surat pekeliling ikhtisas bil. 12/2000: lawatan · pdf filesurat pekeliling ini bertujuan...

2
1 PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jld.XVI (12) 28 Julai 2000 Semua Pengarah Pendididikan Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2000: Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan guru-guru melaksanakan program-program lawatan yang berunsur pendidikan bagi murid-murid. Program-program seperti ini mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Di samping dapat membantu murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman masing-masing, ia juga akan memberi pendedahan kepada murid mengenai suasana atau keadaan sebenar di sekeliling mereka. Narnun begitu lawatan-lawatan yang diadakan pada masa cuti persekolahan adalah tidak mencukupi untuk membolehkan matlamat ini dicapai sepenuhnya. 2. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Sekolah hendaklah menggunakan budi bicara secara bijaksana dalam menjalankan program ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak terganggu. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program lawatan seperti ini adalah: 2.1 Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan; 2.2 Tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk memupuk minat murid-murid dalam bidang sains dan teknologi; 2.3 Masa lawatan hendaklah disesuaikan dengan takwim akademik sekolah; 2.4 Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan; dan 2.5 Segala peraturan dan arahan mengenai pengendalian lawatan yang sedang berkuatkuasa hendaklah dipatuhi. 3. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut. Adalah diharapkan penyertaan ibu bapa dalam kegiatan seperti ini, bukan sahaja akan dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai matlamat pendidikan melalui program lawatan tetapi juga akan dapat memantapkan permuafakatan dan kerjasama antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Upload: nguyenduong

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2000: Lawatan · PDF fileSurat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kementerian ... 2.2 Tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai

1

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIAOffice of the Director General of Education MalaysiaPARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld.XVI (12)28 Julai 2000

Semua Pengarah Pendididikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2000:Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa menggalakkan guru-guru melaksanakanprogram-program lawatan yang berunsur pendidikan bagi murid-murid. Program-programseperti ini mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.Di samping dapat membantu murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan danpengalaman masing-masing, ia juga akan memberi pendedahan kepada murid mengenaisuasana atau keadaan sebenar di sekeliling mereka. Narnun begitu lawatan-lawatan yangdiadakan pada masa cuti persekolahan adalah tidak mencukupi untuk membolehkanmatlamat ini dicapai sepenuhnya.

2. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan KementerianPendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan muridsemasa waktu persekolahan secara terancang. Sekolah hendaklah menggunakan budibicara secara bijaksana dalam menjalankan program ini supaya proses pengajaran danpembelajaran di sekolah tidak terganggu. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian danpertimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program lawatan seperti ini adalah:

2.1 Tujuan lawatan hendaklah berunsur pendidikan;

2.2 Tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai dengan minat dan keperluanpendidikan murid serta seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan untukmemupuk minat murid-murid dalam bidang sains dan teknologi;

2.3 Masa lawatan hendaklah disesuaikan dengan takwim akademik sekolah;

2.4 Keselamatan dan kebajikan murid semasa lawatan diberi keutamaan; dan

2.5 Segala peraturan dan arahan mengenai pengendalian lawatan yang sedangberkuatkuasa hendaklah dipatuhi.

3. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untukmenyertai lawatan-lawatan tersebut. Adalah diharapkan penyertaan ibu bapa dalamkegiatan seperti ini, bukan sahaja akan dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenaimatlamat pendidikan melalui program lawatan tetapi juga akan dapat memantapkanpermuafakatan dan kerjasama antara pihak sekolah, murid dan ibu bapa.

Page 2: SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 12/2000: Lawatan · PDF fileSurat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kementerian ... 2.2 Tempat-tempat yang dilawati hendaklah sesuai

2

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pengetua dan gurubesar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan.

Sekian. Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAHKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin MohamadMenteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato' Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd KhirSetiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Pegawai Perhubungan Awam