surat minta sumbangan aidilfitri

2
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR 09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN KBA0068 Telefon : 019-4428470 e-Mel : [email protected] “ KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI ” Tarikh : 27 Julai 2015 Bersamaan : 11 Syawal 1436H Kepada, Encik Syukri Bin Yatgol Kampung Ulu Tawar , KEDAH DARUL AMAN Yang Berhormat , MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk. 2. Dimaklumkan kepada pihak Tuan bahawa bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar telah merancang untuk mengadakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah untuk seluruh warga sekolah dan berkerjasama dengan pihak PIBG . Ia bertujuan memupuk rasa muhibah dan mengeratkan tali silaturahim antara warga sekolah dan juga dan para waris . 3. Namun begitu , pihak sekolah mempunyai kekangan dari aspek kewangan bagi menampung kos penyediaan juadah dan persiapan sambutan yang dianggarkan kira-kira RM 1500.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU DAN LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA ) . 4. Justeru itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik dan keprihatinan daripada pihak Tuan untuk memberikan sedikit sumbangan dana kepada pihak sekolah bagi merealisasikan matlamat sambutan itu nanti . Pihak sekolah percaya , dengan adanya sumbangan daripada pihak Tuan , pastinya akan melancarkan urusan persiapan sambutan itu nanti . 5. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan . Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan amatlah pihak sekolah hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih . Sekian , terima kasih . “ PENDIDIKAN BERKUALITI , PELAJAR BESTARI ” Saya yang menjalankan tugas , .......................................................... ( CHE NASIRAH BINTI BIDIN ) Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar ,

Upload: hasnah-halip

Post on 14-Dec-2015

1.103 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Minta Sumbangan Aidilfitri

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR09700 KARANGAN , KEDAH DARUL AMAN

KBA0068Telefon : 019-4428470

e-Mel : [email protected]“ KEDAH AMAN MAKMUR BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI ”

Tarikh : 27 Julai 2015Bersamaan : 11 Syawal 1436H

Kepada,

Encik Syukri Bin YatgolKampung Ulu Tawar ,KEDAH DARUL AMAN

Yang Berhormat ,MEMOHON SUMBANGAN DANA UNTUK SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.

2.         Dimaklumkan kepada pihak Tuan bahawa bersempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar telah merancang untuk mengadakan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah untuk seluruh warga sekolah dan berkerjasama dengan pihak PIBG . Ia bertujuan memupuk rasa muhibah dan mengeratkan tali silaturahim antara warga sekolah dan juga dan para waris .

3. Namun begitu , pihak sekolah mempunyai kekangan dari aspek kewangan bagi menampung kos penyediaan juadah dan persiapan sambutan yang dianggarkan kira-kira RM 1500.00 ( RINGGIT MALAYSIA : SATU RIBU DAN LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA ) .

4. Justeru itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik dan keprihatinan daripada pihak Tuan untuk memberikan sedikit sumbangan dana kepada pihak sekolah bagi merealisasikan matlamat sambutan itu nanti . Pihak sekolah percaya , dengan adanya sumbangan daripada pihak Tuan , pastinya akan melancarkan urusan persiapan sambutan itu nanti .

5. Semoga perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Tuan . Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan amatlah pihak sekolah hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Sekian , terima kasih .

“ PENDIDIKAN BERKUALITI , PELAJAR BESTARI ”

Saya yang menjalankan tugas ,

..........................................................( CHE NASIRAH BINTI BIDIN ) Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar , 09700 Karangan , Kedah Darul Aman