surat rayuan

Upload: luqman

Post on 06-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx,Kelantan Darul Naim.xxxxxxxxxxxxx

Profesor Dr. Zulqarnain Mohamed,Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12),Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12),Universiti Malaya,50603 Kuala Lumpur, Malaysia 18 SEPTEMBER 2015

Tuan,

Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2015/2016

Berhubung perkara di atas, saya xxxxxxxxxxxxxxxxxx. No. KP xxxxxxxxxxxxxxx. No. Matrik xxxxxxxxxx ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2015/2016 setelah gagal mendapat kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui online dan juga kolej-kolej lain. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri.

2. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki satu semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar tahun akhir sarjana muda saya sangat memerlukan penempatan di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) dalam menyiapkan final year paper project dan memenuhi kuliah yang berbaki 21 Jam Kredit lagi. Oleh yang demikian, saya sangat memerlukan asrama untuk memudahkan pergerakan saya ke kuliah. Selain itu, keadaan ini memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah untuk membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan bagi menyiapkan final year paper project yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan di fakulti.

3. Di samping itu, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu, kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah ketika dalam darurat. Oleh yang demikian, kemudahan ini membantu memudah dan melancarkan pergerakan saya.

4. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya hanya menumpang di bilik kawan atau menumpang di rumah kenalan lain yang agak jauh dari Universiti Malaya. Keluar awal pagi dengan menggunakan kemudahan awam LRT yang memakan masa selama 45 minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti. Tambahan pula, jadual kuliah banyak yang bermula seawal 8 pagi dan menyebabkan selalu lewat sampai ke kelas. Ia sangat menyukarkan pergerakan saya untuk menghadiri kuliah setiap hari.

5. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan sebaik mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,

(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)