sulit 21/1 jabatan pelajaran kelantan penilaian … · penilaian menengah rendah ... iii...

21
1 SULIT 21/1 Sejarah 1 ¼ jam JABATAN PELAJARAN KELANTAN ________________________________________________________________ PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 SET 4 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

Upload: truongdang

Post on 16-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

1

SULIT 21/1 Sejarah 1 ¼ jam

JABATAN PELAJARAN KELANTAN

________________________________________________________________

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

2009

SET 4

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan objektif. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4 .Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih dan tandakan jawapan yang baru.

Page 2: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

2

1. Maklumat berikut merupakan pengertian sejarah. Siapakah tokoh sejarah yang berkata demikian? A Herodotus B Ibn Khaldum C Tun Seri Lanang D Muhd. Yusof Ibrahim 2. Antara logam yang digunakan untuk membuat peralatan pada zaman logam di Malaysia ialah I Besi II Perak III Kuprum IV Gangsa A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 3. Rajah di bawah merujuk kepada kerajaan awal di Asia Tenggara. X ialah A Funan B Angkor C Srivijaya D Majapahit

Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya

Raja berkuasa mutlak

Dianggap Raja di Gunung

Menterinya merupakan orang perantaraan raja dengan rakyat

X

Page 3: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

3

4. Maklumat di bawah menunjukkan penemuan artifak di Kedah.

Apakah yang dapat digambarkan daripada penemuan tersebut ? A Kegemilangan kerajaan B Kebijaksanaan pemerintah C Kelebihan perluasan kuasa D Kegiatan pertanian yang meluas 5. Maklumat berikut berkenaan dengan sistem pemerintahan di Melaka. Gelaran tersebut adalah bagi jawatan ? A Inang B Dayang C Biduanda D Pengasuh 6. Apakah kesan kedatangan Islam kepada amalan masyarakat Melaka ? I Kenduri arwah II Khatam al-Quran III Kewujudan institusi beraja IV Kewujudan undang-undang adat A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

• Budak kundang • Budak raja • Juak-juak

• Wang Perak • Manik dari India • Barangan kaca dari Timur Tengah

Page 4: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

4

7. Maklumat berikut berkaitan dengan tugas golongan cerdik pandai di Melaka.

Siapakah yang terlibat dengan tugas tersebut? A Ulama B Jurutulis C Pembesar D Pengarang 8. Peta berikut menunjukkan empayar Melaka pada zaman keagungannya.

Bagaimanakah kerajaan Jambi menjadi tanah jajahan takluk Melaka? A Secara suka rela B Secara penaklukan C Secara perkahwinan D Secara perdagangan

• Mahir mengarang sejarah, menghasilkan kesusasteraan dan menyusun salasilah raja • Mencatat diari istana

Page 5: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

5

9. Andaikan anda ialah Sultan Melaka pada abad ke-15. Mengapakah anda menjalankan dasar perluasan kuasa? I Menerima pelbagai ufti II Mendapat bekalan barangan III Menyelesaikan masalah dalam negeri IV Mengukuhkan hubungan persaudaraan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Pernyataan di bawah menunjukkan slogan orang Portugis.

‘Gospel, Gold. And Glory’

Apakah kejayaan daripada slogan tersebut ?

A Penjelajahan ke Timur

B Penyebaran budaya Portugis

C Pembebasan tawanan Portugis

D Penguasaan sumber perdagangan

11. Jadual di bawah menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan

Johor yang sering berpindah.

Mengapakah berlaku sedemikian ?

A Menerima ancaman luar

B Mengatur strategi ketenteraan

C Muslihat mempertahankan diri

D Mengawal kegiatan perdagangan

Tahun Pusat Kerajaan

1528 – 1564 Pekan Tua

1564 – 1571 Sayong / Johor Lama / Seluyut

1571 – 1597 Tanah Putih

Page 6: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

6

12. Pernyataan berikut berkaitan dengan Perang Johor-Jambi.

Mengapakah Jambi meminta bantuan Belanda ? A Mendapatkan kebebasan B Menyekat kemaraan Bugis C Menguasai pelabuhan Riau D Menyelesaikan masalah perebutan takhta 13. Jadual di bawah menerangkan asal usul Pahang.

Apakah X ?

A Misa Melayu

B Sejarah Melayu

C Pedagang India

D Catatan Ptolemy

14. Bagaimanakah Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak ? A Melantik pegawai British B Memberi kuasa autonomi kepada pembesar C Mengamalkan pemerintahan secara langsung D Menyerahkan pemerintahan kepada kerabat diraja

Sumber Nama

Rekod China Phang

X Pura

Orang Arab Fahan

Pada pertengahan abad ke-17, Jambi muncul sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka dan mula menyaingi Johor dalam kegiatan perdagangan.

