syarahan sekolah cina dan tamil

Upload: norma-saad

Post on 02-Apr-2018

324 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Syarahan Sekolah Cina Dan Tamil

    1/5

    SYARAHAN SEKOLAH CINA DAN TAMIL

    Contoh Teks Syarahan PSUB (Pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis)SRJK(C) dan SRJK(T)Teks 1: Bahasa Kebangsaan Nadi Perpaduan

    YANG kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indahitu bahasa. Begitulah indahnya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan BahasaKebangsaan Nadi Perpaduan. Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis,kombinasi hakim yang arif lagi berkarisma, dif-dif kehormat dan warga dewan yangsaya muliakan, salam mesra dan salam perpaduan. Bahasa Kebangsaan NadiPerpaduan secara keseluruhannya membawa maksud bahasa merupakan elemenpenting yang menjadi tunjang kepada perpaduan rakyat di negara kita. Hadirin yangsaya kasihi, Faktor utama yang menjadi teras kepada terbinanya perpaduan hari iniialah bahasa yang digunakan bersama. Hal yang demikian kerana sejarah telahmembuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi semenjakzaman kesultanan Melayu Melaka sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan

    pada tahun 1957. Oleh itu, nyatalah bahasa iaitu bahasa Melayu menjadi komponenpenting perpaduan yang membawa kepada kemerdekaan. Hadirin yang budiman,Perkara 152 Perlembagaan Negara ada mengkanunkan bahawa bahasa kebangsaanialah Bahasa Melayu. Ini membuktikan sejak dahulu pemimpin pelbagai kaum telahsepakat perlu adanya satu bahasa yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat.Hubungan yang intim akan terjalin apabila semua rakyat berkomunikasi antara satusama lain menggunakan satu bahasa. Kita bukan sahaja berkongsi negara, malahankita sanggup berkongsi bahasa atas nama perpaduan bak kata pepatah Di manabumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hadirin sekalian,

    Malaysia telah membuka mata dunia apabila rakyatnya yang berbilang bangsa

    dan agama dapat bersatu dan hidup aman damai di bawah satu Jalur Gemilang.Cuba fikir sejenak, mampukah negara kita menikmati kemajuan dan kemakmurantanpa bahasa? Tentunya tidak, hadirin sekalian. Sejarah telah membuktikan bahawatanpa perpaduan negara akan menemui kehancuran. Justeru, perpaduan antarakaum amat penting untuk menjamin kemajuan dan kestabilan serta kesejahteraanrakyat. Oleh itu, bahasa bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warganegara kita, malahan merupakan aset penting untuk menjana kemajuan dankestabilan yang berterusan. Sidang hadirin, Perahu sudah di air, pendayung sudahdi tangan, apa lagi yang kita tunggu? Mari, marilah kita bersatu dengan satu bahasademi keutuhan negara tercinta. Sekian, terima kasih. *Peserta di atas telahdinobatkan sebagai Johan Negeri Perak

    Teks 2: Hidup Muafakat Membawa Berkat

  • 7/27/2019 Syarahan Sekolah Cina Dan Tamil

    2/5

    Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing, Bulat air kerana pembentung, Bulatkata kerana muafakat.Salam perpaduan dihulurkan untuk semua. Terima kasih tuanpengerusi majlis, yang saya hormati, dif-dif kehormat, panel hakim yang arif lagibijaksana serta sentiasa menegakkan paksi kebenaran, warga pendidik yang

    budiman seterusnya hadirin yang saya kasihi. Hidup Muafakat Membawa Berkatbegitulah nada lirik syarahan saya pada hari ini.Tuan-tuan dan puan-puan,,Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakatmajmuk seperti Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nuraniyang suci. Kita perlu berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira ras danwarna kulit. Perkara ini tidak dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyangmasih segar dalam ingatan. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Dengan terbinanya amalan berkerjasamaantara kaum, maka akan wujudlah perpaduan dan kesejahteraan hidup. Tanpa sikaptolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran kaum mudahberlaku.Sidang dewan yang saya kasihi, Masih ingatkah anda wawasan 2020 yang

    telah diilhamkan oleh bekas Perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad?Dalam cabaran yang kelima telah dinukilkan dengan jelas iaitu untukmembangunkan masyarakat yang bertoleransi. Ini bermakna rakyat

