syarahan buah

Upload: firdauz83

Post on 08-Jan-2016

426 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Syarahan Buah

TRANSCRIPT

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Kebaikan makan buah-buahan tempatan. Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah manggis, durian, tembikai dan sebagainya. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Oleh sebab itulah, buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara. Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya. Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

UCAPAN/SYARAHAN Tajuk : Buah-buahan tempatan

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk syarhan saya pada pagi ini ialah, "Buah-buahan Tempatan" . Buah-buahan tempatan banyak mempunyai khasiatdan sedap rasanya. Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang mengutamakan buah-buahan import.

Terdapat juga yang beranggapan bahawa buahbuahan tempatan hanya untuk penduduk kampung. Ini adalah kenyataan yang sama sekali tidak benar. Hadirin sekalian, Oleh sebab buah-buahan tempatan mempunyai kebaikannya yang tersendiri, usaha memajukan industri buah-buahan tempatan seperti pisang, betik, nangka, durian, manggis, mata kucing, belimbing dan lain-lain dieksport secara besar-besaran ke luar negara.

Hadirin yang dihormati sekalian, Harga di pasaran bagi buah-buahan tempatan juga berpatutan. Jika berbanding dengan harga buah-buahan luar negara, harga buah-buahan tempatan lebih rendah daripadanya. Oleh yang demikian, eloklah kita kikiskan sikap negatif kita terhadap buahbuahan tempatan.

Satu lagi perkara yang benar ialah, pelancong luar negara yang berkunjungke negara kita suka merasakan buah-buahan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberi sokongan kepada pengusaha-pengusaha buah-buahan tempatan dengan menunjukkan sikappositif terhadapnya.

Kesimpulannya, kita perlu memberi sokongan kepada industry buah-buahan tempatan ini demi kebaikan kesihatan diri kita dan kemajuan negara.Sekian, terima kasih.