sumber tenaga sains tingkatan 1

Upload: pulut-lepo

Post on 04-Mar-2016

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains tingkatan 1 sumber tenaga

TRANSCRIPT

Sumber Tenaga

Sumber TenagaTenaga(energy) didefinisikan sebagaikeupayaan untuk melakukan kerja(ability to do work).Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol, menunggang basikal, dan mendayung sampan.

Sumber TenagaSemua hidupan (living things) memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian mereka.Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.

Tenaga diukur dalam unitJoule (J).

Sumber TenagaTenaga didapati dalam pelbagai bentuk:Tenaga kinetik (kinetic energy).Tenaga keupayaan (potential energy).Tenaga Haba (heat energy).Tenaga cahaya (light energy).Tenaga bunyi (sound energy).Tenaga kimia (chemical energy).Tenaga elektrik (electrical energy).Tenaga nuklear (nuclear energy).Tenaga mekanikal (mechanical energy).

Tenaga Kinetik Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yangdimiliki(possessed) oleh jasad yang bergerak (moving body).

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:- Sistem aliran.- Gerakan jarum jam.- Angin.- Guli yang bergolek.- Kipas yang berputar.- Kenderaan yang bergerak.

Tenaga Kinetik

Tenaga KeupayaanTenaga keupayaan (potential energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam badan/jasad kerana kedudukannya (tenaga keupayaan graviti) atau keadaan fizikalnya (tenaga keupayaan elastik).

Tenaga KeupayaanSesuatu objek yang sedang jatuh boleh mendapat tenaga kinetik (kinetic energy) dan kehilangan tenaga keupayaan.Sebaliknya, sesuatu objek yang dilemparkan ke atas boleh mendapat tenaga keupayaan dan kehilangan tenaga kinetik.

Tenaga KeupayaanContoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan graviti:Buah kelapa yang tergantung di atas pokok.Seorang penyelam/penerjun berdiri di atas papan anjal.Buku-buku yang terletal di atas rak dinding.Kipas yang tergantung pada siling (ceiling).

Tenaga Keupayaan

Tenaga KeupayaanTenaga keupayaan elastik(elastic potential energy) hanyawujud dalam bahan-bahan yang kenyal sahaja, seperti spring atau getah.Contoh-contoh objek yang mempunyai tenaga keupayaan elastik:Segulung spring kereta mainan.Gelang/gelung getah yang diregangkan.Spring yang dimampatkan.

Tenaga Keupayaan

Tenaga HabaTenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas (hot object).Contoh-contoh sumber tenaga haba:Api.Matahari.Kolam air panas.Air yang mendidih.Pemanas elektrik.Badan manusia dan haiwan.

Tenaga Haba

Tenaga CahayaTenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.Sumber-sumber tenaga cahaya:Matahari.Api.Kilat.Lampu / mentol.

Tenaga Cahaya

Tenaga BunyiTenaga bunyi ialah tenaga yang boleh didengar oleh telinga manusiaContoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:Wisel (whistle) yang ditiup.Dram/gendang (drum) yang dipukul.Gitar yang dipetik talinya (guitar string).Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).Loceng (bell) yang dibunyikan.Siren kereta polis.

Tenaga Bunyi

Tenaga KimiaTenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalambahan-bahan kimia.Kegunaan tenaga kimia:Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.

Tenaga ElektrikTenaga elektrik (electrical energy) ialah tenaga yang dihasilkan oleh aliran cas elektrik (flow of electric charges).Contoh-contoh tenaga elektrik:Dinamo (dynamo).Bateri/sel kering.Sel solar.Penjana-kuasa elektrik.

Perubahan TenagaSIFAT SIFAT TENAGA Tenaga tidak boleh DICIPTA atau DIMUSNAHKANTenaga boleh berubah bentuk dari satu bentuk ke bentuk yang lain, Contoh : Tenaga Elektrik ---- Tenaga Haba Perubahan tenagaSOALAN 1 Semasa perubahan tenaga , jumlah tenaga akan berkurang ? Sama ? Atau bertambah? Jumlah tenaga samaPerubahan tenagaSOALAN 2 Nyatakan perubahan tenaga bagi setiap situasi berikut :Menghidupkan lampu

Perubahan tenaga b) Menyalakan lilin

Perubahan tenagac) Kalkulator yang menggunakan bateri

Perubahan tenagad) Menendang Bola

Perubahan tenagae) Memanaskan air menggunakan cerek elektrik

Perubahan tenagaf) Saterika Elektrik

Perubahan tenagag) Kipas Siling

Perubahan tenagah) Dapur Gas

Perubahan tenagaTelevisyen

Perubahan tenagaj) Alat Pengering Rambut (Hair dryer )

Perubahan tenagak) Lampu Suluh

JawapanTenaga elektrik ----- tenaga cahayaTenaga kimia ---- tenaga cahaya + tenaga habaTenaga kimia ---- tenaga elektrik + tenaga cahayaTenaga kimia----- tenaga kinetikTenaga elektrik --- tenaga habaTenaga elektrik --- tenaga habaTenaga elektrik--- tenaga kinetik + tenaga bunyih) Tenaga kimia ---- tenaga haba + tenaga Cahayai) Tenaga elektrik---- tenaga bunyi + tenaga habaj) Tenaga elektrik ----- tenaga bunyi + tenaga habak) Tenaga kimia---tenaga elektrik----tenaga cahaya+ tenaga haba