surat rayuan kinah

Upload: nur-liyana

Post on 15-Jul-2015

916 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Universiti Selangor Shah Alam Campus Jalan Zirkon A 7/A, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel:603-5522 3400 Faks: 603-5522 3551

13 DISEMBER 2011 Tuan/ Puan,

Rayuan Untuk Permohonan Meneruskan Pengajian Bagi Semester Kedua Pengambilan Julai 2011/2012

Merujuk kepada perkara di atas, saya NURSYAKINAH BAZILAH BT MOKHTAR, Nombor K/P 930525085344 ingin membuat rayuan untuk meneruskan pengajian saya bagi semester kedua pengambilan Julai 2011/2012. Dengan ini saya sertakan sebab-sebab yang menyokong rayuan saya. 2. Pertama sekali,selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun 2010,saya ada memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam(IPTA),namun permohonan saya ditolak kerana ianya tidak memenuhi syarat yang ditetapkan kerana keputusan SPM saya kurang memuaskan. 3.Seterusnya,keluarga saya kurang berkemampuan untuk menghantar saya ke IPTS lain untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan kerana kos pengajian ini di IPTS lain lebih tinggi daripada Universiti Selangor(UNISEL).Saya memilih pengajian ini kerana ianya telah menjadi citacita saya selama ini.Ibu saya hanyalah sebagai suri rumah manakala ayah saya bekerja sendiri.Di samping itu,kini bapa saya juga terpaksa menanggung seorang abang saya yang sedang belajar di IPTS lain yang kosnya menelan belanja yang tinggi iaitu dalam bidang Fisioterapi. 4. Saya telah menunjukkan keazaman untuk melanjutkan pelajaran saya disini,namun dengan pencapaian saya dalam semester satu yang lepas,amat mengecewakan saya.Walaubagaimanapun,saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan. Lagipun itu telah menjadi cita-cita saya selama ini.Saya berharap supaya diberi peluang meneruskan pelajaran dan dapat berbakti kepada negara pada masa depan dalam bidang perniagaan serta meningkatkan ekonomi Negara.Dengan ini saya berjanji dengan Universiti Selangor akan berusaha untuk meningkatkan prestasi saya dalam setiap kali peperiksaan yang dijalankan terutamanya dalam peperiksaan akhir. Berdasarkan sebab-sebab di atas, adalah diharap bahawa pihak Tuan/Puan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya atas rayuan saya. Kerjasama pihak Tuan/Puan didahului dengan ribuan terima kasih . Dengan ini saya

sertakan salinan slip keputusan semester pertama saya dan boring rayuan meneruskan pengajian. Sekian terima kasih. Yang benar ,

(NURSYAKINAH BAZILAH BINTI MOKHTAR)