surat mohon ke lppkn

2
Ruj. Kami : IPRM 700-1/8 Jld.2( ) Tarikh : 24 FEBRUARI 2015 Pengarah, Pejabat LPPKN Negeri Sembilan Pusat Keluarga LPPKN Seremban 2, Persiaran S2/B3, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. (U.P En.Ramli bin Shabudin) Tuan, LAWATAN ILMIAH PKE3013E PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN KESIHATAN : PISMP S3 PJ(SJKT) AMBILAN JANUARI 2014 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita memaklumkan bahawa seramai 13 orang siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 3 Pendidikan Jasmani (SJKT) Ambilan Januari 2014 dan 2 orang pensyarah pengiring akan melaksanakan program lawatan tersebut untuk memenuhi keperluan kurikulum bagi aspek pentaksiran dan penilaian Kerja Kursus Projek PKE3013E Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan. Sehubungan ini, perincian maklumat lawatan adalah seperti ketetapan yang berikut :- Tarikh : 24 MAC 2015 (Selasa) Masa : 10:00 pg hingga 12:00 tgh Tentatif : 2.1 Taklimat profil, struktur & fungsi organisasi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 2.2 Lawatan Galeri Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 2.3 Sesi soal jawab berkaitan perkhidmatan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 3. Untuk makluman tuan tujuan lawatan ini adalah bagi membolehkan siswa guru menjalani latihan teori & simulasi secara bersemuka (hands on) dengan pakar-pakar Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).Ini bagi membolehkan pelajar memperoleh maklumat ilmu pengetahuan yang terkini dalam bidang Pembangunan Keluarga untuk mereka gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan.

Upload: ben-segaran

Post on 27-Sep-2015

242 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

letter

TRANSCRIPT

Ruj. Kami : IPRM 700-1/8 Jld.2( )

Tarikh : 24 FEBRUARI 2015Pengarah,

Pejabat LPPKN Negeri SembilanPusat Keluarga LPPKN Seremban 2,

Persiaran S2/B3, Seremban 2,

70300 Seremban, Negeri Sembilan. (U.P En.Ramli bin Shabudin)

Tuan,LAWATAN ILMIAH PKE3013E PENDIDIKAN SEKSUALITI DAN KESIHATAN : PISMP S3 PJ(SJKT) AMBILAN JANUARI 2014Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.Sukacita memaklumkan bahawa seramai 13 orang siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 3 Pendidikan Jasmani (SJKT) Ambilan Januari 2014 dan 2 orang pensyarah pengiring akan melaksanakan program lawatan tersebut untuk memenuhi keperluan kurikulum bagi aspek pentaksiran dan penilaian Kerja Kursus Projek PKE3013E Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan. Sehubungan ini, perincian maklumat lawatan adalah seperti ketetapan yang berikut :-

Tarikh: 24 MAC 2015 (Selasa)Masa: 10:00 pg hingga 12:00 tghTentatif: 2.1 Taklimat profil, struktur & fungsi organisasi Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga

Negara (LPPKN).2.2 Lawatan Galeri Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). 2.3 Sesi soal jawab berkaitan perkhidmatan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN).3. Untuk makluman tuan tujuan lawatan ini adalah bagi membolehkan siswa guru menjalani latihan teori & simulasi secara bersemuka (hands on) dengan pakar-pakar Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).Ini bagi membolehkan pelajar memperoleh maklumat ilmu pengetahuan yang terkini dalam bidang Pembangunan Keluarga untuk mereka gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan.4.Sehubungan dengan ini, pihak IPG Kampus Raja Melewar berharap pihak tuan, dapat menerima lawatan rombongan ini.

Sekian. Kerjasama yang pihak tuan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Cintailah Bahasa Kita

Saya yang menurut perintah,

(TN ABU BAKAR BIN SAHARI)

Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Seremban, Negeri Sembilan