syair definisi orang berakal

4
SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Teks Asal Maksud Kosa kata: Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Orang yang berakal/ bijaksana/ cerdik/ berilmu/ tinggi martabatnya dan dipandang mulia. Sudah menjadikan amalan golongan anbia dan aulia untuk menggunakan akal. Sesiapa yang mencontohi mereka akan memperoleh kebahagiaan. Anbia aulia Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. Orang yang berakal akan menjadi ketua untuk membela nasib rakyatnya. mereka tidak akan membiarkan kekejaman berlaku. Mereka akan menghukum orang yang melakukan kekejaman itu. bela tersunjam Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. Orang yang berakal akan memberikan pandangan/pendapat berdasarkan ilmu. Mereka sangat mengasihi ketua dan rakan tetapi tidak menyukai orang yang jahat kerana bimbang mereka akan mendapat aib/malu. telek makrifat fazihat Sebagai lagi tanda berakal, Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal. Orang yang berakal juga tidak akal menentang ajaran/hukum agama. Mereka akan berusaha untuk menjauhi sikap tamak dan sentiasa berserah kepada Tuhan kerana sedar bahawa kehidupan di dunia tidak akan kekal. syarak: hukum Islam tawakal ibanya 1

Upload: subramaniam-rengasamy

Post on 27-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

puisi tradisiomal

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Definisi Orang Berakal

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Teks Asal MaksudKosa kata:

Orang berakal sangatlah mulia,Pakaian anbia dan aulia,Barang siapa mengikut dia,Itulah tanda orang bahagia.

Orang yang berakal/ bijaksana/ cerdik/ berilmu/ tinggi martabatnya dan dipandang mulia. Sudah menjadikan amalan golongan anbia dan aulia untuk menggunakan akal. Sesiapa yang mencontohi mereka akan memperoleh kebahagiaan.

Anbia

aulia

Kerana ia akalnya tajam,Menjadi kepala bela bermacam,Jikalau mata melihatkan kejam,Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Orang yang berakal akan menjadi ketua untuk membela nasib rakyatnya. mereka tidak akan membiarkan kekejaman berlaku. Mereka akan menghukum orang yang melakukan kekejaman itu.

belatersunjam

Telek pandangan dengan makrifat,Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,Tiada mengasihi orang yang jahat,Takut akhirnya menjadi fazihat.

Orang yang berakal akan memberikan pandangan/pendapat berdasarkan ilmu. Mereka sangat mengasihi ketua dan rakan tetapi tidak menyukai orang yang jahat kerana bimbang mereka akan mendapat aib/malu.

telek makrifatfazihat

Sebagai lagi tanda berakal,Perintah syarak tidak menyangkal,Menjauhkan tamak hendak tawakal,Ibanya tahu dunia tak kekal.

Orang yang berakal juga tidak akal menentang ajaran/hukum agama. Mereka akan berusaha untuk menjauhi sikap tamak dan sentiasa berserah kepada Tuhan kerana sedar bahawa kehidupan di dunia tidak akan kekal.

syarak: hukum Islamtawakalibanya

Jika ia dikasihi raja,Tiadalah ia melanja-lanja,Tiadalah menyombong pada bekerja,Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Walaupun orang yang berakal ini disayangi oleh ketua/pemerintah namun mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara sesuka hati, tetap bekerja dan tidak bersikap sombong kepada rakan-rakan.

melanja-lanja

Apabila raja kasih sangat,Makin itu makin ia ingat,Segala taulannya hatinya dihambat,Merendahlah diri serta berkhidmat.

Apabila semakin disayangi oleh ketua/pemerintah, orang yang berakal ini akan sentiasa beringat-ingat dan tidak lupa diri. Mereka akan mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan dan sentiasa bersikap rendah diri serta berdedikasi dalam pekerjaan/ tugas yang diamanahkan.

ditambat

Demikianlah lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu,Suka mentelaah tiadalah jemu,Mencari kupasan jangan tersemu.

Orang yang berakal sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Mereka sentiasa belajar tanpa rasa jemu dan membuat penyelidikan agar tidak mudah diperdayakan.

tersemu

1

Page 2: Syair Definisi Orang Berakal

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Bentuk Syair Gaya bahasa Unsur BunyiJumlah rangkap : _________

Bil. Baris : ____________

Bil. Perkataan : ________ hingga _______

Bil. Suku Kata : ________ hingga _______

Rima akhir : ___________

Inversi: Tiadalah ia melanja-lanja. Asonansi : pengulangan vokal

Aliterasi : pengulangan konsonan

Tema : Ciri-ciri orang yang berakal dan kepentingannya.

Persoalan Nilai Pengajaran Huraian

Kemuliaan orang yang berakal. KebijaksanaanKita perlulah berusaha untuk menjadi orang yang bijaksana agar memperoleh kebahagiaan.

Orang yang berakal akan dipandang mulia dan dihormati.

Tanggungjawab sebagai seorang ketua.

BertanggungjawabKita haruslah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.

Orang yang berakal dapat menjadi ketua yang adil dan membenci kekejaman.

Persahabatan dan kasih sayang. Kasih sayangKita perlulah mengasihi rakan-rakan dan menjauhi orang yang tidak baik sifatnya.

Orang yang berakal akan mengasihi sahabat dan menjauhi orang yang tidak baik sifatnya kerana bimbang akan terikut-ikut perangai jahat tersebut.

Kepatuhan kepada perintah Tuhan dan ajaran agama.

Kepatuhan kepada TuhanKita hendaklah patuh kepada perintah Tuhan dan ajaran agama.

Orang yang berakal setiasa mematuhi perintah Tuhan kerana mereka mengetahui kehidupan di dunia hanya sementara.

Ilmu pengetahuan membentuk sahsiah seseorang.

Hemah tinggiKita seharusnya bersikap hemah tinggi dalam kehidupan seharian.

Orang yang berakal sentiasa merendah diri dan tidak menyombong diri walaupun disayangi oleh ketua/pemerintah.

Semangat untuk terus belajar dan menambah ilmu pengetahuan.

KerajinanKita perlulah rajin menimba ilmu pengetahuan dan sentiasa belajar tanpa rasa jemu.

Orang yang berakal mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa belajar tanpa rasa jemu.

2