surat tjuk sbbb

Upload: muhamadfaizal8

Post on 06-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    1/18

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    2/18

    TUGASAN KUMPULANkumpulan Meningkat Mutu Kerja atau Pasukan-pasukan Kerja di berbagai peringkat.Pihak pengurusan juga boleh memperkenalkan sistem cadangan bagi menggalakkankakitangan mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh meningkatkan produktivitiorganisasi.

    Mengkaji, memeriksa dan memberi ulasan ke atas cadangan penyusunansemula struktur organisasi agensi-agensi- di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tindakanini secara tidak lansung akan mempertingkatkan produktiviti, jabatan/pejabat Kerajaanperlu mempastikan sistem dan prosedur kerja yang diamalkan oleh kakitangan mereka,sentiasa berkeadaan cekap. Sistem tersebut hendaklah mampu menyokongpencapaian prestasi kerja yang cemerlang dan bukannya menjadi penghalang kepadakelicinan proses kerja. Oleh itu sesebuah jabatan/ pejabat hendaklah merancang danmengambil tindakan- tindakan yang konkrit bagi mencapai matlamat ini. Di antaratindakan-tindakan yang penting ialah mengkaji semula sistem dan prosedur kerja yangdiamalkan sekarang bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Mana-manaaspek yang dianggap lapuk hendaklah dikemaskini supaya bersesuaian dengan

    keperluan semasa. Mempermudahkan sistem dan prosedur yang ada bagimengelakkan halangan-halangan birokrasi dalam kerja-kerja yang dijalankan. Mengkajiperaturan-peraturan atau undang-undang yang ada sekarang dengan tujuan untukmemansuhkan peruntukan yang tidak lagi sesuai dengan matlamat jabatan danpejabat.

    SOALAN 1B

    Jelaskan tujuan carta dan gambar rajah Proses Q tersebut kepada pekerja danpelanggan di sesebuah organisasi.

    Kerajaan telah mengadakan beberapa aktiviti bagi meningkatkan kualiti dalam

    perkhidmatan sektor awam. Bagi memperkukuhkan usaha-usaha yang telahdiperkenalkan oleh kerajaan setakat ini serta bagi membantu Ketua-ketua Agensi dalammelaksanakan pengurusan berkualiti, kerajaan telah memperkenalkan tujuh program didalam Sistem Q. Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Sistem Qmerupakan strategi-strategi yang dilaksanakan bagi peningkatan kualiti dalamperkhidmatan awam. Strategi ini mempunyai 7 program iaitu program 1 sistemcadangan Q, program 2 sistem proses Q, program 3 sistem pemeriksaan Q, program 4slogan Q, program 5 hari Q, program 6 sistem maklumbalas Q dan program 7 sistemmaklumat Q. Semua program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatan kualitidalam perkhidmatan awam.

    Tindakan mempamerkan carta dan gambar rajah Sistem Proses Q memberifaedah kepada pekerja dan pelanggan sesebuah organisasi iaitu seperti memberigambaran lengkap tentang sesuatu proses, mudah seliaan kerja, memendekkan masalatihan kepada pekerja baru, kurangkan arahan secara lisan, memudakan mengkajisemula proses dan mengurangkan kesilapan dalam proses pengoperasian sesuatuorganisasi. Kebiasaannya carta dan gambar rajah Sistem Proses Q ini dipamerkan dihadapan pintu masuk sesebuah agensi. Sistem Proses Q merupakan rangkaiantindakan yang lengkap bagi menjalankan sesuatu kerja iaitu dengan mempamerkan

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    3/18

    TUGASAN KUMPULAN jangkamasa bagi setiap tindakan. Sistem Proses Q disediakan dalam bentuk cartaaliran dan gambar rajah bagi memberi gambaran yang lebih jelas tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam sesuatu organisasi. Setai langkah yang dinyatakandalam carta alir ini perlu dilaksanakan oleh setiap organisasi bagi memastikan segalaurusan yang dilaksanakan berjalan dengan lancar dan mengikut prosedur yang

    ditetapkan.

    Selain itu, melalui langkah mempamerkan carta dan gambar rajah Proses Qkepada pelanggan dan pekerja di sesebuah organisasi ini juga adalah bertujuan untukmemberi maklumat kepada pelanggan tentang peraturan, borang-borang yang perludiisi dan dokumen yang perlu disertakan. Salah satu ciri dalam Sistem Proses Q ialahmelibatkan penggunaan simbol dan gambar di dalam carta, menulis langkah-langkahdengan jelas, menggunakan saiz huruf dan warna yang sesuai serta mempamerkancarta Proses Q ini di tempat yang strategik seperti pintu masuk ke kaunter. Inimemastikan agar pelanggan jelas dengan langkah dan prosedur yang perlu merekalakukan. Selain itu, dengan adanya panduan mengisi borang pada carta dan gambarrajah dalam Proses Q, dapat mengelakkan berlakunya ralat atau kesilapan oleh

    pelanggan dalam mengisi borang-borang yang diperlukan itu. Maka, melalui panduandan prosedur yang jelas ini akan memastikan segala urusan dapat dijalankan denganlancar sekaligus menjimatkan masa pelanggan dalam beryrysan dengan sesuatuorganisasi.

    Langkah mempamerkan carta alir dan gambar rajah Proses Q di sesebuahorganisasi adalah juga bertujuan untuk memberi dan mempamerkan jangkamasa ataustandard masa bagi setiap tindakan. Semua tindakan yang dilaksanaka oleh setiappelanggan atau pekerja dalam sesuatu organisasi perlulah mematuhi jangkamasa danstandard yang telah ditetapkan. Mereka perlu memastiakn setiap tindakan merekaselesai dalam jangka masa yang telah diberi Ini adalah bagi memastikan segala urusan

    yang dilakukan dapat dijalankan dengan lancar serta dapat diselesaikan pada masayang telah ditetapkan tanpa mengganggu urusan-urusan yang lain. Oleh yangdemikian, menjadi tanggungjawab setiap pelanggan atau pekerja dalam sesuatuorganisasi untuk mematuhi masa standard ini demi kebaikan diri sendiri dan juga pihaklain.

