surat berita pusat khidmat kelana jaya isu #5 wong · pdf filesurat berita pusat khidmat...

12
Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 1 WONG CHEN Ahli Parlimen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen Isu #5 Julai 2015 DALAM ISU INI Pengemaskinian Sidang Parlimen: Undang-undang keganasan dan RMK-11 Projek Komuni: Kem kesihatan dan membaik pulih sebuah tadika di Glenmarie Hal – Hal Konstuensi: Membantah persempadanan semula di Kelana Jaya dan isu padang PKNS SS7 Dialog Bersama Komuni: Dialog di SS7 Bulan Kebajikan: Membantu golongan miskin bandar di Kelana Jaya Kepada warga Kelana Jaya, Ini adalah surat berita ke-lima saya kepada penduduk Kelana Jaya dan merupakan isu pertengahan tahun. Kami akan senasa berusaha untuk mengemaskinikan laporan mengenai akvi-akvi dan program-program pejabat saya seap enam bulan. Malaysia telah menyaksikan pelbagai perkembangan polik dan ekonomi dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015. Penghukuman Anwar Ibrahim dan apa yang telah berlaku di Muktamar PAS baru-baru ini telah menamatkan Pakatan Rakyat. Sambil saya menulis isu ini, golongan progresif PAS sedang berkumpul dengan harapan menubuhkan par polik yang baru. Saya ingin mengucapkan semoga berjaya dalam perjuangan mereka. Sekiranya kami berusaha, kami akan bangkit dengan lebih teguh dari sebelum ini. Bagi pihak Barisan Nasional pula, pertelingkahan antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak telah sampai ke kemuncaknya. Khabar angin polik dan kemungkinan perubahan dalam kepimpinan negara menjadi perbualan hangat. Di permukaannya, pertelingkahan ini adalah berkaitan dengan kontroversi 1MDB. Skandal kewangan 1MDB mempunyai kesan negaf terhadap tahap keyakinan para pelabur dan peniaga. Pada keka ini, kerajaan sedang cuba memutar-belitkan cerita dengan mengatakan bahawa 1MDB telah difitnah oleh pembelot ekonomi. Berdasarkan pemerhaan orang ramai, ianya bagaikan pencuri dak dihukum, manakala pemberi maklumat pula menjadi sasaran. Daripada segi pengguna, cukai GST telahpun mengurangkan keyakinan mereka dan mengakibatkan pengurangan kemampuan untuk membeli. Dalam sidang Parlimen kedua tahun 2015, kerajaan akhirnya mengakui secara bertulis dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-11 bahawa mereka akan mengup cukai tambahan sebanyak RM 15 billion seap tahun melalui GST. Kebanyakan kedai di kawasan pejabat saya di SS14/1, telah mengalami kemerosotan perniagaan sebanyak 20% hingga 40%. Pada peringkat makro, imbangan perdagangan Malaysia semakin mengecut dari tahun ke tahun. Pengurusan fiskal yang dak berdisiplin, gejala rasuah, pembaziran dan kebergantungan yang nggi kepada hasil minyak dan gas mendesak kerajaan untuk memotong perbelanjaan tahunan negara. Pemotongan perbelanjaan ini boleh dilihat daripada segi perkhidmatan kesihatan dan pendidikan awam. Salam daripada Ahli Parlimen anda!

Upload: doankhanh

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 1

WONG CHEN Ahli Parlimen

Kelana Jaya

Surat Berita

Konstituen

Isu #5 Julai 2015

DALAM ISU INI

Pengemaskinian Sidang Parlimen:

Undang-undang keganasan dan RMK-11

Projek Komuniti:

Kem kesihatan dan membaik pulih

sebuah tadika di Glenmarie

Hal – Hal Konstituensi:

Membantah persempadanan semula di

Kelana Jaya dan isu padang PKNS SS7

Dialog Bersama Komuniti:

Dialog di SS7

Bulan Kebajikan:

Membantu golongan miskin bandar di Kelana Jaya

Kepada warga Kelana Jaya,

Ini adalah surat berita ke-lima saya kepada penduduk Kelana Jaya dan merupakan isu pertengahan tahun. Kami akan sentiasa berusaha untuk mengemaskinikan laporan mengenai aktiviti-aktiviti dan program-program pejabat saya setiap enam bulan.

