sumbangan sektor pembinaan, kewangan dan · pdf filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997....

20
PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 57-76 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV) Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009 SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN INFRASTRUKTUR TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI: KAJIAN KES ASEAN 4 (THE CONTRIBUTION OF CONSTRUCTION, FINANCIAL AND INFRASTRUCTURAL SECTORS ON ECONOMIC GROWTH: CASE STUDY ON ASEAN-4) MD ZYADI BIN MD TAHIR, AZMAFAZILAH JAUHARI, NORAIN MOD ASRI & ISZAN HANA KAHARUDIN ABSTRAK Pertumbuhan ekonomi diukur menggunakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar dalam sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan memberangsangkan ini disokong melalui aktiviti eksport dan import yang kukuh. Keadaan ini akan berhasil dengan adanya kegiatan seperti aktiviti ekonomi yang terdiri dari sektor utama, iaitu pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Namun, pertumbuhan setiap sektor ini dijanakan oleh beberapa subsektor ekonomi, terutamanya sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur. Justeru , sumbangan dan peranan subsektor ini tidak dapat dinafikan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil. Berdasarkan kepada kefahaman ini, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis peranan dan sumbangan sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek dan jangka panjang di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Kajian ini menggunakan data tahunan 1975-2007. Dengan mengaplikasikan ujian kointegrasi, kajian ini akan mengkaji kewujudan hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara setiap subsektor ekonomi dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Sementara itu pula, fungsi tindak balas dan analisis penguraian varian juga akan dikupas bagi menganalisis kejutan sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur terhadap pertumbuhan ekonomi. Melalui analisis ini, kepentingan sumbangan relatif bagi setiap sektor terhadap pertumbuhan ekonomi akan dapat dikaji dan diteliti. Berdasarkan hasil kajian, beberapa implikasi dasar akan dicadangkan untuk mewujudkan satu persekitaran ekonomi yang kondusif supaya pertumbuhan ekonomi yang mapan dapat dicapai bagi setiap negara yang dipilih. Kata kunci: pertumbuhan ekonomi, sektor ekonomi, ASEAN ABSTRACT Economic growth is measured by the real gross domestic product (GDP) . Consistent and encouraging economic growth is supported by strong exports and imports activities. This situation is achieved through economic activities which are contributed by those in the main sectors namely agricultural, industrial and services. However, the growth of each sector is supported by several economic subsectors especially the construction, financial and infrastructural sectors. Thus, the contributions and roles of these subsectors cannot be denied in creating a strong and stable economy. Based on this understanding, the main objective of this study is to analyse the roles and contributions of the construction, financial and infrastructural sectors in the long term and short term economic growth in Malaysia, Indonesia, Thailand and Singapore. This study employs the annual data of 1975-2007. By applying cointegration test, this study will analyze the presence of short term and long term relationship between each of the economic subsector with the economic growth of Malaysia, Indonesia, Thailand and Singapore. Meanwhile, the reaction function and variance dispersion analysis will be explored in analysing construction, finance and infrastructure sectors’ shocks on economic growth. Through this analysis, the relative contribution of each sector on economic growth can be identified . Based on research result, several policies

Upload: lyminh

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

PROSIDING PERKEM IV, JILID 1 (2009) 57-76

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM IV)

Memacu Pembangunan Ekonomi Dalam Ketidaktentuan Persekitaran Global

Kuantan, Pahang, 2-4 Jun 2009

SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN

INFRASTRUKTUR TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI: KAJIAN

KES ASEAN 4 (THE CONTRIBUTION OF CONSTRUCTION, FINANCIAL AND INFRASTRUCTURAL

SECTORS ON ECONOMIC GROWTH: CASE STUDY ON ASEAN-4)

MD ZYADI BIN MD TAHIR, AZMAFAZILAH JAUHARI, NORAIN MOD ASRI & ISZAN

HANA KAHARUDIN

ABSTRAK

Pertumbuhan ekonomi diukur menggunakan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar

dalam sesebuah negara. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan memberangsangkan ini

disokong melalui aktiviti eksport dan import yang kukuh. Keadaan ini akan berhasil dengan

adanya kegiatan seperti aktiviti ekonomi yang terdiri dari sektor utama, iaitu pertanian,

perindustrian dan perkhidmatan. Namun, pertumbuhan setiap sektor ini dijanakan oleh

beberapa subsektor ekonomi, terutamanya sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur.

Justeru , sumbangan dan peranan subsektor ini tidak dapat dinafikan dalam mewujudkan

keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil. Berdasarkan kepada kefahaman ini, objektif utama

kajian ini adalah untuk menganalisis peranan dan sumbangan sektor pembinaan, kewangan

dan infrastruktur terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek dan jangka panjang

di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Kajian ini menggunakan data tahunan

1975-2007. Dengan mengaplikasikan ujian kointegrasi, kajian ini akan mengkaji kewujudan

hubungan jangka pendek dan jangka panjang antara setiap subsektor ekonomi dengan

pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Sementara itu pula,

fungsi tindak balas dan analisis penguraian varian juga akan dikupas bagi menganalisis

kejutan sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur terhadap pertumbuhan ekonomi.

Melalui analisis ini, kepentingan sumbangan relatif bagi setiap sektor terhadap pertumbuhan

ekonomi akan dapat dikaji dan diteliti. Berdasarkan hasil kajian, beberapa implikasi dasar

akan dicadangkan untuk mewujudkan satu persekitaran ekonomi yang kondusif supaya

pertumbuhan ekonomi yang mapan dapat dicapai bagi setiap negara yang dipilih.

Kata kunci: pertumbuhan ekonomi, sektor ekonomi, ASEAN

ABSTRACT

Economic growth is measured by the real gross domestic product (GDP) . Consistent and

encouraging economic growth is supported by strong exports and imports activities. This

situation is achieved through economic activities which are contributed by those in the main

sectors namely agricultural, industrial and services. However, the growth of each sector is

supported by several economic subsectors especially the construction, financial and

infrastructural sectors. Thus, the contributions and roles of these subsectors cannot be

denied in creating a strong and stable economy. Based on this understanding, the main

objective of this study is to analyse the roles and contributions of the construction, financial

and infrastructural sectors in the long term and short term economic growth in Malaysia,

Indonesia, Thailand and Singapore. This study employs the annual data of 1975-2007. By

applying cointegration test, this study will analyze the presence of short term and long term

relationship between each of the economic subsector with the economic growth of Malaysia,

Indonesia, Thailand and Singapore. Meanwhile, the reaction function and variance

dispersion analysis will be explored in analysing construction, finance and infrastructure

sectors’ shocks on economic growth. Through this analysis, the relative contribution of each

sector on economic growth can be identified . Based on research result, several policies

Page 2: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

58 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

implications will be presented as to achieve a conducive economic environment so that

sustainable economic growth can be achieved by each of the selected country.

Keywords: economic growth, economic sector, ASEAN

1. Pengenalan

Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura telah mengalami turun naik pertumbuhan

ekonomi sejak tahun 1975. Misalnya pada tempoh 1976 -1980, Ekonomi Malaysia, misalnya

telah berkembag pesat seawal tahun 1976, iaitu sebanyak 11.5% dan sebanyak 9.3% akhir

tahun 1979. Indonesia juga menikmati pertumbuhan yang stabil, iaitu dari 6.4% ke 9.0%

(1980). Di Thailand pula mencapai kadar 8.6% ke 8.7% (1980). Sementara itu Singapura pula

berada pada kedudukan yang semakin meningkat dan memberangsangkan, iaitu sebanyak

6.7% hingga ke 8.8% (1980). Namun pada awal tahun 1980an berlaku penurunan

pertumbuhan ekonomi yang begitu ketara. Malaysia mengalami -1.0% pada tahun 1985.

Indonesia dan Thailand pula mengalami kemerosotan, masing-masing sebanyak 2.5% dan

3.5% pada tahun 1985, manakala ekonomi Singapura jatuh merundum sebanyak -1.6%.

Melalui rancangan pemulihan ekonomi yang dijalankan, keadaan ekonomi setiap negara

pulih dan meningkat semula pada tahun 1986. Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan

ekonomi sebanyak 1.2% dan berterusan sebanyak 10.0% pada tahun 1996. Indonesia pula

mencatatkan 5.9% dan berterusan sebanyak 7.8% pada tahun 1996. Thailand juga menikmati

peningkatan sehingga mencapai 9.% pada tahun 1995, manakala Singapura menikmati 1.8%

pada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997.

Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi berdepan dengan

masalah kemelesetan ekonomi yang berpunca dari kelemahan sistem kewangan dalaman

sesebuah negara. Kesannya menyebabkan pertumbuhan KDNK mengalami kejatuhan yang

mendadak. Pada tau 1998, Malaysia mengalami pertumbuhan sebanyak -7.4%, Indonesia -

13.1%, Thailand -10.8% , dan Singapura -0.1%. Walau bagaimanapun, dengan pelbagai dasar

baru yang dijalankan untuk keluar dari kemelut krisis kewangan ini, pertumbuhan KDNK

telah meningkat dengan kadar yang memuaskan. Malaysia menikmati sebanyak 5.8% pada

tahun 1999 dan 6.3%. pada tahun 2007. Indonesia juga menikmati 5.1% pada tahun 2004 dan

6.3% pada tahun 2007. Thailand pula mencapai kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 6.1%

pada tahun 2004. Singapura yang merupakan antara negara ASEAN yang terawal berjaya

keluar dari masalah kemelesetan ekonomi telah menikmati peningkatan pertumbuhan

ekonomi yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 9.9% pada tahun 1999, 8.4% bagi tahun

2004 dan 7.7% bagi tahun 2007.