    Kesimpulannya, langkah mempamerkan carta alir dan gambar rajah Proses Qdapat memastikan pelanggan dan pekerja mematuhi prosedur-prosedur yang telahditetapkan oleh sesuatu organisasi. Ini membolehkan segala urusan berjalan denganlancar dan sempurna. Proses Q ini adalah amat penting terutamanya bagi agensi yangberhubung secara langsung dengan orang ramai seperti menyediakan perkhidmatan

    kaunter.

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    4/18

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    5/18

    TUGASAN KUMPULANBerdasarkan Dasar Pendidikan Negara yang membantu dalam mewujudkan

    perpaduan yang telah digariskan diatas, adalah bertepatan dalam mencapai objektifDasar Pembangunan Nasional (DPN). Asas Pembangunan Nasional telah dilancarkanoleh YAB Dato 'Seri Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia YangKeempat pada 17 Jun 1991. Setelah rangka Rancangan Tempoh penghunian Panjang

    Pertama (RRJP 1) atau Asas Ekonomi Baru (1971-1990) tamat, Asas PembangunanNasional (DPN) diperkenalkan berserta rangka Rancangan Tempoh penghunianPanjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 yang turut digubal berasaskan DPN yang terdiridaripada daripada Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) dan Rancangan MalaysiaKetujuh (RMK-7).

    Asas ini digubal bertujuan menyambung matlamat DEB yang belum tercapaiakibat daripada Cabaran yang dihadapi dan membentuk matlamat baru sebagai Haladihasratkan negara. Hal ini menandakan bermulanya satu lagi era baru dalam usahaMalaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Objektif DPN ialah untukmencapai Kadar sebuah negara maju dari semua segi iaitu dari segi keadilan sosial,nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan

    dan kecemerlangan ekonomi. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, perpaduannegara menjadi teras utama kerana melalui perpaduan kestabilan sosial dan Politikdapat dikukuhkan dan Pembangunan ekonomi yang berterusan dapat dikekalkan.

    Dalam mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional, strategi yang harusdijalankan ialah mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamatpertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. Di mana, kerajaan haruslahmerapatkan jurang ekonomi antara kaum bagi memupuk semangat perpaduan tanpaadanya prejudis antara satu sama lain. Sekiranya ini dapat dilaksanakan, masalahperpaduan dapat diatasi.

    Selain itu, kerajaan haruslah memastikan pembangunan yang seimbang bagisektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektorbagi mengoptimumkan pertumbuhan. Setiap sektor memainkan peranan yang pentingbagi menjana ekonomi Negara. Selain itu, setiap sektor juga saling memerlukan antarasatu sama lain. Sebagai contoh, sektor pertanian saling memerlukan sektorperindustrian bagi memproses pertanian yang dihasilkan. Sekiranya salah satu sektorini berkurang atau berlebihan, akan terjadilah ketidakseimbangan ekonomi yangseterusnya akan menjejaskan pendapatan ekonomi negara.

    Seterusnya adalah mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosialdan ekonomi Negara. Antara cara yang dapat dijalankan ialah menggalakkan danmemperkukuh Integrasi Nasional, memajukan sumber manusia, menjadikan Sains danTeknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomidan akhir sekali ialah dengan memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi diberiperhatian yang sewajarnya.

    Kesimpulannya, perpaduan negara adalah tanggungjawab bersama. Justeru,segala dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam usaha memupuk integrasi antarakaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat Malaysia. Sesuai denganperubahan masa, pelbagai dasar yang telah diperkenalkan sejak zaman merdeka

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    6/18

    TUGASAN KUMPULANhinggalah sekarang perlu sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang dirancangdapat mewujudkan perpaduan dan integrasi antara etnik dengan berkesan

    Soalan 2B (A)

    Huraikan bentuk-bentuk penswastaan yang dilaksanakan beserta dengan contoh-contoh yang relevan.

    Dasar penswastaan ini pertama kali diumumkan sebagai dasar negara olehKerajaan pada tahun 1983. Ia melambangkan pendekatan baru dalam dasarpembangunan negara dan ia melengkapkan dasar negara yang lain seperti dasarPenswastaan Malaysia, yang dibangunkan untuk memberi penekanan ke ataspertambahan peranan sektor swasta di dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

    Pendekatan ini ialah untuk memudahkan perkembangan ekononomi negara,mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, mengurangkan campurtangan Kerajaan di dalam ekonomi, merendahkan tahap dan skop perbelanjaan awamdan membenarkan kuasa pasaran untuk menentukan aktiviti ekonomi dan memperbaikikeberkesanan dan produktiviti sejajar dengan Dasar Pembangunan Negara. Berkenaandengan pemilikan kekayaan, dasar penswastaan membentuk bahagian strategiKerajaan dalam merealisasikan penyertaan aktif Bumiputera dalam sektor korporatuntuk memperbetulkan ketakseimbangan di dalam penyertaan sektor korporat. Entitiyang diswastakan patut memperuntukkan 30% dari ekuitinya kepada Bumiputera.Penyertaan warga asing di dalam entiti yang diswastakan terhad kepada maksimum25% daripada saham modalnya.

    Antara bentuk-bentuk penswastaan boleh dilaksanakan adalah seperti penjualanasset atau ekuiti yang melibatkan penjualan syarikat-syarikat kerajaan seperti Malaysia

    Airlines, Sports Toto Malaysia Berhad, Edaran Otomobil Nasional (EON) danPerbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC).Pajakan yang melibatkan pemindahan hak menggunakan asset kerajaan untuk tempohtertentu seperti Pusat penyembelihan khinzir, Shah Alam dan Depoh Baikpulih TUDM.Kontrak pengurusan yang melibatkan penggunaan kepakaran pengurusan sektorswasta untuk mengurus sesuatu entity kerajaan dengan dibayar yuran pengurusanseperti Pemasaran masa siaran Radio Malaysia, akitivi pemasaran RISDA, PengurusanLoji Penapisan Air di Empangan Semenyih.