Malaysia telah menyaksikan pelbagai perkembangan politik dan ekonomi dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2015. Penghukuman Anwar Ibrahim dan apa yang telah berlaku di Muktamar PAS baru-baru ini telah menamatkan Pakatan Rakyat. Sambil saya menulis isu ini, golongan progresif PAS sedang berkumpul dengan harapan menubuhkan parti politik yang baru. Saya ingin mengucapkan semoga berjaya dalam perjuangan mereka. Sekiranya kami berusaha, kami akan bangkit dengan lebih teguh dari sebelum ini.

Bagi pihak Barisan Nasional pula, pertelingkahan antara Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak telah sampai ke kemuncaknya. Khabar angin politik dan kemungkinan perubahan dalam kepimpinan negara menjadi perbualan hangat. Di permukaannya, pertelingkahan ini adalah berkaitan dengan kontroversi 1MDB. Skandal kewangan 1MDB mempunyai kesan negatif terhadap tahap keyakinan para pelabur dan peniaga. Pada ketika ini, kerajaan sedang cuba memutar-belitkan cerita dengan mengatakan bahawa 1MDB telah difitnah oleh pembelot ekonomi. Berdasarkan pemerhatian orang ramai, ianya bagaikan pencuri tidak dihukum, manakala pemberi maklumat pula menjadi sasaran.

Daripada segi pengguna, cukai GST telahpun mengurangkan keyakinan mereka dan mengakibatkan pengurangan kemampuan untuk membeli. Dalam sidang Parlimen kedua tahun 2015, kerajaan akhirnya mengakui secara bertulis dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-11 bahawa mereka akan mengutip cukai tambahan sebanyak RM 15 billion setiap tahun melalui GST. Kebanyakan kedai di kawasan pejabat saya di SS14/1, telah mengalami kemerosotan perniagaan sebanyak 20% hingga 40%.

Pada peringkat makro, imbangan perdagangan Malaysia semakin mengecut dari tahun ke tahun. Pengurusan fiskal yang tidak berdisiplin, gejala rasuah, pembaziran dan kebergantungan yang tinggi kepada hasil minyak dan gas mendesak kerajaan untuk memotong perbelanjaan tahunan negara. Pemotongan perbelanjaan ini boleh dilihat daripada segi perkhidmatan kesihatan dan pendidikan awam.

Salam daripada Ahli Parlimen anda!

Page 2: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 2

PENGEMASKINIAN SIDANG PARLIMEN

Sidang Pertama (9 Mac 2015 – 9 April 2015)

Setelah membentangkan Kertas Putih yang berkenaan dengan ancaman ‘Islamic State’ pada Oktober 2014, pentadbiran Najib dijadualkan memperkenalkan satu senarai rang undang-undang anti keganasan di Parlimen.

Saya dan pasukan penyelidikan saya telahpun menjangka keadaan ini dan menyediakan hujah-hujah dasar berkenaan dengan perundangan keganasan beberapa minggu sebelum sidang Parlimen. Kandungan POTA hanya didedahkan kepada kami 7 hari sebelum perbahasan di Dewan Rakyat. Dengan serta-merta, saya telah mengadakan satu mesyuarat Pakatan Rakyat untuk membincangkan rang undang-undang ini.

Kami telah mengambil pendirian yang tegas menentang penahanan tanpa bicara untuk tempoh yang tidak tentu, yang dibenarkan dibawah POTA. Pindaan Pakatan Rakyat untuk mengehadkan penahanan tersebut kepada 14 hari yang sejajar dengan piawaian antarabangsa juga ditolak. Anda boleh membaca temuramah saya mengenai penahanan sebelum perbicaraan, justifikasi dasar dan POTA di pautan ini. Anda juga boleh membaca semua kenyataan saya mengenai POTA di sini.

Kerajaan juga telah memperkenalkan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) dan Akta Hasutan. Kami telah dikejutkan dengan

pindaan-pindaan kepada Akta Hasutan yang telah diperkenalkan dua hari sebelum perbahasan di Parlimen! Najib telah mengurangkan hak kebebasan bersuara dengan menafikan ikat jamin, menghapuskan kuasa budi bicara hakim untuk mengurangkan hukuman ke atas pesalah-pesalah kali pertama dan bawah umur, dan mengehadkan aktivisme di Sabah dan Sarawak, walaupun telah berjanji untuk memansuhkan akta-akta yang zalim.

Setelah beberapa hari menentang pindaan ini, kami telah dimaklumkan bahawa kerajaan telah membuang fasal berkenaan dengan ikat jamin tetapi masih mengekalkan fasal-fasal lain yang tidak adil. Jelas sekali, akta tersebut ditujukan terhadap warganegara yang menghendaki hak untuk bersuara dengan bebas dan hak untuk berhimpun secara aman.