Perkembangan pertumbuhan ekonomi di Negara ASEAN secara umum dan ringkas di

atas sebenarnya bergantung kepada perkembangan sektor ekonomi utama, iaitu pertanian,

pekilangan dan perkhidmatan. Namun, sejarah menunjukkan momentum pertumbuhan sektor

itu digerakkan oleh perkembangan beberapa subsektor ekonomi, terutama subsektor

pembinaan, kewangan, dan infrastruktur. Peranan subsektor ini tidak dapat dinafikan untuk

mewujudkan persekitaran ekonomi yang mapan. Berdasarkan kepada kefahaman ini, objektif

utama kertas kerja ini adalah untuk menganalisis peranan dan sumbangan sektor pembinaan,

kewangan dan infrastruktur terhadap pertumbuhan ekonomi dalam jangka pendek dan jangka

panjang. Untuk mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan data tahunan 1975-2007.

Teknik penganggaran yang diaplikasikan ialah ujian kointegrasi untuk melihat hubungan

jangka panjang antara setiap subsektor ekonomi dengan pertumbuhan ekonomi, manakala

Page 3: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 59

model vektor pembetulan ralat pula diaplikasikan untuk melihat hubungan jangka pendek

antara subsektor ekonomi dengan pertumbuhan ekonomi. Disamping itu, fungsi tindak balas

dan analisis penguraian varians juga digunakan untuk melihat kesan kejutan dan kepentingan

relatif setiap sektor terhadap pertumbuhan ekonomi bagi keempat-empat negara yang dikaji.

Di bahagian akhir kertas kerja ini akan diberi beberapa implikasi dasar untuk mencapai

pertumbuhan ekonomi yang mapan.

2. Sumbangan Sektor Pembinaan, Kewangan dan Infrastruktur di Malaysia, Indonesia,

Thailand dan Singapura

Berdasarkan Jadual 1, sumbangan sektor ekonomi kepada KDNK di Malaysia, khsususnya

sektor pembinaan menunjukkan arah aliran yang turun naik. Bermula dari tahun 1975,

sumbangan sektor pembinaan kepada pertumbuhan ekonomi berada pada paras yang rendah

(3.8%). Namun begitu dalam tempoh 5 tahun berikutnya berlaku peningkatan sebanyak 4.6%.

Peningkatan sumbangan sektor ini berterusan sehingga tahun 1985 (sebanyak 4.8%).

Peningkatan ini adalah terlalu sedikit jika dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. Ini

disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia. Walaupun negara telah berjaya

mengatasi masalah kemelesetan, sumbangan sektor pembinaan terus mengalami penurunan

yang lebih ketara, iaitu 3.5% pada tahun 1990, tetapi meningkat sedikit (4.4%) pada tahun

1995. Namun, kesan krisis kewangan yang melanda negara ASEAN telah menyebabkan

sektor pembinaan terus mengalami penurunan bagi tempoh enam tahun berikutnya, iaitu dari

4.0% pada tahun 1998, 3.9% tahun 2000 dan sebanyak 3.5% dan pada tahun 2007.

Jadual 1: KDNK Mengikut Sektor Terpilih, 1975-2007 Bagi Malaysia (RM Juta)

Tahun

Sektor Pembinaan Sektor Kewangan Sektor Infrastruktur

Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus

1975 654 3.8 1468 8.5 1071 6.2

1980 2066 4.6 3686 8.3 2543 5.7

1985 2738 4.8 3306 5.8 3630 6.4

1990 3750 3.5 8694 8.2 7124 6.7

1995 7411 4.4 17287 10.4 12298 7.4

1998 7241 4.0 23582 12.9 14720 8.1

2000 13971 3.9 48287 13.5 24898 7.0

2004 14903 3.5 60775 14.2 30973 7.3

2007 15279 3.9 80516 15.9 37851 7.5

Sumber: Asian Development Bank

Nota : Nilai peratus merupakan nilai daripada KDNK bagi setiap sector

Sumbangan sektor kewangan kepada pertumbuhan ekonomi pula menunjukkan arah

aliran yang meningkat terutama selepas tahun 1985. Bermula dengan 8.5% pada tahun 1975,

sektor ini menurun kepada 8.3% pada 1980 dan 5.8% pada 1985 akibat kemelesetan yang

negara alami.. Selepas itu, sektor ini mencapai dan sekaligus menyumbang peratusan yang

agak besar jika dibandingkan dengan sektor pembinaan, iaitu meningkat semula sebanyak

Page 4: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

60 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

8.2% pada tahun 1990, 10.4% pada tahun 1995, dan masing-masing sebanyak 14.2% dan 15.9

%. pada tahun 2004 dan 2007.

Seterusnya sumbangan sektor infrastruktur kepada KDNK negara menunjukkan aliran

peningkatan yang hampir sama seperti arah aliran sektor kewangan, tetapi peratusannya

rendah sedikit. Bermula dari 6.2 % pada tahun 1975, sumbangan sektor infrastruktur telah

menurun kepada 5.7 % pada tahun 1980 akibat kemelesetan ekonomi negara sekitar tahun

1980an, dan meningkat semula 6.4% pada tahun 1985. Sektor ini terus mencatatkan

pertumbuhan yang memberangsangkan walaupun berlakunya kegawatan ekonomi pada

pertengahan Julai 1997. Sehingga kini sektor infrastruktur menyumbangkan sebanyak 7.5 %

kepada KDNK negara.

Ringkasnya, sektor kewangan menjadi penyumbang yang agak besar kepada

pertumbuhan ekonomi. Begitu juga dengan sektor infrastruktur sentiasa menunjukkan arah

aliran yang positif kepada KDNK. Namun begitu sektor pembinaan masih berada paras yang

rendah dan menyumbangkan jumlah yang agak kecil kepada pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, Jadual 2 menunjukkan sumbangan sektor ekonomi kepada KDNK di

Indonesia. Sektor pembinaan menikmati peningkatan, iaitu daripada 4.8% pada tahun 1975

kepada 5.7 % pada tahun 1980. Akan tetapi sekitar tahun 1985, sumbangan sektor ini

mengalami penurunan sedikit, iaitu sebanyak 5.3% kesan dari kegawatan ekonomi yang

melanda negara. Melalui beberapa langkah makroekonomi yang berhemat, sumbangan sektor

ini meningkat semula sehingga 7.6 % pada tahun 1995. Sekitar tahun 1998, sumbangan sektor

ini sekali lagi mengalami sedikit kemerosotan, iaitu sebanyak 6 peratus ekoran dari krisis

kewangan yang melanda seluruh negara ASEAN. Sehingga tahun 2004 dan 2007,

sumbangan sektor pembinaan masing-masing hanya sebanyak 5.8 % dan 6.2 %.

Jadual 2: KDNK Mengikut Sektor Terpilih, 1975-2007 Bagi Indonesia (Juta Rupiah)

Tahun

Sektor Pembinaan Sektor Kewangan Sektor Infrastruktur

Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus

1975 364.8 4.8 300.0 3.9 302.6 4.0

1980 639.3 5.7 543.6 4.9 609.4 5.5

1985 4508 5.3 5481 6.4 4487 5.3

1990 15226 5.8 21479 8.2 18474 7.0

1995 29198 7.6 34313 8.9 27329 7.1

1998 22465 6.0 28279 7.5 26975 7.2

2000 76573 5.5 115463 8.3 65012 4.7

2004 96334 5.8 151123 9.1 96897 5.8

2007 121901 6.2 183659 9.4 142945 7.3

Sumber: Asian Development Bank

Nota : Nilai peratus merupakan nilai daripada KDNK bagi setiap sektor

Dari segi sumbangan sektor kewangan pula, tahun 1975 hanya mencatatkan sumbangan

sebanyak 3.9% sahaja. Seterusnya bagi tempoh 20 tahun berikutnya, sumbangan sektor

kewangan terus meningkat, iaitu daripada 4.9% pada tahun 1980, 6.4 %pada tahun 1985 dan

8.9 % pada tahun 1995. Namun begitu krisis ekonomi yang melanda Indonesia dan negara

ASEAN telah menyebabkan sektor ini menyumbang hanya 7.5 % pada tahun 1998. Walau

Page 5: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 61

bagaimanapun angka penurunan bagi sektor kewangan telah berjaya diatasi dengan beberapa

dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan yang bertujuan untuk memulihkan sektor ini.

Kesannya menyebabkan sektor kewangan berada pada paras stabil yang mana mencatatkan

sumbangan sebanyak 8.3% pada tahun 2000, 9.1 % pada tahun 2004 dan 9.4 % bagi tahun

2007.