    Bina-Kendali-Pindah dan Bina-Kendali yang melibatkan penswastaan projek-projek baru yang secara tradisinya dimajukan oleh sektor awam termasuk projekinfrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan dan bekalan air seperti ProjekLebuhraya Utara-Selatan, Laluan Kedua Ke Singapura, Bekalan Air Ipoh, SistemTelevisyen Malaysia Berhad (TV3), Sistem Pengangkutan Laju Ringan (LRT). Bentukpenswastaan ini dirangka berdasarkan garis panduan yang ditentukan dalam strategiperlaksanaan dasar penswastaan. Bentuk penswastaan ini dipilih mengikut ciri-ciriaktiviti organisasi yang akan diswastakan bagi memastikan kelancaran perlaksanaanpenswastaan.

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    7/18

    TUGASAN KUMPULAN

    Soalan 2B (A)

    Pada pendapat anda, bagaimanakah dasar ini telah memperoleh kejayaannyaselaras dengan Dasar Pembangunan Nasional ?

    Secara keseluruhan, dasar penswastaan ini telah menyelamatkan negaraMalaysia daripada kemerosotan ekonomi. Perjalanan dasar penswastaan yang melebihi20 tahun telah membuktikan kejayaannya dengan mencapai objektif-objektif yangditetapkan dalam dasar ini. Isu atau kesan buruk yang timbul kebanyakannya berkaitandengan peningkatan beban rakyat. Berdasarkan isu ini, kita boleh membuat satukesimpulan bahawa kerajaan telah melancarkan dasar ini tanpa memasukkankepentingan rakyat dalam tinjauan mereka.

    Penswastaan juga boleh menyumbang kepada peningkatan kecekapan danproduktiviti entity yang diswastakan melalui penyediaan perkhidmatan dan systempengurusan yang lebih baik. Ini dapat dilihat melalui petunjuk yang digunakan untuk

    petunjuk yang digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti entity yangdiswastakan . Pencapaian keseluruhan entity yang diswastakan bertambah baik hasildaripada penambahan keupayaan dan rangkaian perkhidmatan disamping perolehandan penggunaan peralatan dan teknologi moden. Selain daripada itu , perubahan sikapyang lebih positif serta pembaharuan minda dikalangan kakitangan entity yangdiswastakan telah menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan produktiviti entitytersebut.

    Di samping mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, tujuan utama DasarPenswastaan ialah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan .Penjimatanperbelanjaan pembangunan keseluruhan sejak program nin dilaksanakan pada tahun1983 adalah kira kira RM129 bilion. Sementara penjimatan dari segi perbelanjaan

    mengurus bagi tempoh yang sama adalah berjumlah RM7.6 bilion. Walaupun programini bukan bertujuan untuk menjana hasil dan keuntungan kepada kerajaan , sebanyakRM 23.1 bilion yang diperolehi daripada penjualan aset dan ekuiti .Jumlah ini tidaktermasuk pungutan daripada cukai korporat yang tidak mungkin dipungut jika projekberkenaan tidak diswastakan. Pendapatan berulang dalam bentuk sewa pajakanmelaluo projek penswastaan juga telah menyumbang kepada hasil kerajaan.Pemjimatan dan hasil daripada penjualan aset dan ekuiti serta cukai korporat telahmembolehkan kerajaan mengurangkan pinjaman disamping dapat mengagihkansemula sumber kepada sector lain seperti pendidikan dan kesihatan untukkesejahteraan rakyat. Ia juga menyumbang kepada belanjawan berimbang dan denganitu mengukuhkan kewangan sektor awam .

    Dasar penswastaan ini telah banyak membantu negara Malaysia dalamperjalanan ke Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir. Tarafhidup rakyat meningkat dan bumiputra Malaysia semakin giat melibatkan diri dalamperniagaan. Kini, Malaysia telah menjadi sasaran pelaburan negara asing dan akanmenjadi sebuah negara yang maju kelak. Oleh itu, kita berharapkan kerjasama antarakerajaan dan rakyat bagi menunaikan hasrat Wawasan 2020.

    Dalam melaksanakan dasar ini, Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan darimasa ke semasa untuk menerangkan kepada orang awam tujuan dan kandungan dasar

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    8/18

    TUGASAN KUMPULANdan juga untuk memastikan orang awam dimaklumkan. Untuk memastikan usahapenswastaan disalurkan kepada bahagian keutamaan yang bersesuaian untukmengoptimumkan impak perlaksanaan dasar dalam bentuk pencapaian objektif-objektifdasar, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP) padatahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan Induk menerangkan

    perlaksanaan dasar dan juga pencapaian kemajuan dan mengemukakan arah masadepan program itu.

    SOALAN 3A

    Huraikan ciri-ciri kepemimpinan yang diamalkan oleh guru besar berkenaan dari aspek kuasa,

    gaya dan nilai murni kepemimpinan.

    Pengenalan.Pemimpin dikenali sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur yang

    bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi kepadanya.Kepimpinan pula

    merupakan kuasa yang menggabungkan pemimpin dengan pengikut untuk mencapaisesuatu objektif. Setiap organisasi haruslah mempunyai seorang pemimpin keranapemimpin adalah orang yang dapat menentukan matlamat dan objektif dapatdicapai. Pemimpin juga akan bertanggungjawab mengawal perjalanan dan hala tujuorganisasi. Untuk mencapai matlamat yang betul maka pemimpin akan mengamalkancorak dan gaya kepimpinan yang sesuai.Kuasa.

    Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan cemerlang seseorangpemimpin tersebut haruslah mempunyai kuasa untuk mentadbir dan memerintah ruanglingkup yang berada di bawah kekuasaannya. Kuasa tersebut juga merupakan satupengaruh yang boleh membuatkan orang bawahannya ikut kepadanya. Berikutmerupakan antara kuasa-kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin:

    i. Kuasa paksaanKuasa paksaan ini adalah satu kuasa yang boleh menyebabkan

    seseorang pegawai wajib melakukan tugasnya. Namun begitu pegawai tersebutbukanlah bermaksud beliau dipaksa untuk melakukan suatu kerja yang bukanberada di dalam skop tugasnya. Kuasa paksaan ini haruslah berlandas ataumenggunakan undang-undang yang telah ditetapkan seperti mana yang telahtermaktub dalam bidang tugas seorang pegawai.ii. Kuasa hubungan.