Page 7: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

7

15. Antara sistem politik yang wujud di Sabah sebelum abad ke-16 ialah?

I Kewarisan II Kesultanan III Ketua bebas IV Ketua kampong

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 16. Mengapakah tentera Bugis menyerang Kedah pada tahun 1771?

A Meluaskan kawasan jajahan takluk B Mengusai hasil pengeluaran bijih timah C Mendapat persetujuan dari Francis Light D Memenuhi permintaan kerabat diraja Kedah bagi menyingkirkan Sultan Muhammad Jiwa 17. Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapat bantuan Firma Jourdain Sullivan dan de Souza? A Menarik pelabur asing B Menghapus ancaman lanun C Menjalin hubungan dagangan D Mengekalkan kedaulatan negeri 18. Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura pada tahun 1819 adalah kerana

A British dijemput oleh Sultan Hussein B British ingin menyaingi kuasa China C British menyelamatkan Singapura daripada ancaman lanun D British dapat menyekat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu 19. Persetiaan London 1824 telah menyelesaikan ketegangan antara British dengan Belanda.

Antara berikut yang manakah berkaitan persetiaan tersebut ?

A Menghadkan barang dagangan B Melantik wakil kawal dagangan C Mengecualikan cukai dagangan

D Menetapkan kawasan kekuasaan

Page 8: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

8

20. Rajah berikut merujuk kepada Sistem Pentadbiran di Tanah Melayu.

X merujuk kepada

A Durbar B Sistem Residen C Pentadbiran Persekutuan D Majlis Mesyuarat Persekutuan

21. Senarai berikut menunjukkan para pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong.

Apakah yang menyebabkan mereka bersengketa antara satu sama lain?

A Mendapatkan sokongan British B Memonopoli kegiatan perlombongan C Menegakkan kuasa di Sungai Ujong D Mengawal kegiatan perdagangan rempah

X

Residen Jeneral berkuasa dalam hal kewangan

Residen Jeneral mengambilalih kuasa Sultan

• Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman • Dato’ Bandar Kulop Tunggal

Page 9: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

9

22. Dialog berikut mungkin diucapkan antara George Maxwell dengan Tengku Mahmud di Kedah pada tahun 1910.

Apakah iktibar yang dapat dipelajari daripada tindakan tersebut? A Kepentingan identiti negeri dikekalkan B Keutamaan melantik pegawai yang dikenali C Keutuhan rakyat menjamin keamanan negara D Kesediaan bertoleransi dalam kehidupan bagi menjamin kesejahteraan.

23. Bagaimanakah Sultan Zainal Abidin III memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu? A Memajukan ekonomi B Menggubal perlembagaan C Membina kubu pertahanan D Menjalin hubungan dengan Siam

24. Lembaga Penasihat Johor telah ditubuhkan oleh British bagi menguasai Johor. Apakah fungsinya? I Mengurus hubungan luar Johor II Mengawal ekonomi luar Johor III Menguruskan pembangunan Johor IV Menasihat sultan tentang hal pentadbiran Johor A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Pegawai British : Penasihat British berhak menapis surat rasmi Pembesar Kedah : Tidak ! surat rasmi tidak perlu ditapis

Page 10: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

10

25. Jadual berikut menunjukkan perubahan dasar pemerintahan Sultan Brunei di Sarawak

Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

A Menguasai kekayaan B Melaksanakan kerahan tenaga C Menamatkan pemberontakan tempatan D Menggantikan Pangeran Muda Raja Hashim 26. Pada tahun 1842, James Brooke ke Brunei untuk mengesahkan

kedudukannya di Sarawak selepas Perjanjian 1841. Mengapakah Sultan Brunei mengiktiraf perjanjian tersebut?

A Kesultanan Brunei ingin menjalin hubungan B Memenuhi janji Pangeran Raja Muda Hashim C Membalas jasa James Brooke yang memberikan hadiah D Kehadiran James Brooke bersama angkatan tentera laut British

27. Rajah berikut menunjukkan perubahan peranan Majlis Negeri Sarawak.

Mengapakah berlaku perubahan tersebut?

