syair siti khadijah

12
SYAIR SITI KHADIJAH Siti Khadijah bangsawan terbilang Kaya raya gemar berdagang Tertarik hati pekerti cemerlang Menawan baginda untuk berdagang Ke negeri Syam baginda berniaga Bersama Maisarah membantu baginda Jujur ikhlas Khadijah berbangga Rajin dan gigih pandai berniaga Khadijah memilih bersuamikan baginda Kasih dan sayang sehati sejiwa Berkorban apa, sahaja yang ada Menjadi tauladan kepada kita

Upload: razak366894

Post on 18-Dec-2014

101 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Siti Khadijah

SYAIR SITI KHADIJAH

Siti Khadijah bangsawan terbilang

Kaya raya gemar berdagang

Tertarik hati pekerti cemerlang

Menawan baginda untuk berdagang

Ke negeri Syam baginda berniaga

Bersama Maisarah membantu baginda

Jujur ikhlas Khadijah berbangga

Rajin dan gigih pandai berniaga

Khadijah memilih bersuamikan baginda

Kasih dan sayang sehati sejiwa

Berkorban apa, sahaja yang ada

Menjadi tauladan kepada kita

Page 2: Syair Siti Khadijah

MENEPATI MASA

Menepati masa setiap setika

Hidup bahagia sepanjang masa

Jadikan pedoman sepanjang zaman

Untuk berjaya dalam kehidupan

Marilah kawan jadikan pedoman

Menepati masa jadikan amalan

Agar berjaya ke arah wawasan

Kepada diri rakan sekalian.

Page 3: Syair Siti Khadijah

NASIHAT IBU

Wahai adik-adik sekalian,

Dengar sini kakak ceritakan,

Hidup ini penuh cabaran,

Kita mesti tabahkan iman.

Kita mesti sentiasa bersyukur,

Janganlah jadi orang yang kufur,

Budi baik hendaklah ditabur,

Janganlah sombong janganlah takbur.

Adik-adik yang disayangi,

Jangan biarkan orang membenci,

Kelak kawan larikan diri,

Pasti hidup akan bersendiri.

Ingatlah semua adik-adikku,

Janganlah engkar nasihat ibu,

Biarlah dada dipenuhi ilmu,

Bahagia sejahtera senang hidup.

Page 4: Syair Siti Khadijah

PENTINGNYA ILMU

Dengarlah teman sahabat taulan,

Sedikit panduan satu pesanan,

Tuntutlah ilmu sepanjang zaman,

Kelak dirimu tidak ketinggalan.

Jika membaca dijadikan amalan,

Pelbagai ilmu dapat ditemukan,

Biar apapun jenis pekerjaan,

Pasti diri menempuh kejayaan.

Marilah teman marilah rakan,

Mencari ilmu buat bekalan,

Jika ilmu kita abaikan,

Alamat diri dalam kerugian.

Hidup ini suatu perjuangan,

Tabahkan hati menghadapi cabaran,

Bersusah dahulu bersenang kemudian,

Baru tercapai segala impian.

Page 5: Syair Siti Khadijah

ARNAB YANG PENAKUT

Assalamualaikum

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Tampil ke hadapan membawa cerita,

Cerita rakyat hamba persembahkan;

Arnab Yang Penakut tajuk cerita,

Sebagai hiburan rakan sekalian.

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah hutan, tinggal dua

ekor arnab iaitu Si Putih dan Si Kelabu yang bersahabat baik.

Hubungan mereka sangat rapat umpama isi dengan kuku. Jika

hendak membuat sesuatu pekerjaan mereka akan melakukan

bersama-sama.

Si Putih dan Si Kelabu mempunyai satu perangai yang buruk.

Mereka ini takut kepada semua perkara termasuk bayang-

bayang mereka sendiri. Apa saja yang dilakukan serba tidak kena.

Setiap hari, mereka berasa takut dan tidak mahu hidup lagi.

Keadaan kedua-dua ekor arnab ini semakin hari semakin menjadi-

jadi, sehingga mereka mengambil keputusan untuk bunuh diri.

Pada suatu hari, Si Kelabu berkata kepada sahabatnya, “

Wahai sahabatku, aku rasa kita tidak mampu meneruskan

Page 6: Syair Siti Khadijah

kehidupan ini lagi. Aku lebih rela mati daripada hidup dalam

ketakutan.” Lantas Si Putih menjawab, “ Ya lah, aku rasa itulah

keputusan yang bijak.” Mereka pun bersetuju untuk mati

bersama.

Si Putih dan Si Kelabu mula memikir cara terbaik untuk

bunuh diri. Tiba-tiba terlintas diingatan Si Putih, tidak jauh dari

tempat tinggalnya ada sebuah kolam lama. Apa lagi Si Putih pun

mengajak Si Kelabu menuju ke kolam tersebut.

Tanpa melengahkan masa, mereka pergi ke kolam itu. Di

situ, tinggal sekumpulan katak. Katak-katak itu sedang berehat,

berhibur dan menyanyi :-

Lompat Si Katak lompat

Lompatlah tinggi – tinggi

Cepatlah adik cepat

Cepat cepat bangun pagi

Katak- katak itu menyanyi dengan gembira sambil bermain-main.

