dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya …m)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan,...

30
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. P-05(M)-216-08/2015 ANTARA HAFEDZ SAIFOL SAURI BIN YAACOB …PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Pulau Pinang Dalam Negeri Pulau Pinang Perbicaraan Jenayah No.45A-38-11/2013 Antara Pendakwa Raya Dan Hafedz Saifol Sauri Bin Yaacob) KORAM: TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR KAMARDIN BIN HASHIM, HMR

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

126 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

1

DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN JENAYAH NO. P-05(M)-216-08/2015

ANTARA

HAFEDZ SAIFOL SAURI BIN YAACOB …PERAYU

DAN

PENDAKWA RAYA …RESPONDEN

(Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Pulau Pinang

Dalam Negeri Pulau Pinang

Perbicaraan Jenayah No.45A-38-11/2013

Antara

Pendakwa Raya

Dan

Hafedz Saifol Sauri Bin Yaacob)

KORAM:

TENGKU MAIMUN BINTI TUAN MAT, HMR

AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR

KAMARDIN BIN HASHIM, HMR

Page 2: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

2

PENGHAKIMAN

[1] Perayu melalui rayuan ini telah merayu ke atas sabitan dan

hukuman mati mandatori yang telah dijatuhkan ke atasnya oleh

Mahkamah Tinggi atas satu kesalahan di bawah s.39B(1)(a), Akta Dadah

Berbahaya, 1952 (‘ADB, 1952’) seperti berikut:

“Bahawa kamu pada 27.5.2013, jam lebih kurang 1500 hrs bertempat di

310-01-08, Jalan Bukit Gambir, Taman Jade View, Daerah Timur Laut,

Dalam Negeri Pulau Pinang telah mengedar dadah berbahaya iaitu

methamphetamine seberat 158.9 gram dan dengan itu kamu telah

melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah

Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang

sama.”

[2] Perayu juga menghadapi dan telah disabitkan di atas pertuduhan

kedua di bawah s.12(2), ADB, 1952, dan boleh dihukum di bawah

s.39A(1) Akta yang sama kerana memiliki campuran dadah berbahaya

jenis heroin seberat 3.14 gram dan monoacetylpmorphines seberat 1.80

gram pada masa dan di tempat yang sama dan telah dihukum penjara

selama 4 tahun, bermula dari tarikh tangkap dan juga dikenakan 5 kali

sebatan dengan rotan.

[3] Di akhir pendengaran, kami mendapati rayuan perayu terhadap

kedua-dua sabitan kesalahan-kesalahan di atas tidak mempunyai

Page 3: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

3

sebarang merit. Dengan itu kami telah menolak rayuan perayu. Alasan-

alasannya adalah seperti dinyatakan berikut.

Kes Pihak Pendakwaan

[4] Pada 27.5.2013, SP-3 (ASP Poobalan a/l Krishnasamy), bertindak

atas maklumat, telah mengetuai satu pasukan serbuan untuk menyerbu

sebuah pangsapuri di alamat No. 310-1-8, Jalan Bukit Gambir, Taman

Jade View, Pulau Pinang.

[5] Di pangsapuri tersebut, SP-3 telah mengarahkan SP-7 (Sarjan

Ahmad bin Yahya) dan Sarjan Taufik untuk membuat kawalan dan

pemantauan di bahagian bawah pangsapuri berkenaan, khususnya di

kawasan kolam renang di mana unit yang akan diserbu dapat dilihat dari

kawasan tersebut.

[6] Sementara itu SP-3 bersama anggota-anggotanya telah naik ke

pangsapuri berkenaan. Beliau mendapati gril dan pintu kayu unit No. 310-

1-8 berkunci. SP-3 lantas mengarahkan anggotanya untuk memecahkan

gril dan pintu kayu unit berkenaan.

Page 4: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

4

[7] SP-3 dan anggota-anggotanya telah masuk ke unit tersebut setelah

pintu unit tersebut dipecahkan tetapi mendapati tiada sesiapa berada di

dalamnya.

[8] Pada masa yang sama, SP-7 yang berkawal di bahagian bawah

pangsapuri tersebut telah melihat perayu memanjat balkoni dari unit yang

diserbu lalu memanjat ke tingkat dua pangsapuri tersebut dan masuk ke

rumah No. 310-02-01. SP-7 terus menelefon SP-3 memaklumkan

perkara yang sama.

[9] SP-3 bersama-sama anggota-anggotanya terus ke tingkat 2,

menuju ke unit No. 310-02-01. Beliau mendapati unit tersebut berkunci.

Pada masa yang sama SP-3 sekali lagi menerima panggilan dari SP-7

yang menyatakan perayu telah memanjat balkoni unit tersebut lalu masuk

ke unit sebelah iaitu unit No. 310-02-02. SP-3 dan anggota-anggotanya

lantas bergegas ke unit berkenaan.

[10] Di dalam unit No. 310-02-02 tersebut, SP-3 telah menjumpai perayu

di belakang pintu tandas unit berkenaan. Perayu hanya berseluar jeans

warna biru tanpa berbaju. Kakinya juga didapati berdarah.

