surat pemberitahuan pejabat ... - recruitment.gov.bn · bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau...

6
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a) Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam. PENTADBIR KANAN HOSPITAL (B.2 EB.3/ B.2) KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. (C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini. (D) Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (03) tahun kebelakangan. SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 21/03/19

Upload: vuquynh

Post on 15-May-2019

356 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a)

Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam

Negara Brunei Darussalam.

PENTADBIR KANAN HOSPITAL (B.2 EB.3/ B.2) KEMENTERIAN KESIHATAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat

istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau

bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.

(D) Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (03) tahun kebelakangan.

SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 21/03/19

Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian II

Sila pastikan maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muat naik ke dalam Profil awda sebelum menekan butang ‘Apply’;

Kad pengenalan dan Lesen Memandu (jika berkenaan).

SIJIL Degree (Ijazah Sarjana Muda) serta KELULUSAN TRANSKRIP yang dikehendaki oleh Skim Iklan dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN (MKPK) bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri

Hendaklah ada maklumat bidang kelulusan (‘field’) seperti contoh Business Administration di ruangan yang tersembunyi dengan menekan tanda “+” disebalah kiri diruangan Bachelor of Arts. jika sekiranya belum diisikan maklumat bidang (‘field’), sila tekan tanda “+add” dibawah kelulusan tersebut dan seterusnya menaip bidang awda seperti contoh Business Administration, Employment Relation dan sebagainya.

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja pastikan di dalam profil awda terdapat ruangan “Current Government Employee”/”Warga Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan seterusnya POC (Kementerian /Jabatan) akan memaklumkan kepada POC (SPA).

KELAYAKAN MINIMUM:

TANGGAGAJI B.2 EB.3 1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sistem Maklumat / Info

Komunikasi Teknologi (ICT) / Information Technology / Computer and Information Science / Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

TANGGAGAJI B.2

1. a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sistem Maklumat / Info Komunikasi Teknologi (ICT) / Information Technology / Computer and Information Science / Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

b) Telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan dalam jawatan bersesuaian

dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU

c) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 9 tahun.

1. PENTADBIR KANAN HOSPITAL KEMENTERIAN KESIHATAN B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) KEKOSONGAN = DUA (02)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 1. Bertanggungjawab membantu Ketua Jabatan / Bahagian / Unit atau pegawai

lebih kanan dalam urusan-urusan pentadbiran dan perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan serta membuat laporan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran atau pengurusan.

2. Meneliti dan menilai keperluan ICT di Kementerian Kesihatan dan jabatan-

jabatan di bawahnya termasuk keperluan sumber manusia ICT mengikut keutamaan.

3. Membantu Ketua Jabatan / Bahagian / Unit atau pegawai lebih kanan dengan

pelaksanaan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengurusan sumber manusia yang melibatkan penggunaan ICT seperti membangunkan satu sistem data maklumat untuk keperluan Jabatan /Bahagian/ Unit di bawah Kementerian Kesihatan.

4. Membantu Ketua Jabatan / Bahagian / Unit atau pegawai lebih kanan

memastikan pangkalan data atau mana-mana sistem maklumat Sumber Manusia Kementerian Kesihatan dikemaskini mengikut kesesuaian bagi memastikan integriti data dan mencadangkan pembaikan sistem dari semasa ke semasa.

5. Memantau pengumpulan data dan maklumat-maklumat untuk kepentingan Kementerian Kesihatan secara menyeluruh dan membuat penganalisaan dan seterusnya membuat laporan atau kertas cadangan mengenainya.

6. Membantu mengurus pelaksanaan teknikal / struktur yang berkaitan dengan

ICT bagi memastikan perkhidmatan pentadbiran hospital / pusat kesihatan dapat berjalan dengan teratur, efektif dan efisien termasuk pentadbiran klinikal.

7. Terlibat dengan pelaksanaan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran hospital dan pusat kesihatan yang melibatkan penggunaan ICT termasuk sistem Bru-HIMS.

8. Membantu mengkaji proses-proses dan perancangan-perancangan yang memerlukan bantuan penyelesaian ICT seperti Bru-HIMS atau lain-lain aplikasi di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran hospital / pusat kesihatan dapat berjalan dengan teratur, efektif dan efisien. 9. Membantu mengkaji proses-proses dan perancangan-perancangan yang memerlukan bantuan penyelesaian ICT di hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan. 10. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan Tekad Pemedulian Orang Ramai dan Khidmat Pelanggan serta menganalisa dan menjawab komen-komen dari orang ramai dengan perkhidmatan kesihatan / perubatan dan bekerjasama dengan Unit Perhubungan Awam mengenainya. 11. Menjadi champion dalam proses-proses pentadbiran klinikal dengan mengoptimakan penggunaan ICT dan membuat pengkalan data (database) / program bagi melicinkan proses-proses manual yang ada jika perlu. 12. Mengurus perkembangan ICT termasuk pembangunan, perkembangan, pemeliharaan sistem-sistem aplikasi dan kandungan-kandungan sistem maklumat lain-lainnya termasuk pengurusan prasarana (infrastruktur) ICT. 13. Sentiasa pro-aktif dalam memastikan projek-projek ICT berjalan dengan lancar dengan memberi keutamaan dalam penyelesaian isu-isu yang menjejaskan. 14. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.