syarat dan peraturan bolasepak piala dsno

12
PERATURAN & UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR, AHLI PARLIMEN TG KARANG 2014/15 KEJOHANAN BOLASEPAK PIALA YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR, AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG 2014/15 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1. Nama Pertandingan 1.1 Kejohanan Bolasepak Piala Yang Berhormat Datuk Seri haji Noh Bin haji Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang, 2014/15 2. Pengurusan 2.1 Penganjur : BIRO SUKAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO TANJONG KARANG KELAB SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI PARLIMEN TANJONG KARANG 3. Tarikh. Tempat Dan Masa Pertandingan 3.1 Tarikh : 30 November 2014 hingga 30 Mac 2015 3.2 Masa : 4.30 Petang 6.30 Petang 3.3 Tempat : 1. Padang Balai polis tg karang 2. padang pusat latihan kejuruteraan pertanian 3. padang SMK seri desa 4. Padang SMK Pengkalan Permatang 5. Sek. Keb. Sri Tiram 3.4 Tarikh Tutup Penyertaan : 23 November 2014 (AHAD), 2.00 PETANG 3.5 Tempat Pendafaran Dan Undian : Bangunan Umno Bahagian Tg Karang (Tingkat 3) 4. Sasaran Dan Penglibatan 4.1 Penyertaan Hanya : 32 pasukan terawal 4.2 Kumpulan Sasaran Dari : 4.2.1 Pasukan-pasukan dari Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung dalam parlimen tanjung karang 4.2.2 Pasukan dari Parlimen kuala selangor 4.2.3 Pasukan dari parlimen sungai besar 4.2.4 Pasukan dari parlimen sabak bernam 4.2.5 Pasukan dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta 5. Peraturan Umum Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan Mengikut Undang-Undang Permainan Bolasepak Sebagaimana Yang Telah Ditetapkan Oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). BIRO SUKAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO TANJONG KARANG KELAB SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI PARLIMEN TANJONG KARANG

Upload: azul

Post on 01-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sofbol

TRANSCRIPT

PERATURAN & UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR, AHLI PARLIMEN TG KARANG 2014/15

PERATURAN & UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR, AHLI PARLIMEN TG KARANG 2014/15

PERATURAN & UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR, AHLI PARLIMEN TG KARANG 2014/15KEJOHANAN BOLASEPAKPIALA YANG BERHORMAT DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR,AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG 2014/15

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. Nama Pertandingan

1.1 Kejohanan Bolasepak Piala Yang Berhormat Datuk Seri haji Noh Bin haji Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang, 2014/15

2. Pengurusan

2.1 Penganjur: BIRO SUKAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO TANJONG KARANG KELAB SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI PARLIMEN TANJONG KARANG

3. Tarikh. Tempat Dan Masa Pertandingan

3.1 Tarikh: 30 November 2014 hingga 30 Mac 20153.2 Masa: 4.30 Petang 6.30 Petang3.3 Tempat: 1. Padang Balai polis tg karang 2. padang pusat latihan kejuruteraan pertanian 3. padang SMK seri desa 4. Padang SMK Pengkalan Permatang 5. Sek. Keb. Sri Tiram3.4 Tarikh Tutup Penyertaan: 23 November 2014 (AHAD), 2.00 PETANG3.5 Tempat Pendafaran Dan Undian: Bangunan Umno Bahagian Tg Karang (Tingkat 3) 4. Sasaran Dan Penglibatan

4.1 Penyertaan Hanya : 32 pasukan terawal 4.2 Kumpulan Sasaran Dari :4.2.1Pasukan-pasukan dari Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung dalam parlimen tanjung karang4.2.2Pasukan dari Parlimen kuala selangor4.2.3Pasukan dari parlimen sungai besar4.2.4Pasukan dari parlimen sabak bernam4.2.5Pasukan dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta

5. Peraturan Umum

Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini dijalankan Mengikut Undang-Undang Permainan Bolasepak Sebagaimana Yang Telah Ditetapkan Oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

6. Peraturan Tambahan

Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur Adalah Berhak Meminda/Mengadakan Peraturan-Peraturan Tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.

Segala perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan Mengikut Keputusan Jawatankuasa Pertandingan Atau Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusan adalah Muktamad.

