sulit - portal rasmi majlis perbandaran klang (mpk) · pdf filedan jkr. ianya berikutan ......

19
SULIT SULIT MAJLIS PERBANDARAN KLANG MINIT MESYUARAT BULANAN MPK BIL. 9 TAHUN 2015 TARIKH - RABU 30 SEPTEMBER 2015 MASA - 9.00 PAGI TEMPAT - BILIK MESYUARAT RAJA MAHADI, MAJLIS PERBANDARAN KLANG HADIR Tuan Ahmad Khairi bin Md. Yusof - Pengerusi Pemangku Yang Dipertua Encik Tan Chee Geap - Ahli Ahli Majlis Encik Yew Boon Lye - Ahli Ahli Majlis Encik Mohd Salleh bin Mohamad - Ahli Ahli Majlis Encik Arunaghiri Nathan a/l Kannan - Ahli Ahli Majlis Encik Azizi bin Ayob - Ahli Ahli Majlis Encik Lee Sack Choon - Ahli Ahli Majlis Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid - Ahli Ahli Majlis Encik Nalan a/l M. Muniandy @ Balan - Ahli Ahli Majlis Encik Khoo Gee Tat - Ahli Ahli Majlis Encik Kamal Batcha bin Noor Mohideen - Ahli Ahli Majlis

Upload: phungkhuong

Post on 17-Mar-2018

301 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT

SULIT

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MINIT MESYUARAT BULANAN MPK BIL. 9 TAHUN 2015

TARIKH - RABU 30 SEPTEMBER 2015 MASA - 9.00 PAGI TEMPAT - BILIK MESYUARAT RAJA MAHADI, MAJLIS PERBANDARAN KLANG HADIR Tuan Ahmad Khairi bin Md. Yusof - Pengerusi Pemangku Yang Dipertua Encik Tan Chee Geap - Ahli Ahli Majlis Encik Yew Boon Lye - Ahli Ahli Majlis Encik Mohd Salleh bin Mohamad - Ahli Ahli Majlis Encik Arunaghiri Nathan a/l Kannan - Ahli Ahli Majlis Encik Azizi bin Ayob - Ahli Ahli Majlis Encik Lee Sack Choon - Ahli Ahli Majlis Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid - Ahli Ahli Majlis Encik Nalan a/l M. Muniandy @ Balan - Ahli Ahli Majlis Encik Khoo Gee Tat - Ahli Ahli Majlis Encik Kamal Batcha bin Noor Mohideen - Ahli Ahli Majlis

Page 2: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 2/20

SULIT

Encik Lee Fu Haw - Ahli Ahli Majlis Encik Yugarajah a/l Palanisamy - Ahli Ahli Majlis Encik Sukumaran a/l A. Sundram - Ahli Ahli Majlis Encik Kong Sai Weng - Ahli Ahli Majlis Encik Sundarajoo a/l Periasamy - Ahli Ahli Majlis Encik Maneyvannan a/l Velue - Ahli Ahli Majlis Puan Rosnee binti Talib - Ahli Ahli Majlis Encik Tan Heng Kim - Ahli Ahli Majlis Puan Shoba a/p Selvarajoo - Ahli Ahli Majlis Encik Sabastine Rao a/l Pragasam - Ahli Ahli Majlis Puan Wong Oi Li - Ahli Ahli Majlis Y.Bhg. Dato’ Deepakaran a/l Karuppiah - Ahli Ahli Majlis Encik Kahar Muzakkir bin Munawir - Ahli Ahli Majlis Tuan Haji Zahrin bin Md. Nasir - Pemangku Setiausaha Pengarah Kewangan

Page 3: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 3/20

SULIT

TIDAK HADIR (DENGAN MAAF) Y.A.D. Dato’ Setia Diraja Dato’ Haji Abdul Ghani - Ahli bin Pateh Akhir, D.S.I.S., S.M.S. Ahli Majlis TURUT HADIR Encik Zamri bin Othman - Pengarah Kejuruteraan Encik Zailani bin Panot - Timbalan Pengarah Perancang Bandar Cik Haslinda binti Mohd Rantam - Timbalan Pengarah Bangunan Puan Long Shalawati binti Mohd. Sahit - Pengarah Penilaian dan

