surat kepada duke

5
SEKOLAH KEBANGSAAN MENJALARA BANDAR MENJALARA, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR. KOD SEKOLAH : WBA 0064 Tel : (GB) 03-62725925 Tel : (P) 03-62760669 Faks : 03-62774582 Rujukan Kami : SKM / 05 / 05 / 001 / 01 / 2015 Tarikh : 9 Februari 2015 Kepada, Pengurus Projek , KONSORTIUM LEBUHRAYA UTARA-TIMUR ( KL ) SDN. BHD. ( 539274-U ) Lebuhraya Duta – Ulu Kelang ( DUKE ) Wisma Ekovest, No.118, Jalan Gombak, 53000, Kuala Lumpur. Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN SUKAN. Dengan segala hormatnya, ,saya merujuk perkara di atas.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Menjalara sentiasa memberi sokongan dan kerjasama terhadap projek Lebuhraya Utara – Timur ( KL ) yang sedang dijalankan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemajuan negara. Namun demikian, pepohon yang rimbun dan kehijaun rumput yang menjadi terapi minda dan memberi ketenangan bakal terancan. 2. Dikesempatan ini, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan beberapa peralatan sukan agar dapat digunakan oleh murid-murid untuk meningkatkan bakat dan perkembangan murid-murid dalam bidang sukan. Berikut adalah peralatan sukan yang kami perlukan :

Upload: rizaldooum

Post on 05-Sep-2015

270 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

surat permohonan

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN MENJALARABANDAR MENJALARA, KEPONG,52100 KUALA LUMPUR.KOD SEKOLAH : WBA 0064Tel : (GB) 03-62725925 Tel : (P) 03-62760669 Faks : 03-62774582

Rujukan Kami:SKM / 05 / 05 / 001 / 01 / 2015Tarikh:9 Februari 2015

Kepada,Pengurus Projek ,KONSORTIUM LEBUHRAYA UTARA-TIMUR ( KL )SDN. BHD. ( 539274-U )Lebuhraya Duta Ulu Kelang ( DUKE )Wisma Ekovest, No.118,Jalan Gombak, 53000,Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN SUKAN.

Dengan segala hormatnya, ,saya merujuk perkara di atas.Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Menjalara sentiasa memberi sokongan dan kerjasama terhadap projek Lebuhraya Utara Timur ( KL ) yang sedang dijalankan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemajuan negara. Namun demikian, pepohon yang rimbun dan kehijaun rumput yang menjadi terapi minda dan memberi ketenangan bakal terancan.

2.Dikesempatan ini, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan beberapa peralatan sukan agar dapat digunakan oleh murid-murid untuk meningkatkan bakat dan perkembangan murid-murid dalam bidang sukan. Berikut adalah peralatan sukan yang kami perlukan :

BILPERALATAN SUKAN / PERKARAUNIT / JUMLAHCATATAN

1Tiang Gol Bola Sepak Junior + Jaring1 set

2Tiang Gol Bola Baling + Jaring1 set

3Tiang Gol Futsal + Jaring2 set

4Raket Badminton50 batang

5Bulu Tangkis5 dozen

6PA Sistem Untuk Sukan Di Padang1 set

3.Untuk makluman pihak tuan, banyak aktiviti sukan yang akan dan sedang dijalankan di SK Menjalara seperti latihan bola baling, ragbi, bola jaring, bola sepak, olahraga dan badminton. SK Menjalara juga akan menjadi penganjur bagi Kejohanan Bola Sepak Zon Sentul Bawah 12 Tahun ( 13 17 April 2015 ). Tiang gol yang sedia ada tidak sesuai digunakan kerana tiang gol tersebut terlalu besar ( saiz dewasa ). Begitu jugan dengan tiang gol bola baling dan futsal telah rosak dan boleh mengancam keselamatan murid-murid.

4.Jumlah murid di SK Menjalara seramai 300 orang di mana bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan jumlah murid yang ada di sekolah tersebut. Sedangkan keperluan peralatan adalah sama dengan sekolah yang mempunyai jumlah murid yang ramai. Maka bantuan kewangan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung kos pembelian peralatan tersebut.

Semoga permohonan kami dapat ditunaikan agar dapat merealisasikan impian warga SK Menjalara yang cergas dan cerdas serta maju dalam bidang sukan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar.

( ZAIFUDDIN BIN BAHARUM )Guru BesarSekolah Kebangsaan Menjalara.52200 Kepong,Kuala Lumpur

JADUAL PENGGUNAAN PADANG BAGI BULAN FEBRUAR MEI 2015.

Latihan pasukan sekolah

Balapan dan padang ( Sukan Tahunan )

BILPERKARATARIKHCATATAN

1Latihan Bola Baling20 Januari 9 Feb

2Latihan Ragbi5 Feb -

3Latihan Bola Sepak27 Feb 11 April

4Kejohanan Bola Sepak MSSWPKL Zon Sentul13 17 April

5Latihan Sukan 1 ( Hijau + Kuning )14 April 2015 - Selasa

6Latihan Sukan 1 ( Merah + Biru )15 April 2014 - Rabu

7Latihan Sukan 2 ( Hijau + Kuning )21 April 2015 - Selasa

8Latihan Sukan 2 ( Merah + Biru )22 April 2014 - Rabu

9Latihan Sukan 3 ( Hijau + Kuning )28 April 2015 - Selasa

10Latihan Sukan 3 ( Merah + Biru )29 April 2014 - Rabu

11Sukantara30 April 2015 - Khamis

12Sukaneka Tahap 1 ( Acara 1 )5 Mei 2015 - Selasa

13Acara Akhir Padang6 Mei 2015 - Rabu

14Raptai Sukan 17 Mei 2015 - Khamis

15Raptai Sukan 28 Mei 2015 - Jumaat

16Kejohanan Balapan dan Padang 20159 Mei 2015 - Sabtu