surat permohonan

5
04-4647136 ( P ) / 019-4195673 ( Cikgu Asri ) Tarikh : 4 Oktober 2008 Kepada: Y.B Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 10, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcal E, Pusat Pentakbiran Kerajaan Persekutuan, 62604, PUTRAJAYA. Yang Berhormat Dato’ Seri, MEMOHON SUMBANGAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK PESERTA ROMBONGAN Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Rombongan tersebut akan melawat sekitar Kuala Lumpur selama sehari suntuk. Murid-murid yang menyertai lawatan ini kebanyakan terdiri kalangan keluarga yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman. Oleh itu, saya bagi pihak sekolah memohon jasa baik Yang Berhormat Dato’ Seri agar dapat memberi sumbangan makan tengah hari untuk peserta rombongan ini. Rombongan tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti di bawah:

Upload: ummu-zay-el-zahra

Post on 13-Aug-2015

182 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

LAWATAN

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Permohonan

04-4647136 ( P ) / 019-4195673 ( Cikgu Asri ) Tarikh : 4 Oktober 2008Kepada:

Y.B Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein,Menteri Pelajaran Malaysia,Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 10, Blok E8,Kompleks Kerajaan Parcal E,Pusat Pentakbiran Kerajaan Persekutuan,62604, PUTRAJAYA.

Yang Berhormat Dato’ Seri,

MEMOHON SUMBANGAN MAKAN TENGAH HARI UNTUK PESERTA ROMBONGAN

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Rombongan tersebut akan melawat sekitar Kuala Lumpur selama sehari suntuk. Murid-murid yang menyertai lawatan ini kebanyakan terdiri kalangan keluarga yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman. Oleh itu, saya bagi pihak sekolah memohon jasa baik Yang Berhormat Dato’ Seri agar dapat memberi sumbangan makan tengah hari untuk peserta rombongan ini. Rombongan tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti di bawah: Hari : Khamis Tarikh : 06 November 2008 Masa : 12.30 tengah hari Peserta rombongan : 40 orang ( 35 orang murid dan 5 orang guru )

3. Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Page 2: Surat Permohonan

Tel / Fax : 04-4647136 Tarikh : 24 Oktober 2010

Kepada:

PETROSAINS SDN. BHD,Level 4, KLCC, Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON POTONGAN HARGA TIKET MASUK KE PETROSAINS

Surat tuan bertarikh 24 Oktober 2010 dengan rujukan vs 2999 adalah dirujuk. (diterima melalui fax)

2. Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan tetap mengadakan lawatan tersebut pada 3 hingga 4 November 2010. Sehubungan itu, mohon pihak tuan dapat menetapkan tarikh dan masa lawatan ke Petrosains ( mengikut kekosongan yang ada pada tarikh dan masa berkenaan. Pihak sekolah sedia menerima ketetapan tersebut yang dibuat oleh pihak tuan. Ini disebabkan Petrosains merupakan agenda utama lawatan kami tersebut ke Kuala Lumpur. Murid-murid sekolah ini belum pernah lagi berpeluang untuk melawat Petrosains. Dua tahun lepas permohonan kami juga ditolak. Oleh itu, besarlah harapan kami, agar kali ini rombongan kami diterima untuk melawat Petrosains.

Tarikh : ( Mana-mana masa di antara tarikh 3 hingga 4 November 2010 ) Peserta rombongan : 40 orang ( 35 orang murid dan 5 orang guru )

3. Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………( ASRI BIN AHMAD )Guru Lawatan Sambil Belajar ,Sekolah Kebangsaan Kg Betong.Tel: 019-4195673

Page 3: Surat Permohonan

Tel / Fax : 04-4647136 Tarikh : 5 Oktober 2010

Kepada:

KL Bird Park,No. 920, Jalan Lembah Taman Tasik Perdana,50480 Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON POTONGAN HARGA TIKET MASUK KE TAMAN BURUNG KUALA LUMPUR

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Salah satu tempat lawatan yang dicadangkan ialah ke Taman Burung Kuala Lumpur. Oleh itu, saya bagi pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan agar dapat memberi potongan harga tiket masuk ke tempat tersebut. Rombongan tersebut akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

Hari : Rabu Tarikh : 03. 11. 2010 Peserta rombongan : 40 orang ( 35 orang murid dan 5 orang guru )

3. Di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………( ASRI BIN AHMAD )Guru Lawatan Sambil Belajar ,Sekolah Kebangsaan Kg Betong.Tel: 019-4195673