Pengurusan Harta Encik Helmey bin Mohamed Rashid - Pengarah Khidmat Pengurusan Encik Muhammad Hijaz bin Sanusi - Pengarah Taman dan Rekreasi Encik Andry Arman bin Masrom - Pengarah Penguatkuasa Encik Azhar bin Samsudin - Pengarah Pelesenan Encik Zulkifli bin Abbas - Pengarah Kesihatan Puan Nor Hasyimah binti Tamziz - Pengarah Teknologi Maklumat Encik Azmi bin Muji - Pengarah Perkhidmatan Persekitaran Encik Mustafa Bakri bin Alias Sani - Pengarah Pusat Setempat Encik Ari bin Adam - Pengarah Pesuruhjaya Bangunan Puan Norfiza binti Mahfiz - Ketua Komunikasi Korporat Puan Suziana binti Fiee - Ketua Audit Dalam Puan Zulina binti Yahya - wakil Pengarah Undang-Undang

Page 4: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 4/20

SULIT

Puan Hazliza binti Md. Salleh - Ketua Bahagian Hasil Cik Siti Samiha binti Samion - Pegawai Tadbir DIJEMPUT HADIR Encik Hisham bin Jalaluddin - Penolong Pegawai Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Klang Encik Mohd Zafek bin Nordin - Executive, SYABAS Daerah Klang ASP. Nandagobem Singaravellu - ASP Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Klang Selatan Encik Rosmin bin Mahmood - Pegawai Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Klang Utara PEMERHATI Cik Lim Siew Ting - Nanyang Siang Pau Cik Melizarani T. Selva - The Star Encik KK Sham - The Star Encik Koh Kian Giap - Sin Chew Encik Ko Chee How - Sin Chew Encik Jerry Choong - The Sun Daily Encik Elison Lai - The Star URUS SETIA Puan Norhashimah binti Md. Ariff - Setiausaha Pejabat (Pencatit minit) Puan Siti Hawa binti Zakaria - Setiausaha Pejabat (Pencatit minit)

Page 5: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 5/20

SULIT

PERKARA 1 BACAAN DOA Mesyuarat didahului dengan bacaan doa oleh Pemangku Setiausaha, Tuan Haji Zahrin bin Md. Nasir. PERKARA 2 UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT Tuan Pengerusi mengalu-alu dan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis-Ahli Majlis, Pegawai-Pegawai dan semua pihak yang menghadiri mesyuarat pada pagi ini. Seterusnya, beliau memaklumkan bahawa :- 2.1. UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA MANTAN YANG

DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mantan Yang Dipertua, Y.Bhg. Dato’ Mohammad bin Yacob yang telah berkhidmat selama 2 tahun bermula pada 2 September 2013 hingga 2 September 2015 di Majlis Perbandaran Klang. Beliau telah memberi komitmen yang tinggi dalam mentadbir Majlis Perbandaran Klang khususnya di dalam mengukuhkan kedudukan kewangan Majlis kepada lebih stabil dengan melaksanakan beberapa kawalan perbelanjaan bagi mengelakkan ketirisan kewangan. Di samping itu, beliau turut memperbaiki perkhidmatan asas Majlis kepada masyarakat daerah Klang. Justeru, Majlis sekali lagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Yang Dipertua, Y.Bhg. Dato’ Mohammad bin Yacob.

2.2. SITUASI JEREBU YANG MELANDA KLANG

Situasi jerebu yang melanda hampir seluruh Semenanjung amat membimbangkan. Berikutan itu, Majlis Perbandaran Klang memohon kerjasama daripada penduduk Klang supaya menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah serta mengelakkan pembakaran terbuka di kawasan rumah. Majlis turut menasihatkan supaya membanyakkan meminum air untuk mengelakkan sakit tekak dan lain-lain penyakit.

Page 6: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 6/20

SULIT

2.3. SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1437H (AWAL MUHARAM) Sambutan Maal Hijrah 1437H tahun ini akan disambut pada 14 Oktober 2015 bersamaan dengan hari Rabu. Mudah-mudahan kehadiran tahun baru Hijrah 1437H ini akan membawa kemakmuran dan kecemerlangan yang berterusan kepada Majlis Perbandaran Klang.

2.4. HARI SUKAN SELURUH MALAYSIA

Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama pihak Pejabat Belia Sukan Daerah Klang akan mengadakan sambutan Hari Sukan Negara seluruh Malaysia pada 10 Oktober 2015 di Kompleks Belia Sukan Kapar. Semua Ahli Majlis dan kakitangan Majlis adalah dijemput hadir ke program tersebut bagi memeriahkan majlis tersebut.

2.5. LIGA BOLA SEPAK RAKYAT

Majlis Perbandaran Klang bersama Majlis Sukan Daerah Klang akan mengadakan Liga Bola Sepak Rakyat (pasukan di bawah 28 tahun) yang mana membawa cabaran daerah Klang sebagai zon tengah bersama negeri Pahang. Perlawanan ini akan diadakan setiap minggu secara timbal balik dan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Kementerian Belia Sukan.