Sumbangan sektor infrastruktur juga menunjukkan arah aliran yang lebih kurang sama

dengan sektor pembinaan dan kewangan. Bermula pada tahun 1975, sumbangan sektor

infrastruktur hanya sekitar 4%. Pada tempoh lima tahun berikutnya, sektor ini semakin

berkembang dengan mencatakan sumbangan sebanyak 5.5 % pada tahun 1980. Akan tetapi

sekitar tahun 1985 sumbangan sektor ini menunjukkan penurunan sedikit, iaitu hanya 5.3 %

kesan dari kegawatan ekonomi di Indonesia. Namun begitu sektor ini mengalami peningkatan

semula pada tahun 1990 dengan sumbangan sebanyak 7.0 % dan terus meningkat dalam kadar

yang agak kecil, iaitu masing-masing 7.1% dan 7.2 % pada tahun 1995 dan 1998.

Pada akhir tahun 2004 Indonesia telah diserang bencana tsunami yang berpunca dari

gempa bumi yang berlaku di Samudera Hindi. Insiden dari kejadian ini menyebabkan

bilangan kemasukan pelancong berkurangan, terutamanya bagi kawasan yang dilanda

bencana, seperti Aceh dan Nias. Kesan ini, secara tidak langsung menyebabkan sektor

pengangkutan dan pelancongan mengalami penurunan yang agak ketara yang mana pada

tahun tersebut sektor ini hanya mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 5.8 %. Pada tahun

2007, sumbangan sektor infrastruktur kembali meningkat, iaitu sebanyak 7.3%.

Seterusnya, Jadual 3 menunjukkan arah aliran sumbangan sektor pembinaan dan sektor

kewangan di Thailand yang menaik dan kemudian menurun, manakala bagi sektor

infrastruktur pula menunjukkan arah aliran yang terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada

tahun 1975, peratus sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK adalah 3.7%. Dua puluh

tahun selepas itu, sumbangan sektor pembinaan terus meningkat sehingga mencapai 6.2%

pada tahun 1995.Namun begitu, pada tahun 1998 peratus sumbangannya berkurangan kepada

3.3% sahaja, kesan dari krisis kewangan yang berlaku pada pertengahan 1997. Pengurangan

sumbangannya berlarutan sehingga tahun 2007,dengan mencatatkan 2.4 % sahaja.

Jadual 3: KDNK Mengikut Sektor Terpilih, 1975-2007 Bagi Thailand (Juta Baht)

Tahun

Sektor Pembinaan Sektor Kewangan Sektor Infrastruktur

Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus

1975 7625 3.7 16539 8.1 12445 6.1

1980 41882 4.6 28292 3.1 65669 7.2

1985 59269 5.0 38145 3.2 85922 7.2

1990 116606 5.9 108111 5.6 146796 7.5

1995 183600 6.2 320200 10.9 239223 8.1

1998 90235 3.3 251300 9.1 254462 9.3

2000 76201 2.5 204300 6.8 290859 9.7

2004 88800 2.6 269300 7.3 366300 9.9

2007 99900 2.4 311300 7.3 432400 10.2

Sumber: Asian Development Bank

Nota : Nilai peratus merupakan nilai daripada KDNK bagi setiap sektor

Sumbangan sektor kewangan juga mempamerkan aliran turun naik, sama seperti arah

aliran sektor pembinaan. Bermula tahun 1975, sumbangan sektor kewangan mencatatkan

peratusan yang agak baik, iaitu sebanyak 8.1 %. Tetapi sekitar tahun 1980 peratus

sumbangannya menurun sebanyak 3.1 %. Walaupun begitu, peratus sumbangannya

Page 6: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

62 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

mengalami peningkatan sedikit pada tahun 1985, iaitu sebanyak 3.2 %. Peningkatan ini

berlarutan hingga tahun 1995 dengan sumbangan kira-kira 10.9%. Pada tahun 1998

sumbangan sektor ini menurun sekali lagi dengan catatan sebanyak 9.1 %. Sungguhpun

begitu peratus penurunan sektor ini tidak berlarutan dan menunjukkan arah peningkatan pada

tahun 2000 dan 2007, iaitu masing-masing menyumbang sebanyak 6.8 %s dan 7.3 %.

Sektor infrastruktur pula merupakan sektor yang menunjukkan sumbangan yang

memberangsangkan kepada KDNK Thailand. Ini berdasarkan peratus sumbangannya yang

terus meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1975, sektor ini menyumbang sebanyak

6.1%. Sepuluh tahun selepas itu, sumbangan sektor ini masih kekal meningkat dengan

mencatatkan kira-kira 7.2 %. Seterusnya pada tahun 1995 dan 2000 jumlah peratusan sektor

ini menyumbang sebanyak 8.1% dan 9.7 %. Sehingga tahun 2007 sektor ini masih meningkat

dan menyumbang sebanyak 10.2 %.

Secara keseluruhannya, sektor infrastruktur memberikan sumbangan yang jauh lebih

baik jika dibandingkan dengan sektor pembinaan dan sektor kewangan. Ini kerana sumbangan

sektor ini mengalami peningkatan dari tahun ke tahun. Walaupun berlaku krisis ekonomi,

namun sumbangan sektor ini kepada KDNK tidak terjejas teruk berbanding sektor lain seperti

sektor kewangan dan pembinaan.

Jadual 4 pula menunjukkan sumbangan sektor ekonomi, khususnya sektor pembinaan,

sektor kewangan dan sektor infarstruktur kepada KDNK Singapura. Arah aliran yang berlaku

adalah hampir sama dengan situasi yang dialami oleh Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sektor pembinaan telah mencatatkan sumbangan sebanyak 9% pada tahun 1975.

Sumbangannya menurun sedikit, iaitu 7.1% pada tahun 1980. Pada tahun 1985, sumbangan

sektor ini kembali meningkat kepada 11.4%. Akan tetapi sekitar tahun 1990 sumbangannya

berkurangan sekali lagi, iaitu sebanyak 6.1%. Keadaan turun naik ini terus berlaku sehingga

tahun 2004 dan 2007 dengan sumbangan sebanyak 3.6%.

Jadual 4: KDNK Mengikut Sektor Terpilih, 1975-2007 Bagi Singapura(Juta Dolar Singapura)

Tahun

Sektor Pembinaan Sektor Kewangan Sektor Infrastruktur

Jumlah Peratus Jumlah Peratus Jumlah Peratus

1975 1721.5 9.0 3873.5 20.2 1737.6 9.1

1980 2055.8 7.1 5919.9 20.5 3448.9 12.0

1985 5069.2 11.4 10542.8 23.7 5613.4 12.6

1990 4029.7 6.1 15323.3 23.1 9281.9 14.0

1995 8384.9 8.2 24535.5 23.9 14202.6 13.8

1998 10991.5 9.2 29362.8 24.5 16763.7 14.0

2000 9019.1 5.6 39137.1 24.5 20797.1 13.0

2004 6654.3 3.6 41140.7 22.4 25211.7 13.8

2007 8352.6 3.6 53158.3 23.2 29239.9 12.8

Sumber: Asian Development Bank

Nota : Nilai peratus merupakan nilai daripada KDNK bagi setiap sektor

Berbeza dengan sektor pembinaan, sumbangan sektor kewangan kepada KDNK

menunjukkan peratusan yang agak besar. Pada tahun 1975, sumbangan sektor ini mencapai

sehingga 20.2 %, dan 20.5% pada 1980. Walaupun berlaku kegawatan ekonomi pada tahun

1980an, namun sektor ini tidak terjejas teruk, sebaliknya sumbangannya masih lagi meningkat

sebanyak 23.7 % pada tahun 1985 dan 23.9 % pada tahun 1995 . Begitu juga untuk tahun

1998, sumbangannya tetap meningkat, iaitu sebanyak 24.5 %. Sehingga tahun 2007

Page 7: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 63

sumbangannya berada pada tahap stabil, iaitu sebanyak 23.2 % dan masih lagi menjadi

penyumbang terbesar kepada KDNK Singapura selepas sektor pembuatan.

Sementara itu, sumbangan sektor infrastruktrur pada tahun 1975 telah menyumbang kira-

kira 9.1% kepada KDNK. 15 tahun berikutnya, peratus sumbangan sektor ini mengalami

peningkatan dengan 12% pada tahun 1980, 12.6% tahun 1985 dan 14% tahun 1990. Selepas

itu, berlaku turun naik yang kecil, iaitu 13.8% pada tahun 1995, 14% pada 1998, 13% pada

2000, 13.8% pada tahun 2004 dan 12.8 % pada tahun 2007.

Kesimpulannya, di Singapura sektor kewangan merupakan penyumbang terbesar kepada

pertumbuhan ekonomi negara selepas sektor pembuatan. Akan tetapi sektor lain seperti sektor

pembinaan dan sektor infrastruktur masih menjadi penyumbang kepada KDNK negara

walaupun peratus sumbangannya adalah kecil jika dibandingkan dengan sektor pembuatan

dan sektor kewangan.

3. Sorotan Kajian Lepas

Terdapat banyak kajian empirik telah dibuat mengenai hubungkait pertumbuhan ekonomi

dengan pemboleh ubah lain dalam ekonomi. Antaranya ialah perkaitan antara pertumbuhan

ekonomi dengan eksport, perbelanjaan awam seperti perbelanjaan pendidikan dan liberalisasi

kewangan seperti kadar bunga. Namun begitu, terdapat juga beberapa kajian lepas yang

mengkaji hubungan pertumbuhan ekonomi dengan sumbangan sektor ekonomi, seperti sektor

pertanian, sektor pembuatan, sektor perdagangan, sektor kewangan dan sektor pengangkutan

dan komunikasi.

