (Tahun 2010 – 2015).

5.3 Semua pemain mestilah telah menetap atau kerja atau belajar di Negeri Sembilan

sekurang-kurang 3 bulan sebelum kejohanan atau lahir di Negeri Sembilan. Sekiranya kad pengenalan pemain beralamat di luar kawasan Negeri Sembilan, pengesahan majikan wajib disertakan.

5.4 Semua pemain mestilah warganegara Malaysia

2

5.5 Pengesahan pemain akan dibuat setengah jam sebelum perlawanan pertama pasukan masing-masing di Urusetia. Pengurus pasukan dikehendaki mengumpulkan dokumen-dokumen yang boleh mengesahkan kelayakkan pemain. Dokumen yang akan diterima ialah Kad pengenalan asal, kad pengenalan sementara, kad pengenalan tempat kerja, atau slip gaji terkini.

6. PENDAFTARAN :

6.1. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 100.00 (Satu Ratus Ringgit Malaysia sahaja) Secara tunai.

7. TARIKH TUTUP :

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Ogos 2016 (Jumaat) sebelum jam 3.30 petang. Mesyuarat Pengurus Pasukan dan undian juga akan diadakan pada 19 Ogos 2016 jam 3.30 petang.

8. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN :

8.1. Selain daripada undang-undang pertandingan yang terkandung, kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.

8.2. Sebarang kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan

berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

9. SISTEM PERTANDINGAN :

9.1. Di mana penyertaan tidak melebihi 5 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga

satu pusingan. Dua pasukan yang terbaik akan bertemu diperingkat akhir.

9.2. Di mana penyertaan terdiri daripada 6 hingga 11 pasukan, pertandingan awal akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam dua kumpulan iaitu kumpualan A dan B.

9.2.1. Kedua-dua pasukan yang berjaya ke peringkat akhir pada tahun lalu akan mengetuai kumpulan (seeded). Pasukan Johan mengetua kumpulan A dan pasukan Naib johan di dalam Kumpulan B. Pasukan yang lain akan diundi untuk menentukan kumpulan masing-masing. 9.2.2. Dua pasukan terbaik daripada kedua pasukan akan layak ke peringkat separuh

akhir di mana A1 bertemu dengan B2 dan A2 bertemu dengan B1. Pemenang separuh akhir akan bertemu di peringkat akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan. Kedua-dua pasukan yang kalah bertemu untuk tempat ketiga dan keempat.

9.3. Di mana penyertaan melebihi 11 pasukan, pertandingan akan dijalankan secara liga dalam 4 kumpulan A, B, C dan D.

9.3.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Undian bagi 4 Johan Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1, 3, 5 dan 7. Undian bagi 2 Naib Johan kumpulan untuk

3

ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Johan kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Naib Johan yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.

9.3.2. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan

memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara Pasukan-Pasukan yang kalah akn bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT

1 2. S/Akhir 1 3 4 Akhir 5 6 S/Akhir 2 7 8

10. SISTEM PEMBERIAN MATA/CARA MENENTUKAN KEDUDUKAN :

10.1. Pertandingan akan dijalankan dalam 1 set di semua peringkat (kecuali peringkat

separuh akhir dan akhir ) dengan mata penamat 31 saja. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir pertandingan akan dijalankan dalam 3 set terbaik dan pasukan yang memenangi 2 set dikirakan menang

10.2. Yang menang ---- 2 mata Yang kalah ---- 1 mata Lucutan teknikal/menarik diri ---- 0 mata

10.3. Sekiranya masih terdapat keadaan seri :-

Z = Jumlah mata yang menang (Semua perlawanan) Jumlah mata yang kalah Pasukan yang nisbah matanya lebih tinggi menduduki tempat teratas

10.4. Sekiranya masih terdapat keadaan seri antara 2 pasukan atau lebih :-

R = Jumlah mata menang (perlawanan antara pasukan terlibat)

Jumlah mata kalah Pasukan yang nisbah mata yang lebih tinggi menduduki tempat teratas.

10.5. Sekiranya keadaan masih berlaku cabutan undi akan dibuat untuk menentukan

kedudukan akhir.

4

11. PAKAIAN SERAGAM : Semua pasukan mesti berpakaian jersi seragam.

11.1. Jersi hendaklah bernombor yang berukuran 15 cm tinggi di tengah-tengah hadapan dan 20 cm di belakang.

11.2. Nombor jersi mestilah dari 1 hingga 18.

11.3. Pasukan yang tidak berpakaian seragam tidak akan dibenarkan bertanding.

12. PERTUKARAN PEMAIN :

Pertukaran / Penambahan pemain boleh dilakukan di urusetia satu jam sebelum perlawanan pertama dimulakan. Selepas itu, segala pertukaran/penambahan tidak akan dibenarkan.

13. PEMBATALAN (WALKOVER) :

13.1. Tiap-tiap pasukan mesti berada di gelanggang setengah jam sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah member kemenangan percuma kepada lawannya.

13.2. Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari

kejohanan dan tidak dibenarkan menyertai perlawanan-perlawanan seterusnya dan semua keputusan pertandingan diperolehi oleh pasukan itu akan dibatalkan. Wang cagaran pasukan tidak akan dipulangkan.

14. PENGADIL :

Pengadil-pengadil yang mengadili pertandingan ini terdiri daripada Calon Pengadil Negeri dan ke atasnya.

15. PENGANTUNGAN :

Pemain yang disingkirkan dalam sesuatu perlawanan akan dengan otomatik digantung bermain dalam satu perlawanan yang berikut sehingga Jawatankuasa Tatatertib telah membuat keputusan.

16. BANTAHAN/RAYUAN :

16.1. Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti

memberitahu pengadil secara lisan. Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan ‘Under Protest’. Hanya Ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan.

16.2. Sekiranya selepas perlawanan, pasukan masih ingin membantah, pengurus pasukan

mesti menulis perkataan ‘Ingin Membantah’ di ruang catatan dalam kertas skor dan menandatanganinya. Bantahan secara bertulis mesti disertakan dengan wang tunai RM 500.00 sebagai wang cagaran dan bukti-bukti bantahan dalam masa ½ jam selepas tamatnya perlawanan. Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika didapati bahawa bantahan itu tidak munasabah.

16.3 Bantahan tidak boleh dibuat mengenai perkara fakta yang dibuat oleh pengadil.

5

16.4 Sebarang bantahan atau perlanggaran peraturan akan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

17. JURI RAYUAN : Juri Rayuan akan diketuai oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya. Ahli-ahli Juri Rayuan

akan terdiri daripada Pengerusi Teknik NSVA, Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan itu. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima bantahan bertulis.

18. HADIAH :

18.1. Hadiah iringan akan disampaikan kepada pasukan-pasukan yang menduduki tempat pertama hingga tempat ketiga.

18.2. Piala pusingan untuk pasukan yang menjadi Johan sahaja.

18.3. Hadiah wang adalah seperti berikut :-

Kategori Johan N/Johan Ketiga Keempat

Lelaki RM 1,500.00 RM 1,000.00 RM 750.00 RM 500.00

Perempuan RM 1,000.00 RM 750.00 RM 500.00 RM 300.00

18.4. Pasukan yang berjaya menjadi Johan dan memiliki Piala Pusingan adalah bertanggungjawab untuk menyerah kembali kepada pihak penganjur selepas penyampaian hadiah.

19. PERKARA AM :

19.1. Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang

keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyata

dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dirayu atau dicabar di mana-mana mahkamah atau segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran hendaklah diputuskan

oleh jawatankuasa pertandingan yang keputusannya adalah MUKTAMAD.

19.2. Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan ini berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu.

19.3. Selain daripada pegawai-pegawai yang bertugas, pemain-pemain yang terlibat dan

jurukamera rasmi, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bila sesuatu perlawanan sedang dijalankan.

19.4. Hanya Pengurus Pasukan, Ketua Jurulatih, Penolong Jurulatih/Juruiring dan 6 orang

pemain pengganti yang dibenarkan menduduki bangku pasukan bersebelahan gelanggang permainan di mana-mana perlawanan.

19.5. Para pegawai, pemain dan penyokong setiap pasukan masing-masing diminta untuk

menjaga tingkah laku dan disiplin sepanjang perlawanan dijalankan.

6

20. PERTANYAAN : Segala pertanyaan dan surat menyurat hendaklah disalurkan kepada :-

Setiausaha Pengelola, Kejohanan Bola Tampar Piala YDP MPS,

d/a Kompleks Sukan Negeri, Paroi ( u.p. : Cik Hjh. Faridah bt Zainuddin )

No. Fax : 06-6784423

No. Tel. Pejabat 06-7667672 / 7673 / 7674 / 7675 019-6551933 (Hjh Faridah)

019-6969731 (En. Hasmizan) 016-2764208 (Cikgu Chin)

e-mail : [email protected]