2.6. LAWATAN TURUN PADANG EXCO JAWATANKUASA TETAP

PEMBANGUNAN GENERASI MUDA DAN SUKAN, KEBUDAYAAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

EXCO Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Y.B. Tuan Amirudin bin Shari akan turun padang di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan beliau akan turun padang di Majlis Perbandaran Klang bertempat di Dewan Hamzah, Klang. Tujuan lawatan turun padang ini adalah untuk bertemu dengan masyarakat daerah Klang terutama generasi muda dan usahawan. Sehubungan dengan itu, semua warga Klang adalah dijemput hadir ke program tersebut.

Page 7: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 7/20

SULIT

PERKARA 3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BULANAN MPK BIL. 8 TAHUN 2015 YANG TELAH DIADAKAN PADA 28 OGOS 2015 Minit mesyuarat tersebut di atas telah disahkan atas cadangan Ahli Majlis Encik Tan Chee Geap dan disokong oleh Ahli Majlis Encik Lee Sack Choon tanpa sebarang pindaan. PERKARA 4 PERKARA BERBANGKIT Tiada. PERKARA 5 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT (MENIMBANG DAN MELULUSKAN) PERAKUAN MINIT-MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA TETAP SEPERTI BERIKUT :- 5.1. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN

KEMUDAHAN AWAM BIL. 9 TAHUN 2015 YANG TELAH DIADAKAN PADA 15 SEPTEMBER 2015

Berikut perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis :-

a) Ahli Majlis Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid meminta diperincikan setiap maklumbalas yang diberikan oleh jabatan ke atas kemajuan kerja bagi perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis dengan menyatakan tarikh permohonan khususnya yang melibatkan agensi lain seperti TNB dan JKR. Ianya berikutan terdapat permohonan yang masih belum selesai.

Mesyuarat mengambil maklum. Jabatan diminta menambahbaik perkara tersebut.

Tindakan : PJ

Page 8: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 8/20

SULIT

b) Ahli Majlis Encik Kong Sai Weng memohon supaya disemak semula minit mesyuarat tersebut kerana terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan tetapi tidak diminitkan.

Mesyuarat mengambil ingatan.

Tindakan : Bahagian Sekretariat

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan.

5.2. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERUMAHAN, PENGURUSAN

BANGUNAN TANPA IZIN BIL. 8 TAHUN 2015 YANG TELAH DIADAKAN PADA 15 SEPTEMBER 2015

Berikut perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis :-

a) Muka surat 9/26, Perkara 3.2.9. – RUMAH TERBIAR DI JALAN JAMBU BATU, TAMAN SETIA DAN JALAN MEMPELAM, TAMAN GEMBIRA

Ahli Majlis Encik Yugarajah a/l Palanisamy memberitahu rumah terbiar di Jalan Mempelam, Taman Gembira disalahguna oleh penagih dadah. Sehubungan dengan itu, beliau meminta rumah tersebut dipagar bagi mengelakkan aktiviti tersebut berterusan.

Mesyuarat diberitahu bahawa Majlis tidak bertanggungjawab ke atas rumah-rumah kosong yang terbiar/ditinggalkan. Pemasangan pagar dan pembersihan adalah di bawah tanggungjawab pemilik rumah tersebut. Justeru, Majlis akan mengeluarkan notis kepada pemilik rumah bagi meminta mengambil tindakan.

Tindakan : PB/PK

b) Muka surat 19/26, Perkara 3.4.22. – STATUS BANGUNAN SEDANG DALAM KERJA UBAHSUAI DI JALAN DATO’ SHAHBUDIN 29

Ahli Majlis Encik Sundarajoo a/l Periasamy meminta diambil tindakan ke atas pemilik bangunan tersebut yang mana kerja-kerja ubahsuai bangunan masih diteruskan walaupun Majlis telah mengeluarkan Notis Borang F (bagi meminta dikemukakan permohonan Kebenaran Merancang). Beliau turut meminta tindakan penguatkuasaan serta-merta dijalankan oleh pihak Majlis ke atas mana-mana bangunan yang didapati baru hendak memulakan kerja-kerja ubahsuai tanpa menunggu bangunan telah selesai diubahsuai.