    Kuasa hubungan pula bermaksud satu kuasa yang ada pada seorangketua untuk membuat perhubungan atau kontak dengan orang lain. Dalamkontek kini kuasa hubungan boleh dirujuk kepada kuasa seorang untuk membuatkontak dengan orang atasannya. Kuasa hubungan ini penting supaya matlamatorganisasi sentiasa diperhatikan dan dapat mengelak dari terpesong keluar darimatlamat utama. Kuasa hubungan juga akan membuatkan kepentinganorganisasi sentiasa terpelihara.iii. Kuasa rujukan.

    Kuasa rujukan pula bermaksud, pemimpin tersebut merupakan seorangyang mempunyai nilai moral yang tinggi, berperibadi mulai dan sentiasa menjadi

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    9/18

    TUGASAN KUMPULANsumber idea kepada yang lain. Sekiranya terdapat kemyuskilan tentang suatuperkara maka pemimpin tersebut akan dirujuk agar mereka mendapat pentunjukyang betul. Dari segi perwatakan, pemimpin tersebut akan sentiasa menjadi rolemodel kepada orang bawahan kerana ketinggian keperibadinya.iv. Kuasa kepakaran.

    Kuasa kepakaran boleh dilihat melalui pengetahuan, kemahiran, latihanserta pengalaman pemimpin. Dengan ada perkara ini maka beliau mampu untukmempengaruhi orang lain. Untuk menjadi seorang ketua, pemimpin haruslahlebih pakar dalam berbanding dengan orang lain. Dengan adanya kepakaranyang tinggi maka orang di bawahnya akan lebih menghormatipemimpinnya.Kuasa kepakaran ini boleh diperolehi melalui latihan, kursus yangdihadiri,penambahan kemahiran serta pengalaman yang banyak dan pelbagai.

    v. Kuasa maklumat.Untuk menjadi pemimpin, kuasa maklumat perlu juga wujud. Ini kerana

    seseorang yang mempunyai maklumat penting dianggap sebagai seorangyang

    berkuasa. Dengan maklumat yang dimiliki maka pemimpin dapat mangawalorganisasi dengan baik dan stabil. Maklumat yang terkini menjadi senjatakepada kejayaan organisasi. Dengan maklumat yang banyak, pemimpin mampuuntuk memanipulasi keadaan mengikut kehendaknya agar mencapai matlamatorganisasi yang diketuainya.vi. Kuasa ganjaran.

    Kuasa ganjaran ialah, anak buah bekerja dengan gigih kerana merekamenganggap dengan bekerja mereka akan mendapat ganjaran. Selain itu iamerupakan salah satu kuasa yang membolehkan pemimpin mengganjarkananak buahnya. Ganjaran ini penting kerana ia merupakan salah satu motivasiuntuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan untuk berusaha dengan lebih gigihlagi. Sekiranya ahli di dalam organisasi mempunyai nilai motivasi yang tinggimaka produktiviti juga akan meningkat.

    Nilai murni kepimpinan.Selain dari mempunyai kuasa untuk mengarah, seorang pemimpin juga

    memerlukan nilai moral yang baik untuk ditunjukkan kepada bawahannya agar beliaudihormati dan disegani oleh orang bawahannya. Seseorang pemimpin juga haruslahseorang yang berakhlak mulia. Ini kerana beliau adalah role model ataupun contohkepada bawahannya. Berikut merupakan antara nilai murni kepimpinan yang perlu adapada Guru Besar tersebut sehinggakan beliau terpilih sebagai Guru Besar Cemerlang:

    i. Bersih, cekap dan amanah.Nilai bersih, cekap dan amanah adalah di antara nilai yang perlu

    ada. Antara maksud bersih di sini adalah bersih dari amalan negatif sepertirasuah dan pecah amanah. Cekap pula merujuk kepada cara sesuatu pekerjaandilakukan. Ia haruslah dilakukan dengan cekap dan teratur agar menepatispesifikasi kerja yang telah ditetapkan. Amanah pula merujuk kepada sikapbertanggungjawab terhadap kepercayaan yang telah diberikan untuk tugas-tugastertentu.ii. Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja.

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    10/18

    TUGASAN KUMPULANDalam keadaan tertentu seorang pemimpin perlulah menurunkan kuasa

    kepada orang di bawahnya. Antara contoh yang mana kuasa bolehditurunkankan kepada bawahannya ialah semasa pemimpin tersebut berada diluar kawasan untuk bertugas ataupun semasa beliau bercuti. Beliau mestilahmamberikan kuasa mentadbir kepada penolongnya mentadbir agar kerja-kerja

    yang ditinggal pada masa tersebut tidak tertangguh.iii. Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka .Dari segi emosi pula, seorang pemimpin haruslah mempunyai emosi

    yangstabil dan seimbang. Pemimpin haruslah stabil agar setiap tindakan dankeputusan yang diambil adalah berlunaskan tatacara yang betul dan tidak beratkepada kepentingan peribadi. Pemimpin yang pandai berjenaka pula akanmendekatkan lagi dirinya dengan orang bawahannya.iv. Memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja.

    Teladan yang baik kepada pekerja-pekerja adalah amat penting dalamsesebuah organisasi. Ini kerana organisasi akan menjadi lemah sekiranya ketuamenunjukkan teladan yang tidak baik. Pekerja-pekerja akan lebih cenderung

    meniru perkara yang kurang baik berbanding perkara yang baik. Pemimpinadalah role model yang penting, maka teladan yang baik adalah perluditunjukkan.v. Tidak mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan.

    Mengawal pekerja adalah penting untuk memastikan objektif danmatlamat organisasi tercapai. Namun begitu pemimpin haruslah juga memberiruang kepada pekerjanya. Sikap toleransi perlu ada dalam setiap tindakan yangdiambil. Pekerja akan menjadi stress sekiranya setiap pergerakan dan tindakanmereka dikawal. Ini akan menyebabkan keadaan di tempat kerja menjaditegang. Ketegangan ini pula akan menyebabkan masalah disiplin timbul.vi. Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina.