7. Bayaran Dan Cagaran Penyertaan

7.1 Yuran penyertaan : RM 100.007.2 Wang Cagaran: RM 100.00(Akan dikembalikan selepas tamat kejohanan hanya kepada pasukan yang menghabiskan semua perlawanan liga)sekiranya pasukan terlibat dengan pergaduhan/menimbulkan kekecohan/provokasi melampau/isu perkauman, juga cagaran dikira hapus.

8. Kelayakan Pemain Dan Pasukan

8.1 Pemain layak mendaftar mana-maan pasukan dengan syarat pemain tersebut merupakan warga atau bekerja di kawasan8.1.1parlimen kuala selangor8.1.2parlimen tanjung karang8.1.3parlimen sungai besar8.1.4parlimen sabak bernam

8.2Kelayakan Umur bagi pemain ialah 17 tahun keatas

8.3 Setiap Pemain Hanya Layak Bermain Untuk Satu Pasukan Sahaja. Jika Terdapat Seorang Pemain Yang Pasukannya Telah Kalah/Menang Dan Kemudiannya Bermain Untuk Pasukan Lain Maka Penyertaan Yang Kedua-Dua Pasukan Yang Berkenaan Akan Terbatal.

8.4Pemain yang sedang bermain dengan mana-mana pasukan yang terlibat dalam liga FAS, adalah tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pasukan yang menyertai Kejohanan ini.

8.5 Bekas Pemain yang pernah terlibat dengan mana-mana pasukan dalam liga FAS dalam tempoh tiga(3) tahun juga tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pasukan dalam kejohanan ini.

9. Hadiah

9.1 Johan- RM 3000 + piala pusingan + hadiah iringan9.2 naib johan- RM 2000 + hadiah iringan9.3 ketiga dan keempat - RM 500 + hadiah iringan

10. Penyertaan, Pendaftaran Pemain, Taklimat Dan Undian Pasukan

10.1 pendaftaran setiap pasukan hendaklah mengandungi tidak lebih dari 21 orang pemain termasuk pemain simpanan dan 4 orang pegawai.

10.2 borang pendaftran yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada urusetia bersama dengan salinan kad pengenalan pemain ketika pendaftaran.

10.3 Pendaftaran pasukan pada 23 NOVEMBER 2014 (Ahad) jam 3 petang bertempat di pejabat UMNO bahagian tg karang dan mana-mana pemain hendaklah mendaftarmenggunakan borang yang disediakan oleh jawatankuasa penganjur,hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

10.4 Taklimat pertandinagn dan undian pada 23 November 2014 (ahad) jam 3 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian Tg Karang. Semua pengurus wajib hadir. Pengurus atau pasukan yang gagal menghadiri sesi taklimat dan undian, pihak pengurusan tidak akan melayan segala bantahan dan rayuan yang melibatkan pasukan mereka sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

10.5 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan sebelum pertandingan.

10.6 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawana ialah 9 orang. Pasukan yang bermain kurang daripasa 9 orang pemain dalam sesuatu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah.

11. Persetujuan

Setiap pemain yang mengambil bahagian haruslah mematuhi undang-undang permainan bola sepak FIFA dan peraturan pertandingan yang diputuskan oleh jawatankuasa penganjur.

12. Format/ Cara Bermain

12.1 Peringkat pusingan pertama akan dijalankan secara liga (8 kumpulan ) yang mengandungi 4 pasukan satu kumpulan

12.2 Peringkat pusingan kedua, suku, separuh dan akhir adalah secara kalah keluar

12.3 Sisitem pertandingan secara liga, ia akan mempunyai 4 peringkat.

Peringkat 1-Pusingan Pertama

12.3.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan diundi ke dalam kumpulan yang akan bermain secara liga satu pusingan didalam kumpulan masing-masing

12.3.2 Tiga (3) mata akan diberikan kepada pasukan yang menang dan kosong (0) mata kepada pasukan yang kalah. Jika keputusan seri kedua-dua pasukan mendapat satu (1) mata.

12.3.3 Jika terdapat mana-mana pasukan gagal bermain atau gagal berada di padang seperti yang telah dijadualkan maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan dua (2) jaringan gol.

12.3.4 Setelah selesai perlawan liga bagi setiap pusingan pertama jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama maka penentuan keputusan melalui 4 kaedah (rujuk peraturan 14)

12.3.5 Setelah tamat liga satu pusingan dalam kumpulan, johan dan naib johan kumpulan daripada setiap kumpulan layak berbaik dalam pusingan kedua.

Peringkat 2 Pusingan Kedua Dan Suku Akhir12.3.6 Johan dan naib johan setiap kumpulan akan masuk ke pusingan kedua dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

12.3.7 Perlawanan menerusi penetapan pihak penganjur melalui persetujuan pengurus- pengurus pasukan. Johan dan naib johan tidak akan bertemu dalam pusingan ini.

12.3.8 Pada peringkat ini jika keputusan perlawan seri maka ia akan ditentukan terus melalui 5 sepakan penalti. Dan sekiranya masih seri, sepakan penalti mengikut peraturan Terkini FIFA

Peringkat 3 Pusingan Separuh Akhir12.3.9 Pemenang-pemenang perlawan suku akhir akan memasuki pertandingan separuh akhir12.3.10 Sekiranya mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas tamat tempoh perlawanan maka masa tambahan setiap separuh masa hendaklah diberi (rujuk perkara 18). Pemain-pemain tidak boleh meninggalkan padang anatar tamat tempoh permainan dalam masa tambahan. Jika masa tambahan ini berkesudahan dengan seri, maka pemenangnya akan ditentukan dengan 5 sepakan penalti. Dan sekiranya masih seri, sepakan penalti mengikut peraturan terkini FIFA.

Peringkat 4 Perlawan Akhir12.3.11 Tiada perlawanan untuk tempat ke3 dan ke412.3.12 Pemenang-pemenang peringkat separuh akhir layak bermain dalam pertandingan Akhir

12.3.13 Pada peringkat perlawanan ini, sekiranya mana-mana perlawanan berkesudahan dengan seri selepas tamat tempoh perlawanan maka masa tambahan setiap separuh masa hendaklah diberi (rujuk perkara 18). Pemain-pemain tidak boleh meninggalkan padang antara tamat tempoh permainan dalam masa tambahan. Jika masa tambahan ini berkesudahan dengan seri, maka pemenangnya akan ditentukan dengan 5 tendangan penalti. Dan sekiranya masih seri, sepakan penalti mengikut peraturan Terkini FIFA

13. Pemain Gantian

13.1 Lima (5) dari 10 orang pemain simpanan boleh digantikan dalam masa sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti.

14. Mata Permainan Dan Penentuan Keputusan

14.1.1 Tiga (3) Mata akan diberikan kepada pasukan yang menang dan kosong (0) mata kepada pasukan yang kalah. Jika keputusan seri kedua-dua pasukan mendapat satu (1) mata.

14.1.2Penentuan keputusan jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata sama maka penentuan keputusan melalui 4 kaedah:14.1 Jumlah perbezaan gol akan menjadi penentuan, iaitu pasukan yang memperolehi perbezaan yang terbesar antara jaringan gol masuk dengan jaringan gol kene hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggiJika perbezaan golnya sama, pasukan yang telah menjaringkan bilangan yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

Jika masih juga seri, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah menduduki tempat yang lebih tinggi

14.2 Jika masih juga seri, kedudukan seri ini hendaklah diselesaikan menurut cara yang diputuskan oleh jawatankuasa pertandingan -lambungan duit syiling. 15. Jadual Pertandingan

15.1 Semua Jadual Pertandingan Akan Disusun Oleh Jawatankuasa Pertandingan Sebelum Hari Pertandingan

15.2 Jawatankuasa berhak meminda mana-mana jadula perlawanan jika difikirkan perlu. 16. Penangguhan Perlawanan

16.1 Jika keadaan tidak mengizinkan pada hari perlawanan nyang ditetapkan, ,maka perlawanan itu akan dimainkan pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.

16.2 Jawatankuasa pertandingan juga akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambil kira

16.1.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan jawatankuasa pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti tanpa mengambil kira sebarang jaringan yang telah diprolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.

16.1.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan jawatankuasa pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambil kira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol akan diberi kemenangan. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat denga kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti.

16.3Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad merah/ dan hanya tinggal enam (6) orang pemain sahaja di atas padang), kemenangan 3-0 akan diberikan kepada pihak lawan.

17. Pengadil

Pengadil-pengadil akan disediakan oleh urusetia pertandingan. 18. Masa Permainan

18.1 Masa bagi permainan pusingan awal ialah 35 setiap separuh masa dan 5 minit masa Rehat18.2. sekiranya kedua-dua pasukan pada waktu perlawanan tidak cukup minima 9 orang, maka kedua pasukan dikira kalah dengan jaringan 0-3

18.3 Bagi perlawanan pusingan suku akhir,separuh akhir dan akhir, jika kedudukan seri. Setelah masa tamat, maka masa tambahan akan dijalankan selama 5 minit setiap separuh masa tanpa rehat

18.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada digelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

18.5 Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan borang nama pemain-pemain (C08) starting list kepada penadil rasmi/ VK 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

18.6 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat tempoh masa diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan percuma.