Menurut kajian Lam Lai Ling (1985), sektor pembuatan di Malaysia merupakan satu

sektor yang kecil pada tahun 1960 jika dibandingkan dengan sektor pertanian. Sumbangannya

hanya sebanyak 8.7% dari KDNK, manakala sektor pertanian pula menyumbangkan sebanyak

40%. Akan tetapi menjelang tahun 1980, sektor pembuatan telah mencapai sebanyak 19%,

iaitu 5% kurang dari sumbangan sektor pertanian. Sehubungan dengan itu, matlamat

perkembangan sektor pembuatan untuk mengekalkan kadar pertumbuhan keluaran, eksport

dan gunatenaga telah memperlihatkan arah yang menggalakkan. Bagi dua dekad (tahun 1960-

1980), sektor ini telah berkembang dengan kadar purata sebanyak 12.5% setahun. Ia

merupakan sektor yang mencatatkan pertumbuhan yang paling pesat dalam ekonomi.

Rahimah (1990) pula telah menjalankan kajian mengenai peranan sektor perkhidmatan di

Malaysia. Hasil kajian menunjukkan sumbangan sektor perdagangan borong dan runcit telah

meningkatkan KDNK negara. Pada tahun 1985, sektor ini telah menyumbang 12.7%.

Pertumbuhan yang pesat sektor perdagangan borong dan runcit adalah selaras dengan

pertumbuhan sektor pertanian, sektor perkilangan dan sektor perlombongan. Pertumbuhan

yang pesat ini dicerminkan melalui pinjaman dan pendahuluan bank perdagangan kepada

sektor ini. Bagi sektor hotel dan restoren pula, pertumbuhan yang pesat disebabkan oleh

kemasukan lebih ramai pelancong asing dan juga peningkatan pelancong tempatan. Di

samping itu hotel yang bertaraf antarabangsa juga telah memulakan operasinya.

Menurut Rahimah (1990) lagi, penemuan kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan

sektor kewangan telah menyumbangkan sebanyak 8.4% pada tahun 1970 dan 8.8 % pada

tahun 1985. Sumbangan sektor ini terhadap KDNK mengalami peningkatan disebabkan oleh

kenaikan jumlah pinjaman yang disediakan oleh bank saudagar dan syarikat pinjaman,

perkhidmatan bank dan kewangan yang sofistikated serta perkhidmatan yang semakin meluas

ke desa terutamanya. Sementara itu bagi perkhidmatan harta benda pula, pertumbuhan yang

pesat disebabkan oleh kenaikan harga di pasaran harta dan juga kegiatan pajakan serta

perniagaan. Pertumbuhan premium bersih yang diterima oleh syarikat insurans telah

meningkat dan seterusnya turut meningkatkan sumbangan sektor insurans.

Page 8: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

64 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

Selain itu, Chamhuri Siwar (1999) menyatakan bahawa sektor pertanian merupakan

tulang belakang kepada ekonomi kebanyakan negara membangun. Aktiviti pertanian

lazimnya merupakan sektor yang menyumbang dan membiayai pembangunan sektor lain.

Kajian Block (1999) adalah lebih kepada sumbangan sektor pertanian terhadap

pertumbuhan ekonomi di Ethiopia. Sektor pertanian menyumbang sebanyak 57% pada tahun

1994. Sumbangan sektor pertanian terhadap guna tenaga kerja pula sebanyak 86%, manakala

sumbangan sektor pertanian terhadap eksport adalah 69%. Pada asasnya strategi

pembangunan pertanian juga memberikan sumbangan kepada sektor bukan pertanian seperti

sektor perkhidmatan dan sektor industri. Beliau juga menjelaskan bahawa walaupun

sumbangan sektor pertanian mengalami penurunan, sektor ini dapat mengurangkan

kemiskinan di Ethiopia.

Galindo et.al (2002) mendapati kesan positif pasaran kewangan seperti bekalan wang

yang lebih liberal terhadap aktiviti dan pertumbuhan ekonomi di Canada. Secara khususnya,

beliau melihat sama ada sektor ekonomi yang bergantung kepada pembiayaan luaran

bertumbuh dengan lebih cepat berbanding dengan sektor lain selepas liberalisasi kewangan

dilaksanakan. Keputusan kajian menunjukkan liberalisasi kewangan terutamanya dalam

sektor kewangan tempatan meningkatkan kadar pertumbuhan sektor ekonomi yang lebih

berintensifkan dana luaran berbanding sektor lain akibat pengurangan kos dana luaran.

Rizaudin Sahlan (2002) telah mengkaji hubungan sebab-akibat antara eksport mengikut

sektor dengan pertumbuhan ekonomi di beberapa negara ASEAN terpilih. Kajian ini

menggunakan data siri masa KDNK dan eksport yang dipisahkan mengikut sektor, iaitu

sektor pertama dan kedua dalam tempoh 1970-1998 bagi negara ASEAN terpilih, iaitu

Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand. Kajian mendapati kedua-dua eksport sektor

pertama dan sektor kedua berkointegrasi dengan KDNK, atau wujud hubungan jangka

panjang antara keduanya. Analisis ujian penyebab-Granger pula menunjukkan pertumbuhan

kedua-dua eksport pertama dan kedua ini membawa kepada pertumbuhan KDNK dan ini

menyokong hipotesis pertumbuhan pacuan-eksport di negara terlibat. Secara keseluruhannya

dapatan kajian yang diperolehi meyokong teori ekonomi pembangunan dan perdagangan yang

mana ia menyatakan bahawa pertumbuhan eksport menyumbang secara positif terhadap

pertumbuhan ekonomi.

Hong Sang Jung dan Thorbecke (2003) pula mendapati keberkesanan perbelanjaan

awam, iaitu dari segi perbelanjaan pendidikan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan

seterusnya mengurangkan masalah kemiskinan. Kajian ini telah menggunakan model CGE

multisektor dan diukur berdasarkan Heavily Indebted Poor Countries (HIPCs) di Tanzania

dan Zambia. Beliau turut menyatakan kebanyakan senario dan kajian lepas, didapati

peningkatan perbelanjaan pendidikan menyebabkan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan

peningkatan pendapatan rakyat miskin. Oleh itu, kerajaan seharusnya melaksanakan dasar

untuk meningkatkan permintaan buruh sejajar dengan corak pertumbuhan ekonomi. Di

Zambia, terdapat ramai pekerja yang berpendidikan terdiri dari kalangan rakyat miskin. Ini

disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang rendah dan kekosongan jawatan kerja yang

sedikit. Kesannya menyebabkan berlakunya masalah ketidaksepadanan antara permintaan dan

penawaran buruh yang berkemahiran tinggi.

Menurut Utusan Malaysia (23 Mac 2006), Ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh

tahun ini dengan KDNK benar meningkat pada kadar 6%, walaupun terdapat risiko

peningkatan inflasi. Pertumbuhan ekonomi ini didorong oleh eksport yang kukuh dan

permintaan dalam negeri yang kekal berdaya tahan. Pertumbuhan global yang mapan dan

harga komoditi utama yang lebih tinggi dijangka memberikan kesan positif terhadap eksport

serta penggunaan dan pelaburan swasta. Manakala permintaan dalam negeri akan dipacu oleh

Page 9: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 65

sektor swasta buat tahun keempat berturut-turut memandangkan perbelanjaan sektor isi rumah

akan kekal sebagai sumber pertumbuhan yang penting. Di samping itu dijangkakan kesemua

sektor mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun ini termasuk sektor pembinaan yang

merekodkan penguncupan pada tahun 2005.

Selanjutnya menurut Utusan Malaysia (23 Mac 2006) lagi, sektor pembinaan dijangka

pulih untuk mencatat pertumbuhan positif yang kecil sebanyak 1 peratus selepas merosot

selama dua tahun berturut-turut. Menurut Laporan Tahunan 2005 Bank Negara Malaysia,

pertumbuhan itu akan diterajui terutamanya oleh peningkatan dalam subsektor kejuruteraan

awam. Subsektor berkenaan akan disokong oleh aktiviti pembinaan yang lebih pesat dalam

industri minyak dan gas serta projek awam dengan bermulanya projek baru di bawah

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Sementara itu, subsektor kediaman dan

bukan kediaman juga dijangka berkembang lagi, disokong oleh suasana pembiayaan yang

menarik dan aktiviti perniagaan yang cergas. Subsektor kediaman ini dijangka berkembang

sederhana berikutan pengembangan kukuh sejak beberapa tahun yang lalu. Manakala segmen

bukan kediaman pula akan terus betambah baik hasil persekitaran yang menggalakkan

seterusnya meningkatkan kadar penghuni ruang perniagaan dan pejabat.

4. Penemuan Kajian

Berdasarkan keputusan ujian punca unit, ujian kointegrasi Johansen, vektor autoregressif

(VAR), ujian penyebab Granger dalam kerangka vektor pembetulan ralat (VECM), fungsi

tindakbalas (IRFs), penguraian varians (VDs) dan ujian diagnostik, penemuan berikut telah

diperoleh.