Page 9: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 9/20

SULIT

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilik bangunan difahamkan sedang di dalam proses lantikan perunding bagi mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang kepada pihak Majlis. Pemantauan dari semasa ke semasa akan dijalankan dan sebagai tindakan susulan Notis Borang G akan disampaikan kepada pemilik bagi meminta pemajuan dihentikan.

Tindakan : PPB/PB

c) Muka surat 25/26, Perkara 4.6. – SEKOLAH INSTITUT HAFIZ DI SEBELAH JAMBATAN KOTA, KLANG

Menjawab pertanyaan Ahli Majlis Encik Tan Chee Geap, Timb. PPB memberitahu bahawa perkara ini di bawah tindakan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Klang (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara boleh diambil oleh pihak PTD. Dalam masa yang sama, perkara ini juga dirujuk kepada pihak LUAS dan JPS bagi mengambil tindakan susulan.

Tindakan : PPB/PTD

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan.

5.3. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA OSC BIL. 17 TAHUN 2015 YANG

TELAH DIADAKAN PADA 18 SEPTEMBER 2015 Berikut perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis :-

a) Muka surat 27/75, Perkara 5.1.3. – PERMOHONAN BAGI CADANGAN MEMBINA 1 TINGKAT DEWAN SERBAGUNA DI ATAS SEBAHAGIAN LOT 130523 (LOT ASAL 144810), JALAN IMPIAN 3, AMBANG BOTANIK 2, MUKIM KLANG, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN HARUM INTISARI SDN. BHD. (PERMOHONAN PELAN BANGUNAN, PELAN JALAN DAN PARIT SERTA PELAN LANDSKAP) - MPK/PS/104/2015 (KS) - MPK/BGN-600-4/1/150128 - BGN 163/2015 - MPK/JK/J(S) 038-2015 - MPK 600-8/1/99 TMN

Page 10: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 10/20

SULIT

Ahli Majlis Encik Sundarajoo a/l Periasamy meminta disyaratkan kepada pemaju bagi cadangan pembinaan Dewan Serbaguna tersebut untuk menyediakan kemudahan sistem penghawa dingin. Beliau turut meminta mana-mana cadangan pembinaan dewan oleh pihak pemaju turut disyaratkan perkara tersebut bagi mengelakkan Majlis menanggung kos bagi penyediaan kemudahan tersebut.

Tindakan : PPB/PB

b) Muka surat 35/75, Perkara 5.2.3. – PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG PINDAAN PELAN SUSUNATUR YANG TELAH DILULUSKAN (BIL.MPK/KS/380/2003) DARIPADA CADANGAN STESEN MINYAK KEPADA PLOT KOMERSIAL DI ATAS LOT 142646, JALAN MAHOGANI, AMBANG BOTANIK, MUKIM KLANG, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN HARUM INTISARI SDN. BHD.

- MPK/PS/KM/428/2008 (PBR/KS) - MPK/PB 150/2002 JLD. 12 - PERUNDING : ARAH RANCANG SDN. BHD.

Ahli Majlis Encik Sundarajoo a/l Periasamy meminta dikaji semula permohonan pindaan pelan susunatur yang telah diluluskan sebelum ini daripada stesen minyak kepada bangunan komersial dengan mengambilkira keperluan dan kesan kepada lalulintas di kawasan tersebut. Dalam masa yang sama, perlu dilihat juga bangunan komersial sediada di kawasan tersebut yang masih kosong dan lama-kelamaan menjadi tempat tinggal pekerja warga asing.

Mesyuarat diberitahu bahawa permohonan Kebenaran Merancang bagi cadangan ke atas bangunan komersial tersebut adalah merupakan bangunan perniagaan 6 tingkat yang mengandungi ruang pameran kereta, tempat letak kenderaan dan utiliti oleh Tetuan Wheelcorp Premium Sdn. Bhd. Sekiranya dinilai dari kesan pembinaan kepada lalulintas, cadangan bangunan ‘showroom’ tersebut tidak menyumbang kepada masalah lalulintas di kawasan tersebut berbanding pembinaan stesen minyak.

Tindakan : PPB

c) Muka surat 36/75, Perkara 5.2.4. – PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN MENDIRIKAN SEBUAH BANGUNAN PERNIAGAAN YANG MENGANDUNGI 6 TINGKAT (TERMASUK ARAS BUMBUNG RC) YANG MENGANDUNGI RUANG PAMERAN KERETA,

Page 11: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 11/20

SULIT

TEMPAT LETAK KENDERAAN DAN UTILITI DI ATAS LOT 142646, JALAN REMIA 5/KS7, AMBANG BOTANIK, MUKIM KLANG, DAERAH KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN WHEELCORP PREMIUM SDN. BHD.