Page 5: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

5

[11] Pemeriksaan ke atas seluar jeans yang dipakai oleh perayu

menjumpai kad akses yang tercatat no. unit 310-1-8. Perayu telah dibawa

kembali ke unit No. 310-1-8 oleh SP-3 untuk pemeriksaan lanjut.

[12] Pemeriksaan di bilik pertama unit No. 310-1-8 tersebut

menghasilkan penemuan satu kotak pertolongan cemas di atas meja

berhampiran katil yang mengandungi 2 paket plastik lut sinar yang dibalut

dengan aluminium foil. Ahli kimia, SP-9 (Kalaivaani a/p Balachandran),

mengesahkan kandungannya adalah 158.9 methamphetamine. Dadah

ini adalah hal perkara dalam pertuduhan pertama di bawah s.39B(1)(a),

ADB, 1952.

[13] Di atas meja yang sama SP-3 juga menjumpai paket-paket plastik

kecil kosong dan satu alat penimbang digital.

[14] Di atas katil di bilik tersebut pula SP-3 menjumpai sebuah beg

jenama ‘Playboy’ mengandungi kad pengenalan dan pasport perayu dan

satu sijil cuti sakit atas nama perayu.

Page 6: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

6

[15] Pemeriksaan di bilik kedua unit tersebut menghasilkan penemuan

satu plastik lut sinar berisi ketulan-ketulan di atas almari yang

kemudiannya disahkan oleh SP-9 sebagai campuran 3.14 gram heroin

dan 1.80 gram monoacetylmorphines. Dadah ini adalah hal perkara

dalam pertuduhan kedua.

[16] SP-3 juga telah mengambil sehelai baju dan seluar jeans dari bilik

pertama tersebut dan didapati berpadanan dengan perayu setelah

diacupakai – sila lihat gambar-gambar eksibit P11(M, N, O) di m.s. 415,

416 dan eksibit P12(B, C, D, E, F) di m.s. 418, 419 dan 420, Jilid 4, RR.

[17] SP-3 juga telah menemui serangkai anak kunci di atas meja makan

di ruang tamu unit tersebut.

[18] Perayu dan barang-barang kes yang dirampas oleh SP-3 telah

diserahkan kepada pegawai penyiasat, SP-8 (Insp. Mohd Khairi b.

Mohamed Ali), untuk siasatan lanjut.

Page 7: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

7

[19] Keterangan yang dibawa oleh pihak pendakwaan menunjukkan

bahawa unit No. 310-1-8 tersebut telah disewakan oleh pemiliknya, SP-4

(Chong Ghaik Yin) kepada SP-5 (Ahmad Faizal bin Ahmad Zahari)

melalui satu perjanjian tenansi yang ditandatangani oleh mereka pada

22.10.2012.

[20] Keterangan juga menunjukkan bahawa kurang dari satu bulan dari

tarikh perjanjian tersebut ditandatangani, SP-5 telah menyewakan unit

tersebut kepada perayu dan SP-5 tidak lagi tinggal di unit tersebut selepas

itu.

[21] Di akhir kes pendakwaan, pesuruhjaya kehakiman yang bijaksana

(selepas ini disebut sebagai ‘hakim bicara’) mendapati bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan perayu mempunyai milikan ke

atas 158.9 gram methamphetamine yang ditemui dalam bilik pertama unit

tersebut. Beliau juga mendapati bahawa anggapan undang-undang di

bawah s.37(da), ADB, 1952 adalah terpakai ke atas perayu iaitu perayu

dianggap telah mengedarkan dadah berkenaan sehingga dibuktikan

sebaliknya. Pada akhirnya beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan

telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas perayu di atas

Page 8: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

8

kesalahan di bawah s.39B(1)(a) tersebut. Dengan itu perayu telah

dipanggil untuk membela diri.

[22] Hakim bicara yang bijaksana juga mendapati bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan perayu mempunyai milikan ke

atas campuran 3.14 gram dadah heroin dan 1.80 gram dadah

monoacetylmorphines yang dijumpai di dalam bilik kedua unit tersebut.

Perayu telah dipanggil untuk membela diri di atas pertuduhan kedua

tersebut setelah hakim bicara berpuas hati bahawa satu kes prima facie

telah berjaya dibuktikan terhadap perayu.

Kes Pihak Pembelaan

[23] Dalam keterangan bersumpahnya perayu menyatakan pada

27.5.2013, ketika berada di unit No. 310-1-8 dia mendengar hentakan

kuat pada pintu unit tersebut dan seseorang menjerit perkataan ‘Polis’.

[24] Perayu merasa cemas dan takut lalu lari memanjat balkoni unit

tersebut dan naik ke tingkat atas dan masuk ke rumah kedua di tingkat

tersebut.

Page 9: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

9

[25] Perayu menyatakan dia lari dari polis kerana menghadapi satu

tuduhan memiliki dadah di bawah s.12(2) ADB, 1952, di Mahkamah

Rendah Pulau Pinang dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap

dirinya. Perayu takut tertangkap dan tidak akan diberikan sebarang

jaminan lagi.

