surat pengawas sekolah kebangsaan jelapang

Upload: wan-zulkifly-yaacob

Post on 19-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Sekolah Kebangsaan JelapangTaman Meru,30020 Ipoh,Perak Darul Ridzuan Tel : 05-5265553Email : aba [email protected] Fax : 05-5285158

Unit Disiplin dan Pengawas, Ruj.Kami bil (2)dlm SKJ (PS) 11/13Sekolah Kebangsaan Jelapang, Tarikh : 6 November 2013Taman Meru,30020 Ipoh.

Ibu/Bapa/Penjaga

PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH,SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG BAGI TAHUN 2014.

Dengan sukacitanya pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas kerana anak tuan/puan yang bernama .dari kelas .. telah terpilih untuk dilantik sebagai Pengawas Sekolah Kebangsaan Jelapang bagi Tahun 2014.

2.Untuk makluman tuan/puan,AJK Pengawas Sekolah telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa setiap Pengawas Sekolah Kebangsaan Jelapang dikehendaki memakai pakaian seragam seperti berikut :

Pakaian Seragam Lelaki a) Baju kemeja berlengan panjang berwarna Putih b) Seluar panjang berwarna Maroon c) Vest berwarna Maroon d) Songkok Berwarna Hitam e) Tali leher berwarna Hitam f) Kasut berwarna Hitam

Pakaian Seragam Perempuan a) Baju Kurung berwarna Putih b) Kain Sarung berwarna Maroon c) Baju Kemeja berlengan panjang berwarna Putih d) Kain sarung berlipat di belakang berwarna Maroon e) Vest berwarna Maroon f) Tali leher berwarna Hitam g) Tudung berwarna Maroon h) Kasut berwarna Hitam

3.Untuk makluman tuan/puan kriteria pencalonan Pengawas Sekolah adalah berdasarkan : a) Pencapaian akademik yang cemerlang b) Sahsiah yang terpuji c) Berdisiplin d) Berketrampilan e) Sifat kepimpinan dan rajin

4.Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan serta dihargai bagi menaikkan lagi imej sekolah.

Sekian Terima Kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( TAJUDIN BIN JAMIL )Guru Besar,Sekolah kebangsaan Jelapang.

..

Kepada Ruj Tuan : bil (2)dlm SKJ (PS) 11/13 Tarikh :Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jelapang,Taman Meru,30020 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.(UP : Guru Pengawas Sekolah)Tuan,PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH,SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG BAGI TAHUN 2014.Dengan segala hormatnya,perkara diatas dirujuk.2.Saya ibu/bapa/penjaga kepada.Tahun...*menerima/tidak menerimapelantikan anak dibawah jagaan saya sebagai Pengawas Sekolah bagi tahun 2014.3.Saya berjanji akan memastikan anak saya mematuhi sayarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bersesuaian dengan sifat seorang Pengawas Sekolah yang telah dilantik.4.Demi menjaga nama dan imej sekolah,saya juga membenarkan pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya sekiranya anak dibawah jagaan saya melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Sekian Terima Kasih.Yang benar,.( )

*Potong mana yang tidak berkenaan