- MPK/PS/KM/100/2015 (PBR/KS) - MPK/PB 150/2002 (LOT 142646) - PERUNDING : TECHRANCANG CONSULT

Ahli Majlis Encik Sundarajoo a/l Periasamy meminta disemak semula syarat kelulusan bagi permohonan tersebut yang meminta pihak pemaju mengemukakan surat akujanji membaiki kerosakan bangunan berjiran sekiranya berlaku kerosakan semasa kerja-kerja ubahsuai bangunan dijalankan sedangkan permohonan merupakan pembinaan bangunan baru berbentuk ‘free standing block’.

Tindakan : PPB

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan.

5.4. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR DAN

KEMASYARAKATAN BIL. 8 TAHUN 2015 YANG TELAH DIADAKAN PADA 21 SEPTEMBER 2015

a) Muka surat 12/24, Perkara 4.1.5. – ADUAN PREMIS MENJUAL

MINUMAN KERAS Ahli Majlis Encik Tan Heng Kim membangkitkan isu premis yang telah

dikompaun pada 14 September 2015 tetapi masih ingkar dan meneruskan operasi. Beliau meminta maklumbalas Majlis berhubung tindakan tegas yang akan dikenakan kepada peniaga tersebut. Menambah perkara tersebut, Ahli Majlis Puan Wong Oi Li turut memaklumkan premis tersebut beroperasi 24 jam sehari.

PL menjelaskan pihak jabatan telah mengeluarkan kompaun dari semasa

ke semasa dan pihak PTD Klang akan menjalankan operasi dalam tempoh terdekat ke atas premis tersebut.

Ahli Majlis Encik Maneyvannan a/l Velue memaklumkan tiada tindakan

tegas yang diambil ke atas aduan premis menjual minuman keras malah premis-premis tersebut didapati semakin banyak bertambah. Beliau memohon operasi bersepadu melibatkan pihak Majlis, PTD Klang dan Polis dijalankan dengan segera.

Page 12: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 12/20

SULIT

Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa pihak Kastam melalui sesi taklimat yang terdahulu ada menjelaskan kategori tertentu bagi lesen penjualan minuman keras. Beliau meminta pihak jabatan menyemak semula kategori dan kelulusan lesen yang dikeluarkan.

Tindakan : PL b) Muka surat 15/24, Perkara 4.3.1 – Taman Rakyat – Bekas Tapak

Kandang Kuda Ahli Majls Encik Sukumaran a/l A. Sundram meminta penjelasan

mengenai proses rekabentuk yang sedang diusahakan di bekas tapak kandang kuda itu.

PTR memaklumkan rekabentuk yang sedang diusahakan adalah

kawasan landskap sahaja bersesuaian untuk aktiviti riadah manakala kerja-kerja perobohan adalah melibatkan bangunan pejabat dan bangunan lain yang telah disalah guna serta berlaku vandalisme. Manakala struktur bumbung sediada dikekalkan sebagai tempat riadah.

Tindakan : PTR/PPH

c) Muka surat 16/24 Perkara 4.3.2. - Pemasangan Papan Tanda Jadual

Pembersihan Berserta Nombor Aduan Kutipan Sampah

i. Ahli Majlis Encik Mohd Salleh bin Mohamad membangkitkan mengenai daripada 41 kontraktor yang telah dilantik hanya 4 kontraktor sahaja yang telah memasang papan tanda pembersihan dan kutipan sampah. Manakala Ahli Majlis Encik Khoo Gee Tat meminta pihak Majlis untuk mengkaji semula saiz papan tanda yang telah dipasang dan memohon ianya dibesarkan agar informasi yang disampaikan kepada penduduk/orang awam adalah jelas.

ii. Kaedah pelantikan kontraktor secara ‘cut off’ – Ahli Majlis Encik

Abdul Razak bin Abdul Rashid meminda minit mesyuarat seperti berikut :-

Ahli Majlis Encik Abdul Razak bin Abdul Rashid meminta semakan dibuat ke atas kaedah secara ‘cut off’ bagi pelantikan kontraktor yang mana didapati kontraktor yang dipilih oleh Jawatankuasa Sebutharga/Tender tidak dapat melaksanakan kerja kerana harga yang ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor terlalu rendah.

Page 13: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 13/20

SULIT

Beliau mengesyorkan agar harga jabatan menjadi rujukan di dalam pemilihan kontraktor.

Ahli Majlis Encik Nalan a/l M. Muniandy turut meminta pihak Majlis mengkaji semula sistem ‘cut off’ yang telah dilaksanakan.