19. Penggantungan

19.1 Pemain yang menerima kad merah atau diperintah keluar padang oleh pengadil dengan automatik digantung 2 perlawanan.

19.2 Pemain yang menerima2 kad kuning dalam perlawanan yang berlainan dengan sendirinya digantung 1 perlawanan

19.3 Jika terdapat pergaduhan yang melibatkan lebih 3 orang pemain pada satu-satu perlawanan maka pemain ATAU pasukan tersebut akan digantung terus dari pertandingan- merujuk keputusan jawatankuasa rayuan dan disiplin.

19.4 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata atau menunjukkan isyarat-isyarat tidaktertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran bertulis sebelum ini atau tidak, akan digantung tiga perlawanan

19.5 Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil kehadapan jawatankuasa tatatertib untuk tindakan tatatertib yang sewajarnya.

19.6 Mana-mana pengurusan atau jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan diluar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah dianggap melakukannya didalam padang.

20. Sepak Mula/ Kelewatan

20.1 Setiap pasukan hendaklah bersedia 15 minit sebelum perlawanan dimulakan seperti dalam Jadual

20.2 Masa tidak melebihi 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat berada dipadang. Selepas daripada tempoh tersebut pengadil berhak tidak memulakan dan akan mengemukakan laporan kepada jawatankuasa pertandingan untuk mmebuat keputusan.

21. Pasukan Tarik Diri/Tidak Hadir Perlawanan

21.1Jika terdapat mana-mana pasukan yang menarik diri secara rasmi pada masa kejohanan berlangsung maka pihak penganjur akan membatalkan semua perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut samaada sebelum, semasa atau selepas perlawanan tersebut dijalankan. Semua mata pasukan yang terlibat dengan pasukan tersebut juga akan dibatalkan.

21.2Jika terdapat mana-mana pasukan yang tidak hadir ke padang pada masa yang ditetapkan maka pengadil akan membatalkan perlawanan tersebut. Jawatankuasa memutuskan dengan memberi kemenangan kepada pihak yang hadir dengan tiga (3) mata dan dua (2) jaringan gol. 22. Bilangan Minimum Pemain

22.1 Sesuatu pasukan hendaklah menurunkan sekurang-kurangnya 9 orang pemain yang berdaftar berada di atas padang semasa pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tida (3) mata dan tiga (3) jaringan gol.

22.2 Jika kedua-dua pasukan gagal menurunkan 9 orang pemain atau lebih berada di atas padang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan mengikut masa yang dijadualkan maka pengadil hendaklah melaporkan kepada jawatankuasa pertandingan yang akan membuat keputusan di mana keputusanya adalah muktamad. 23. Pakaian Pasukan Serta Alatan Pemain

23.1 Setiap pasukan hendaklah membawa dua (2) set jersi yang berlainan warna. Sekiranya terdapat warna jersi sama dalam sesuatu perlawanan pasukan tuan rumah (disebut dahulu) hendaklah menukar jersi.

23.2 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang berdaftar mengikut nama pemain tersebut. Setiap pemain mesti menggunakan nombor yang sama sepanjang kejohanan tersebut.

23.3 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas dan mengikut peraturan pakaian pemain yang dikuatkuasakan oleh FAM.

23.4 Kasut bola boot dan alas kaki (shin pads) wajib dipakai oleh semua pemain.

23.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya beliau diganti, pemain lain akan mengambil alih.

24. Peraturan Tendangan Penalti

24.1 Pengadil akan memilih bahagian gol sebagai tempat tendangan penalti yang akan diambil. Tendangan akan diambil dari petak yang ditetapkan.

24.2 Tendangan pertama akan diambil oleh pasukan yang menang undi dengan cara toss of coin. Lima (5) tendangan hendaklah diambil secara berselang-selang oleh pemain-pemain dari kedua-dua pasukan.

24.3 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada lawannya akan dikira sebagai pemenang.