Tiba-tiba, katak-katak ini terperanjat terus bertempiaran

menyelamatkan diri seperti nampak hantu. Apabila kedua-dua

ekor arnab itu muncul dan terus terjun ke dalam kolam untuk

bunuh diri. Salah seekor katak itu pun melatah, “ Oh emak kau,

kecil-kecil tak nak mampus dah besar susahkan aku.”

Semasa arnab-arnab ini terjun ke dalam kolam, Si Putih

terpandang katak-katak itu bertempiran menyelamatkan diri.

Page 7: Syair Siti Khadijah

Maka Si Putih pun berkata , “Rupa-rupanya ada haiwan lain yang

lebih takut dari aku.” Jawab Si Kelabu, “Betullah Putih, bukan kita

sahaja yang ada masalah semua haiwan ada masalah. Aku

rasa…. keputusan yang kita buat salah, Putih.”

Dengan rasa menyesal si arnab Putih menjawab, “Marilah kita

sama-sama meneruskan kehidupan seperti rakan-rakan yang

lain.”

Akhirnya kedua-dua arnab ini tidak jadi bunuh diri. Mereka

pulang ke rumah dengan hati yang gembira serta berjanji akan

menguatkan semangat untuk terus hidup. Sambil pulang mereka

menyanyi

Datuk Panglima pergi membajak,

Ke tanah rata senja pulangnya;

Kalau sahabat orang yang bijak,

Cerita hamba apa pengajarannya?

Wahai rakan-rakan antara pengajaran yang terdapat dalam cerita

hamba ini :

Pertama Janganlah kita terburu-buru membuat keputusan tanpa

berfikir dahulu.

Kedua Hidup mestilah tabah menghadapi dugaan.

Sekian, terima kasih.

BATU BELAH BATU BERTANGKUP

Page 8: Syair Siti Khadijah

Assalamualaikum

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Tersebut kisah, satu cerita,

Kisah Mak Tanjung dan anak-anaknya

Telur ikan tembakul menjadi idaman

Habis dimakan anak-anaknya.

Pak Dolah dan Mak Tanjung tinggal di kaki Bukit Berapit.

Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Melur dan Pekan.

Kehidupan mereka amat daif, ibarat kais pagi makan pagi dan

kais petang makan petang. Walaupun daif tetapi mereka hidup

bahagia sekeluarga.

Pada suatu hari, ditakdirkan Pak Dolah jatuh sakit. Selang

beberapa hari, beliau pun meninggal dunia. Tinggallah Mak

Tanjung bersama anak-anaknya. Mak Tanjung terpaksa mencari

rezeki. Manakala Melur ditugaskan menjaga adiknya iaitu Pekan.

Ketika menungkah ikan di sungai, Mak Tanjung teringin

hendak makan telur ikan tembakul. Setelah menangguk beberapa

kali, dia berjaya menangkap seekor ikan tembakul. Mak Tanjung

pun membawa pulang hasil tangkapannya itu. Setiba di rumah

Mak Tanjung pun berkata kepada anaknya, “Melur, siangkan ikan

ini dan gorengkan telurnya. Makanlah telur itu bersama Pekan.

Page 9: Syair Siti Khadijah

Simpankan sedikit untuk mak.” Selepas itu, Mak Tanjung terus

pergi mandi untuk bersihkan diri.

Melur menurut suruhan emaknya. Setelah selesai

menggoreng telur ikan tembakul, Melur pun menyimpan sedikit

untuk emaknya. Melur dan Pekan makan telur ikan tembakul

yang sebahagiannya. Tetapi Pekan yang masih tidak puas

meminta lagi.

Melur pun berkata kepada adiknya, “Tidak boleh, dik, telur ini

untuk mak. Emak belum makan lagi.”

Pekan terus meminta lagi sambil menangis dan meronta-ronta,

“kakak nak lagi, kakak nak lagi….” Melur tidak sampai hati

melihat adiknya yang terus menangis, lalu diberikan lagi telur

ikan tembakul sehingga habis.

Mak Tanjung yang baru selesai mandi, menuju ke dapur

untuk menjamah telur ikan tembakul. Alangkah terperanjatnya

Mak Tanjung , “Melur, oh Melur ! mana telur ikan yang emak

suruh simpan tadi ?” Suara Mak Tanjung memanggil Melur.

Melur yang dalam ketakutan pun berkata, “Pe…Pekan telah

makan semua mak”. “Apa ?”, Jerit Makt Tanjung. Mak Tanjung

yang kempunan terus membawa diri ke sebuah batu yang besar.

Di hadapan batu yang besar itu Mak Tanjung menangis sambil

berkata, “Batu belah… Batu bertangkup, telanlah aku… aku

Page 10: Syair Siti Khadijah

kempunan makan telur ikan tembakul.” Batu itu pun membuka

mulut dan terus menelan Mak Tanjung. “Emm sedapnya”.

Semenjak hari itu, Mak Tanjung tidak kelihatan lagi. Kini

Melur dan Pekan menjadi anak yatim piatu .

Wahai rakan-rakan antara pengajaran yang terdapat dalam cerita

ini ialah

Pertama Janganlah mengamalkan sikap tamak dalam kehidupan.

Kedua Janganlah menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Sekian, terima kasih.