surat makluman dan jemputan majlis makan malam amal smk puchong utama 1

3
Rujukan Kami : SMKPU1/100-2/1/1(8) Tarikh : 28 Sept 2013 Melalui: Pengetua, SMK Puchong Utama (1) Tuan, JAMUAN MAKAN MALAM AMAL SMK PUCHONG UTAMA (1) Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa sekolah telah merancang untuk mengadakan Jamuan Makan Malam Amal hasil persetujuan yang telah dicapai dalam mesyuarat AJK PIBG. 3. Tujuan atau objektif Majlis Makan Malam amal ini diadakan adalah bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada aktiviti-aktiviti PIBG ,antaranya adalah seperti berikut ; i. Membina tapak perhimpunan berbumbung,kerana jika hujan turun kawasan ini basah dan banyak air bertakung. ii. Membina tempat letak motosikal dan basikal pelajar iii. Membina Dewan Serbaguna dan surau untuk kemudahan pelajar. iv. Menceriakan kawasan sekolah. v. Membina dan membaik pulih pagar dan tembok sekolah yang sering dimasuki anjing dan membahayakan pelajar. 4. Butiran Majlis Makan Malam Amal tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 26 Oktober 2013 Masa : 08.00 mlm hingga 10.30 malam Tempat : Dewan Terbuka SMK Puchong Utama (1) 5. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin membuat penjualan meja untuk Makan Malam Amal dengan nilai RM1000 bagi satu meja (10 kerusi

Upload: lailiah-binti-harun

Post on 02-Jan-2016

1.003 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Makluman Dan Jemputan Majlis Makan Malam Amal SMK Puchong Utama 1

Rujukan Kami : SMKPU1/100-2/1/1(8) Tarikh : 28 Sept 2013

Melalui:Pengetua,SMK Puchong Utama (1)

Tuan,

JAMUAN MAKAN MALAM AMAL SMK PUCHONG UTAMA (1)

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa sekolah telah merancang untuk mengadakan Jamuan Makan Malam Amal hasil persetujuan yang telah dicapai dalam mesyuarat AJK PIBG.

3. Tujuan atau objektif Majlis Makan Malam amal ini diadakan adalah bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada aktiviti-aktiviti PIBG ,antaranya adalah seperti berikut ;

i. Membina tapak perhimpunan berbumbung,kerana jika hujan turun kawasan ini basah dan banyak air bertakung.

ii. Membina tempat letak motosikal dan basikal pelajariii. Membina Dewan Serbaguna dan surau untuk kemudahan pelajar.iv. Menceriakan kawasan sekolah.v. Membina dan membaik pulih pagar dan tembok sekolah yang sering

dimasuki anjing dan membahayakan pelajar.

4. Butiran Majlis Makan Malam Amal tersebut adalah seperti berikut:Tarikh : 26 Oktober 2013Masa : 08.00 mlm hingga 10.30 malamTempat : Dewan Terbuka SMK Puchong Utama (1)

5. Sehubungan dengan itu pihak kami ingin membuat penjualan meja untuk Makan Malam Amal dengan nilai RM1000 bagi satu meja (10 kerusi bagi satu meja). Oleh itu, besar harapan kami agar pihak tuan dapat menyokong usaha kami ini dengan membuat pembelian sekurang-kurangnya dengan nilai RM100 untuk satu kerusi.

6. Pembelian kupon dan sumbangan yang lebih daripada pihak tuan amatlah dialu-alukan. Bersama-sama surat ini disertakan keratan jawapan persetujuan untuk pembelian kupon tersebut. Semoga usaha murni ini akan diberkati dan sokongan tuan puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan boleh berhubung, Tn Hj Muhamad Padzil b Mohd Said (013-3446445) dan En.Mohd Yusuf Ibrahim (019-6767909 / 0123516383)

Page 2: Surat Makluman Dan Jemputan Majlis Makan Malam Amal SMK Puchong Utama 1

Sekian, terima kasih.

“Penglibatan Aktif Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Menjamin Persekitaran Kondusif Bagi Pelajar”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD PADZIL BIN MD. SAIDYDP PIBG,SMK Puchong Utama (1)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KERATAN JAWAPAN PERSETUJUAN MENDERMA SAMBIL MEMBELI KUPON UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM AMAL 2013

Saya ___________________________________________________ No KP _____________________________

Bersetuju untuk membeli _________________ kupon untuk _______ orang ke jamuan tersebut. Bayaran sebanyak

RM____________akan dibayar di pejabat sekolah atau diserah kepada guru kelas anak masing-masing.

Sekian terima kasih.

Saya yang benar,

…………………………………

Nama ___________________________________

No. Telefon / Tel. Bimbit*.____________________ Tarikh : ___________________

Potong yang tidak berkenaan ** Sila pilih cara pembayaran yang akan dibuat