    Seorang pemimpin yang baik akan sentiasa terbuka kepada kritikan yangmembina. Setiap kritikan mesti dicerna dengan baik. Kritikan terjadi keranaterdapat perkara yang orang lain tidak berpuas hati. Kritikan ini harus diambilperhatian dan dijadikan sebagai rujukan untuk memperbaiki corakkepimpinanyang sedia ada. Ada kalanya pemimpin juga silap dalamtindakannya kerana pemimpin juga adalah seperti orang lain yang tidak lari darikesilapan.

    Gaya kepimpinan demokratik dan eksekutif.Selain itu juga seorang pemimpin harus mengamalkan corak dan gaya

    kepimpinan yang demokratik dan eksekutif. Dengan mengamalkan corak kepimpinanyang sedemikian maka pemimpin tersebut akan

    sentiasa berunding dan mengambil kira pendapat dan penyertaan orangbawahan dalam pengurusan organisasi. Maka dengan ini orang bawahan akan dapatmengutarakan buah fikiran. Mungkin orang bawahan akan dapat memberikanbuahfikiran yang lebih baik, yang tidak terfikir oleh pemimpin itu sendiri, terutamanyadalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun situasi. Besar kemungkinan pendapatyang diutarakan merupakan satu jalan penyelesaian yang paling baik untuk sesuatumasalah. Setiap pendapat yang lain mesti dipertimbangkan.

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    11/18

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    12/18

    TUGASAN KUMPULANdan melayan pekerjanya dengan adil dan saksama. Dalam konteks pendidikan,pengetua perlu menyelia guru-guru di bawah seliaannya secara adil. Lantaran itu, guru-guru mudah untuk berurusan dengan pengetua dan menghasilkan kerja yang berkualitidi samping dalam usaha untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.c) Gaji

    Gaji atau pun upah yang diberikan kepada pekerja juga boleh menjadi punca rasa tidakpuas hati di kalangan pekerja. Rasa tidak puas hati yang berpanjangan menyebabkanstres berlaku di kalangan pekerja terutamanya di kalangan guru. Menurut Wickenser(1996), dalam Azizi dan Jaafar Sidek (2005), teori kesamaan menyatakan, para pekerjamenilai gaji ataupun upah yang diperoleh setelah pekerja-pekerja menyumbangkanhasil yang berkualiti melalui pekerjaan mereka. Setiap pekerja menjangkakan upahyang setimpal dengan bebanan tugas atau kerja yang dilaksanakan dan setaraf denganpekerja lain dalam hierarki yang sama. Kenaikan pangkat dan imbuhan lain juga adalahaspek berkaitan dengan kerja yang menjadi punca rasa tidak puas hati.d) Hubungan InterpersonalPersekitaran kerja merupakan salah satu punca kepada masalah stress yang berlaku

    di kalangan pekerja disebabkan oleh rasa tidak puas hati. Para pekerja perlu dibekalkandengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan terkini bagi melaksanakansesuatu tugas. Pekerja akan merasa stres ekoran hubungan sosial yang tidak baiksesama pekerja. Guru-guru seharusnya mewujudkan hubungan yang mesra sesamapengetua, guru-guru, para pelajar, ibu bapa pelajar dan kakitangan sekolah. Hubunganini akan menjadikan guru-guru lebih memahami tentang sekolah dan para pelajar dalamusaha untuk menaikkan nama sekolah.e) Persekitaran kerjaPersekitaran kerja merupakan salah satu punca kepada masalah stress yang berlakudi kalangan pekerja disebabkan oleh rasa tidak puas hati. Para pekerja perlu dibekalkandengan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan terkini bagi melaksanakansesuatu tugas. Peralatan dan kemudahan-memudahkan guru-guru dalam sesipengajaran dan pembelajaran serta ia akan menyebabkan ianya lebih menarik.2. Faktor Motivasia) Tugasan Yang DiberikanSetiap pekerja seharusnya memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing.Jika seseorang pekerja itu tidak jelas dengan tugasan yang diberikan, pekerja perlubertanya kepada pihak yang pakar dalam bidang berkenaan supaya hasil kerja yangdibuat lebih bermutu dan mencapai kepuasan.b) PencapaianSesebuah kerajaan perlu menempatkan pekerja bersesuaian dengan bidang latihandan keupayaan pekerja tersebut. Oleh yang demikian, para pekerja dapatmemaksimumkan tahap produktivitinya dan sekaligus mencapai matlamat dan standardkerja seperti yang diingini oleh pihak majikan. Begitu juga dengan bebanan kerja paraguru. Segelintir guru menerima tugasan yang tidak dikuasai oleh mereka dan hal iniakan menyebabkan kualiti kerja guru-guru menurun yang sekaligus menyebabkan guru-guru mengalami stres. Menurut Amir (2006), guru-guru mempunyai masalah yangtersendiri dalam menjalankan fungsinya. Justeru, langkah-langkah yang produktif danberkesan perlu diambil supaya guru-guru dapat menangani masalah-masalah yangdihadapi dan mengurangkan stres di kalangan guru ini.

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    13/18

    TUGASAN KUMPULANc) PenghargaanSetiap pekerja mahukan hasil kerja mereka dihargai. Pujian yang ikhlas daripadapentadbir mendorong para pekerja supaya melaksanakan tugas mereka dengan lebihberdedikasi. Penghargaan yang diberikan dapat memotivasikan para pekerja dansekaligus mengurangkan tahap stres yang dihadapi oleh pekerja khususnya guru-guru.

