syarahan.docx

3
TAJUK : RASULLULLAH S.A.W QUDWAH PELAJAR CEMERLANG Bismillahirahmanirahim… Assalammualaikum wrt… Alhamdullillah…. Terima kasih saudara peneraju majlis, yang saya hormati kombinasi kehakiman pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga dewan yang dimuliakan Allah sekalian. Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang bermauduk “RASULULLAH S.A.W QUDWAH PELAJAR CEMERLANG”. Frasa ‘Rasullullah’ merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah gelaran khas bagi nabi Muhammad S.a.w yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyunya kepada seluruh umat manusia. Manakala ‘qudwah’ merujuk kepada contoh teladan. Seterusnya, frasa yang terakhir sekali iaitu ‘pelajar cemerlang’ bermaksud penuntut ilmu yang mendapat kejayaan yang sangat baik. Hadirin hadirat yang budiman, Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama: Rasullullah s.a.w pemangkin generasi rabbani َ ر ِ خ آْ الَ مْ و َ يْ ل اَ وَ َ و اُ جْ رَ يَ ان َ ك نَ مِ لٌ $ ةَ نَ سَ حٌ $ ةَ وْ سُ , اِ َ اِ ولُ سَ ر يِ فْ مُ كَ لَ انَ كْ دَ $ قَ ل اً ر يِ ; ثَ كَ َ اَ رَ كَ ذَ وSesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (surah Al Ahzab ayat 21) Generasi rabbani adalah generasi ketuhanan yang bercirikan keimanan kepada Allah dan rukun iman yang lainnya bertepatan dengan penegasan Allah dalam surah Al Ahzab ayat 21

Upload: kakjie2010

Post on 16-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: syarahan.docx

TAJUK : RASULLULLAH S.A.W QUDWAH PELAJAR CEMERLANG

Bismillahirahmanirahim…

Assalammualaikum wrt…

Alhamdullillah….

Terima kasih saudara peneraju majlis, yang saya hormati kombinasi kehakiman pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga dewan yang dimuliakan Allah sekalian. Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang bermauduk “RASULULLAH S.A.W QUDWAH PELAJAR CEMERLANG”. Frasa ‘Rasullullah’ merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah gelaran khas bagi nabi Muhammad S.a.w yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyunya kepada seluruh umat manusia. Manakala ‘qudwah’ merujuk kepada contoh teladan. Seterusnya, frasa yang terakhir sekali iaitu ‘pelajar cemerlang’ bermaksud penuntut ilmu yang mendapat kejayaan yang sangat baik.

Hadirin hadirat yang budiman,

Ayuh, hayatilah mandala fikir saya yang pertama: Rasullullah s.a.w pemangkin generasi rabbani

ل(م'ن ن'ة+ س' ح' و'ة+ س2أ4 الل8ه6 ول6 س4 ر' ف6ي ل'ك4م2 ك'ان' د2 ل'ق'

ا Fك'ث6ير الل8ه' ذ'ك'ر' و' ر' خ6 اآل2 ال2ي'و2م' و' الل8ه' و ج4 ي'ر2 ك'ان'

Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah. (surah Al Ahzab ayat 21)

Generasi rabbani adalah generasi ketuhanan yang bercirikan keimanan kepada Allah dan rukun iman yang lainnya bertepatan dengan penegasan Allah dalam surah Al Ahzab ayat 21

Bertepatan dengan hadis Rasullullah s.aw yang bermaksud: orang-orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya (hadis riwayat al tarmizi)

Rasullullah sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang tinggi sehingga mampu menjadi contoh tauladan dan ‘qudwah hasanah’ kepada seluruh umat manusia. Kini pelbagai program dan anugerah telah diperkenalkan oleh kerajaan antaranya ialah seperti Anugerah Tokoh Maulidur Rasul, Program Budi Bahasa Budaya Kita dan sebagainya bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni serta memberi inspirasi dan galakan kepada kepada pelajar khususnya dalam mengenali dan seterusnya mencintai Rasullullah s.a.w

Page 2: syarahan.docx

Hadirin hadirat yang dihormati Allah,

Beralih kepada bicara minda saya yang kedua: Rasullullah s.a.w pencetus budaya ilmu

Hadis

“Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga liang lahad” Hadis ini bermaksud menggalakkan umat Islam terus belajar iaitu sejak dari kecil sehinggalah menemui ajal. Kita berkewajipan menimba ilmu pengetahuan seterusnya berusaha menjadi bangsa yang mampu mengangkat martabat ummah ke tahap yang tinggi dan cemerlang. Contohnya, Ibnu Sina yang merupakan tokoh cendekiawan ulung islam dalam perubatan yang mana beliau berjaya dalam membuat analisis tentang pelbagai jenis penyakit. Justeru, bagi menggalakkan pelajar mencintai ilmu, program seperti ‘Kempen Budaya Membaca’, ‘Program Sekolah Dalam Hospital dan sebagainya telah diperkenalkan oleh kerajaan. Jelaslah bahawa Rasullullah s.a.w adalah pencetus budaya ilmu.

Sidang dewan sekalian,

Seterusnya beralih kepada mandala fikir saya yang ketiga : Rasulullah S.A.W. membina akhlak mahmudah.

Pembentukan akhlak pelajar melalui Qudwah mulia yang ditonjolkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. melahirkan generasi terbilang.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat : 10

Maksudnya : Sesungguhnya seluruh orang mukmin itu adalah saudara, maka damaikanlah antara mereka (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah.

Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. adalah contoh asas persaudaraan Islam. Persaudaraan atas dasar akidah Islam akan membentuk perpaduan yang mantap.