Pindaan bil ini telahpun diluluskan pada pukul 2.30 pagi setelah perbahasaan selama 12 jam. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai perbahasan Akta Hasutan di sini dan di sini.

Dalam 6 bulan pertama tahun 2015, Dewan Rakyat telah bersidang sebanyak dua kali. Sesi Parlimen terakhir 2015 akan bersidang pada bulan Oktober.

Pengaliran wang domestik ke luar Negara ataupun dikenali sebagai “capital flight” masih berterusan, di samping keadaan politik yang tidak menentu dan isu perkauman dan keagamaan yang terus berleluasa. Bon-bon kerajaan Malaysia yang dipegang oleh pelabur asing juga semakin berkurangan. Segala kejadian dan sentimen dicerminkan oleh kesusutan nilai mata wang Ringgit.

Secara ringkas, Malaysia berada dalam kedudukan yang kurang baik daripada segi politik dan ekonomi. Saya mendengar luahan perasaan kekecewaan saudara-saudari. Harapan yang diletakkan kepada pihak pembangkang juga semakin malap, dan rakyat mempersoalkan sama ada pihak pembangkang lebih kredibel daripada kerajaan BN. Di Kelana Jaya, projek Bandar Kesukanan Petaling Jaya atas tanah milik PKNS telah dihidupkan semula selepas perbicaraan SELCAT. Permohonan baru telah dibuat oleh PKNS pada Februari 2015. Para penduduk bertanya mengapa tiada pihak yang dihukum dan mengapa kerajaan Selangor tidak menamatkan projek ini demi kepentingan rakyat. Saya telah berjumpa dengan pihak PKNS dan bertekad untuk menghentikan projek ini. Kerajaan Selangor haruslah mengamalkan integriti yang tinggi dan memastikan pentadbiran yang amanah.

Dari Januari sehingga hujung Jun 2015, saya telah menghadiri kedua-dua sidang Parlimen setiap hari. Pada sidang yang pertama, saya telah mempengerusikan dan menyelaraskan pembahasan berkenaan dengan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan seterusnya pindaan kepada Akta Hasutan bagi

pihak pembangkang. Saya bersama dengan YB Hanipa Maidin, YB Sim Tze Tzin, YB Lim Lip Eng dan YB William Leong, telah menyerahkan pindaan berkenaan kedua-dua akta tersebut pada tahap jawatankuasa, sebagai satu percubaan untuk memperlengahkan kelulusan akta-akta tersebut.

Pada sidang Parlimen yang kedua, saya ditugaskan sebagai pembahas kedua PKR selepas Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah untuk membahas Rancangan Malaysia Yang Ke-11. Selepas itu, saya juga telah membahas Akta Modal Pasaran dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan. Saya juga telah mengadakan beberapa sesi sidang media di Parlimen berkenaan POTA, Akta Hasutan, kesusutan nilai mata wang Ringgit Malaysia dan rang undang-undang yang lain. Justeru, dengan sukacitanya saya ingin melaporkan bahawa prestasi saya sebagai seorang Ahli Parlimen dalam melaksanakan tanggungjawab saya semakin meningkat.

Akhir kata, saya akan terus memperjuangkan kepentingan politik dan ekonomi saudara-saudari tanpa mengira bangsa atau agama.

Wong Chen Ahli Parlimen Kelana Jaya

Page 3: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3

Sidang Kedua (18 Mei – 18 Jun 2015)

Persidangan Parlimen yang kedua ditumpukan kepada dua isu penting iaitu krisis Rohingya dan pembentangan Rancangan Malaysia ke-11.

Pada hari pertama, Datuk Seri Dr. Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas kemenangan beliau. Wan Azizah telah bersedia untuk membahas Akta Antipemerdagangan Orang apabila krisis pelarian Rohingya berlaku di Laut Andaman. Sepanjang minggu tersebut, saya telah berjumpa wakil-wakil NGO untuk membincangkan krisis kemanusiaan ini dan terus menggesa kerajaan untuk menampilkan kepimpinan moral sebagai pengerusi ASEAN terhadap krisis tersebut.