    Antara cara penghargaan untuk meningkatkan moral kakitangan ialah denganpemberian APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) untuk menunjukkanpenghargaan daripada pihak atasan. Dengan APC ( Sijil penghormatan dan RM 1000 )mereka juga berkelayakan untuk menerima darjah, pingat kebesaran dari peringkatnegeri atau persekutuan serta jugadapat menghadiri persidangan , kursus dan seminaruntuk memantapkanserta melahirkan rasa puas hati pekerja kepada pihak pengurusan.d) TanggungjawabPekerja perlu bertanggungjawab pada tugasan yang diberikan kepada mereka. Menurut

    Azizi dan Jaafar Sidek (2005), pekerja perlu diberikan kebebasan dan sedikit kuasadalam melaksanakan tugas. Pendekatan sedemikian menjadikan pekerja merasa ituadalah hak yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Pekerja juga perlu diberi tugasan

    yang lebih mencabar dan lebih bermakna dari semasa ke semasa. Hal ini adalahdisebabkan oleh tugasan yang berbentuk rutin menyebabkan para pekerja bersikapsambil lewa.e) KemajuanGanjaran yang setimpal perlu diberikan kepada pekerja yang berkhidmat dengancemerlang. Ganjaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada para pekerja danorganisasi. Lantaran itu, para pekerja dapat memajukan diri mereka ke tahapprofesional dan ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama dengan orang lain. Guru-guru juga dihantar mengikuti kursus-kursus dan lawatan bagi memboleh merekamencapai tahap yang profesional dan sekaligus memanfaatkan ilmu yang dipelajari.Kesimpulannya,kebolehan menyesuaikan diri merupakan ciri asas paling penting dalamkehidupan para guru untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka. Selagi gurutidak dapat menyesuaikan diri dengan kerja mereka, selagi itulah kepuasan kerja tidaktercapai.

    SOALAN 4A

    Nyatakan tatacara pembelian yang wajar dipatuhi oleh pihak pentadbir sekolah untuktujuan pembelian tersebut.

    Sekolah adalah institusi yang pentadbiran harta dan kewangan tertakluk kepadaperuntukan yang terdapat dalam Education (Accounts and Audit) Rules, 1962 yangdikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Di bawah peruntukan itu, pihak sekolahdikehendaki menyelenggara dan menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod dengansempurna serta menyedia dan mengemukakan satu penyata akaun pada tahunkewangan yang baru berlalu kepada pihak audit tidak lewat dari 31 Mac tiap-tiap tahun.

    Walau bagaimanapun, mengikut Surat Pekeliling Kewangan KementerianPendidikan Bil. 4 Tahun 1988, pihak sekolah dikehendaki mengemukakan penyataakaun satu bulan lebih awal iaitu pada 28 Februari ataupun 29 Februari tahun

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    14/18

    TUGASAN KUMPULANberikutnya (yang mana berkenaan). Ini bertujuan membolehkan penyelarasan ataupunpembetulan dibuat pada penyata akaun itu apabila perlu. Mengikut sistem yang digunapakai sekarang, pengetua selaku pentadbir sekolah adalah bertanggungjawab penuhbagi merancang, mengurus, mengawal serta menentukan pengurusan kewangan disekolah dengan cekap dan berkesan (Zaidatol Akmaliah, 2000).

    Pengetua dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa bertanggungjawabsepenuhnya ke atas semua perbelanjaan kumpulan wang sekolah perlu memahami danmematuhi semua peraturan yang ada bagi mengelakkan sebarang penyelewengan danpembaziran. Oleh itu, adalah wajar bagi pihak pentadbir sekolah untuk mematuhitatacara pembelian untuk tujuan pembelian.

    Aspek utama yang terlibat dalam proses perolehan atau pembelian ini adalahdengan membuat perancangan yang teliti dengan melihat kedudukan kewangan samaada mencukupi dan memberi faedah kepada sekolah sebelum membuat sesuatupembelian. Ini juga bagi mengelakkan sebarang pembaziran terjadi. Disamping itu,

    sebelum membuat pembelian, pentadbir sekolah dinasihatkan untuk memastikan bakiperuntukan di Buku Tunai adalah mencukupi dengan mengambil kira tanggungan yangbelum dibayar sebelum membuat pesanan.

    Tatacara berikutnya adalah dengan menentukan kuantiti barangan mahupunperkhidmatan yang hendak dibeli perlu berdasarkan keperluan murid, guru dankakitangan sekolah. Ia perlu mengambil kira keputusan mesyuarat jawatankuasapembelian serta mendapat kelulusan ketua PTj bagi pembelian yang melebihi had yangditetapkan. Pihak pentadbir perlu menentukan kedudukan stok barangan yang sediaada, kegunaan purata sebulan, kekerapan penggunaan supaya pembelian yang dibuatbenar-benar atas dasar keperluan dan dapat memberi faedah kepada sekolah secarakeseluruhan.

    Aspek berikutnya yang perlu diambil kira adalah Ketua Bidang Matapelajaranatau Ketua Panitia Matapelajaran perlu membuat permohonan pembelian kepada pihakpentadbir. Ini melibatkan penggunaan Nota Minta (lampiran 6-1) untuk kawalanpembelian yang lebih berkesan. Seseorang pengetua perlu menggunakan akta,kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang ditetapkan berdasarkan surat-suratpekeliling kewangan seperti pembelian melalui kontrak pusat bagi pembelian yangdisenaraikan dalam kontrak pusat. Bekalan perkhidmatan yang terdapat dalam kontrakpusat hendaklah dibeli terus kepada pembekal.

    Semua pembelian hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang PesananSekolah (DKS 005) kecuali pembayaran yang dibayar melalui Panjar Wang Runcit. Bagibarang-barang ataupun perkhidmatan yang tidak disenaraikan dalam kontrak pusat,pembelian perlu dibuat daripada pembekal yang mengenakan harga yang berpatutandan berkualiti. Pembelian runcit hendaklah menggunakan pesanan tempahan (LO).Pembelian secara tunai yang tidak melebihi RM50.00 hendaklah dilakukan dalamPanjar Wang Runcit. Pengetua perlu mendapatkan kelulusan daripada ketua PTj

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    15/18

    TUGASAN KUMPULANmasing-masing sekiranya pembelian melebihi RM10,000 bagi sesuatu jenis item(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

    Peralatan yang hendak dibeli disemak menggunakan Delivery Order (DO) yangdihantar oleh pembekal mengikut spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. Setelahmenerima barang atau sesuatu peralatan, pihak pentadbiran perlu memastikan invois

    diterima daripada pihak pembekal. Seterusnya Ketua Panitia mata pelajarandikehendaki memasukkan dalam stok mengikut kategori peralatan seperti Daftar HartaModal dalam KEW.PA-2, Daftar Inventory dalam KEW.PA-3 dan KEW.J3 dan KEW.J4(untuk Barang Habis Guna). Langkah terakhir setelah selesai urusan penstokan, invoisakan diserahkan ke pejabat untuk urusan pembayaran.