    Malaysia yang pelbagai kaum bebas mengamalkan adat istiadat, budaya danagama tanpa sekatan dan kongkongan. Masyarakat Tionghua tanpa canggungmemakai baju kurung dan kebaya. Begitu juga masyarakat Melayu betapa anggunmengenakan ceongsam dan sari. Keadaan inilah yang menonjolkan keunikan negaraMalaysia yang maju dan dibangunkan oleh rakyat yang berbilang kaum danagama.Hadirin yang saya hormati,Dalam hidup berjiran tetangga kita perlumewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu dengan yang lain

    tanpa memikirkan budaya dan agama. Yang buta dipimpin, yang sakitdiziarahi.Susah senang sesama jiran ditangani bersama. Bersikap bagai enau dalambelukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dipinggirkan daripada sanubari.Justeru, marilah kita sama-sama mengutamakan hal-hal kekeluargaan dankemasyarakatan yang mendasari semangat kejiranan. Saranan ini bertepatandengan dasar kebudayaan yang menggalakkan keharmonian perhubungan antarakaum. Jiran sepakat membawa berkat.Warga dewan yang setia,Generasi hari esokadalah pewaris kepemimpinan hari ini. Institusi pendidikan memainkan perananpenting untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri.Seandainya sikap individualisitik dan materialistic wujud di kalangan pelajar makaberkemungkinan akan melahirkan prejudis terhadap rakan etnik yang lain. Melalui

    Dasar Pendidikan Kebangsaan, unsur-unsur negatif ini dapat ditangani demikepentingan perpaduan nasional. Akhirnya marilah kita bersama-sama bersatumengekal dan mengukuhkan permuafakatan.Sebelum saya mengundur diri,renunglah madah ini Jangan biarkan kudis menjadi sopak, sopak pula menjadikusta. Sekian, terima kasih.

    Teks 3: Sains dan Teknologi Pencetus Perpaduan

  • 7/27/2019 Syarahan Sekolah Cina Dan Tamil

    3/5

    Terima kasih pengacara majlis, salam perpaduan sya hulurkan kepada panelhakim yang adil lagi teguh dipaksi kesaksamaan, dif-dif jemputan yang budiman,seterusnya hadirin sekalian.Tampilnya saya pada hari ini adalah untukmenyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Sains dan Teknologi pencetusperpaduan. Sebelum saya menyambung hujah-hujah, izinkan saya mendefinisikan

    tajuk syarahan ini. Sains adalah satu disiplin ilmu, teknologi ciptaan secarasistematik dan terkini, pencetus diertikan sebagai menerbitkan dan perpaduanbermaksud penggabungan. Maka frasa Sains dan Teknologi PencetusPerpaduan dapatlah ditakrifkan sebagai ciptaan peralatan yang moden dancanggih dapat menerbitkan rasa persahabatan yang akrab dan jitu.Hadirinsekalian,Hari ini dunia menjadi semakin sempit. Jarak bukan lagi penghalang kepadaperhubungan sejagat. Ini kerana terciptanya peralatan yang berteknologi tinggi, kitaboleh berkomunikasi secara lisan atau tulisan. Antara peralatan komunikasi tersebutialah komputer dan telefon selular.

    Dengan menggunakan ciptaan moden ini perhubungan akan bertambah akrab

    tanpa mengambil masa yang lama atau mengira tempat untuk berhubung. Walau dipelosok mana kita berada, komunikasi dapat diteruskan, terserahlah kepada kitauntuk mengoptimumkannya, tepuk dada, tanya selera. Ciptaan moden sepertikereta, kapal terbang dan monorel pula dapat membawa kita lebih pantas kedestinasi tertentu untuk menziarahi kaum keluarga, rakan dan taulan. Jika dahulujarak tertentu memakan masa yang lama untuk tiba, tetapi kini jarak yang samamasa yang singkat diperlukan. Kemudahan berziarah ini boleh melahirkanperpaduan terutama jika dilakukan pada saat rakan ditimpa musibah. Amalanberziarah pada musim perayaan akan menjadi lebih rancak dengan adanyakemudahan ini. Begitulah hebat dan bermanfaatnya sains dan teknologi dalammemupuk perpaduan.Melalui komputer juga kita dapat mengetahui tentang adapt,

    resam, budaya dan kepercayaan kaum yang lain.