Turut berkaitan dengan Akta Antipemerdagangan Orang adalah perundingan ‘Trans-Pacific Partnership Agreement’ (TPPA). Berdasarkan laporan ‘Trafficking in Persons’ (TIP) 2014, kerajaan Amerika Syarikat telah menurunkan taraf Malaysia kepada status ‘Tier-3’. Hal ini menimbulkan masalah bagi perundingan TPPA kerana kerajaan Amerika Syarikat tidak dibenarkan berunding dengan negara status Tier-3. Pindaan Akta Antipemerdagangan Orang sebenarnya bertujuan untuk membenarkan Amerika Syarikat memintas isu penarafan dan seterusnya membolehkan Malaysia

terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19 Jun 2015, pentadbiran Obama mendapat kelulusan untuk mempercepatkan perundingan dan merupakan tamparan kepada penentang TPPA. Pejabat saya akan berada dalam keadaan sangat sibuk kerana ada kemungkinan kerajaan akan memanggil Sidang Parlimen Khas untuk membahaskan isu tersebut dalam bulan-bulan yang akan datang.

Rancangan Malaysia yang ke-11 dibentangkan pada 21 May 2015. Saya sendiri bertanggungjawab untuk menghimpunkan pasukan PKR untuk menganalisakan dokumen tersebut dan juga untuk mengarang ucapan Ketua Pembangkang. Saya juga telah menyediakan ucapan saya sendiri, yang boleh ditonton di sini. Anda juga boleh melihat liputan media di sini.

Sebagai Ahli Parlimen anda, saya juga berpeluang untuk

mengajukan soalan kepada Kementerian Kewangan mengenai

keadaan ekonomi negara Malaysia sambil membahaskan dua rang

undang-undang; Akta Institusi Kewangan Pembangunan dan Akta

Pasaran Modal dan Perkhidmatan. Anda boleh membaca dan

menonton ucapan saya di sini dan di sini.

Anda boleh membaca semua ucapan sidang media dan

perkembangan terbaru di Parlimen di www.wongchen.com.

PROJEK KOMUNITI

Memandangkan terdapat ramai penduduk yang memerlukan bantuan di kawasan saya dan peruntukan yang terhad, pejabat saya mengamalkan dasar tidak manganjur rumah terbuka untuk perayaan. Sebaliknya, kami mencuba sedaya-upaya untuk menggunakan duit yang diperuntukkan untuk membaiki infrastruktur dan menganjurkan program yang membawa manfaat kesihatan atau pendidikan kepada konstituen Kelana Jaya.

DESA RIA Dalam isu #4 buletin konstituensi, saya telah melaporkan bahawa pengubahsuaian Tadika Desa Ria sedang dijalankan. Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa projek Tadika Desa Ria telah selesai dan diserahkan kepada Puan Thana pada 26 Januari 2015. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik dan Puan KK Chong, Malaysian Volunteers Association, pelajar-pelajar dari Taylors College dan Sunway University, dan kontraktor Kenny Yow atas sokongan dan sumbangan ikhlas.

1

2 3

1. Sebelum pengubahsuaian 2. Selepas pengubahsuaian 3. Upacara penyerahan

Page 4: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 4

Pusat Tuisyen Sister Stella

Blok 2 Desa Mentari, kawasan miskin bandar di konstituensi saya, menghadapi pelbagai masalah seperti lif yang rosak dan pemotongan elektrik dan air. Walaupun terdapat banyak masalah, Pusat Tuisyen Sister Stella merupakan satu harapan. Pusat tuisyen ini berkos rendah dan memenuhi keperluan masyarakat. Ramai bekas pelajar pulang untuk membimbing pelajar yang lebih lemah dan menggalakkan mereka supaya terus bersekolah. Sister Stella juga menggunakan yoga untuk menenangkan murid-muridnya.

Tahun lepas, pejabat saya telah melebihi belanjawan dan telah memberi RM5,000 kepada Sister Stella. Pada bulan Mac, kami telah menghubungkan pejabat YB Nik Nazmi dengan Sister Stella, dan beliau telah menyumbangkan cek sebanyak RM 10,000 kepada Sister Stella selaku EXCO Pendidikan Selangor.

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Pihak kami juga menyokong Pusat Tuisyen Sister Stella dengan menganjurkan lawatan sambil belajar untuk beliau dan murid-muridnya. Pada 28 Februari, pejabat saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara bersama dengan 40 orang murid dari Pusat Tuisyen Sister Stella. Ini adalah kali kedua kami menganjurkan lawatan untuk kanak-kanak di Desa Mentari. Mereka berkelakuan baik semasa lawatan dan sesetengah daripada mereka juga mengambil nota. Lawatan sambil belajar diakhiri dengan aktiviti di kolam renang.