[26] Perayu seterusnya menyatakan dia ditangkap oleh polis di dalam

unit di tingkat atas di mana dia melarikan diri. Perayu kemudian telah

dibawa semula ke unit 310-1-8 di mana dadah berbahaya ditemui di

dalam kotak kecemasan dalam bilik pertama dan di atas almari dalam bilik

kedua unit tersebut.

[27] Perayu menyatakan bahawa kotak pertolongan cemas yang

mengandungi dadah tersebut adalah milik seorang perempuan bernama

Maria dan menyatakan bahawa dia tidak mengetahui siapa pemilik dadah

yang ditemui di atas almari di dalam bilik kedua tersebut.

[28] Perayu juga menyatakan dia tidak tahu siapa pemilik alat

penimbang digital dan plastik-plastik kosong di atas meja di dalam bilik

pertama tersebut.

Page 10: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

10

[29] Perayu selanjutnya mendakwa dia tidak tinggal atau menyewa di

unit No. 310-1-8 tersebut. Sebaliknya Maria dan seorang lagi bernama

Zana dan anaknyalah yang sebenarnya tinggal di unit itu. Kawan-kawan

Maria dan Zana iaitu Sue dan Bee juga sering bertandang ke unit

berkenaan.

[30] Perayu tidak mengetahui nama sebenar Maria dan Zana manakala

nama sebenar Sue adalah Ng Ying Ngok. Perayu mengesahkan tidak

memaklumkan nama-nama Maria, Zana, Sue dan Bee dalam rakaman

percakapannya kepada polis. Dia hanya menyebut ‘kawan-kawan’

sahaja kepada pihak polis.

[31] Perayu juga mendakwa Sue dan Bee akan tinggal di unit tersebut

apabila dia pergi melancong ke Thailand.

[32] Perayu menyatakan kad akses untuk unit No. 310-1-8 tersebut

ditemui di dalam bilik pertama unit itu dan tidak dari seluar jeans yang dia

pakai ketika ditangkap di unit No. 310-02-02. Dan kad akses berkenaan

adalah kepunyaan Maria.

Page 11: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

11

[33] Perayu turut menyatakan dia ada dibawa ke tempat parkir kereta di

mana sebuah kereta Wira berwarna biru diparkir di situ. Perayu

mendakwa kereta berkenaan adalah kepunyaan Maria.

[34] Menurut perayu semasa diserbu oleh pihak polis pada hari kejadian,

dia sedang berehat di atas katil di dalam bilik pertama. Maria dan Zana

juga ada di unit tersebut pada hari kejadian tetapi telah keluar terlebih

dahulu bersama kawan-kawannya sebelum pihak polis datang membuat

serbuan.

[35] Perayu menafikan memiliki dadah-dadah yang ditemui di bilik

pertama dan kedua unit No. 310-1-8 tersebut.

[36] SD-2 (Ahmad Tajudin bin Zain), yang bertugas sebagai Penolong

Pendaftar, Mahkamah Sesyen (Jenayah) Pulau Pinang, mengesahkan

melalui Nota Keterangan yang dikemukakan (eksibit D54, m.s. 480, Jilid

4, (RR)) bahawa perayu memang ada menghadapi satu pertuduhan di

bawah s.12(2), ADB, 1952, kerana memiliki 0.661 gram

methamphetamines di Mahkamah Rendah Pulau Pinang.

Page 12: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

12

[37] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara yang bijaksana telah

berpuashati bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan

keraguan yang munasabah terhadap isu pemilikan dadah-dadah yang

ditemui di dalam bilik pertama dan kedua unit tersebut. Beliau juga

mendapati bagi pertuduhan pertama, pihak pembelaan juga telah gagal

untuk menyangkal anggapan pengedaran dadah tersebut yang terpakai

ke atasnya di atas imbangan kebarangkalian. Hakim bicara telah

mendapati perayu bersalah dan sabit di atas kedua-dua kesalahan yang

dipertuduhkan ke atasnya setelah berpuashati bahawa pihak

pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang

munasabah.

Alasan-alasan Rayuan

[38] Terkilan dengan keputusan-keputusan di atas, perayu telah

memfailkan rayuan ini beralaskan:

(i) bahawa hakim bicara gagal untuk menimbangkan bahawa

unit No. 310-1-8 tersebut boleh diakses oleh pihak lain;

(ii) bahawa kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Ng

Ying Ngok, penama yang dibilkan dalam bil bekalan air, PBA

(eksibit P35) untuk memberi keterangan atau

Page 13: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

13

menawarkannya kepada pihak pembelaan adalah fatal

kepada kes pendakwaan; dan

(iii) Adverse inference yang dibuat oleh hakim bicara yang

menggunapakai keterangan yang diambil dalam satu

perbicaraan yang lain telah memudaratkan kes pembelaan.