4.1 Keputusan Ujian Kepegunan

Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian Augmented Dickey Fuller (ADF) dan ujian Philip

Perron (PP) terhadap data KDNK, sektor pembinaan (SPEM), kewangan (SKEW) dan

Infrastruktur (SINF) untuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Berdasarkan ujian

tersebut, semua pemboleh ubah siri masa mencapai kepegunan pada pembezaan pertama. Ini

kerana nilai mutlak statistik-τ yang lebih besar dari nilai τ-genting berjaya menolak hipotesis

nol pada aras keertian 1%, 5% dan 10%. Ini bermakna pemboleh ubah tersebut berintegrasi

pada darjah pertama, iaitu I(1). Pada peringkat paras pula, nilai mutlak statistik-τ yang

diperolehi bagi semua data siri masa itu gagal menolak hipotesis nol, iaitu data siri masa

tersebut tidak pegun. Keadaan ini menerangkan bahawa kesemua pemboleh ubah siri masa

pada peringkat paras adalah tidak pegun pada aras keertian 1%, 5% dan 10%.

Kesimpulannya, kesemua pemboleh ubah yang dikaji adalah pegun pada I(1).

Jadual 5: Keputusan Ujian Punca Unit Mengikut Kaedah Augmented Dickey Fuller (ADF) dan Phillips Perron

(PP)

Pemboleh ubah

ADF PP

Paras

Pembezaan

pertama Paras

Pembezaan

pertama

Malaysia

KDNK 1.4355 -5.5424* 2.8174 -5.5423*

SPEM -0.1525 -5.5014* 0.2322 -5.8154*

SKEW 2.5783 -4.6152* 4.2569 -4.6267*

SPNK 2.4225 -4.7277* 5.0803 -4.7240*

Page 10: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

66 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

Indonesia

KDNK 0.6847 -5.4482* 1.0803 -5.4479*

SPEM 1.0427 -5.2917* 2.4079 -5.2912*

SKEW 0.9418 -5.2865* 1.4966 -5.2865*

SPNK 3.4697 -3.9397* 9.5781 -3.9067*

Thailand

KDNK -0.00367 -4.6515* 0.2650 -4.5865*

SPEM -2.0824 3.1174** -1.6796 --3.1383**

SKEW -1.1619 -2.9357*** -0.7907 -2.9511***

SPNK 1.7905 -5.1834* 5.0448 -5.1747*

Singapura

KDNK 3.6330 -4.1769** 12.246 -4.2913*

SPEM -1.3993 -3.0158** -1.3086 -3.0274**

SKEW 2.8942 -3.4333** 6.9179 -2.8138***

SPNK 4.2173 -7.9578* 8.6027 -4.9239*

Nota: Tanda (*), (**) dan (***) menunjukkan pemboleh ubah pegun pada aras keertian 1%, 5% dan 10%.

4.2 Keputusan Ujian Kointegrasi

Berdasarkan Jadual 6, ujian λ-Trace dan ujian λ-Max bagi Malaysia, Indonesia, Thailand dan

Singapura menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya satu vektor kointegrasi bagi

penganggaran yang menggunakan lat 1. Ini bermakna, hipotesis nol yang menyatakan tiada

vektor kointegrasi (r=0) bagi satu tempoh masa ditolak pada aras keertian 5%.Keputusan ini

membuktikan wujudnya keseimbangan jangka panjang antara pemboleh ubah KDNK, SPEM,

SKEW dan SPNK bagi keempat-empat buah negara.

Jadual 6: Ujian Kointegrasi Pemboleh ubah Berbilang Johansen

Hipotesis Ho

Ujian Statistik

λ - Trace 5% λ – Mak 5%

Malaysia: Lat (1)

r = 0 57.55* 47.86 33.26* 27.58

r ≤ 1 24.29 29.80 14.88 21.13

r ≤ 2 9.42 15.49 7.74 14.26

r ≤ 3 1.68 3.84 1.68 3.84

Indonesia: Lat (1)

r = 0 80.15* 47.86 48.64* 27.58

r ≤ 1 31.52* 29.80 21.29* 21.13

r ≤ 2 10.22 15.49 5.92 14.26

r ≤ 3 4.28* 3.84 4.28* 3.84

Thailand: Lat (1)

r = 0 61.70* 47.86 31.35* 27.58

r ≤ 1 30.35* 29.80 19.20 21.13

r ≤ 2 11.15 15.49 8.02 14.26

r ≤ 3 3.13 3.84 3.13 3.84

Singapura: Lat (1)

r = 0 62.25* 47.86 25.93 27.58

Page 11: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 67

r ≤ 1 36.32* 29.80 19.47 21.13

r ≤ 2 16.85* 15.49 16.26* 14.26

r ≤ 3 0.59 3.84 0.59 3.84

Nota: Nilai kritikal diperolehi daripada Osterwald-Lenum (1992).

Tanda (*) menunjukkan penolakan nilai genting, iaitu signifkan pada aras keertiaan 5%

4.3 Keputusan Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM)

Keputusan ujian VECM dapat ditunjukkan dalam Jadual 7. Bagi tujuan penganggaran yang

lebih stabil dan konsisten, tempoh lat 1 telah digunakan bagi keempat-empat buah negara.

Berdasarkan keputusan pada nilai ECT yang diperolehi, didapati pemboleh ubah eksogen

SPEM, SKEW dan SINF mempunyai hubungan jangka panjang kepada pertumbuhan KDNK

di Malaysia, Indonesia dan Singapura pada aras keertian 1%. Ini bermakna pemboleh ubah

eksogen SPEM, SKEW dan SPNK merupakan faktor yang menerajui pertumbuhan KDNK

dalam jangka panjang bagi ketiga-tiga negara tersebut. Manakala bagi Thailand, pemboleh

ubah penerang SPEM, SKEW dan SINF tidak signifikan untuk menerangkan pertumbuhan

KDNK dalam jangka masa panjang.

Dari segi hubungan jangka pendek pula, didapati pemboleh ubah eksogen SPEM, SKEW

dan SINF bagi Malaysia dan Indonesia mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap

pertumbuhan KDNK pada aras keertian 1% dan 5%. Ini menunjukkan bahawa kesemua

pemboleh ubah eksogen yang dikaji memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi

pertumbuhan KDNK. Manakala bagi Singapura hanya SINF sahaja yang signifikan untuk

menerangkan pertumbuhan KDNK dalam jangka pendek pada aras keertian 10%. Sementara

itu, bagi Thailand pula walaupun kesemua pemboleh ubah eksogen SPEM, SKEW dan SINF

tidak mempunyai hubungan jangka panjang tetapi SPEM memberikan pengaruh yang

signifikan ke atas pertumbuhan KDNK dalam jangka pendek pada aras keertian 5%. Ini

bermakna dalam jangka pendek SPEM mampu mempengaruhi pertumbuhan KDNK negara.

Jadual 7: Keputusan Ujian VECM Bagi Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura

Pemboleh ubah bersandar

(KDNK)/negara

Pemboleh ubah tidak bersandar (Ujian Wald – Statistik F)

ECT SPEM SKEW SINF

MALAYSIA(1) [0.0000]* [0.0617]*** [0.0779]*** [0.0051]***

INDONESIA(1) [0.0000]* [0.0001]* [0.0000]* [0.0004]*

THAILAND(1) [0.1311] [0.0499]** [0.9630] [0.4546]

SINGAPURA(1) [0.0001]* [0.5919] [0.5186] [0.0632]***

Nota: Nilai dalam () adalah tempoh lat; Nilai dalam [] merupakan nilai p bagi ujian t; Tanda (*), (**) dan (***)

adalah signifikan pada aras keertian 1%, 5% dan 10%

4.4 Keputusan Fungsi Tindakan Balas (Impulse Response Function=IRFS)

Fungsi tindak balas (IRFS) bertujuan melihat bagaimana tindak balas dinamik berlaku ke atas

sebarang kejutan daripada satu pemboleh ubah kepada semua pemboleh ubah di luar tempoh

persampelan. Rajah 1 hingga Rajah 3 dan Jadual 8 digunakan untuk menerangkan kesan

kejutan yang berlaku terhadap sesuatu pemboleh ubah ke atas pemboleh ubah lain selama

tempoh 20 tahun akan datang bagi Malaysia, Indonesia dan Singapura. Oleh kerana Thailand

tidak memberikan keputusan yang signifikan ke atas hubungan jangka panjang bagi pemboleh

ubah eksogen, iaitu SPEM, SKEW dan SINF terhadap pertumbuhan KDNK, maka ujian

fungsi tindak balas dan penguraian varians tidak dilakukan.

Page 12: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

68 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 8, keputusan fungsi tindak balas bagi Malaysia

menunjukkan bahawa kejutan satu sisihan piawai SPEM dan SKEW pada awal tempoh akan

merangsang penurunan serta merta terhadap KDNK. Manakala pada tahun ke 3 sebarang

kejutan yang berlaku dalam SINF akan meningkatkan pertumbuhan KDNK. Namun begitu,

ketiga-tiga sektor ini mengalami keadaan turun naik sehingga masing-masing mencapai

keseimbangan pada tahun ke 5 bagi SINF dan tahun ke 6 bagi SPEM dan SKEW. Keputusan

ini adalah konsisten dengan ujian VECM yang mengesahkan kewujudan hubungan jangka

panjang antara SPEM, SKEW dan SINF terhadap KDNK.