    Salah satu punca kelemahan pengurusan kewangan yang kerap dibangkitkanoleh Ketua Audit Negara adalah kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasandalam hal-hal kewangan dan akaun. Secara amnya ini menyebabkan kurangnyapenyeliaan dan pengawasan ke atas pegawai dan kakitangan (Surat PekelilingPerbendaharaan Bil. 2 Tahun 1996). Mereka yang terlibat dalam pengurusan kewangan

    sekolah perlu memahami beberapa objektif berikut; bagi mengadakan kawalan-kawalanyang lebih ketat ke atas pungutan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolahdengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan. Kedua, bagimenyenangkan pelaksanaan tugas pengetua atau guru besar terhadap perakaunankewangan sekolah serta objektif terakhir adalah bagi membolehkan kedudukan sebenarperakuanan dan kewangan sekolah diketahui pada bila-bila masa. (Zaidatol Akmaliah,2001).

    Semasa menguruskan kewangan, pengetua atau guru besar perlu menitikberatkan perancangan dan kawalan di samping mengambil kira unsur-unsurpentadbiran yang lain. Matlamatnya adalah supaya sekolah dapat berfungsi denganbaik dengan adanya pengurusan kewangan yang teratur. Tugas pengetua atau gurubesar sebagai ketua di sekolah adalah memastikan segala kutipan dipungut mengikuttatacara yang ditetapkan dan perbelanjaan dilakukan menepati tujuan bagimeningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

    SOALAN 4B

    (i) Nyatakan justifikasi pelupusan terhadap barangan di jabatannya itu.

    Pelupusan ialah satu proses untuk mengeluarkan aset dari milikan, kawalan,simpanan dan rekod mengikut kaedah yang ditetapkan. Pelupusan aset Kerajaan

    bertujuan untuk memastikan Jabatan Kerajaan tidak menyimpan aset yang tidak bolehdiguna atau tidak diperlukan, habis tempoh penggunaan ekonomi, stok berlebihan,menjimatkan ruang simpanan/pejabat, mendapatkan hasil pulangan yang terbaik danmembolehkan aset milik Kementerian/Jabatan dipindahkan ke Kementerian/Jabatanyang lain atas sebab sebab tertentu. Jenis aset yang terlibat ialah aset Kementerian/Jabatan yang diperolehi daripada wang kerajaan, aset yang dirampas, dilucut hak, tidakbertuan atau tidak dituntut, aset yang diterima sebagai hadiah atau sumbangan dansampel/ barang contoh untuk tender/kontrak.

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    16/18

    TUGASAN KUMPULANPeralatan atau aset boleh dilupuskan berdasarkan justifikasi berikut iaitu

    barangan yang rosak yang tidak ekonomi untuk dibaiki dan untuk terus digunakankerana melibatkan kos, penyelenggaraan dan masa pengendalian, barangan yangrosak serta tidak boleh digunakan lagi. Barangan tersebut juga sudah usang atauobsolete yang menyebabkan kualitinya terjejas. Barangan ini akan dilupuskan oleh Ahli

    Lembaga Pemeriksa setelah diperiksa. Justifikasi lain ialah barang tersebut sudahterlalu lama di mana tempoh penggunaannya sudah luput.Selain itu, aset atau barang boleh dilupuskan jika keupayaan aset tidak lagi di

    peringkat optimum, tiada alat ganti jika barang tersebut rosak dan pembekal tidak lagimemberi khidmat sokongan. Aset juga boleh dilupuskan selepas disyorkan oleh AhliLembaga Pemeriksa selepas dijalankan pemeriksaan aset. Justifikasi pelupusan yangseterusnya ialah barangan tersebut tidak lagi diperlukan oleh Jabatan.

    Keadaan ini berlaku apabila barangan tersebut dibeli untuk tujuan spesifik dankemudiannya tidak diperlukan lagi. Barangan juga boleh dilupuskan jika tidak bergerakatau tidak pernah dikeluarkan dari stor sejak dibeli dalam jangkamasa melebihi 3 tahun.

    Aset yang melebihi keperluan semasa serta tidak diperlukan lagi akibat perubahan

    teknologi juga merupakan justifikasi dalam pelupusan barang tersebut.

    (ii) Huraikan kaedah-kaedah yang boleh disyorkan oleh mereka terhadappelupusan barang-barang tersebut.

    Kaedah pelupusan tender hendaklah dipelawa dengan menggunakanKenyataan Tawaran Tender Pelupusan Aset Kerajaan KEW.PA-21. Tender bolehdisertai oleh syarikat atau orang perseorangan kecuali pegawai yang menguruskantender dan aset berkenaan dengan menggunakan Borang KEW.PA-22. Kenyataantender yang mengandungi maklumat seperti di KEW.PA-21 hendaklah diiklankanmelalui sekurang-kurangnya satu (1) akhbar utama tempatan. Harga simpanan adalah

    berdasarkan nilai semasa di Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17.Sebut harga pula hendaklah dipelawa sekurang-kurangnya kepada 10 syarikat

    atau orang perseorangan. Kenyataan Tawaran Sebut Harga seberapa bolehdisebarkan dengan meluas dengan menggunakan Borang KEW.PA-24. Tawaran sebutharga hendaklah menggunakan Borang KEW.PA-25. Harga simpanan adalahberdasarkan nilai semasa di Laporan Lembaga Pemeriksa KEW.PA-17. Deposit sebutharga sebanyak 10% daripada harga tawaran tertakluk kepada maksima RM5,000hendaklah disertakan bersama tawaran.

    Pelupusan melalui kaedah lelong boleh dilaksanakan ke atas aset berikut,mempunyai nilai pasaran, kuantiti yang banyak dan terdapat permintaan yang tinggiuntuk membelinya. Kenyataan Lelong hendaklah mengandungi maklumat

    terperinci semua aset yang akan dilelong. Tarikh, waktu dan tempat lelongan hendaklahdinyatakan dengan jelas. Contoh Kenyataan Lelong adalah seperti di KEW.PA-27.Kenyataan Lelong hendaklah diberi publisiti meluas dengan diedarkankepada Kementerian/Jabatan untuk dipamerkan di papan kenyataan. Bagi maksudmengiklankan sesuatu lelongan, adalah memadai notis itu mengandungi maklumattarikh, masa dan tempat lelongan akan didakan.