Tindakan : PPP/KAD

d) Muka surat 21/24 Perkara 4.3.16. - Mesyuarat Mingguan Bersama

Kontraktor Kutipan Sampah Ahli Majlis Encik Sabastine Rao a/l Pragasam membangkitkan isu

prestasi kontraktor Tetuan Hebat Abadi yang tidak memuaskan. Banyak aduan daripada penduduk menyatakan tiada kutipan sampah dijalankan di kawasan mereka. Kontraktor kawasan memberikan bermacam alasan tidak munasabah namun tiada tindakan tegas yang diambil oleh pihak Majlis. Beliau mencadangkan Majlis untuk melaksanakan kutipan sampah secara ‘in-house’ di kawasan beliau iaitu di zon N49A.

PPP menjelaskan bahawa kontraktor Hebat Abadi adalah lantikan pihak

Kerajaan Negeri yang memberi fokus kepada 4 lokasi iaitu di kawasan Bukit Tinggi, Kampung Kuantan, Jalan Hulubalang, Kampung Raja Uda dan Bayu Perdana. Beliau turut memaklumkan kontraktor ini juga tidak melaksanakan kutipan sampah mengikut jadual terutama di kawasan bermasalah seperti di Taman Sentosa. Sebanyak 68 aduan telah diterima pada bulan Julai manakala sebanyak 134 aduan diterima pada bulan Ogos dan sebanyak 44 aduan bagi bulan September. Surat peringatan telahpun dipanjangkan kepada pihak kontraktor.

Ahli Majlis Encik Nalan a/l M. Muniandy meminta pihak Kerajaan Negeri

memberikan taklimat kepada semua Ahli Majlis berkaitan isu pelantikan kontraktor Hebat Abadi.

Ahli Majlis Encik Khoo Gee Tat meminta penjelasan mengenai prestasi

kerja kutipan sampah ‘in-house’ iaitu mencapai 30% yang pernah dilaksanakan oleh pihak Majlis sebelum diserahkan kepada kontraktor Hebat Abadi.

PPP memaklumkan prestasi kerja kutipan sampah ‘in-house’ adalah

sebanyak 28% yang merangkumi kerja kutipan sampah dan kerja pembersihan kawasan.

Page 14: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 14/20

SULIT

Tuan Pengerusi menjelaskan akan mengadakan perbincangan selanjutnya di peringkat pengurusan dan meminta jabatan menilai semula prestasi kontraktor kutipan sampah yang dilantik. Penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh pihak Majlis bagi mengenalpasti kelemahan yang dihadapi. Beliau turut meminta kerjasama dari semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai untuk bersama berganding bahu menjadikan Klang Bandar Diraja yang bersih.

Tindakan : PPP

e) Muka surat 22/24, Perkara 5.2.1. - Isu Penyelenggaraan Padang

Permainan Ahli Majlis Encik Yew Boon Lye membangkitkan mengenai status

penyelenggaran padang permainan yang masih tidak dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Persekitaran sehingga kini, walaupun proses pengambilalihan sedang diselenggara oleh Jabatan Taman.

PTR menjelaskan pada 1 September 2015 terdapat 84 padang baru

diserahkan oleh JPP. Manakala 204 padang permainan masih di bawah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran dan akan tamat kerja pada tahun 2016/2017.

Tuan Pengerusi memaklumkan semasa penyusunan semula zon

pembersihan dibuat terdapat beberapa padang permainan yang tidak tersenarai dan pihak jabatan diminta menyemak dan mengumpul semula senarai lengkap untuk dibincangkan semula oleh pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : PTR/PPP

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan. 5.5. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN DAN TAKSIRAN BIL. 9

TAHUN 2015 YANG TELAH DIADAKAN PADA 21 SEPTEMBER 2015

a) Lampiran E – Ringkasan Prestasi Perbelanjaan Sehingga 31 Ogos 2015 dan Tanggungan Sehingga 31 Disember 2015.

Page 15: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 15/20

SULIT

Ahli Majlis Encik Sabastine Rao a/l Pragasam mencadangkan pihak Majlis menggunakan sebahagian daripada baki peruntukan sebanyak RM80,950,629.00 untuk melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan asas Majlis seperti penyelenggaraan kutipan sampah dan pengindahan bandar Klang.