Berdasarkan Rajah 2 dan Jadual 8 pula, keputusan fungsi tindak balas bagi Indonesia

menunjukkan bahawa kejutan daripada satu sisihan piawai SPEM, SKEW dan SINF akan

merangsang kejatuhan KDNK. Walau bagaimanapun ketiga-tiga sektor ini mengalami

keadaan turun naik sehingga pada tempoh 15 tahun. Ketiga-tiga sektor ini mencapai

keseimbangan selepas 15 tahun. Jika diperhatikan tindak balas yang berlaku, KDNK lebih

sensitif terhadap satu unit kejutan SPEM berbanding SKEW dan SINF.

Seterusnya Rajah 3 dan Jadual 8 menunjukkan keputusan fungsi tindak balas bagi

Singapura. Disini kejutan daripada sisihan piawai SPEM dan SINF akan merangsang

kenaikan serta merta terhadap KDNK, manakala sebarang kejutan yang berlaku dalam SKEW

akan menyebabkan pertumbuhan KDNK mengalami kejatuhan. Ketiga-tiga sektor ini

mencapai keseimbangan pada tahun ke 7. Penemuan kajian menunjukkan KDNK lebih

sensitif terhadap satu unit kejutan yang berlaku dalam SKEW berbanding SPEM dan SINF.

Keputusan yang diperolehi ini, menunjukkan bahawa wujud kesan kejutan yang berbeza

terhadap KDNK bagi ketiga-tiga negara sekiranya berlaku kejutan bagi tiap-taip pemboleh

ubah eksogen. Namun begitu, kesemua hasil kajian ini adalah konsisten dengan analisis ujian

VECM seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

-300,000

-200,000

-100,000

0

100,000

200,000

300,000

2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

SPEM SKEW SINF

Response of KDNK to CholeskyOne S.D. Innovations

Rajah 1: Fungsi Tindak Balas (IRFS) bagi Malaysia

Page 13: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 69

-150,000

-100,000

-50,000

0

50,000

100,000

150,000

200,000

250,000

2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

SPEM SKEW SINF

Response of KDNK to CholeskyOne S.D. Innovations

Rajah 2: Fungsi Tindak Balas (IRFS) bagi Indonesia

-8,000

-6,000

-4,000

-2,000

0

2,000

4,000

6,000

2 4 6 8 10 12 14 16 18 20

SPEM SKEW SINF

Response of KDNK to CholeskyOne S.D. Innovations

Rajah 3: Fungsi Tindak Balas (IRFS) bagi Singapura

Jadual 8: Fungsi Tindak Balas (IRFS) bagi Malaysia, Indonesia dan Singapura

Tempoh SPEM SKEW SPNK

Malaysia

1 0.000000 0.000000 0.000000

2 2231.443 -7242.333 2376.047

4 -18341.60 6571.539 15787.12

6 -27676.89 17300.92 25602.21

8 -42049.76 30896.26 39535.87

10 -58890.91 46840.36 55882.57

12 -78993.78 65999.16 75258.17

14 -102961.2 88810.39 98444.50

16 -131544.2 116016.9 126074.1

18 -165638.5 148469.0 159031.9

Page 14: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

70 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

20 -206299.3 187171.7 198338.8

Indonesia

1 0.000000 0.000000 0.000000

2 11465.51 -10710.90 -4357.538

4 -109508.1 25869.68 29826.83

6 -87496.71 -66009.25 -32393.65

8 -43547.98 -76503.03 -34841.99

10 -33099.31 -71540.00 -23216.82

12 -48626.65 -49108.54 14164.48

14 -70504.62 -36220.67 48213.17

16 -82584.04 -27462.36 85714.71

18 -112590.5 5403.611 197598.5

20 -94819.07 -14329.09 133393.9

Singapura

1 0.000000 0.000000 0.000000

2 288.4544 -2567.214 972.6410

4 503.7836 -5710.146 4279.188

6 500.6948 -5812.610 4514.738

8 530.8333 -6120.311 4784.077

10 532.4178 -6154.198 4838.192

12 535.2122 -6179.740 4860.249

14 535.7097 -6186.018 4867.967

16 535.9493 -6188.227 4870.091

18 536.0264 -6189.049 4870.978

20 536.0493 -6189.273 4871.216

4.5 Keputusan Penguraian Varians (VD)

Dari segi penguraian varians pula, keputusannya, seperti dipaparkan dalam Jadual 9,

bertujuan untuk melihat kesignfikanan faktor yang mempengaruhi sesuatu pemboleh ubah

dalam model. Maklumat penguraian varians yang diperolehi meliputi kesan kejutan pemboleh

ubah eksogen terhadap pemboleh ubah endogen dan memberikan maklumat yang penting

bagi setiap perubahan rawak yang berlaku terhadap pemboleh ubah dalam VAR.

Jadual 9: Keputusan Analisis Penguraian Varians bagi negara Malaysia, Indonesia dan Singapura

Tempoh S.E. KDNK SPEM SKEW SINF

Malaysia

1 21105.16 100.0000 0.000000 0.000000 0.000000

2 24953.80 89.87038 0.799647 8.423327 0.906644

4 39190.51 40.35496 27.05913 6.542312 26.04360

6 65498.20 14.85329 39.38801 12.66181 33.09689

8 106982.4 5.847008 40.72577 18.07887 35.34835

10 163338.0 3.381786 39.84516 21.51591 35.25715

12 236073.0 2.897132 38.69932 23.74850 34.65504

14 327254.9 3.036171 37.67489 25.24432 34.04462

16 439796.2 3.352868 36.83844 26.29598 33.51272

Page 15: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 71

18 577327.5 3.698990 36.16676 27.06356 33.07069

20 744277.6 4.023726 35.62747 27.64089 32.70791

Indonesia

1 40924.77 100.0000 0.000000 0.000000 0.000000

2 70772.39 94.70585 2.624577 2.290470 0.379101

4 203197.9 15.37093 79.50986 2.686324 2.432882

6 270593.0 17.23171 70.31118 9.650850 2.806265

8 325709.0 25.95117 53.75607 16.27103 4.021738

10 385480.3 37.52374 39.47898 19.03663 3.960653

12 436158.1 46.08334 32.91229 17.79877 3.205606

14 499562.3 52.81440 28.59614 14.86413 3.725335

16 586977.5 58.14434 24.45838 11.27759 6.119692

18 708147.7 61.90254 20.15362 7.886190 10.05765

20 875049.5 63.43358 16.22277 5.172110 15.17154

Singapura

1 5008.886 100.0000 0.000000 0.000000 0.000000

2 6579.852 82.40000 0.192186 15.22270 2.185108

4 12165.05 33.01572 0.416812 45.55123 21.01623

6 16367.99 23.17784 0.411522 49.83855 26.57209

8 19987.93 18.68884 0.415085 51.87475 29.02132

10 23125.39 16.27966 0.415923 52.89380 30.41061

12 25905.96 14.81591 0.416624 53.50959 31.25788

14 28424.00 13.83532 0.417102 53.91912 31.82846

16 30738.33 13.13687 0.417448 54.21009 32.23559

18 32890.99 12.61441 0.417710 54.42759 32.54029

20 34911.36 12.20921 0.417914 54.59620 32.77667

Berdasarkan Jadual 9, di Malaysia pada tempoh pertama satu jangka masa ke hadapan,

100% variasi dalam KDNK adalah merujuk kepada inovasi yang berlaku dalam KDNK itu

sendiri. Pada tempoh ke 2, ke 4 dan ke 8, variasi masing-masing adalah 89.8%, 40.3% dan

14.8%. Selepas tempoh tahun ke 9, variasinya hanya sekitar 2% - 4%, manakala selebihnya,

sekitar 96% diterangkan bersama oleh inovasi yang berlaku dalam SPEM, SKEW dan SINF.

Pada tempoh ini, SPEM memberikan variasi atau sumbangan yang agak tinggi, iaitu sebanyak

40% berbanding SKEW (20%) dan SINF (36%). Sehingga tempoh 20 tahun pula, SPEM

masih memberikan variasi yang tinggi (35%) berbanding SKEW(28%) dan SINF(33%).

Sementara itu pengaruh KDNK itu sendiri masih berada pada 4%. Ini terbukti bahawa

berdasarkan analisis VECM, KDNK bertindak sebagai pemboleh ubah endongen.

Keadaan yang sama berlaku pada tempoh pertama di Indonesia, yang mana 100% variasi

dalam KDNK adalah merujuk kepada inovasi yang berlaku dalam KDNK itu sendiri. Pada

tempoh ke 10 dan selepasnya, pengaruh KDNK ke atas KDNK sendiri masih besar lagi, iaitu

37.5% variasi pada tempoh ke 10, manakala selebihnya 62.5% diterangkan bersama oleh

inovasi yang berlaku dalam SPEM, SKEW dan SINF. Pada tempoh tersebut, SPEM

memberikan variasi yang tinggi, iaitu sebanyak 39.5% berbanding SKEW (19.0%) dan SINF

(4.0%.) Bagi tempoh 20 tahun, keadaan yang sama berlaku di mana SPEM masih terus

memberikan sumbangan yang terbesar, iaitu sebanyak 16.2% berbanding SKEW (5.2%) dan

SINF (15.2%). Namun begitu, peratus pengaruh KDNK memberikan variasi yang tinggi, iaitu

Page 16: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

72 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

63.4%. Ini menunjukkan bahawa peratus variasi dalam KDNK yang diakibatkan oleh dirinya

sendiri masih dominan berbanding pemboleh ubah SPEM, SKEW dan SINF. Keputusan yang

diperolehi adalah tidak konsisten dengan analisis VECM sebelum ini. Perbezaan ini mungkin

disebabkan analisis VECM yang dilakukan sebelum ini berdasarkan kajian dalam sampel,

manakala analisis penguraian varians ini melibatkan kajian di luar persampelan. Oleh yang

demikian ada kemungkinan untuk tempoh 20 tahun akan datang peranan KDNK sebagai

pemboleh ubah endogen akan berubah.

