syarahan 4 balasan

15
BALASAN (Consideration) Pn. Asmar Binti Abdul Rahim Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Upload: wanbk-leo

Post on 02-Jun-2015

5.173 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarahan 4 Balasan

BALASAN(Consideration)

Pn. Asmar Binti Abdul Rahim

Kolej Undang-undang, Kerajaan & Pengajian Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia

Page 2: Syarahan 4 Balasan

2

Definisi Balasan

• S.2(d) – Menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yg telah membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.– Kes: Currie v Misa – “balasan” adalah suatu

balasan yg bernilai mengikut pengertian undang2

Page 3: Syarahan 4 Balasan

3

Jenis-jenis Balasan

• Balasan eksekutori – balasan yang belum dilaksanakan tetapi akan dilaksanakan

• Balasan tersempurna – balasan yang dilaksanakan

• Balasan lampau/lepas – janji yang dibuat untuk membalas suatu perbuatan yang telah pun dibuat atau telah dilaksanakan.

Page 4: Syarahan 4 Balasan

4

Perbezaan dengan Undang2 Inggeris

1. Balasan dari penerima janji–S.2(d) – menurut pembuat janji, apabila penerima janji atau sesiapa sahaja yg telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu.

– Tweddle lwn Atkinson – tuntutan oleh suami terhadap janji antara bapanya dan bapa mertuanya

Page 5: Syarahan 4 Balasan

5

Perbezaan dengan Undang2 Inggeris

2. Balasan lampau–S.2(d) - ….apabila penerima janji atau sesiapa sahaja yg telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu…

–Kepong Prospecting Ltd & ors lwn Schmidt –1% hasil bijih – janji dibuat sebelum perjanjian

–Roscorla lwn Thomas – jual beli kuda, kemudian janji bahawa ia sihat dan tidak ganas

–Lampleigh lwn Braithwait – mohon pengampunan dari raja, janji membayar 100 pund

Page 6: Syarahan 4 Balasan

6

Perbezaan dengan Undang2 Inggeris

3. Pembayaran sebahagian – S.64

(a) Penerima janji boleh membebaskan atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan drp perlaksanaan janji yg telah dibuat kpdnya, atau

(b) Penerima janji boleh melanjutkan masa utk perlaksanaan janji itu, atau

(c) Penerima janji boleh menerima sbg gantinya sebarang pemenuhan janji yg dia fikir berpatutan.

– Kerpa Singh v Bariam Singh – hutang RM8,869.94 dilangsaikan dengan RM4,000.00. Syarat: terima tunaikan, tak diterima pulangkan

Page 7: Syarahan 4 Balasan

7

Undang-undang Inggeris

• Pembayaran sebahagian tidak diiktiraf sbg satu cara melangsaikan keseluruhan hutang.

– Kes: Pinnel – Cole berhutang kpd Pinnel 8 pound 10 syiling, dilangsaikan dgn 5 pound 2 syiling 2 pence – diputuskan pembayaran sebahagian hutang tidak melangsaikan keseluruhan hutang

Page 8: Syarahan 4 Balasan

8

Balasan dalam melaksanakan kewajipan undang-undang

• Sekiranya balasan yang dinyatakan adalah pelaksanaan kewajipan undang-undang, maka kontrak tidak terbentuk– Stilk lwn Myrick – bayaran gaji 2 anak kapal, tuntutan

tidak dibenarkan– Collins lwn Godefroy – hadir ke mahkamah sebagai

saksi, tuntutan tidak dibenarkan– Glassbrook Brothers Ltd lwn Glanmorgan County

Council – kawalan keselamatan yg ketat oleh polis semasa mogok, tuntutan 2200 pound dibenarkan

Page 9: Syarahan 4 Balasan

9

Keberpadaan balasan(Adequacy of Consideration)

• Samada balasan yang diberikan mencukupi/ memadai atau tidak

• S.26 huraian 2 – Sesuatu perjanjian di mana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memadai.– Phang Swee Kin lwn Beh I Hock – jual beli sebidang

tanah berbalaskan 20,000 mata wang Jepun– Macon Works & Trading Sdn Bhd lwn Phang Hon

Chin & anor – bayaran opsyen pembelian tanah sebanyak RM1.00 adalah mencukupi

– Chappell & Co. Ltd lwn Nestle Co. Ltd – rekod gramophone lirik lagu berbalaskan 1 pound 6 syiling 3 keping kertas pembalut coklat

Page 10: Syarahan 4 Balasan

10

Perjanjian tanpa balasan

• Umumnya, setiap perjanjian mesti ada balasan dari kedua-dua pihak.

• Namun dalam situasi-situasi tertentu, perjanjian tetap menjadi sah tanpa adanya balasan.

• S.26 (a), (b) dan (c) Akta Kontrak

Page 11: Syarahan 4 Balasan

11

Perjanjian tanpa balasan – S.26(a)

• Sesuatu perjanjian yg dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali – ianya dinyatakan secara bertulis & didaftarkan menurut undang-undang (jika ada) yg pada masa itu berkuatkuasa utk pendaftaran dokumen sedemikian & dibuat berdasarkan atas kasih sayang semula jadi antara pihak-pihak yg ada hubungan karib antara satu sama lain.– Re Tan Soh Sim – Isu: hubungan rapat anak angkat

lelaki dengan keluarga ibu angkat?

Page 12: Syarahan 4 Balasan

12

Perjanjian tanpa balasan – S.26(b)

• Sesuatu perjanjian yg dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali – ianya sesuatu janji utk memampaskan keseluruhan atau sebahagiannya, kpd seseorg yg telah berbuat sesuatu secara sukarela utk pembuat janji atau berbuat sesuatu yg pembuat janji boleh dipaksa di sisi undang-undang untuk membuat.– J.M. Wotherspoon & Co. Ltd. lwn Henry

Agency House

Page 13: Syarahan 4 Balasan

13

Perjanjian tanpa balasan – S.26(c)

• Sesuatu perjanjian yg dibuat tanpa balasan adalah batal, kecuali – ianya sesuatu janji yg dibuat secara bertulis & ditandatangani oleh org yg menanggungnya atau agennya, yg diberi kuasa secara am atau khusus utk maksud itu, supaya membayar keseluruhan atau sebahagian dari sesuatu hutang, yg pembayarannya boleh dikuatkuasakan oleh si piutang seandainya tidak ada undang-undang mengenai batasan guaman.

Page 14: Syarahan 4 Balasan

Soalan?

Page 15: Syarahan 4 Balasan

15

http://wanbk.page.tlhttp://wanbk.page.tl