Tindakan : PW/Makluman

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan. 5.6. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELESENAN DAN PEMBANGUNAN

USAHAWAN BIL. 9 TAHUN 2015 YANG TELAH DIADAKAN PADA 22 SEPTEMBER 2015

a) Muka surat 16/35, Perkara 4.5.3. – MENIMBANG CADANGAN

PENYUSUNAN SEMULA PENJAJA DI SEKITAR JALAN YEO GUAN HUAP, JALAN PULASAN, LORONG MYDIN, LORONG REMBAU, DEPAN PUBLIC RADIO, JALAN TINGKAT, SIARKAKI KEDAI DAN SEKITARNYA OLEH JAWATANKUASA JALAN TENGKU KELANA KE LORONG TINGKAT

-( )dlm. MPK/L (AM)059 Ahli Majlis Encik Maneyvannan a/l Velue membangkitkan isu berkaitan

kebenaran menjalankan perniagaan 3 hari seminggu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 11.00 pagi sehingga 10.00 malam. Beliau memaklumkan persetujuan dalam Jawatankuasa Kecil Jalan Tengku Kelana adalah 7 hari seminggu. Manakala Ahli Majlis Encik Yugarajah a/l Palanisamy memaklumkan peniaga-peniaga berkemungkinan akan ingkar dengan arahan 3 hari seminggu malah akan berniaga untuk 7 hari seminggu. Sehubungan dengan itu, Ahli Majlis Encik Sukumaran a/l A. Sundram mencadangkan pihak Majlis menambahbaik syarat yang ditetapkan dengan menambah klausa iaitu tempoh percubaan selama 3 hari seminggu diberikan selama 2 bulan dan Majlis akan mempertimbangkan lanjutan tempoh perniagaan kepada 7 hari seminggu sekiranya peniaga mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis.

Tuan Pengerusi memaklumkan mesyuarat telahpun bersetuju aktiviti

perniagaan dijalankan 3 hari seminggu yang mana pihak Majlis akan menilai prestasi peniaga dari segi kebersihan dan waktu perniagaan dalam tempoh 2 bulan. Dalam masa yang sama, kawalan penguatkuasaan di tapak akan dipertingkatkan oleh pihak Majlis.

Page 16: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 16/20

SULIT

Permohonan lanjutan tempoh perniagaan kepada 7 hari seminggu akan dipertimbangkan seperti yang disyor oleh Ahli Majlis sekiranya pihak Majlis berpuashati dengan keadaan di tapak.

Tindakan : PL

b) Muka surat 28/35, Perkara 5.10. – PROGRAM PEMUTIHAN STRUKTUR

DI ATAS TANAH KERAJAAN (SIARKAKI/KAKILIMA/PEPULAU) DI PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Ahli Majlis Encik Yew Boon Lye merakamkan ucapan terima kasih dan

tahniah kepada pihak Majlis kerana telah berjaya menjalankan operasi sita dan perobohan bagi program pemutihan struktur di atas siarkaki/kakilima/pepulau di kawasan Bukit Tinggi. Beliau berharap tindakan penguatkuasaan oleh Majlis berterusan dari semasa ke semasa.

Tindakan : PB/Makluman

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan.

5.7. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA OSC BIL. 18 TAHUN 2015 YANG

TELAH DIADAKAN PADA 28 SEPTEMBER 2015 a) Muka surat 61/70, Perkara 5.4.4. – CADANGAN MEMBINA 4 UNIT

RUMAH TERES BERANGKAI 2 TINGKAT DI ATAS PT NO. 147283, JALAN GELANG 3, PT NO. 147285, JALAN GELANG 2, PT NO. 147284, JALAN GELANG 2 DAN PT NO. 147286, JALAN GELANG 1, BANDAR PUTERI, KLANG, 41200 KLANG SELATAN 2 (KS2), MUKIM KLANG, DAERAH KLANG, KALNG BANDAR DIRAJA, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN MALAYAPINE ESTATE SDN. BHD.

- 600-4/1/150151 - MPK/PS/PB/161/2009 (BGN/KS) - BGN 169/2015 - TETUAN P I ARCHITECT

Ahli Majlis Encik Sundarajoo a/l Periasamy membangkitkan isu pemaju Tetuan Malayapine Estate yang berdegil di mana telah meneruskan pembinaan di tapak sebelum mendapat kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis. Beliau meminta agar pihak Majlis membuat pemantauan dari semasa ke semasa ke atas projek-projek

Page 17: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 17/20

SULIT

pembangunan yang sedang di dalam pembinaan dan mengambil tindakan tegas khususnya ke atas pemaju tersebut.

