surat

8
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA MARANG, 21400 KUALA TERENGGANU TEL : 09-6192949 FAX : 09- 6192394 Ruj. Kami : Tarikh : Bengkel Kemahiran Hidup, SMK Kuala Telemong, 21210 Kuala Terengganu, Terengganu. Tuan, MEMOHON PINJAMAN PERALATAN UNTUK PERKHEMAHAN TAHUNAN Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Unit Beruniform, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform yang melibatkan Pasukan Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Bomba, Kadet Polis dan PBSM Pendidikan Khas pada 2 hingga 4 Julai 2009. 3. Perkhemahan ini melibatkan pelajar seramai 160 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. 4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat meminjamkan peralatan bagi menjayakan program perkhemahan tersebut. Bersama-sama ini disertakan lampiran senarai peralatan yang diperlukan untuk tindakan pihak tuan. 6. Perhatian dan sokongan tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Upload: ian-hernandez

Post on 10-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

v

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA

MARANG, 21400 KUALA TERENGGANUTEL : 09-6192949

FAX : 09-6192394

Ruj. Kami:

Tarikh

: Bengkel Kemahiran Hidup,SMK Kuala Telemong,

21210 Kuala Terengganu,

Terengganu.

Tuan,MEMOHON PINJAMAN PERALATAN UNTUK PERKHEMAHAN TAHUNANAdalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Unit Beruniform, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform yang melibatkan Pasukan Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Bomba, Kadet Polis dan PBSM Pendidikan Khas pada 2 hingga 4 Julai 2009.3.Perkhemahan ini melibatkan pelajar seramai 160 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

4.Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat meminjamkan peralatan bagi menjayakan program perkhemahan tersebut. Bersama-sama ini disertakan lampiran senarai peralatan yang diperlukan untuk tindakan pihak tuan.6.Perhatian dan sokongan tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(SOHAIRI BIN MOHD RAIS)

Guru BesarSK Bukit Sawa21400 MarangTerengganu

Ruj. Kami:

Tarikh

: Dr Hashim Azmi bin Hj Che Noh,

Timbalan Pengarah,

Yayasan Terengganu,

Bangunan Yayasan,

Jalan Sultan Ismaill,

20200 KUALA TERENGGANU.Tuan,JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

PERKHEMAHAN KECEMERLANGAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kokurikulum SMK Kuala Telemong akan mengadakan Perkhemahan Kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform di Kem Integriti Telaga Batin, Kuala Terengganu.2.Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat hadir untuk merasmikan majlis perasmian penutup tersebut sebagaimana tarikh berikut:

Tarikh

: 26 JULAI 2008 (Sabtu)

Masa

: 11.00 pagi

Tempat

: Kem Integriti Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu

Tajuk

: Hala Tuju Pelajar dan Peluang Disediakan Yayasan Terengganu

3.Perhatian dan sokongan tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKANSaya yang menurut perintah,

(SOHAIRI BIN MOHD RAIS)

Guru BesarSK Bukit Sawa21400 Marang, Terengganu

Ruj. Kami:

Tarikh

Guru Besar

SK Kuala TelemongW/P Kuala Telemong21210 K. Terengganu. Terengganu.

(U.P: GPK Kokurikulum)Tuan,MEMOHON PINJAMAN KHEMAH SEMPENA PERKHEMAHAN TAHUNANSukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Unit Beruniform, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada 24.07.2008 hingga 26.07.2008 di Kem Integriti, Telaga Batin Kuala Terengganu.2.Perkhemahan ini melibatkan pelajar seramai 145 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5.3.Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon meminjam ______ buah khemah bagi kegunaan ketika perkhemahan tersebut.4.Perhatian dan sokongan tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKANSaya yang menurut perintah,(Sohairi bin Mohd Rais)

Guru BesarSK Bukit Sawa21400 Marang. Terengganu.

Ruj. Kami:

Tarikh

:

Pengarah,

Yayasan Terengganu,Bangunan Yayasan TerengganuJalan Sultan Ismail,

20200 Kuala Terengganu.

Tuan,MEMOHON PERKHIDMATAN BAS Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Unit Beruniform, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform di Kem Integriti, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

2.Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyediakan perkhidmatan sebuah bas bagi membawa peralatan perkhemahan sebagaimana tarikh berikut:

Tarikh

: 24.07.2008 hingga 26.07.2008 (Khamis hingga Sabtu)

Tempat: Kem Integriti, Telaga Batin, Kuala Terengganu

Tarikh pergi: 24.07. 2008-Khamis (9.00 Pagi)

Tarikh balik: 26.07. 2008-Sabtu (11.00 pagi)

3.Perhatian dan sokongan tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKANSaya yang menurut perintah, (Sohairi bin Mohd Rais)Guru BesarSK Bukit Sawa21400 Marang. Terengganu Pengetua,

SM Sains Sultan Mahmud,21300 Kuala Terengganu,

Terengganu

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN BASAdalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Unit Beruniform, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Telemong akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform di Kem Integriti, Telaga Batin, Kuala Terengganu.

3.Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menyediakan perkhidmatan sebuah bas bagi membawa peralatan perkhemahan sebagaimana tarikh berikut:

Tarikh

: 24.07.2008 hingga 26.07.2008 (Khamis hingga Sabtu)

Tempat: Kem Integriti, Telaga Batin, Kuala Terengganu

Tarikh pergi: 24.07. 2008-Khamis (9.00 Pagi)

Tarikh balik: 26.07. 2008-Sabtu (11.00 pagi)

5.Perhatian dan sokongan tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(Sohairi bin Mohd Rais)Guru BesarSK Bukit Sawa21400 Marang, Terengganu

Ruj. Kami:

Tarikh

:

Ketua Eksekutif,

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM),

Pusat Pentadbiran Islam Negeri,

Kompleks Seri Iman,

Jalan Sultan Mohamad,

20519 Kuala Terengganu.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK KEM KECEMERLANGAN BINA INSAN 2008

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.Untuk makluman tuan Badan Unit Beruniform dengan kerjasama Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK Kuala Telemong akan mengadakan Kem Kecemerlangan Bina Insan pada 24, 25 dan 26 Julai 2008, bertempat di Kem Integriti Telaga Batin, Kuala Terengganu. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan pemantapan insan sebagai seorang pelajar muslim.3.Sehubungan ini adalah diharapkan agar pihak tuan dapat memberi sumbangan bagi menampung kos program tersebut. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan program berkenaan.

4.Perhatian dan sokongan pihak tuan bagi menjayakan perkhemahan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(Sohairi bin Mohd Rais)Guru BesarSK Bukit Sawa21400 Marang, TerengganuTEL : 09-6192949

FAX : 09-6192394

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA

MARANG, 21400 TERENGGANU

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA

MARANG, 21400 TERENGGANU

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA

MARANG, 21400 TERENGGANU

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA

MARANG, 21400 TERENGGANU

TEL : 09-6192949

FAX : 09-6192394

TEL : 09-6192949

FAX : 09-6192394

TEL : 09-6192949

FAX : 09-6192394