Keputusan Kami

Alasan Pertama – Unit No. 310-1-8 tersebut boleh diakses oleh pihak

lain

[39] Dihujahkan oleh peguam bela yang bijaksana bahawa pihak

pendakwaan telah gagal melepaskan bebanan untuk exclude akses ke

unit tersebut oleh pihak lain. Lantas diunjurkan bahawa unit tersebut

sememangnya diakses oleh pihak lain selain daripada perayu seperti

ditunjukkan dalam gambar P13(F) di m.s. 424, Jilid 4 RR, yang

menunjukkan kereta mainan berhampiran katil di bilik pertama; gambar-

gambar P13(J) dan (N) di m.s. 426 dan 428 Jilid yang sama yang

menunjukkan pakaian wanita bercorak leopard skin; gambar P13(N) di

m.s. 428 Jilid yang sama yang menunjukkan seluar jeans pelbagai gender

(bukan seluar jeans lelaki); dan gambar-gambar P13(M) dan (N) di m.s.

428, Jilid yang sama yang menunjukkan longgokkan pakaian di atas katil

tanpa dapat dipastikan sama ada pakaian tersebut adalah pakaian lelaki

Page 14: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

14

atau perempuan. Seterusnya di bawah TV di gambar P13(G) m.s. 427,

Jilid yang sama pula menunjukkan alat permainan kanak-kanak.

[40] Dihujahkan seterusnya bahawa bilik pertama dan kedua unit

tersebut tidak berkunci dan dengan itu sesiapa pun boleh mengakses

kedua-dua bilik tersebut.

[41] Peguam bela yang bijaksana turut menghujahkan bahawa bil PBA

(eksibit P35) seperti ditunjukkan di m.s. 413, Jilid 4, RR dibilkan di atas

nama Ng Ying Ngok. Tidak ada pencerahan daripada pihak pendakwaan

gerangan siapa penama ini.

[42] Selanjutnya dihujahkan bahawa pembelaan yang mengunjurkan

penama-penama Maria, Zana dan anaknya yang dikatakan tinggal di unit

tersebut dan Sue dan Bee yang dikatakan sering bertandang ke unit

tersebut bukanlah figura rekaan dan pembelaan yang berteraskan

kepada kewujudan Maria dan Zana dan anaknya bukan pembelaan

afterthought.

Page 15: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

15

[43] Juga dihujahkan bahawa perayu belum berkahwin dan kewujudan

kereta dan alat permainan serta pakaian wanita seperti dalam gambar-

gambar yang diperincikan di atas menyokong keterangan perayu bahawa

unit tersebut sebenarnya dihuni oleh Maria dan Zana dan anaknya serta

sering dikunjungi oleh Sue dan Bee. Maka hakim bicara yang bijaksana

terkhilaf apabila memutuskan pembelaan perayu adalah pembelaan

afterthought.

[44] Setelah menghalusi pembelaan perayu secara cermat, kami

mendapati teras (core) pembelaan perayu berkisar tentang dakwaannya

bahawa dia tidak tinggal di unit tersebut dan bahawa Maria dan Zana dan

anaknyalah yang sebenarnya tinggal di unit tersebut dan akses ke unit

tersebut oleh Sue dan Bee.

[45] Sungguhpun begitu, kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara

yang bijaksana yang mendapati watak-watak Maria, Zana dan anaknya,

Sue dan Bee tidak pernah ditimbulkan oleh perayu di peringkat

penyiasatan kes dan secara khususnya kepada SP-3, orang pertama

yang confront perayu dengan dadah yang ditemui dalam kedua-dua bilik

di unit tersebut. Lebih parah lagi penama-penama ini hanya ditimbulkan

Page 16: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

16

di peringkat perbicaraan setelah bertahun-tahun kejadian itu berlaku, itu

pun hanya di ‘put’ kepada pegawai penyiasat (SP-8).

[46] Pendedahan tentang Maria, Zana, Sue dan Bee dan peranan yang

dimainkan oleh mereka yang didedahkan hanya di peringkat perbicaraan

kes yang berlangsung bertahun-tahun selepas perayu ditangkap

merupakan satu belated disclosure yang mencadangkan ia hasil nukilan

afterthought dan rekaan semata-mata.

[47] Kewujudan Maria dan kuncu-kuncunya dan peranan yang

dimainkan oleh mereka merupakan teras pembelaan perayu. Maka

sewajarnya pembelaan ini didedahkan seawal mungkin iaitu sebaik

sahaja dadah tersebut dijumpai oleh SP-3 dari dalam kedua-dua bilik

tersebut. Namun perayu gagal berbuat demikian. Maka ia

membangkitkan persoalan: apakah yang menghalang perayu untuk

memberitahu SP-3 bahawa dadah-dadah tersebut sebenarnya

kepunyaan Maria, selaras dengan pembelaannya?

Page 17: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

17

[48] Kegagalan untuk memberi notis tentang Maria dan kuncu-kuncunya

seawal mungkin melalui SP-3 memberi kesan akan keberatan yang wajar

diberikan ke atas pembelaan yang berteraskan kepada peranan yang

dimainkan oleh Maria dan kuncu-kuncunya. Dalam kes PP v Badrulsham

bin Baharom (1988) 2 MLJ 585, Mahkamah berpendapat kegagalan

tertuduh untuk memaklumkan pegawai-pegawai serbuan bahawa beg

plastik warna putih yang berada dalam milikan tertuduh adalah

kepunyaan seorang lain (Noor Azlan) pada masa tertuduh ditangkap dan

hanya mendedahkan maklumat tersebut semasa disoal siasat 2 jam

selepas penangkapannya, adalah fatal dan fakta kegagalan ini jelas

menyokong kes pihak pendakwaan. Dapatan ini telah disetujui

sepenuhnya oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Teng Howe Sing v

PP (2009) 3 MLJ 46 di m.s. 62.

[49] Hakim bicara yang bijaksana turut menangani isu Maria dan kuncu-

kuncunya seperti berikut (di m.s. 29, 30, Jilid RR):

“[59] Tertuduh juga menegaskan bahawa Maria dan Zana yang tinggal di

rumah tersebut, selain kawan-kawan mereka iaitu Sue dan Bee.

Seterusnya tertuduh menyatakan kotak pertolongan cemas di mana

dadah berkenaan ditemui adalah milik Maria.

Selain dari tidak mengetahui nama penuh Maria dan Zana, tertuduh

mengesahkan tidak pernah memaklumkan kepada pihak polis berhubung

nama-nama Maria, Zana, Sue dan Bee ini termasuk ketika percakapan

tertuduh dirakamkan oleh pihak polis.

Page 18: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

18

[60] Saya berpendapat, nama-nama Maria, Zana, Sue dan Bee ini amat

penting dalam kes pembelaan tertuduh dan sepatutnya reaksi pertama

tertuduh apabila disoalsiasat oleh polis adalah memaklumkan nama-nama

ini kepada pihak polis. Lebih-lebih lagi Maria dan Zana yang dikatakan

merupakan penghuni rumah 310-1-8 tersebut dan kotak pertolongan

kecemasan yang mengandungi dadah dikatakan adalah milik Maria. Ini

pastinya membolehkan pihak polis membuat siasatan yang terperinci

terhadap penama-penama yang disebut oleh tertuduh ini bagi

menentukan kebenaran pembelaan tertuduh.

[61] Walau bagaimanapun, perkara ini gagal dilakukan oleh tertuduh dan

kegagalan tertuduh memaklumkan nama-nama tersebut seawal mungkin

membolehkan mahkamah membuat kesimpulan bahawa versi pembelaan

berhubung penama-penama ini adalah ‘afterthought’ dan membolehkan

keterangan tersebut tidak diterima.

[62] Berhubung isu ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Teng Howe

Seng v PP [2009] 3 CLJ 733 di m.s. 750 menyatakan:

“Applying the principle in Badrulhisham’s case to the facts of the

instant case, the learned trial judge was correct to conclude that

the appellant had two opportunities to provide information about

‘Ho Seng’, i.e., at the time of his arrest and five days later during

recording of his cautioned statement but he failed to do so. We

are therefore of the view that in the circumstances, the

appellant’s failure to provide relevant information about ‘Ho

Seng’ for the police to carry out a thorough investigation into the

probability of his defence, entitled the learned trial judge to

disbelieve him”.

[50] Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim bicara yang

bijaksana tersebut. Peguam bela yang bijaksana gagal untuk

menunjukkan di manakah khilafnya dapatan hakim bicara tersebut dari

segi fakta dan undang-undang untuk mencetuskan (to prompt) campur

tangan kami.

Page 19: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

19

[51] SP-3 menyatakan barangan yang bercorak leopard skin dalam

gambar eksibit P13(J) dan (N) di m.s. 426 dan 428, Jilid 4, RR, bukanlah

pakaian wanita tetapi adalah sebuah bantal besar. Keterangan ini telah

disokong oleh SP-5. SP-3 turut menyatakan gambar eksibit P13(F) di

m.s. 424, Jilid yang sama bukanlah kereta mainan tetapi kereta hiasan

untuk menghias rumah. Demikian juga gambar eksibit P13(9) bukanlah

gambar mainan kanak-kanak tetapi barang hiasan rumah. Seterusnya

SP-3 menjelaskan keadaan bilik atau katil ketika diserbu tidaklah seperti

ditunjukkan dalam gambar-gambar P13(M) dan (N) di m.s. 428, Jilid 4,

RR. Menurutnya beliau telah melonggok pakaian-pakaian dan barang-

barang yang digeledah di atas katil tersebut untuk kemudahan

penggelidahannya dan beliau pasti tidak ada pakaian wanita dalam

longgokkan pakaian di atas katil tersebut.

[52] Tiada alasan untuk menolak keterangan SP-3 berkaitan dengan isu-

isu ini lantaran secara keseluruhannya kredibiliti SP-3 tidak pernah

menjadi isu pertikaian. Keterangan SP-3 juga bukan sesuatu yang

inherently incredible yang mewajarkan penerimaan keterangannya.

