pekeliling ketua pengarah perancangan bandar dan bil 1-2006.pdf · pdf fileperancangan...

Click here to load reader

Post on 08-Mar-2019

235 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA

PEKELILING KETUA PENGARAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

SEMENANJUNG MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2006

ASAS RUJUKAN MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA

JAYAKAN PERANCANGAN BERKUALITI DAN DINAMIK

LAMPIRAN I

1

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menyampaikan semua ketetapan dan

keputusan MPFN dan seterusnya memberi panduan kepada ahli-ahli

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk melaksanakan tugas-

tugasnya seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perancangan

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

2. LATAR BELAKANG

2.1 MPFN ditubuhkan mengikut Seksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar

dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Majlis ini merupakan Majlis

tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan

desa di negara ini. Ia diwujudkan bagi menyelaras semua dasar dan

aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan

penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan

lestari.

2.2 Mesyuarat MPFN kali pertama yang bersidang pada 23 Jun 2003 dan

dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri telah memutuskan untuk

menerimapakai ASAS RUJUKAN MAJLIS PERANCANG FIZIKAL

NEGARA.

2.3 Dalam menjalankan tugas-tugas Majlis, Ketua Pengarah hendaklah

menjadi Setiausaha kepada Majlis di bawah peruntukan Seksyen

2B(2)(d) Akta 172. Menurut seksyen 2B(1)(d), Setiausaha Majlis

hendaklah membuat laporan kepada dan menasihati Majlis mengenai:

2.3.1 perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan

perancangan bandar dan desa dalam pemeliharaan,

penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negara;

2.3.2 apa-apa pindaan yang difikirkan wajar kepada mana-mana

undang-undang yang menyentuh perancangan bandar dan

desa; dan

2.3.3 apa-apa perkara yang dirujuk oleh Majlis kepadanya.

2

3. MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA

3.1 Keahlian Majlis

3.1.1 Seksyen 2A(1) memperuntukkan MPFN adalah terdiri

daripada: -

i. seorang Pengerusi iaitu Perdana Menteri;

ii. seorang Timbalan Pengerusi iaitu Timbalan Perdana

Menteri;

iii. Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan

bandar dan desa;

iv. Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan

kerajaan tempatan, jika dia bukan juga Menteri yang

dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi

perancangan bandar dan desa;

v. Menteri Kewangan;

vi. Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;

vii. Menteri Besar atau Ketua Menteri setiap Negeri;

viii. Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah

Persekutuan; dan

ix. tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang hendaklah

dilantik oleh Pengerusi.

3.1.2 Tujuh ahli lain yang dilantik oleh Pengerusi bolehlah termasuk:

i. Menteri Kerja Raya;

ii. Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi;

iii. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;

3

iv. Menteri Pengangkutan;

v. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

vi. Ketua Setiausaha Negara; dan

vii. Peguam Negara.

3.2 Tugas Majlis

3.2.1 Seksyen 2A(2) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

(Akta 172) memperuntukkan bahawa tugas-tugas utama Majlis

ialah:

i. untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka

dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai

suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok

persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian

suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;

ii. untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang

berhubung dengan perancangan bandar dan desa yang

dikehendaki di bawah Akta 172; dan

iii. untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan

kepada Majlis di bawah Akta 172.

3.2.2 Tugas-tugas lain Majlis mengikut peruntukan Akta 172 adalah

seperti berikut:

i. seksyen 2A(3) - Majlis boleh dari semasa ke semasa memberi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan

Desa arahan-arahan yang selaras dengan peruntukan-

peruntukan Akta ini, dan Ketua Pengarah Perancangan

Bandar dan Desa hendaklah menguatkuasakan arahan-

arahan itu; dan

ii. seksyen 2A(4) - Majlis boleh melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersampingan dengan atau berbangkit

4

daripada apa-apa tugas yang dinyatakan dalam

subseksyen (2) dan melakukan segala perkara yang

perlu atau suai manfaat bagi menjalankan tugas-

tugasnya di bawah Akta ini.

3.2.3 Kedudukan Majlis dalam struktur perancangan bandar dan

desa adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1.

4. PANDUAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG MEMERLUKAN PERTIMBANGAN DAN TINDAKAN MAJLIS

4.1 Perkara-perkara dasar

Ia meliputi, di antara lain, dasar berkaitan perancangan bandar dan

desa dan dasar-dasar berkenaan memperelokkan persekitaran dari

segi fizikal, iaitu:

4.1.1 dasar baru dan perubahan dasar;

RAJAH 1 : Kedudukan Majlis

Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa selaku Setiausaha MPFN

Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri selaku ahli dan Setiausaha JPN

Pihak berkuasa Perancang Tempatan

(PBPT)

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN)

NOTA:- Pihak berkuasa tempatan (PBT) ialah

pihakberkuasa perancang tempatan sesuatu kawasan.

Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri ialah pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan di luar PBT.

PERSEKUTUAN

NEGERI

5

4.1.2 dasar penting yang melibatkan beberapa Kementerian yang

memerlukan penyelarasan termasuk dasar-dasar yang

mungkin bercanggah atau bertindih;

4.1.3 perkara-perkara yang mungkin menghalang pelaksanaan

dasar-dasar; dan

4.1.4 perkara-perkara yang berkaitan perancangan bandar dan

desa yang menyentuh kepentingan negara.

4.2 Perkara-perkara yang berkaitan Rancangan Fizikal Negara (RFN)

Ini meliputi:

4.2.1 arahan kepada Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan

Desa untuk menyediakan RFN;

4.2.2 menentukan kandungan RFN;

4.2.3 arahan untuk berunding dengan mana-mana pihak berkuasa atau badan lain semasa menyediakan RFN;

4.2.4 arahan untuk mengkaji semula RFN; dan

4.2.5 laporan kepada Majlis secara berkala tentang pelaksanaan

RFN.

4.3 Perkara-perkara yang berkaitan Rancangan Struktur Negeri (RSN)

Ia meliputi:

4.3.1 arahan untuk membuat pemeriksaan baru keseluruh Negeri;

4.3.2 menetapkan perkara-perkara yang hendak diperiksa;

4.3.3 arahan untuk membuat pemeriksaan baru ke atas

sebahagian Negeri sahaja;

4.3.4 menetapkan tempoh untuk menyedia dan menyampaikan

laporan pemeriksaan kepada JPN;

6

4.3.5 perundingan dengan Negeri bagi mendapatkan nasihat dan

arahan Majlis dalam menimbangkan draf RSN;

4.3.6 membuat keputusan terhadap draf RSN apabila

Jawatankuasa tidak meluluskan draf RSN tersebut dalam

tempoh enam bulan; dan

4.3.7 arahan kepada Pengarah Negeri semasa merumus

cadangan-cadangan pengubahan rancangan struktur.

4.4 Perkara-perkara yang berkaitan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW)

Ia meliputi:

4.4.1 penubuhan JPW yang melibatkan kawasan yang terletak di

dalam dua Negeri atau lebih, selepas berunding dengan

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) yang berkenaan; dan

4.4.2 mendapatkan laporan dan maklumat yang berhubung

dengan aktiviti-aktiviti JPW.

4.5 Perkara-perkara yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri

4.5.1 Perkara-perkara berkaitan perancangan bandar dan desa

yang dirujuk oleh Kerajaan Negeri. Ini termasuk permohonan

kebenaran merancang di bawah Seksyen 22(2A) Akta 172,

yang mana JPN hendaklah meminta Majlis memberikan

nasihatnya.

4.6 Perkara-perkara yang dikemukakan oleh sesebuah jawatankuasa

4.6.1 Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini termasuklah Majlis

atau Jawatankuasa yang ditubuhkan secara pentadbiran

atau di bawah undang-undang, dan juga laporan-laporan dari

Jawatankuasa Teknikal atau Pasukan-pasukan Petugas.

7

4.7 Perkara-perkara berkaitan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

4.7.1 Cadangan untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976 (Akta 172) hendaklah terlebih dahulu dibentang

di Majlis ini sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk

mendapatkan nasihat Majlis;

4.7.2 Cadangan untuk meminda mana-mana undang-undang lain

yang menyentuh perancangan bandar dan desa juga

hendaklah dibawa ke hadapan Majlis untuk mendapatkan

nasihat; dan

4.7.3 Kaedah-kaedah yang disediakan di bawah Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Majlis

hendaklah dibentang di mesyuarat Majlis.

4.8 Garis Panduan, Piawaian dan Peraturan Perancangan

4.8.1 Garis panduan, piawaian dan peraturan yang berkaitan

perancangan bandar yang disediakan bagi tujuan

keseragaman di antara Negeri-negeri hendaklah dibentang

di mesyuarat Majlis.

4.9 Perkara-perkara yang diarah oleh Pengerusi ataupun Majlis

4.9.1 Apa-apa perkara yang diarah oleh Pengerusi ataupun Majlis

View more