DESA MENTARI

Pada 2014, pejabat saya telah memberi tumpuan kepada usaha kemasyarakatan di Desa Ria, kawasan perumahan kos

rendah di konstituensi saya yang meghadapi cabaran infrastruktur dan sosio-ekonomi. Tahun ini, kami mengetengahkan

fokus ke Desa Mentari kerana terdapat populasi yang lebih padat. Projek- projek kami yang masih berterusan adalah seperti

berikut:

Kem Kesihatan Desa Mentari

Dengan kerjasama doktor-doktor daripada Kumpulan Medik Petaling

Jaya, pejabat saya telah menganjurkan Kem Kesihatan di Desa

Mentari pada 25 Januari 2015. Kami telah memberi perkhidmatan

kesihatan kepada seramai 183 orang penduduk. 91% daripadanya

merupakan warga emas dan sekitar 40% menghidapi penyakit

kencing manis. Kumpulan Medik Petaling Jaya juga telah

menubuhkan sebuah farmasi mini, di mana vitamin, ubat penahan

sakit dan ubat kencing manis telah diagihkan. Berdasarkan data,

kami merancang untuk mendidik penduduk supaya mengurangkan

pengambilan gula dan nasi putih.

Page 5: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 5

Karnival Kesihatan dan Vaksinasi

Kanak-kanak di Desa Mentari

Pada bulan Januari, Kem Kesihatan yang dianjurkan telah memberi tumpuan kepada warga emas. Pada 14 Februari 2015, pejabat kami telah membuat anjuran bersama Kem Kesihatan dan vaksinasi percuma yang mempunyai fokus terhadap kanak-kanak dengan NGO Parenting 2U. Acara ini telah berjaya menarik sejumlah 400 orang melalui pemeriksaan percuma untuk kanak-kanak, 100 suntikan imunisasi pneumokokal percuma untuk bayi dan permainan karnival pesta ria.

LADANG GLENMARIE

Kami juga telah memulakan projek kami di Ladang Glenmarie pada bulan Jun 2015. Kami sedang membaik pulih sebuah tadika yang berada dalam keadaan usang. Ladang Glenmarie, sebuah kawasan di bawah konstituensi saya, merupakan estet getah pada suatu ketika dahulu. Kami telah memulakan kerja pengubahsuaian tadika ini pada bulan November 2014 dan telah menerima sumbangan yang besar daripada Encik William Arul. Fasa pertama pengubahsuaian melibatkan pengecatan dan penjubinan semula.

Tadika ini mempunyai keperluan infrastruktur dan kekurangan kelengkapan. Sesiapa yang berminat dalam inisiatif ini boleh menghubungi kami melalui emel [email protected] untuk pengetahuan lanjut.

1

2

1. Penduduk- penduduk beratur untuk pemeriksaan

perubatan

2. Wong Chen memberi ucapan kepada penduduk

1 2

1. Selepas pengecatan semula 2. Sebelum penjubinan semula

Page 6: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 6

Hal – Hal Konstituensi

Latihan Persempadanan Semula Kawasan Pejabat saya telah mencapai mercu tanda yang besar dalam persediaan untuk latihan persempadanan semula yang akan datang. Dengan kerjasama Encik PY Wong daripada Tindak Malaysia, kami telah mendaftarkan lebih daripada 200 orang untuk bersiap sedia memberi bantahan terhadap latihan persempadanan Kelana Jaya yang diragui.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah berdaftar dan terima kasih kepada Mary Magdalene dan rakan-rakan kami di Gereja St. Thomas More yang telah membantu kami menubuhkan gerai, menyediakan makanan dan membuat segala pengaturan.

Padang PKNS Penduduk-penduduk SS7 telah membantah pembinaan komersial di Padang PKNS yang dicadangkan sejak beberapa tahun yang lalu. Usaha sama antara PKNS dan Melati Ehsan Sdn Bhd yang dicadangkan dicemari dengan kontroversi yang berkaitan dengan pengezonan semula tanah dari tapak rekreasi ke tapak komersial. Sebuah Persidangan Pilihan Khas (SELCAT) mengenai isu ini telah mendedahkan proses pengezonan semula MBPJ yang luar biasa. Pada Februari 2015, saya telah memberi sokongan sepenuhnya kepada penduduk-penduduk di SS7 untuk menyelamatkan zon hijau ini.

Pejabat saya telah mengeluarkan surat kepada pihak polis, Menteri Besar dan PKNS untuk mendapatkan penjelasan mengenai pembinaan yang dicadangkan. Selepas beberapa minggu, YB Nik Nazmi dan saya telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat bersama PKNS di mana kami telah ditunjukkan kontrak usaha sama. PKNS mempunyai kewajipan dari sisi undang-undang untuk memberikan bantuan kepada rakan kongsi untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan atau mereka akan menghadapi risiko disaman. YB Nik Nazmi dan saya telah memohon kepada PKNS supaya membuat kajian semula undang- undang yang lengkap untuk perjanjian JV dan memberi nasihat lanjut kepada kami. YB Nik Nazmi dan saya akan terus memantau semua perkembangan projek yang tercemar dengan kontroversi ini.