Page 20: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

20

[53] Hakim bicara yang bijaksana sendiri menyatakan bahawa beliau

telah meneliti keterangan dan demeanour saksi-saksi pendakwaan dan

mendapati mereka adalah saksi-saksi yang boleh dipercayai; tidak ada

alasan untuk saksi-saksi tersebut mengada-adakan cerita bagi

menganiayai perayu; dan keterangan saksi tersebut bukanlah sesuatu

yang inherently incredible dan oleh itu wajar diterima (lihat Alasan

Penghakiman di m.s. 19, Jilid 1, RR). Dapatan ini adalah dapatan fakta

hakim bicara di mana inti patinya adalah sesuatu yang sememangnya

dalam bidang kuasa asas hakim bicara untuk memutuskannya kerana

beliau telah melihat dan mendengar sendiri saksi-saksi tersebut memberi

keterangan di hadapannya. Dengan itu dapatan ini wajar diberi the

greatest of respect and weight dan tidak sewenang-wenangnya

diketepikan tanpa kewajaran yang kukuh.

[54] Jika pun wujud pakaian wanita dan alat-alat permainan kanak-

kanak seperti didakwa oleh peguam bela yang bijaksana, isu ini wajar

dilihat/diputuskan dengan mengambil kira keseluruhan hal ehwal

keadaan keseluruhan kes ini. Fakta-fakta dan keterangan yang tidak

dipertikaikan (uncontroverted) menunjukkan bahawa unit tersebut adalah

milik SP-4 yang telah menyewakannya kepada SP-5 melalui satu

perjanjian tenansi; SP-5 kemudian telah menyewakan unit tersebut

Page 21: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

21

kepada perayu; selepas itu SP-5 tidak lagi tinggal di unit tersebut; perayu

berada di atas katil dalam bilik pertama unit tersebut ketika polis

menyerbu unit tersebut; tidak ada orang lain dalam unit tersebut ketika

polis membuat serbuan; perayu telah melarikan diri apabila unit tersebut

diserbu polis; perayu ditangkap di sebuah unit di tingkat atas di sebalik

pintu tandas; dan watak-watak Maria dan kuncu-kuncunya hanya

ditimbulkan di peringkat perbicaraan kes bertahun-tahun selepas

kejadian.

[55] Dengan mengambil panduan kes Siew Yoke Keong v PP [2013] 4

CLJ 149, yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan (yang turut

dirujuk oleh hakim bicara yang bijaksana), dalam keadaan seperti ini,

persoalan terpenting ialah sama ada perayu adalah so situated dengan

dadah-dadah yang dijumpai dalam bilik pertama dan kedua tersebut that

he had the power to deal with the drugs as owner to the exclusion of all

other persons, and when the circumstances are such that he may be

presumed to intend to do so in case of need. Perkara ini adalah persoalan

fakta yang hanya boleh dibuktikan melalui inferens dari keseluruhan hal

ehwal keadaan yang menyelubungi kes ini.

Page 22: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

22

[56] Berdasarkan kepada keseluruhan fakta-fakta yang menyelubungi

keseluruhan kes ini dan keterangan yang tidak dipertikaikan seperti

diperincikan dalam para 54 di atas, pada hemat kami adalah selamat

untuk membuat inferens bahawa perayu mampu atau boleh berurusan

(deal) dengan dadah-dadah tersebut seolah-olah dadah-dadah tersebut

adalah kepunyaannya dan dia bermaksud untuk berurusan dengan

dadah-dadah tersebut seolah-olah dadah tersebut adalah kepunyaannya

sekiranya keadaan memerlukan dia berbuat atau bertindak sedemikian.

[57] Seterusnya tindakan perayu melarikan diri dengan memanjat

balkoni ke tingkat 2 tanpa menghiraukan keselamatan dirinya

menunjukkan perayu amat terdesak untuk melarikan diri apabila diserbu

oleh pihak polis dan inferens munasabah yang boleh dirumuskan dari

fakta ini ialah bahawa perayu mempunyai milikan dan pengetahuan

mengenai dadah-dadah di dalam unit berkenaan. Dalih perayu melarikan

diri kerana ada waran tangkap dikeluarkan ke atasnya dalam satu kes

dadah yang dihadapinya di Mahkamah Rendah Pulau Pinang nyata tidak

berasas apabila Nota Keterangan prosiding kes tersebut (eksibit D54 m.s.

480, Jilid 4, RR) yang dikemukakan melalui SD-2 tidak menunjukkan

adanya waran tangkap dikeluarkan ke atas perayu.

Page 23: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

23

[58] Keputusan yang relevan dalam kes Siew Yoke Keong v PP (supra)

yang dirujuk oleh hakim bicara yang bijaksana adalah para 35

penghakiman kes tersebut seperti berikut:

“[35] So, in our judgment in the circumstances of this case, the presence

of the ladies clothing (two female upper garments and two pairs of female

jeans) along with male clothing in the third room of the first house does not

mean that no possession was established against Siew. The crucial

question is whether Siew was so situated with respect to the proscribed

drugs found in the second and third rooms of the first house that he had

the power to deal with the drugs as owner to the exclusion of all other

persons, and when the circumstances are such that he may be presumed

to intend to do so in case of need. In other words Siew must be so situated

that he can deal with the proscribed drugs as if it belonged to him, and it

must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged

to him should he see any occasion to do so (he had animus possidendi).

