surat rayuan

2
Puan Maizatul Akmal bt Othman, SMK Bandar Baru Uda, Jalan Padi Ria 1, 81200 Bandar Baru Uda, Johor 4 FEBRUARI 2015 Ketua Unit Sektor Pengurusan Sekolah Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4,Blok E2,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tuan, RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN DARI SMK BANDAR BARU UDA,JOHOR KE NEGERI TERENGGANU BAGI SESI 2015 Saya seperti nama di atas, (No K/P: 800806115532 ) ingin membuat rayuan agar permohonan pertukaran saya ke Kemaman,Terengganu bagi sesi 2015 dapat dipertimbangkan semula. 2. Saya adalah guru opsyen ICT,minor Matematik dan mempunyai pengalaman mengajar selama 5 tahun dalam perbagai bidang matapelajaran seperti Bahasa Inggeris, Sains,Matematik,PJKdan Sivik. 3. Alasan-alasan untuk pertukaran saya adalah seperti berikut: a) Mengikut suami yang berniaga sendiri di Pasar Besar Chukai, Kemaman dan tidak mungkin dapat berpindah mengikut isteri b) Mempunyai anak-anak kecil seramai 5 orang dan terpaksa ditinggalkan berasingan daripada saya

Upload: maizatul-akmal

Post on 18-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Surat Rayuan

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Rayuan

Puan Maizatul Akmal bt Othman,

SMK Bandar Baru Uda,

Jalan Padi Ria 1,

81200 Bandar Baru Uda,

Johor 4 FEBRUARI 2015

Ketua Unit Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,

Bahagian Pengurusan Sekolah Menengah,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 4,Blok E2,Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN DARI SMK BANDAR BARU UDA,JOHOR KE NEGERI TERENGGANU BAGI SESI 2015

Saya seperti nama di atas, (No K/P: 800806115532) ingin membuat rayuan agar permohonan pertukaran saya ke Kemaman,Terengganu bagi sesi 2015 dapat dipertimbangkan semula.

2. Saya adalah guru opsyen ICT,minor Matematik dan mempunyai pengalaman mengajar selama 5 tahun dalam perbagai bidang matapelajaran seperti Bahasa Inggeris, Sains,Matematik,PJKdan Sivik.

3. Alasan-alasan untuk pertukaran saya adalah seperti berikut:

a) Mengikut suami yang berniaga sendiri di Pasar Besar Chukai, Kemaman dan tidak mungkin dapat berpindah mengikut isteri

b) Mempunyai anak-anak kecil seramai 5 orang dan terpaksa ditinggalkan berasingan daripada saya

c) Tekanan kerana berjauhan dengan anak-anak dan selalu murung serta menyendiri daripada melibatkan diri daripada aktiviti sekolah

d) Kos berulang alik (Johor-Terengganu)dan risiko yang sangat tinggi kerana pulang bersama seorang anak kecil menaiki bas untuk menjenguk suami dan anak-anak setiap minggu yang terpaksa ditinggalkan di kampung

e) Kemerosotan prestasi pelajaran anak kerana menghadapi kemurungan dan rekod ponteng sekolah sejak dia terpaksa ditinggalkan di kampung kerana tidak mampu dibawa ke Johor atas sebab kesulitan kewangan

f) Masalah kesihatan diri saya yang mempunyai sakit sendi dan lutut dan memerlukan perhatian apabila sukar bergerak .

Page 2: Surat Rayuan

4. Bersama-sama ini saya sertakan lampiran beberapa dokumen sebagai bukti iaitu:

i. Borang Permohonan e-Gtukar sesi 2015ii. Salinan Sijil Perkahwinan

iii. Pendaftaran Perniagaan Suamiiv. Surat Keizinan Suamiv. Surat beranak/MyKid anak-anak

5. Saya amat berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan permohonan pertukaran saya ini.Kerjasama dan keperihatina tuan diucapkan dengan jutaan terima kasih

Saya yang berharap,

(MAIZATUL AKMAL BT OTHMAN)

No tel: 0179735290