Untuk membaca secara lebih lanjut mengenai isu ini, anda boleh melayari laman web saya di sini.

DIALOG BERSAMA KOMUNITI

Pejabat saya menganjurkan dialog komuniti selepas setiap sesi Parlimen. Dialog-dialog komuniti merupakan satu peluang untuk anda mendapat maklumat mengenai hal-hal yang telah berlaku di Parlimen, rang undang-undang dan isu-isu yang telah dibahaskan di Parlimen, dan mengetahui kedudukan saya dan PKR mengenai isu-isu daripada sumber utama. Ini juga merupakan peluang soal jawab antara anda dan Ahli Parlimen.

Tahun ini, saya telah menganjurkan dialog komuniti di SS7, Petaling Jaya, di mana saya telah mengetengahkan perhatian terhadap isu Ladang PKNS bersama dengan penduduk- penduduk. Saya juga telah menerima soalan dan jawapan mengenai keadaaan ekonomi di Malaysia dan undang-undang pencegahan keganasan yang baru dibahaskan.

Sekiranya anda ingin menerima makluman berkaitan dengan butiran-butiran dialog komuniti yang akan datang, sila layari laman web Facebook saya di: www.facebook.com/wongchenpkr.

Page 7: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 7

KEBAJIKAN

Setelah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kelana Jaya selama 2 tahun, saya telah melihat betapa seriusnya masalah kemiskinan bandar di konstituensi saya. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemiskinan, dan saya tidak berdaya meninggalkan kesan yang mapan dengan sumber yang terhad. Kami mencuba sedaya-upaya dan berharap supaya usaha kami akan membawa perubahan pada jangka panjang. Pada permulaan tempoh perkhidmatan saya, saya tidak meggalakkan pemberian duit kebajikan tetapi saya telah mengubah dasar saya. Pejabat kami telah memproseskan kes kebajikan yang semakin meningkat dalam beberapa bulan yang lepas. Berikut adalah butiran perbelanjaan untuk masyarakat sehingga bulan Jun 2015.

RM

Peruntukan masyarakat tahun 2015 250,000.00

Peruntukan dibawa ke depan dari 2014 85,124.39

Kebajikan 133,650.00

Persatuan-persatuan 119,945.00

Projek kecil 17,158.62

Baki 64,370.77

Dana kami hanya diagihkan kepada 4 kumpulan golongan isirumah pendapatan rendah, iaitu isi rumah yang mempunyai pendapatan RM1,500 dan ke bawah. Majoriti daripada penerima kebajikan adalah dari Desa Mentari dan Desa Ria—kawasan miskin bandar di konstituensi saya. Penerima-penerima terdiri daripada golongan ibu/bapa tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan individu-individu dengan kesakitan yang memerlukan rawatan di hospital. Butiran-butiran golongan yang menerima kebajikan adalah seperti yang berikut:

Kategori Bilangan

Warga Emas 75

Perubatan dan rawatan hospital 49

Ibu/Bapa tunggal 99

Orang kurang upaya 41

Jumlah 264

PENGUMPULAN DANA THE AVENGERS

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong pengumpulan dana filem yang diadakan awal tahun ini. Dana yang telah dikumpulkan berjumlah RM 16,383 dan akan digunakan untuk menampung perbelanjaan pejabat kami, yang berjumlah RM 150,000 setahun. Kami mempunyai sebuah pejabat dengan 3 orang kakitangan penuh masa yang membuat penyelidikan untuk dasar-dasar Parlimen dan aktiviti kemasyarakatan. Kami juga menawarkan program internship; tahun lepas kami mempunyai 12 orang intern.

Pejabat saya akan menganjurkan 2 lagi kutipan derma hujung tahun ini. Secara keseluruhannya, matlamat kami adalah untuk mengumpul RM 50,000 daripada sumbangan orang awam. Kami telah menerima RM 50,000 (RM 200,000 untuk perbelanjaan komuniti) daripada kerajaan Selangor.

Sekiranya anda berminat dalam program pengumpulan dana pada masa hadapan, sila hantarkan emel kepada [email protected].

Page 8: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 8

INTERNS

Saudara Nicholas yang baru sahaja tamat pengajiannya di Melbourne, Australia, telah menyertai pejabat Ahli Parlimen sebagai seorang intern selama dua bulan.

Beliau menggunakan kepakaran antropologinya untuk melaksanakan sebuah projek sosial di Desa Mentari. Nicholas juga gemar membantu Wong Chen mengarang dasar. Nicholas berpendapat bahawa “semua orang patut menyertai pejabat ini untuk mengalami ‘berita di sebalik berita’, sekiranya anda muak dengan cerita yang direka oleh surat khabar.”

Tina seorang pelajar jurusan undang-undang yang telah menjalankan internship di pejabat selama satu bulan. Menurutnya, salah satu pengalaman yang tidak akan dilupai adalah lawatan ke kawasan miskin bandar di Kelana Jaya. "Pengalaman pekerjaan ini bagi saya, merupakan satu peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada orang yang miskin dan lebih memahami keperluan mereka. Selain itu, saya juga telah menyaksikan dengan mata sendiri semangat dan daya usaha yang ditunjukkan oleh YB dan pasukannya dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Sedikit sebanyak, pengalaman ini telah memberikan saya keyakinan dalam seorang ahli politik.

“Berdasarkan beberapa rancangan televisyen politik, saya percaya bahawa semua ahli politik bertindak demi diri sendiri. Namun, saya tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap YB Wong Chen. Beliau bersifat realistik, rendah diri, jujur dalam melaksanakan tugas dan rajin. Beliau turut terbuka kepada perbualan mengenai penggubalan dasar, politik dan falsafah. Setakat ini, satu pengalaman yang luar biasa!” Rauf baru tamat ijazah sarjana mudanya dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Rachel baru sahaja tamat tahun pertama pelajarannya dalam bidang "International Relations" di Rijksuniversiteit Groningen, Belanda. Rachel telah menimba pengalaman yang menarik kerana beliau dapat menyaksikan teori yang dipelajari di kelas diamalkan di pejabat YB Wong Chen. Walaupun tempoh internshipnya hanya sepanjang sebulan, ia merupakan satu pengalaman yang bermanfaat dan membuka mata. Rachel menghulurkan bantuan semasa Bulan Kebajikan di pejabat dan juga terlibat dalam tugas-tugas lain seperti Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan yang telah diluluskan.

Min Xiang adalah seorang pelajar

dari Soka University of America yang

mempunyai minat dalam bidang

ekonomi dan kesihatan awam. Beliau

membantu di pejabat kami sebagai

pelatih amali selama dua bulan. Beliau

mendapat peluang untuk menghadiri

sesi Parlimen, mengkaji Akta Institusi

Kewangan Pembangunan, dan

membantu dalam Bulan Kebajikan.

Beliau mendapati bahawa Wong Chen

dan kakitangan beliau sungguh

bersemangat dan berdedikasi terhadap

berkhidmat demi konstituen.

Ed Wynn Ong sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang dan turut mengerjakan ladang persendiri-annya. Di samping itu, Ed Wynn telah dapat meluangkan masa untuk menjalankan internship di Pejabat Ahli Parlimen selama satu bulan. Ed Wynn berasal dari Penampang, Sabah tetapi menetap di Semenanjung untuk belajar dan berniaga. Sepanjang perkhidmatan Ed Wynn di Pejabat Ahli Parlimen, beliau amat teruja dengan pengalaman di Parlimen. Dia juga telah membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dan pentadbiran.

Page 9: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 9

[email protected].

Page 10: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 10

Selepas tujuh tahun di luar negara, Gillian telah menamatkan pengajiannya dalam Perundangan dan Pengajian Antarabangsa di Australia. Beliau telah membuat keputusan untuk menceburi sektor perkhidmatan awam menerusi pejabat YB Wong Chen. Gillian telah bekerja sebagai seorang intern selama dua bulan sebelum ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Penyelidik. Sejak itu, beliau telah berpeluang untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat Parlimen, bekerja bersama Ketua Pembangkang Dr. Wan Azizah, dan menyelami isu-isu miskin tegar di bandar. Selepas pengalaman ini, Gillian akan berusaha untuk meneruskan perjuangan untuk mempertahankan kebebasan rakyat Malaysia.