Invariably this is a fact which can only be proved by inference from the

surrounding circumstances of this case. It must be clear from the

circumstances in which the proscribed drugs were found, that Siew had

the intention of dealing with the drugs as if they belonged to him. The list

of such possible circumstances is not exhaustive.”

[59] Setelah mengambilkira keseluruhan keadaan kes, hakim bicara

telah membuat inferens berikut (di para 43, m.s. 22, Alasan Penghakiman,

Jilid 1, RR):

“[43] Oleh itu, memandangkan inferen munasabah yang boleh dibuat

dari keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah

dadah-dadah berkenaan terletak di tempat di mana tertuduh mempunyai

kuasa untuk berurusan mengenainya sebagai pemilik tanpa penglibatan

orang lain dan tertuduh diandaikan akan melakukannya dalam keadaan

yang memerlukan.”

Page 24: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

24

[60] Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan di atas. Hakim bicara

yang bijaksana tidak melakukan sebarang kekhilafan apabila beliau

merumuskan inferens di atas setelah mengambilkira keseluruhan fakta-

fakta dan keterangan yang dibentangkan di hadapannya.

Alasan Kedua – Kegagalan Pihak Pendakwaan Untuk Memanggil Ng

Ying Ngok Memberi keterangan atau Menawarkannya Kepada Pihak

Pembelaan

[61] Peguam bela yang bijaksana menghujahkan bahawa bil PBA

(eksibit P35, di m.s. 413, Jilid 4, RR) yang dijumpai di dalam unit tersebut

dan membawa alamat yang sama dengan unit tersebut dibilkan atas

nama Ng Ying Ngok. Dihujahkan Ng Ying Ngok berada di unit tersebut

dan dialah orang yang membuka kunci unit tersebut ketika pegawai

penyiasat, SP-8, menyiasat unit tersebut.

[62] Peguam bela yang bijaksana menyatakan bahawa Ng Ying Ngok

tidak dipanggil untuk memberi keterangan dan tidak juga ditawarkan

kepada pihak pembelaan. Dihujahkan seterusnya bahawa kegagalan ini

telah menimbulkan kelompangan dalam kes pihak pendakwaan.

Page 25: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

25

[63] Hakim bicara yang bijaksana telah menangani isu ini di para 46 m.s.

23, Alasan Penghakiman, Jilid 1, RR, di mana beliau menyatakan:

“[46] Berhubung dengan isu penama Ng Yik Ngok yang tidak

dipanggil memberi keterangan atau ditawarkan kepada pihak

pembelaan, saya mendapati Ng Yik Ngok yang namanya tercatat

pada bil air rumah berkenaan bukanlah saksi yang material kepada

pihak pendakwaan. Ketiadaan saksi ini tidak menjejaskan

keterangan pihak pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai milikan

terhadap dadah-dadah yang ditemui di rumah tersebut. Oleh itu saya

berpendapat tiada kelompangan berlaku dalam kes pendakwaan

tanpa keterangan saksi ini.”

[64] Kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan di atas. Ini kerana SP-

4, tuan punya unit tersebut menyatakan beliau telah membeli unit tersebut

melalui lelongan awam dalam tahun 2009. Beliau tidak mengetahui siapa

Ng Ying Ngok. SP-5 pula mengesahkan beliau telah menyewa unit

tersebut daripada SP-4 melalui satu perjanjian tenansi dan kira-kira

kurang satu bulan dari tarikh kejadian beliau telah menyewakan unit

tersebut kepada perayu. Selepas itu beliau tidak lagi tinggal di unit

tersebut. Keterangan SP-5 ini tidak dipertikaikan oleh perayu. Dan

semasa unit tersebut diserbu, hanya perayu yang tinggal di unit tersebut.

Seterusnya sepasang pakaian yang diambil dari unit tersebut berpadanan

dengan susuk tubuh perayu apabila di acu pakai. Jelas tidak wujud

sebarang kelompangan dalam naratif kes pendakwaan. Dadah-dadah

tersebut dijumpai dalam unit yang disewakan kepada perayu dan semasa

Page 26: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

26

serbuan, perayu sememangnya berada di unit tersebut. Perayu pula tidak

memberikan sebarang penjelasan kenapa dia berada di unit tersebut

pada ketika itu dan apa yang dia buat di unit tersebut, mengambilkira

pembelaannya yang menafikan dia tinggal di unit tersebut.

[65] Seterusnya SP-8 menyatakan ketika menyiasat unit tersebut, pintu

unit telah dibuka oleh tuan punya unit iaitu SP-4 dan bukan oleh Ng Ying

Ngok.

[66] Kami mendapati tidak ada sebab untuk meragui keterangan SP-8 di

atas. Lebih-lebih lagi apabila perayu menyatakan nama sebenar Sue,

salah seorang rakan Maria yang dikatakan sering bertandang ke unit

tersebut, adalah Ng Ying Ngok. Namun begitu, seperti diketahui, penama

Sue @ Ng Ying Ngok tidak pernah didedahkan oleh perayu kepada SP-8

pada bila-bila masa semasa siasatan sedang dijalankan. Namanya

ditimbulkan hanya bertahun-tahun kemudian semasa kes sedang

dibicarakan. Ini telah menafikan ruang kepada SP-8 untuk menyiasat

penama Sue @ Ng Ying Ngok.

Page 27: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

27

[67] Mengambilkira keseluruhan keadaan yang menyelubungi kes ini,

kegagalan pihak pendakwaan untuk mengesan Ng Ying Ngok dan

memanggil beliau untuk memberi keterangan atau menawarkannya

kepada pihak pembelaan tidak sama sekali mewujudkan kelompangan

dalam keseluruhan naratif kes pendakwaan. Kami mendapati isu ini tidak

mempunyai sebarang merit.

Alasan Ketiga – Adverse Inference yang dibuat oleh hakim bicara

dengan mengguna pakai keterangan yang diambil dalam satu

perbicaraan yang lain telah memudaratkan kes pembelaan

[68] Peguam bela yang bijaksana telah membawa perhatian kami

kepada para 70, Alasan Penghakiman, m.s. 32, Jilid 1 RR seperti berikut:

“….Walaupun tertuduh pernah dituduh dengan kesalahan dadah

sebelum ini, tetapi perbuatan tidak mempedulikan barang-barang

berkaitan penjualan dadah tersebut membolehkan inferen dibuat

bahawa dadah yang ditemui atas meja adalah milik tertuduh.”

[69] Dihujahkan seterusnya bahawa hakim bicara yang bijaksana telah

terkhilaf dari 3 sudut pertimbangan:

(a) tentang perayu ‘tidak mempedulikan’ barang-barang berkaitan

penjualan dadah tersebut;

Page 28: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

28

(b) tentang perayu pernah dituduh dengan kesalahan dadah

sebelum ini maka dia sepatutnya tahu barang-barang tersebut

adalah barang-barang berkaitan dengan dadah (drug

apparels); dan

(c) tentang penemuan fakta barang-barang tersebut adalah

barang-barang berkaitan dadah.

[70] Berkaitan dengan isu (a) dihujahkan oleh kerana perayu ‘tidak

mempedulikan’ barang-barang tersebut, maka inferens yang memihak

kepada perayu yang sepatutnya diambil oleh Mahkamah adalah beliau

tidak mengetahui dadah tersebut dan tidak ‘exercise care or dominion or

deal with it if he wanted to’.

[71] Berkaitan dengan isu (b) dan (c), dihujahkan hakim bicara telah

membuat penemuan dan inferens yang salah terhadap perayu kerana

SP-3 dan SP-8 atau mana-mana saksi pendakwaan tidak menyatakan

bahawa alat penimbang digital tersebut dan plastik-plastik kosong

tersebut adalah barang-barang berkaitan penjualan dadah. Tanpa

keterangan saksi, mahkamah tidak berhak untuk membuat inferens yang

Page 29: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

29

sebegitu. Turut dihujahkan bahawa hakim bicara yang bijaksana telah

menggunakan fakta bahawa perayu pernah dituduh di bawah kesalahan

dadah maka dengan itu dia tahu barang-barang tersebut adalah berkaitan

dadah atau pun tahu tentang dadah tersebut.

[72] Pada hemat kami dapatan hakim bicara yang bijaksana seperti

dipetik oleh peguam bela di atas adalah dapatan sampingan, mirip

kepada verbosity. Tanpa dapatan tersebut pun ia tidak menjejaskan

dapatan asas bahawa dadah-dadah tersebut memang dalam milikan

perayu. Tambahan pula perayu tidak mengemukakan apa-apa

keterangan untuk menyangkal anggapan mengedar dadah-dadah

tersebut di bawah s.37(da), ADB, 1952, yang terpakai ke atasnya.

Perayu, dalam pembelaannya hanya menafikan mempunyai milikan ke

atas dadah-dadah tersebut. Namun pada hemat kami, keterangan untuk

mengaitkan pemilikan dadah-dadah tersebut dengan perayu adalah

overwhelming dan tidak terjejas dengan verbosity tersebut.

Page 30: DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA …M)-216-08-2015.pdf · 1 dalam mahkamah rayuan, malaysia, di putrajaya (bidangkuasa rayuan) rayuan jenayah no. p-05(m)-216-08/2015

30

Kesimpulan

[73] Kami menolak rayuan perayu berdasarkan kepada alasan-alasan

yang diperincikan di atas. Kami mendapati kedua-dua sabitan dan

hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu adalah selamat. Dengan itu

kami mengesahkan dan mengekalkan sabitan-sabitan dan hukuman-

hukuman yang dijatuhi ke atas perayu oleh Mahkamah Tinggi.

BERTARIKH: 5hb. Julai, 2017

( AHMADI HAJI ASNAWI )

Hakim

Mahkamah Rayuan Malaysia

Peguambela Perayu:

Jason Khor & JH Sheng

Tetuan Jit Sheng & Co.

Peguambela Responden:

Puan Dhiya Syazwani Izyan Bt. Mohd. Akhir

Timbalan Pendakwa Raya

Jabatan Peguam Negara