Bagi Singapura, pada tempoh yang pertama, 100% variasi dalam KDNK merujuk kepada

inovasi yang berlaku dalam dirinya sendiri. Pada tempoh ke 10 tahun, hampir 16.3% variasi

dalam KDNK masih lagi disebabkan oleh kejutan yang berlaku ke atas KDNK sendiri

manakala baki sebanyak 83.7% dikongsi bersama oleh inovasi yang berlaku dalam SPEM,

SKEW dan SINF. Bagaimanapun SKEW memberikan sumbangan yang tertinggi, iaitu

sebanyak 52.9% berbanding SPEM (0.4%) dan SINF (30.4%). Seterusnya bagi tempoh 20

tahun, dilihat SKEW masih juga memberikan sumbangan yang tinggi, iaitu sebanyak 54.6%

berbanding SPEM (0.4%) dan SINF (32.8%). Begitu juga pengaruh KDNK ke atas dirinya

sendiri hanya sebanyak 12% sahaja. Keputusan yang diperolehi ini adalah konsisten dengan

ujian sebab-penyebab versi VECM yang diperolehi sebelum ini yang mana KDNK

berperanan sebagai pemboleh ubah endogen.

Secara keseluruhannya, bagi Malaysia dan Indonesia sektor pembinaan memainkan

peranan yang penting untuk pertumbuhan ekonomi negara di masa akan datang. Manakala

Singapura pula, sektor kewangan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi

pada masa akan datang.

5. Rumusan

Penemuan kajian berjaya membuktikan bahawa dalam tempoh kajian, pertumbuhan ekonomi

Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura adalah berkointegrasi dengan sektor pembinaan,

kewangan dan infrastruktur. Ini bererti, wujud hubungan jangka panjang antara sektor

tersebut dengan pertumbuhan ekonomi di negara kajian.

Hasil ujian VECM pula telah membuktikan bahawa pemboleh ubah eksogen, iaitu sektor

pembinaan, kewangan dan infrastruktur berperanan untuk mempengaruhi pertumbuhan

KDNK bagi Malaysia, Indonesia dan Singapura, terutama sekali dalam jangka panjang.

Manakala bagi Thailand, sektor pembinaan, kewangan dan Infrastruktur adalah tidak

signifikan untuk menerangkan pertumbuhan KDNK dalam jangka masa panjang. Ini

menunjukkan bahawa terdapat sektor lain yang mempengaruhi pertumbuhan KDNK di

Thailand dalam jangka panjang. Oleh yang demikian, keputusan ini dapat memberi ruang

kepada pihak kerajaan dan swasta merancang, menggubal dan membentuk strategi untuk

meningkatkan pertumbuhan KDNK di negara masing-masing.

Sementara itu, analisis empirik penyebab Granger jangka pendek menerangkan bahawa

ketiga-tiga sektor, iaitu sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur merupakan faktor

penyumbang terhadap perkembangan KDNK di Malaysia dan Indonesia. Manakala bagi

Thailand hanya sektor pembinaan dan Singapura hanya sektor infrastruktur sahaja yang

mempengaruhi pertumbuhan KDNK dalam jangka pendek.

Keputusan ujian fungsi tindak balas pula menunjukkan bahawa wujud kesan kejutan

yang berbeza terhadap KDNK bagi Malaysia, Indonesia dan Singapura sekiranya berlaku

kejutan bagi tiap-tiap pemboleh ubah eksogen, iaitu sektor pembinaan, sektor kewangan dan

sektor infrastruktur. Berdasarkan kepada Malaysia, kejutan yang berlaku ke atas sektor

pembinaan dan kewangan memberi kesan penurunan serta merta dalam pertumbuhan KDNK.

Sementara itu sebarang kejutan yang berlaku dalam sektor infratruktur memberi peningkatan

Page 17: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 73

terhadap pertumbuhan KDNK. Didapati juga ketiga-tiga sektor ini mengalami keadaan turun

naik sehingga masing-masing mencapai keseimbangan pada tahun ke 5 dan ke 6. Seterusnya

bagi Indonesia, kejutan daripada sektor pembinaan, kewangan dan infrastruktur merangsang

kejatuhan KDNK. Keputusan yang diperolehi menunjukkan ketiga-tiga sektor ini mengalami

keadaan turun naik sehingga tempoh 15 tahun. Bagi Singapura pula, kejutan yang terjadi ke

atas sektor pembinaan dan infrastruktur menyebabkan kenaikan serta merta terhadap KDNK,

manakala sebarang kejutan yang berlaku dalam sektor kewangan menyebabkan pertumbuhan

KDNK mengalami kejatuhan. Ketiga-tiga sektor ini mencapai keseimbangan pada tahun ke 7.

Analisis penguraian varians pula menunjukkan bahawa bagi Malaysia dan Indonesia

sektor pembinaan memainkan peranan yang penting untuk menyumbang kepada pertumbuhan

ekonomi negara. Manakala Singapura, sektor kewangan menjadi penyumbang utama kepada

pertumbuhan ekonomi. Ini menunjukkan pertumbuhan KDNK disetiap negara amat

dipengaruhi oleh sektor-sektor yang berbeza.

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kajian ini telah memberikan bukti

empirik yang penting mengenai arah hubungan yang wujud antara sektor pembinaan,

kewangan dan infrastruktur terhadap pertumbuhan KDNK selama tempoh 32 tahun, iaitu dari

tahun 1975 hingga 2007 bagi Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Satu kelebihan

yang diperolehi daripada kajian ini ialah kejayaan menyelidiki corak hubungan sektor

pembinaan, kewangan dan infrastruktur dalam tempoh dua masa, iaitu jangka panjang dan

jangka pendek.

6. Implikasi Dasar

Berdasarkan huraian di atas, ketiga-tiga negara yang dikaji, iaitu Malaysia, Indonesia dan

Singapura dicadangkan supaya mempertimbangkan hasil penemuan kajian ini dalam

penggubalan perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi mereka. Ini kerana,

disamping perkembangan sektor ekonomi utama, perkembangan sektor pembinaan, kewangan

dan infrastruktur dapat memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi negara

mereka.

Ketiga-tiga sektor ini mempunyai perkaitan yang sangat kuat antara satu sama lain.

Sebagai contoh, sektor kewangan dan infrastruktur yang tergolong dalam sektor

perkhidmatan, mempunyai hubungan yang rapat dengan sektor perindustrian. Ini kerana

permintaan untuk dua sektor ini bergantung kepada pembangunan sektor perindustrian.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan oleh ketiga-tiga negara bagi meningkatkan

sumbangan sektor ini terhadap pertumbuhan ekonomi dan untuk mengatasi beberapa masalah

yang berlaku seperti kesesakan di pelabuhan utama dan kelemahan sistem insurans.

Antaranya ialah memperbaiki dan mempercekapkan perkhidmatan perkapalan melalui

perancangan dari segi penjimatan masa yang teratur dan tersusun. Di samping itu

penambahan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan dermaga tambahan dan kemudahan

lain di pelabuhan utama perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah kesesakan.

Manakala bagi mengatasi kelemahan sistem insurans pula dicadangkan agar asas modal

syarikat insurans perlu ditingkatkan supaya keupayaan pegangan pengimport dan pengeksport

dapat ditingkatkan. Langkah awal perlu dijalankan bagi menarik minat pihak ini

menggunakan kemudahan perkapalan dan sektor kewangan di negara tersebut. Oleh yang

demikian sumbangan kedua-dua sektor ini memainkan peranan yang amat penting dalam

pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Diketahui juga, sektor perkhidmatan merupakan

suatu keperluan kepada ekonomi memandangkan ianya dapat melicinkan aktiviti ekonomi

dalam sesebuah negara dan pengaliran barangan dalam perdagangan antarabangsa.

Page 18: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

74 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

Pengukuhan sektor ini akan menyumbang kepada pencapaian kekayaan sesebuah negara dan

juga menjadi sumber untuk eksport.

Di samping itu juga, sektor kewangan jga memainkan peranan yang penting dalam

meningkatkan KDNK Malaysia, Indoneisa dan Singapura. Kedudukan sektor kewangan yang

kukuh akan menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur dan berdagang dalam sesebuah

negara. Ini dibuktikan melalui pengalaman Malaysia semasa berlaku kemelesetan ekonomi

pada Julai 1997. Kesan kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia menyebabkan ramai

pelabur asing bertindak menarik diri berdagang dengan Malaysia. Ini disebabkan oleh faktor

kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur tersebut. Oleh itu, terdapat pelbagai cara bagi

menggalakkan sektor ini antaranya ialah memperkukuhkan lagi sistem perbankan di sesebuah

negara sama ada di bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar. Di samping itu,

aktiviti untuk menggalakkan pinjaman bank yang didorong oleh perbelanjaan penggunaan

serta pengembangan aktiviti pelaburan swasta perlu dipergiatkan lagi supaya sektor ini

menjadi penyumbang terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi. Sehubungan itu, sektor

kewangan di sesebuah negara perlu dipertingkatkan segera supaya matlamat untuk menjadi

negara maju dapat direalisasikan.

Sektor pembinaan berkait rapat dengan sektor lain. Perkembangan sektor ini mempunyai

kesan talian terhadap pertumbuhan sektor ekonomi yang lain. Kepesatan kegiatan industri

pembinaan akan mempercepatkan pertumbuhan industri-industri lain seperti pengeluaran

simen, pembuatan batu bata, memproses kayu balak dan industri besi dan keluli. Ini kerana

semua keluaran industri berkenaan merupakan bahan utama yang akan digunakan dalam

sektor pembinaan. Sehubungan itu, sektor pembinaan ini perlu dipergiatkan lagi supaya

sumbangannya dapat meningkatkan lagi pertumbuhan KDNK di Malaysia, Indonesia dan

Singapura. Seperti di Malaysia, kerajaan telah merancang dan merangka dasar baru melalui

Rancangan Malaysia ke-9 supaya sumbangan sektor ini dalam pertumbuhan ekonomi harus

dipergiat dan dipertingkatkan lagi. Terdapat beberapa langkah bagi tujuan mengembang dan

memajukan sektor ini antaranya ialah penambahan aktiviti pembinaan, terutamanya dalam

kerja-kerja tempatan industri minyak dan gas serta projek penggantian dan pemasangan paip

air. Selain itu juga, penambahan peruntukkan untuk program perumahan kos rendah bagi

tujuan pemindahan penempatan kawasan setinggan akan menggalakan pertumbuhan sektor

ini. Di samping itu, peranan sektor perbankan seperti bank perdagangan untuk melanjutkan

tempoh bayaran balik pinjaman perumahan kepada tempoh 20-30 tahun adalah digalakkan

bagi menarik minat rakyat untuk membeli rumah dan keadaan ini secara tidak langsung akan

meningkatkan permintaan terhadap sektor pembinaan.

Pertumbuhan sektor infrastruktur didorong oleh peningkatan aktiviti perdagangan.

Sehubungan itu, ketiga-tiga negara ini perlulah memastikan bahawa aktiviti-aktiviti

perdagangan sama ada di dalam atau di luar negara dijalankan dengan baik dan bersistematik.

Di samping itu juga, aktiviti yang berkaitan dengan perjalanan dan perkembangan berterusan

industri telekomunikasi juga merupakan faktor yang mendorong pertumbuhan sektor ini.

Justeru, sesebuah negara perlu merangka beberapa strategi baru untuk mempertingkatkan

kemudahan dan keselesaan para pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini. Sebagai

contohnya menjalankan pembaikan dan penyelenggaraan bagi jalan raya yang mengalami

kerosakan dan meningkatkan rangkaian telekomunikasi atau memperluas liputan di beberapa

kawasan pedalaman.

Penglibatan pihak swasta dalam ketiga-tiga sektor ini perlu juga diberi perhatian oleh

Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ini kerana, sektor swasta memainkan peranan yang

penting dalam meningkatkan pertumbuhan sektor-sektor ini. Oleh itu, strategi yang dirangka

oleh pihak kerajaan perlulah mengambilkira sektor swasta sebagai satu inisiatif untuk

Page 19: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

Sumbangan Sektor Ekonomi dan Pertumbuhan Ekonomi Negara ASEAN 75

meningkatkan sektor pembinaan, sektor kewangan dan sektor pengangkutan dan komunikasi.

Antara inisiatif yang boleh dilaksanakan ialah pemberian kemudahan pinjaman bank dan

kadar bunga pinjaman yang rendah contohnya kepada pihak-pihak yang ingin melaksanakan

penambaikan kemudahan jalan raya. Di samping itu bagi meningkatkan pengeluaran

contohnya industri pengeluaran simen, industri pembuatan batu bata dan lain-lain, maka

bantuan kepada pekilang kecil atau yang baru melaksanakan perniagaan perlu diberi

pengecualian cukai seperti taraf perintis, potongan cukai pendapatan syarikat dan lain-lain. Ini

bertujuan untuk menggalakan sektor pembinaan dalam sesebuah negara. Oleh itu semua

inisiatif yang dinyatakan ini dapat memberi kesan yang positif kepada sektor-sektor

berkenaan.

Justeru itu, penglibatan sektor kerajaan dan swasta memainkan peranan yang penting

untuk membangunkan dan meningkatkan pertumbuhan setiap sektor. Oleh yang demikian,

kerjasama erat antara pihak kerajaan dan swasta amat diperlukan supaya pertumbuhan

ekonomi setiap negara mengalami peningkatan dari semasa ke semasa.

Rujukan

Asian Development Outlook. 2001. Special chapter Asia’s globazation challenge. Oxford University Press.

Block, S.A. 1999. Agriculture and economic growth ini Ethiopia: Growth multipliers from a four-sector simulation

model. The Journal of Agriculture Economic 10: 241-252.

Branson, W.H. 1999. Macroeconomic theory and policy. Ed.3. New York: Princeton University.

Chamhuri Siwar & Surtahman Kastin Hasan. 1999. Ekonomi Malaysia. Ed. 4. Petaling Jaya: Longman.

Eksport, permintaan domestik dorong pertumbuhan 6 peratus. 2006. Utusan Malaysia, 23 Mac: 1-2.

F1 jana pertumbuhan ekonomi. 2006. Mingguan Malaysia, 19 Mac: 32.

Galindo, A. et.al. 2002. Financial development and economic growth. Journal of Economic Literature. 35: 688-

726

Granger, C.W.J. 1986. Development in the study of cointegrated economic variable. Oxford Bulletin of Economics

and Statistic. 48: 213-228.

Gujarati, D.N. 2003. Basic Econometric. Ed. 4. Boston: Mc Graw Hill.

http://www.cia.gov/cia/publication/factbook/goes/th.html (1 April 2009).

http://www.worldbank.org/data (1 April 2009).

http://www.adb.org (1 April 2009).

Hussein, Khaled A. 1999. Finance and growth in Egypt. Paper presented at workshop organized by EPIC and

ECIES, 24th July 1999, Cairo.

Hong-Sang Jung & Erik Thorbecke. 2003. The impact of public education expenditure on human capital, growth

and poverty in Tanzania and Zambia: a general equilibrium approach. Journal of Policy Modeling. 25: 701-

725

Johansen, S. 1998. Statistical and analysis of cointegration vectors. Journal of Economic Dynamic and Control.

231-254

Kementerian Kewangan. 1975. Laporan Ekonomi 1975/1976. Kementerian Kewangan. Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan. 1985. Laporan Ekonomi 1985/1986. Kementerian Kewangan. Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan. 1995. Laporan Ekonomi 1995/1996. Kementerian Kewangan. Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan. 2000. Laporan Ekonomi 2000/2001. Kementerian Kewangan. Kuala Lumpur.

Kementerian Kewangan. 2004. Laporan Ekonomi 20045/2005. Kementerian Kewangan. Kuala Lumpur.

Asian Development Bank. 2002. Key indicator of developing Asian and Pacific countries. Asian Development

Bank.

Lam Lai Ling. 1985. Peranan dan sumbangan sektor pembuatan terhadap perkembangan ekonomi Malaysia

(Penumpuan kepada keluaran, guna tenaga dan eksport). Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Malaysia. 1976. Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980. Cetakan Kerajaan. Kuala Lumpur.

Malaysia. 1981. Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985. Cetakan Kerajaan. Kuala Lumpur.

Page 20: SUMBANGAN SEKTOR PEMBINAAN, KEWANGAN DAN · PDF filepada tahun 1986 dan 8.5% pada tahun 1997. Pada pertengahan tahun 1997 seluruh negara ASEAN sekali lagi ... sejarah menunjukkan momentum

76 Md Zyadi, Azmafazilah, Norain & Iszan Hana

Malaysia. 1986. Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Cetakan Kerajaan. Kuala Lumpur.

Malaysia. 1991. Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Cetakan Kerajaan. Kuala Lumpur.

Malaysia. 1996. Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Malaysia. 2001. Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Montega Yudelman et. al. 1970. The contribution of agriculture and industry sector to economic growth: some

empirical evidence. Journal of Agriculture Economics. 20: 256-275

Nor Aini hj. Idris. 2000. Sektor perkhidmatan dan pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan

(pnyt). Teori pertumbuhan dan pembangunan ekonomi, hlm. 194-210. Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia

Rahmah Ismail. 2000. Teori pertumbuhan. Dlm. Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak Dan (pnyt). Teori pertumbuhan

dan pembangunan ekonomi, hlm. 46-73. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahimah Yatim. 1990. Peranan sektor perkhidmatan di dalam ekonomi Malaysia. Latihan Ilmiah. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Rizaudin Sahlan. 2002. Hubungan sebab-akibat antara eksport mengikut sektor dan pertumbuhan ekonomi di

negara ASEAN terpilih. Jurnal Ekonomi Malaysia. 36: 96-106.

Trian Zulhadi. 2004. Sumbangan sektor pertanian dalam pertumbuhan ekonomi di provinsi Riau Indonesia. Tesis

Sarjana Ekonomi. Universiti Kebangsaan Malaysia.2006 tahun pemulihan sektor pembinaan. 2006. Utusan

Malaysia, 23 Mac: 25.