    Kaedah pelupusan secara jualan sisa dilaksanakan bagi aset yang tidak bolehdigunakan dalam bentuk dan fungsi asalnya yang mempunyai kandungan logam (besi,

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    17/18

    TUGASAN KUMPULANtembaga dll.), getah, kayu, plastik dan sebagainya yang mempunyai nilai jualan. Jualansisa dilaksanakan dengan cara tender mengikut peraturan di para 33.1 kecualipara 33.1(b), sebutharga mengikut peraturan di para 33.2 kecuali para 33.2(a); dandipelawa kepada syarikat Bumiputra mengikut Negeri/Setempat yang berdaftar denganKementerian Kewangan dalam bidang Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit).

    Kaedah pelupusan secara tukar barang (barter trade) merupakanpertukaran aset dari jenis yang sama atau berbeza melalui tender terhad. Semuacadangan pelupusan mengikut kaedah tukar barang hendaklah mempunyai justifikasidan memperolehi kelulusan Perbendaharaan tanpa mengira nilai perolehan asal.Kaedah tukar barang (barter trade) dilaksanakan berasaskan nilai aset hendaklahdianggarkan oleh pihak yang pakar dalam bidang berkenaan, aset yang mempunyaiunsur keselamatan, pertukaran aset adalah berasaskan nilai terbaik,pertukaran aset hendaklah mengikut keperluan sebenar Jabatan, syarikat yangmengambil bahagian hendaklah dihadkan kepada 5 hingga 10 syarikat sahaja yangmempunyai lesen dan kemahiran dalam urusan tukar barang; dan syarikat pengeluar

    atau agen pembekal aset baru hendaklah bertanggungjawab memberi khidmatlepas jualan.Kaedah pelupusan secara tukar beli (trade-in) dilaksanakan bagi aset yang

    masih boleh digunakan dalam bentuk asal tetapi tidak diperlukan olehKementerian/Jabatan dan tiada Kementerian/ Jabatan lain yang berminat melainkanpembekal asal atau pembekal yang berniaga dalam bidang berkaitan. Semuacadangan pelupusan mengikut kaedah tukar beli hendaklah mempunyai justifikasi danmemperolehi kelulusan perbendaharaan tanpa mengira nilai perolehan asal.

    Kaedah pelupusan secara tukar ganti (cannibalize) boleh dilaksanakan keatas aset yang tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh dikeluarkan bahagian-bahagiantertentu seperti bahagian-bahagian jentera/ kenderaan/ perkakasan komputerdikeluarkan dan dipasang sebagai alat/ komponen ganti bagi pembaikan jentera/kenderaan/ perkakasan komputer yang lain. Pelupusan secara tukar ganti (cannibalize)dilaksanakan berasaskan aset yang sama jenis dan kegunaannya, diperiksa dandisahkan kesesuaiannya oleh Pegawai Teknikal; dan keperluan semasa bagi tujuanbaik pulih dan penjimatan alat/komponen tukar ganti yang dipasangkepada aset penerima perlu direkodkan di Bahagian B KEW.PA-2 aset berkenaan.

    Pelupusan secara pindahan boleh dilaksanakan di antaraKementerian/Jabatan Kerajaan bagi aset yang boleh digunakan dalam bentuk asalnyatetapi tidak diperlukan lagi kerana melebihi keperluan, tidak diperlukan selepas projeksiap; dan Obsolete/obsolescent. Pindahan daripada Jabatan Persekutuan ke JabatanPersekutuan yang lain, tertakluk kepada Kuasa Melulus, pindahan daripada JabatanPersekutuan ke Jabatan Negeri hendaklah mendapat kelulusan Perbendaharaan tanpamengira nilai perolehan asal, kaedah pelupusan secara pindahan dilaksanakanberasaskan permohonan atau keperluan Kementerian/Jabatan penerima, tidakdikenakan apa-apa bayaran , dan kos pengendalian pindahan hendaklah ditanggungoleh penerima.

    Pelupusan secara hadiah hendaklah mendapat kelulusan perbendaharaantanpa mengira nilai perolehan asal. Ciri-ciri aset yang boleh dilupuskan secara hadiah

  • 8/3/2019 surat tjuk sbbb

    18/18

    TUGASAN KUMPULANiaitu aset boleh digunakan lagi dalam bentuk dan fungsi asal tetapi tidak diperlukan lagioleh Kementerian/ Jabatan; atau aset tidak ekonomi dibaiki tetapi boleh digunasebagai bahan latihan atau pameran. Pelupusan secara hadiah boleh dilaksanakanantara Kementerian/Jabatan Kerajaan bagi tujuan latihan atau pameran sahaja; ataudari Kementerian/Jabatan Kerajaan kepada mana-mana organisasi, pertubuhan

    sukarela atau badan-badan lain yang dianjurkan dan diiktiraf oleh Kerajaan.Kaedah pelupusan secara musnah boleh dilaksanakan bagi aset yang tiada nilai jualan/nilai sisa atau aset yang berunsur keselamatan dengan cara berikut ditanam,dibakar,dibuang, dan ditenggelamkan. Langkah-langkah berikut hendaklah diambilsebelum pelupusan secara musnah dilaksanakan . Mendapat kelulusan tempatpemusnahan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan seperti PihakBerkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut dan lain-lain, mematuhiperaturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan,bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai alat ganti hendaklah ditanggal/dikeluarkanterlebih dahulu untuk kegunaan akan datang, tindakan bersesuaian seperti diketuk,dipotong, digelek dan sebagainya perlu diambil terlebih dahulu supaya tiada mana-

    mana pihak dapat mengambil dan menjual semula atau bagi aset yang mempunyaiunsur-unsur keselamatan, tiada sebarang maklumat dapat diakses;, dan sijilPenyaksian Pemusnahan KEW.PA-18 hendaklah disediakan selepas tindakan selesai.Kaedah-kaedah lain yang tidak dinyatakan seperti di para 32 hendaklah mendapatkelulusan Perbendaharaan tanpa mengira nilai perolehan asal.