Saudara Amir Hamzah mempunyai latar belakang di dalam bidang sosiologi dan adalah penerima Ijazah Sarjana dalam bidang Industri Kreatif dan Budaya dari King’s College, London. Amir sebenarnya lebih cenderung di dalam bidang seni atau kewartaan sensasi. Wong Chen sendiri meyakinkan Amir untuk menyertai pejabat beliau. Sejak menyertai pejabat, Amir telah ditugaskan untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kawasan perumahan kos rendah Desa Mentari. Beliau juga membantu sedikit-sebanyak dengan kerja kaji selidik Parlimen. Bagi Amir, pengalaman pekerjaan ini merupakan satu pengembaraan yang penuh bermakna dan beliau benar-benar berterima kasih atas peluang ini. Walaupun pada awalnya beliau tidak beberapa pasti dengan bidang yang ingin diceburi, beliau kini telah berjaya menjadi seorang ahli yang penting di pejabat YB.

Selepas mendapat kelulusan dalam Sarjana Muda Sains dalam bidang Kewangan dan Pengurusan, Timothy telah menyertai Pejabat YB Wong Chen pada tahun 2013 sejurus selepas Pilihanraya Umum Ke-13 yang bersejarah. Sebagai anak muda yang berasal dari Subang Jaya, Timothy memikul rasa tanggungjawab untuk membantu YB Wong Chen, yang pada ketika itu merupakan wajah baru di konstituensi Kelana Jaya. Timothy kemudiannya telah diambil kerja sebagai Pengurus Pejabat di Pusat Khidmat YB Wong Chen.

Timothy telah berada di Pusat Khidmat semenjak pelancarannya dua tahun lalu. Pelbagai cabaran telah dilalui dan pelbagai pengetahuan telah diperolehi tentang demografi kawasan Kelana Jaya. Pengalaman ini hanya boleh diperolehi dari Pejabat Ahli Parlimen.

Timothy adalah seorang seniman muzik dan beliau juga mengajar kelas gitar. Beliau percaya bahawa kuasa dan potensi muzik boleh meningkatkan kesedaran dan membawa mesej positif di kalangan rakyat Malaysia yang tertindas.

STAF

Page 11: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 11

PERISTIWA-PERISTIWA BARU-BARU INI

1: Pelancaran Persatuan Uthayam di Desa Mentari bersama YB Nik Nazmi dan Ahli Majlis MBPJ Halimey 2: Hari pertama Parlimen 2015 3: Acara Hari Keluarga PJS10 Kampung Lindungan 4: Penyampaian pingat pertandingan Nasyid kanak-kanak di Blok 3, Desa Mentari 5: Penyampaian cek kepada Sister Stella bersama YB Nik Nazmi 6: Kakitangan saya, Amir, di protes cukur rambut di luar Parlimen 7: Bersama YB Hannah Yeoh untuk Program Jazzercise bagi penduduk-penduduk Subang Jaya 8: Taklimat FELDA di Parlimen 9: Bermain futsal bersama kanak-kanak di Seri Setia 10: Bersama dengan Nurul Nuha di kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

1

2

3

4 5

6

7

8 9 10

7

9

10

Page 12: Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 WONG · PDF fileSurat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 3 Sidang Kedua (18 Mei – terus berada di meja perundingan TPPA. Pada 19

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #5 12

Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita #5: Julai 2015 Penyunting: Wong Chen Penyumbang : Gillian Gan, Lee Min Xiang, Abdul Rauf dan Rachel Khoo

Pertanyaan: Emel: [email protected] Tel: 03-5613 7918 Faks: 03-5613 7919 Alamat: 113B (Tingkat 2) Jalan SS14/1 47500 Subang Jaya Selangor Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen diterbitkan oleh Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya Ahli Parlimen Kelana Jaya Selangor Malaysia

Surat Berita Konstituen Wong Chen Kelana Jaya adalah produk yang tidak dikawal. Informasi yang terkandung di dalam surat berita ini adalah untuk maklumat am dan tidak bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan, menghasilkan semula atau menyesuaikan apa-apa kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.

Kami berkhidmat kepada semua penduduk di konstituensi Parlimen

Kelana Jaya, yang merangkumi Subang Jaya, USJ, PJS 5-10 (Desa

Mentari), Taman Glenmarie, Kelana Jaya, SS5, SS7, SS8, SS9.

Apa yang boleh kami bantu?

Parlimen Kebajikan &

Perubatan

Isu Kewar-

ganegaraan Membawa isu nasional bagi pihak

anda ***

Mewakili Kelana Jaya dalam penggubalan

dasar dan perundangan—dan memberi maklum

balas terkini dalam isu nasional kepada

semua penduduk

Sokongan permohonan bantuan perubatan

dan kebajikan ***

Permohonan pengecualian yuran

perubatan ***

Berhubung dengan pihak kebajikan dan

NGO perubatan

Sokongan permohonan bagi KP biru dan pengeluaran

surat sokongan ***

Membuat penyusulan dengan JPN dan

Imigresen