surat rayuan

4
SHOBANA A/P PRABHAKARAN Penghuni Blok C3-4 Unit K1, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. ______________________________________________________________ ____ EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR Ketua Warden Kolej Kediaman, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. 20 MEI 2014 Tuan, RAYUAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI 2014/2015 Merujuk perkara diatas saya Shobana a/p Prabhakaran, guru pelatih unit K1- Pendidikan Prasekolah, Semester 5, PISMP Ambilan Januari 2012 ingin memohon belas dan ihsan pihak Tuan agar menerima saya untuk menduduki koleh kediaman bagi sesi 2014/2015 iaitu semester 6 hingga semester 8. 2. Rayuan yang saya kemukakan ini adalah atas sebab yang relevan, kerana sebagai seorang pelajar saya teramat

Upload: shobana-nair-prabhakaran

Post on 20-Apr-2017

231 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Rayuan

SHOBANA A/P PRABHAKARANPenghuni Blok C3-4

Unit K1,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

31150 Hulu Kinta,

Perak Darul Ridzuan.

__________________________________________________________________

EN. SHAMSUDIN BIN ABU BAKARKetua Warden Kolej Kediaman,

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,

31150 Hulu Kinta,

Perak Darul Ridzuan. 20 MEI 2014

Tuan,

RAYUAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN BAGI SESI 2014/2015

Merujuk perkara diatas saya Shobana a/p Prabhakaran, guru pelatih unit K1-

Pendidikan Prasekolah, Semester 5, PISMP Ambilan Januari 2012 ingin memohon

belas dan ihsan pihak Tuan agar menerima saya untuk menduduki koleh kediaman

bagi sesi 2014/2015 iaitu semester 6 hingga semester 8.

2. Rayuan yang saya kemukakan ini adalah atas sebab yang relevan, kerana

sebagai seorang pelajar saya teramat memerlukan kemudahan Kolej Kediaman bagi

memudahkan saya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar serta memastikan

tahap keselamatan adalah terjamin.

3. Di samping itu, konsentrasi dalam pelajaran adalah penting bagi saya,

dengan adanya kemudahan kolej kediaman yang disediakan. Saya memerlukan

kolej kediaman ini untuk memudahkan pergerakan saya ke kuliah serta bertemu

pensyarah-pensyarah dalam membantu saya dalam pembelajaran. Kemudahan

Page 2: Surat Rayuan

yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat

diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Saya akan sentiasa berusaha

mempertingkatkan daya usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik.

Tambahan pula, saya juga merupakan guru pelatih yang pernah mendapat

anugerah pengarah bagi kecemerlangan akademik bagi sesi 2013.

4. Tambahan pula, faktor keselamatan juga turut membimbangkan saya

memandangkan keadaan cuaca dan sekeliling yang tidak menentu. Dengan

menghuni di kolej kediaman, keselamatan akan lebih terjamin berikutan adanya

kakitangan asrama yang bertanggungjawab keatas keselamatan penghuni asrama.

5. Selain itu, saya menghadapi masalah kewangan yang tidak stabil. Bagi

maklumat pihak tuan, saya merupakan guru pelatih berasal dari Negeri Sembilan

dan juga merupakan pelajar daripada keluarga taraf ekonomi yang sederhana. Hal

ini kerana, ayah saya seorang sahaja yang bekerja sebagai mandor ladang dan

menampung keluarga saya. Ibu saya adalah sesorang suri rumah tangga kerana

ibu saya tidak boleh membuat sebarang kerja keras atas sebab beliau pernah

membuat pembedahan tulang belakangnya. Oleh itu, saya mengurus perbelanjaan

diri serta keperluan saya dengan menggunakan elaun bulanan tanpa bergantung

kepada ibu bapa saya. Jika saya tinggal di luar, mestilah perbelanjaan akan

meningkatkan dan ini akan mengganggu pelajaran saya.

6. Bersama ini disertakan salinan keputusan peperiksaan dan salinan sijil

anugerah pengarah untuk rujukan pihak tuan.

7. Oleh yang demikian, saya berharap tuan dapat memahami situasi saya dan

dan rayuan permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada Tuan. Budi

bicara tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Surat Rayuan

Yang benar,

__________________________

SHOBANA A/P PRABHAKARAN,

UNIT K1,

IPG KAMPUS IPOH.