surat
DESCRIPTION
sajaTRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANGKAP, 36700 LANGKAP, PERAK.
KOD SEKOLAH: ABA 5066
Tel : 05-6592003 Fax: 05-6595388______________________________________________________________________________
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
Ruj.Tuan:
Ruj.Kami:SKSL.LKP.SR.14/02/11.jld.(46)
17 APRIL 2015
DUTCH LADY MILK INDUSTRY SDN BHD, Tingkat 5, Quill 9, Jalan 112, Seksyen 13,46200, Petaling Jaya, Selangor, (U.P: Puan Tina Mohd Nor)
Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN TAJAAN MINUMAM PERCUMA UNTUK
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT 2015 DAN MINGGU USAHAWAN PPKI 2015.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat dan
Bulan Usahawan 2015 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 27 JULAI – 31 JULAI 2015
Tempat : Sekolah Kebangsaan Seri Langkap
Jumalah : 70 murid dan 20 guru
3. Untuk pengetahuan tuan, pelajar-pelajar PPKI di sini terdiri daripada pelajar istimewa yang
mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down Sindrom,
Hyperaktif, Autisme dan sebagainya.
4. Dengan sukacitanya, pihak PPKI Sk Seri Langkap ingin memohon sumbangan seperti
berikut :
I. Kotak Minuman DUTC LADY MILK :
a. 70 murid x 1kotak x 5 hari : 350 kotak
Kerjasama dan sumbangan tuan di dalam menjayakan program ini amat kami hargai. Sekian,
terima kasih.
Sekian.
“MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA”
Saya yang menurut perintah,