    Apabila kita sudah mengetahui maka kita akan menghormatinya pula. Disamping itu, dengan sendiri kita akan menjauhkan diri daripada bercakap ataumenulis tentang sesuatu yang boleh menyinggung perasaan dan emosi rakan kitadaripada kaum yang lain. Dengan itu, unsur-unsur yang mengganggu gugatperpaduan dapat dihindarkan.Warga dewan yang dihormati,Dunia hari ini berada dihujung jari anda, bukan sahaja mencari maklumat, malah membeli belah juga bolehdibuat tanpa bergerak ke mana-mana. Anda hanya perlu duduk dan melayari laman-laman web yang tersedia ada. Kini tiada lagi penat berjalan.Hadirinsekalian,Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, saya menyeru agar semua yang

    ada di dewan ini menggunakan sains dan teknologi bagi merapatlan perpaduansesama warga negara ini.Sekian, terima kasih.

    Teks 4: Wawasan Negara Membentuk Perpaduan

  • 7/27/2019 Syarahan Sekolah Cina Dan Tamil

    4/5

  • 7/27/2019 Syarahan Sekolah Cina Dan Tamil

    5/5

    KATA disusun indah bahasa, Bibir tersenyum manis bicara, Satu bangsa satunegara, Lambang perpaduan rakyat Malaysia.Terima kasih pengacara majlis, panelhakim yang sentiasa menegakkan keadilan, para tetamu yang budiman, seterusnyahadirin yang dihormati.Apakah yang dimaksudkan Satu Bangsa Satu Negara? Satubermakna tunggal, bangsa pula dimaksudkan sebagai ras atau keturunan dan

    negara pula adalah suatu lingkungan kawasan yang berdaulat dan bersempadan.Justeru, frasa Satu Bangsa Satu Negara dapatlah disimpulkan sebagai sebuahnegara yang hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Tidak dua, tidak tiga.Negarakita

    Malaysia sedang menuju ke arah negara maju sebagaimana digariskan olehpucuk pimpinan negara. Pada tahun 2020,Malaysia akan muncul berdiri sama tegak dan duduk sama rendah dengan negaramaju yang lain. Antara elemen utama mencapai cita-cita tersebut ialah perpaduandi antara bangsa yang terdapat diMalaysia. Justeru, pemimpin kita ingin mewujudkan konsep satu bangsa satu

    negara.Sidang hadirin sekalian, Konsep satu bangsa satu negara bermakna semuabangsa yang terdapat di negara ini hanya dikenali sebagai bangsaMalaysia. Tanpa mengubah anutan atau kepercayaan, bangsa Malaysia diharapkanmenjadi lambang kepada negara

    Malaysia yang bersatu.Apabila ini menjadi kenyataan diharapkan tiada lagimasalah perkauman yang timbul. Semua warga Malaysia merasakan diri merekasamatara di bumi bertuah ini. Lalu, jadilah kita bagai aur dengan tebing bukanlah sepertienau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.Anasir luar juga tidakboleh menimbulkan perasaan iri hati antara warga, kerana kita sudah sehati sejiwa,seia sekata, perumpamaan ada berkata, bukit yang tinggi sama didaki, lurah yang

    dalam sama dituruni. Keselamatan negara juga menjadi tanggungjawab bersama.Sebagai satu bangsa yang bersatu tiada lagi yang terkecuali secara sengaja atautidak, dalam mempertahankan negara ini apabila diserang secara fizikal atauekonomi. Sejarah telah membuktikan bagaimana kita sebagai warganegara berdiriteguh di belakang pucuk pimpinan ketika negara dilanda kegawatan ekonomi suatuketika dulu.Satu bangsa bukanlah bermakna kita meninggalkan anutan dankepercayaan masing-masing. Tetapi ianya hanya satu lambang perpaduan sesamarakyat

    Malaysia. Senario ini sama dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagaibahasa rasmi negara kita.Sidang dewan yang dimuliakan,Bukanlah hanya diMalaysia yang mengamalkan konsep satu bangsa satu negara. Bahkan, negara

    rantau Asia yang lain seperti negara Thailand dan Indonesia turut mengamalkankonsep yang sama. Percayalah hadirin sekalian tanpa tenaga dan fikiran, seluruhwargaMalaysia tidak akan ke mana-mana. Biar gelora membadai, biar mentari hangusmembakar namun Satu Bangsa Satu Negara tetap dipertahankan.