surat iringan

2
KEMBANG KASTURI SDN. BHD. No. 22 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur. No. telefon: 011-25376893 No. faks: 03-61155891 Alamat e-mel: [email protected] Laman sesawang: www.kembangkasturi.com En. Mohd Senu Bin Awang, Pengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, P.O Box 10, Jalan Gombak, 50728 Kuala Lumpur . 10 JULAI 2015. Assalamualaikum w.b.t Tuan, PEMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN Merujuk perkara di atas, saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk memulakan perniagaan. 2. Untuk makluman pihak tuan, syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hasil daripada perkongsian modal oleh enam orang rakan kongsi dan perniagaan yang bakal kami jalankan ialah perniagaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan. 3. Kami yakin bahawa produk kami akan diterima di pasaran dan mendapat sambutan daripada pembeli. Hal ini kerana, produk kami merupakan 100% keluaran Muslim bumiputra. Produk kami juga menggunakan sumber daripada alam semulajadi yang diyakini bersih dan bermutu. 4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja perniagaan syarikat kami sebagai rujukan untuk tindakan tuan yang selanjutnya.

Upload: afifah-nabilah

Post on 12-Apr-2017

808 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Iringan

KEMBANG KASTURI SDN. BHD.No. 22 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.No. telefon: 011-25376893 No. faks: 03-61155891Alamat e-mel: [email protected] sesawang: www.kembangkasturi.com

En. Mohd Senu Bin Awang, Pengarah,Pusat Pembangunan Keusahawanan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,P.O Box 10, Jalan Gombak,50728 Kuala Lumpur. 10 JULAI 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PEMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Merujuk perkara di atas, saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk memulakan perniagaan.

2. Untuk makluman pihak tuan, syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hasil daripada perkongsian modal oleh enam orang rakan kongsi dan perniagaan yang bakal kami jalankan ialah perniagaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan. 3. Kami yakin bahawa produk kami akan diterima di pasaran dan mendapat sambutan daripada pembeli. Hal ini kerana, produk kami merupakan 100% keluaran Muslim bumiputra. Produk kami juga menggunakan sumber daripada alam semulajadi yang diyakini bersih dan bermutu.

4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja perniagaan syarikat kami sebagai rujukan untuk tindakan tuan yang selanjutnya.

Akhir kata, segala jasa baik daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan kami ini sangatlah kami hargai dan dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………….(Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin)Ketua Pegawai Eksekutif,Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd.