surat pekeliling am bilangan 1 tahun 2006 langkah

4
KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006 LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA 22 DISEMBER 2OO5 Dikelilingkan kepada: SemuaKetua Setiausaha Kementerian SemuaKetua Jabatan Persekutuan SemuaKetua Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan SemuaY.B. Setiausaha Kerajaan Negeri SemuaKetua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan

Upload: trancong

Post on 01-Jan-2017

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006 LANGKAH

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006

LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKANPENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERIMALAYSIA

22 DISEMBER 2OO5

Dikelilingkan kepada:

Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan

Page 2: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006 LANGKAH

JABATAN PERDANA MENTERI, MALAYSIAKOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERIPUSAT PENTADBIRAN KERAJAANPERSEKUTUAN62502 PUTRAJAYA

Telefon :603-88881957Faks :603-88883903

Ruj. Kami :

Tarikh :

PM(S) 10034 Jld.9

22 Disember 2005

Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Ketua Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan

SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006

LANGKAH.LANGKAH MEMPERKASAKANPENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

. DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN

Surat Pekeliling Am ini berfujuan memaklumkan akan langkah-langkah untukmemperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik, betul dan santun,serta memperluas penggunaannya secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam,sesuai dengan perkembangan dan kemajuan negara yang pesat pada masa ini.

LATAR BELAKANG

2. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan1963167, memperuntukkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Page 3: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006 LANGKAH

hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Bahasarasmi yang dimaksudkan ialah bahasa yang digunakan dalam semua maksudrasmi yang meliputi wacana lisan dan tulisan di peringkat Kerajaan Persekutuan,Kerajaan-Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun dan PihakBerkuasaTempatan.Wacana lisan rasmi termasuklah mesyuarat, taklimat, ucapan, ceramah, syarahan,perbincangan pentadbiran dan yang seumpama dengannya. Wacana tulisan rasmipula meliputi surat-menyurat pentadbiran, minit mesyuarat, memo, laporan, kertascadangan, pekeliling dan sebagainya. Bahasa yang digunakan di tempat awamseperti pada papan iklan, papan tanda dan premis perniagaan juga terangkumsebagai bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi.

3. Bagi melaksanakan dan memantau penggunaan bahasa kebangsaanyang baik dan betul, Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa, iaitu

Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalamPerkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

TANGGUNGJAWAB KEMENTERIANIABATAN/AGENSI

4. Ketua-ketua jabatan hendaklah mewujudkan mekanisme di organisasimasing-masing untuk menjayakan dan memantau pelaksanaan surat pekeliling iniserta mensambil tindakan-tindakan vane berikut:

memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakanbahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi,sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja danapabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkannegara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangansupaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing);

mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betuldari segi ejaan, sebutan, istilah dantatabahasa dalam hal-hal sepertimesyuarat, surat-menyurat, arahan pada papan tanda dan papan

kenyataan, iklan, dokumen rasmi, penamaan di tempat awam(alan, kawasan perumahan, premis perniagaan dan lain-lain) dansebagainya.

Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan pada keperluan.Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain itu hendaklahkurang menonjol dari segi saiz, warna dan seumpamanya;

(iii) menjalankan latihan dan menganjurkan aktiviti secara berterusanyang bertujuan meningkatkan kemahiran dalam bahasa kebangsaandi kalangan pegawai dan kakitangan;

(i)

(ii)

Page 4: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 1 TAHUN 2006 LANGKAH

(iv) memastikan buku, bahan rujukan atau risalah pedoman bahasakebangsaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam edisi terkinidisediakan untuk kegunaan semua pegawai dan kakitangan, sepertiKamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Dwibahasa,Tesaurus Umum Bahasa Melayu, buku-buku istilah dalam pelbagaibidang ilmu, E-Kamus (yang mengandungi Kamus Dewan, KamusInggeris Melayu Dewan dan Kamus Istilah Komputer), Daftar KataBahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, dan lain-lain; dan

(v) mendapatkan khidmat nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka melaluitalian terus 03-21481960 dan 03-21485887 atau laman web DBP.http ://www.dbp. gov.my

5. Semua pertanyaan berkaitan dengan surat pekeliling ini hendaklah dirujukkepada Urus Setia Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaandalam Perkhidmatan Awam, Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam,Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KualaLumpur.

PEMAKAIAN

6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,peruntukan surat pekeliling ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri,Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

TARIKH KUAT KUASA

7. Surat Pekelilins ini berkuat kuasa dari tarikh ia dikeluarkan.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''

(TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMAN)Ketua Setiausaha Negara

PNMB, K.L.