24.4Sekiranya setelah mengambil kelima-lima tendangan penalti, kedua-dua pasukan (seri) maka, sepakan penalti mengikut peraturan Terkini FIFA

24.5 Hanya pemain-pemain yang bermain sehingga tamat masa permainan, boleh megambil tempat penjaga gol semasa tendangan penalti ini diambil.

24.6 Kecuali pemain-pemain yang akan mengambil tendangan penalti serta kedua-dua penjaga gol, semua pemain hendaklah berada ditempat yang ditentukan oleh pengadil.

25. Perlawanan Yang Dihentikan

Sekiranya pengadil menghentikan sesuatu perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain sesuatu pasukan yang tidak memuaskan atau yang mendatangkan ancaman, maka pengadil perlawanan tersebut hendaklah membuat laporan bertulis kepada jawatankuasa pertandingan untuk membuat keputusan. Jika jawatankuasa pertandingan membuat keputusan bahawa sesuatu pasukan itu bersalah atas tindakan yang telah dibuat maka kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan tiga (3) jaringan gol berbalas kosong (0) atau jaringan semasa perlawanan dihentikan jika lebih.

26. Etika Pegawai

26.1 pegawai pasukan, iaitu pengurus, jurulatih adalah diwajibkan memakai tag yang akan disediakan oleh urusetia. Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkahlaku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulin.

26.2 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau pemain yang diturunkan semasa perlawanan sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah dianggap sebagi kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak.

26.3 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah juga satu kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan bola sepak.

27. Peraturan Khas Dan Hak Jawatankuasa Penganjur

27.1 Sekiranya ada sebarang perkara berbangkit, yang mana tidak dinyatakan didalam peraturan pertandingan ini, jawatankuasa pertandingan akan merundingkan sekiranya perlu dan keputusan adalah muktamad.

27.2 Sebarang permasalahan rujuk kepada jawatan kuasa pertandingan melalui pengurusan pasukan masing-masing.

27.3 Jawatankuasa penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke semasa. Sebarang keputusan adalah muktamad. 28. Hal-Hal Yang Tidak Diperuntukan

Segala hal yang tidak diperuntukan dan segala tafsiran mengenai peraturan dan syarat yang terkandung hendaklah di selenggara oleh jawatankuasa pertandingan. Sebarang keputusanadalah muktamad kecuali diputuskan selainnya oleh jawatankuasa penganjur.

29. Bantahan

29.1 Hanya pengurus pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan.

29.2 Sebarang bantahan atas perkara-perkara yang bukan berkaitan undang-undang permianan atau keputusan pengadil perlawanan mestilah dibuat secara bertulis kepada setiausaha jawatankuasa pertandingan tidak lewat daripada 1 jam selepas sesuatu perlawanan itu tamat. Bantahan bertulis mestilah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan berserta dengan bayaran RM500.00. wang bayaran tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya. 29.3 Keputusan bantahan akan diputuskan selepas urusetia bantahan mesyuarat dan keputusan secara bertulis kepada pengurusan pasukan dalam tempoh 3 hari. Dan keputusan urusetia adalah muktamad.

30. Jawatankuasa Rayuan Dan Disiplin

30.1 Pengerusi/Timbalan Pengerusi/Naib Pengerusi30.2 Setiausaha/Penolong Setiausaha30.3 2 Wakil Pengurus Berkecuali30.4 Pengerusi/Penyelaras Teknik Dan Pertandingan30.5Ketua Pengadil/Wakil

31. Kad Pemain dan Pegawai

31.1Setiap pemain dan pegawai pasukan adalah wajib menyediakan sekeping gambar ukuran pasport, untuk Jawatankuasa urusetia menyediakan Kad Pemain.

31.2Sebelum perlawanan bermula, pemain dan pegawai wajib menyerahkan Kad Pemain kepada Jawatankuasa urusetia untuk pengesahan. Kegagalan menyerahkan Kad Pemain, Jawatankuasa urusetia berhak menolak kelayakan pemain tersebut pada hari perlawanan.

32. Nombor Dan Alamat Untuk Dihubungi

32.1.1En. Mohd Fadzli(Pakmat)-0192-66628732.1.2En. Mohd Zaki-013-206660632.1.3En. Rosman (posman)-019-300569632.1.4En. Mohd Shahfendi-017-6028976

BIRO SUKAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO TANJONG KARANGKELAB SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI PARLIMEN TANJONG KARANG

BIRO SUKAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO TANJONG KARANGKELAB SUKAN DAN REKREASI KOMUNITI PARLIMEN TANJONG KARANG