Tindakan : PB

Minit Mesyuarat tersebut telah diterima dan disahkan. PERKARA 6 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA Tiada. PERKARA 7 USUL/CADANGAN Tiada. PERKARA 8 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH AHLI MAJLIS Y.BHG. DATO’ DEEPAKARAN A/L KARUPPIAH Ahli Majlis Y.Bhg. Dato’ Deepakaran a/l Karuppiah mengucapkan salam sejahtera kepada Yang Berusaha Tuan Pengerusi, Y.A.D. Dato’ Setia Diraja Dato’ Abdul Ghani bin Pateh Akhir, Ahli Majlis-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan semua pihak yang menghadiri mesyuarat ini. Di dalam ucapannya, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Selangor yang telah memberikan kepercayaan dan melantik beliau sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang. Beliau berjanji akan menjalankan tanggungjawab bagi memenuhi harapan besar pembayar cukai di Klang amnya. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pemangku Yang Dipertua, Tuan Ahmad Khairi bin Md. Yusof dan Pemangku Setiausaha, Tuan Haji Zahrin bin Md. Nasir di atas pelantikan tersebut. Merujuk kepada laporan kewangan Majlis sehingga 31 Ogos 2015, beliau mengucapkan syabas serta tahniah kepada pihak Majlis kerana berjaya merekodkan

Page 18: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 18/20

SULIT

lebihan kewangan dari tahun 2008 sehingga kini. Berdasarkan prestasi tersebut, adalah diharapkan wang lebihan tersebut dapat dibelanjakan untuk menambahbaik perkhidmatan Majlis. Dalam masa yang sama, warga kerja Majlis juga diharap dapat meneruskan usaha-usaha murni bagi mengurangkan pembaziran dan penjimatan. Beliau juga menyentuh isu kebajikan warga kerja Majlis dan mencadangkan supaya Hari Keluarga MPK diadakan untuk diraikan bersama-sama kakitangan Majlis. Di samping itu, beliau menekankan perkara-perkara asas seperti berikut :- a) ‘Response Time’ Pihak Majlis hendaklah memberikan maklumbalas terhadap sebarang aduan dan pertanyaan yang diterima daripada orang awam dalam tempoh masa yang telah ditetapkan supaya tidak timbul isu tiada tindakan yang diambil oleh pihak Majlis. b) Membudayakan Kualiti Dan Inovasi Setiap warga kerja Majlis perlu membudayakan cara kerja yang efektif yang dapat menghasilkan mutu perkhidmatan berkualiti serta memberikan idea-idea yang berinovasi semasa menjalankan tugas. c) Hebahan Dan Penyampaian Maklumat Pihak Majlis perlu peka memberikan hebahan dan maklumat berkaitan takwim mesyuarat dan aktiviti-aktiviti Majlis kepada semua Ahli Majlis. Beliau memohon agar kelemahan dapat diperbaiki supaya tiada lagi isu kelewatan menerima sebarang maklumat. d) Persepsi Orang Awam Terhadap Peranan Ahli Majlis Beliau memaklumkan persepsi orang awam terhadap peranan Ahli Majlis adalah hanya bertanggungjawab kepada kerja pembersihan kawasan sahaja. Oleh itu, beliau memohon kerjasama dari pihak Majlis dan semua Ahli Majlis untuk mengubah persepsi tersebut dengan memberikan penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis yang sebenar kepada orang awam/penduduk Klang. e) Peniaga Warga Asing

Pihak Majlis tidak boleh berkompromi dengan peniaga-peniaga warga asing yang bermaharajalela di kawasan pentadbiran Majlis. Kewujudan mereka seolah-olah memperlekehkan undang-undang dan dasar-dasar yang digunapakai di PBT.

Page 19: SULIT - Portal Rasmi Majlis Perbandaran Klang (MPK) · PDF filedan JKR. Ianya berikutan ... Jalan Mempelam, ... (PTD) kerana pembinaan melibatkan rizab sungai yang mana tindakan di

SULIT MINIT MESYUARAT BULANAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

BIL. 9 TAHUN 2015

Muka Surat 19/20

SULIT

Beliau mengakhiri ucapan dengan harapan agar Majlis terus cemerlang dan seterusnya dapat menjadikan Klang sebagai sebuah bandaraya gemilang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi. Disemak oleh: (ZAHRIN BIN MD. NASIR) Pemangku Setiausaha, Majlis Perbandaran Klang. Disahkan oleh: (AHMAD KHAIRI BIN MD. YUSOF) Pengerusi Mesyuarat Bahagian Sekretariat, Majlis Perbandaran Klang. 1 Oktober 2015 sma/shz…