surat sumbangan3

Upload: muhamad-nor

Post on 06-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jlv

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP, 36700 LANGKAP, PERAK. KOD SEKOLAH: ABA 5066 Tel : 05-6592003 Fax: 05-6595388

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj.Tuan: SKSL.LKP.SR14/02/10JLD5(44)Ruj.Kami: Tarikh : Kepada:

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM HARI KELUARGA DAN TERAPI AIR

Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Seri Langkap telah merancang untuk mengadakan Program Hari Keluarga Dan Terapi Air. Program yang akan diadakan ini melibatkan murid-murid pendidikan khas, guru-guru pendidikan khas, pembantu pengurusan murid dan ibubapa murid pendidikan khas. 3. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan luar kepada murid-murid pendidikan khas dalam membantu perkembangan jasmari, emosi, rohani dan intelek mereka. Program ini juga diadakan bagi mewujudkan kesediaan ahli masyarakat untuk menerima kehadiran insan istimewa dalam kehidupan masih lagi berkurangan dan perlu diberi pendedahan.

4.Butiran mengenai program adalah seperti berikut:Aktiviti:Hari Keluarga Pendidikan Khas SKSL dan Terapi airTarikh:9 Mei 2015 (Sabtu)Masa:7.00 pagi- 4.00 petangTempat:Pasir Salak Eco River Resort, PerakSasaran:Murid berserta keluarga/ guru dan PPM berserta keluarga

5.Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja program berkenaan untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Sesungguhnya kerjasama pihak tuan akan melancarkan lagi perancangan ini demi memajukan lagi tahap pendidikan di sekolah ini.

Sekian, Terima kasih.BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

........................................ (JOHARI BIN SHAARANI)Guru Besar.