A Menyediakan kemerdekaan B Memberi latihan kepimpinan C Menghapuskan peraturan barat D Mengelakkan kebangkitan rakyat

Sebelum kurun ke-19 Pada kurun ke-19

Pembesar-pembesar

tempatan

Wakil pemerintah Kesultanan Brunei

Majlis Negeri sehingga tahun 1941

Majlis Negeri selepas tahun 1941

Penduduk tempatan boleh menyuarakan pandangan dan bertukar-tukar fikiran

Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan hal kewangan

Page 11: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

11

Overbeck telah menjualkan hak pajakannya kepada Dent bersaudara

28. Pernyataan berikut berkaitan dengan pertapakan syarikat asing di Sabah.

. Mengapakah beliau bertindak demikian?

A Tanah tidak subur B Rakyat memberontak C Lokasi tidak strategik D Modal tidak mencukupi

29. Kerajaan British menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad (SBUB). Apakah syarat-syarat pemberian pigam tersebut? I SBUB menerima nasihat daripada kerajaan British II SBUB boleh menjual wilayah Sabah tanpa kebenaran III SBUB boleh melantik pegawai tanpa diakui oleh British IV SBUB mesti memerintah Sabah dengan adil dan saksama

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

30. Jadual berikut berkaitan dengan sistem kemasukan imigran ke Tanah

Melayu. Apakah ciri persamaan sistem tersebut?

A Dibayar gaji tetap B Dibayar tambang oleh majikan C Disediakan latiahan kemahiran D Diberi kebebasan memilih pekerjaan

Sistem kemasukan imigran ke Tanah Melayu pada kurun ke-20

• Sistem Kangani - Buruh India

• Sistem Kontrak - Buruh Cina

Page 12: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

12

31. Pernyataan berikut berkaitan dengan perjuangan pejuang Perak dalam Perang Perak.

Mengapakah kejayaan pejuang Perak gagal dipertahankan?

A British dibantu tentera luar B British menggunakan taktik gerila C British menyekat bekalan makanan D British memaksa Sultan Perak membantu

32. Pihak SBUB menceroboh kawasan hutan bagi tujuan pembinaan jalan.

Mengapakah tindakan tersebut dibantah oleh orang Murut?

A Menjadi buruh paksa B Memusnahkan tempat tinggal mereka C Menganggu roh nenek moyang mereka D Menjejaskan sumber makanan mereka

33. Senarai berikut merupakan tokoh bersejarah dalam negara kita.

Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh tersebut?

A Mendapat pendidikan sekolah Arab B Menuntut hak istimewa orang Melayu C Memperjuangkan gerakan pemulihan Islam D Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Sultan Idris

34. Melalui taktik ’bumi hangus’ tentera British telah memusnahkan jalanraya, landasan kereta api, jambatan, ladang, dan kawasan perlombongan sebelum berundur dari Tanah Melayu. Mengapakah British bertindak sedemikian? A Membalas dendam B Melemahkan hasrat Jepun C Melumpuhkan sumber ekonomi D Melengah-lengahkan kemaraan Jepun

• Ibrahim Haji Yaakob • Abdul Hassan Hadi • Harun Aminurrashid

Pasukan British berjaya dikalahkan dan Kapten Innes terkorban

Page 13: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

13

35. Gambar berikut merujuk kepada ruangan khas belajar bahasa Jepun dalam akhbar Fajar Asia.

Mengapakah kerajaan Jepun menggalakkan pembelajaran bahasa tersebut? A Mendapat sokongan rakyat B Menggalakkan budaya Jepun C Merupakan alat perpaduan kaum D Memperkayakan budaya tempatan 36. Apakah jasa Thailand sehingga dihadiahkan Negeri-Negeri Melayu Utara oleh Jepun? A Menyampaikan maklumat B Memberi laluan ke Tanah Melayu C Membekalkan makanan dan minuman D Memberi bantuan rawatan dan perubatan

37. Senarai berikut merupakan tokoh-tokoh kaum ibu dalam perkembangan politik di Tanah Melayu. Apakah peranan ketiga-tiga tokoh tersebut? A Membantu penubuhan UMNO B Memperjuangkan kebajikan wanita C Menentang Gagasan Malayan Union D Membantu pengasasan Persekutuan Tanah Melayu

- Zahara binti Abdullah - Halimahton binti Abdul Majid - Datin Puteh Mariah

Page 14: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

14

38. Mengapakah perubahan berikut dianggap penting kepada orang Melayu ?

1946 1948

Malayan Union

Persekutuan Tanah Melayu

A Kuasa sultan dikembalikan B Pentadbiran negeri diselaraskan C Syarat kewarganegaraan dilonggarkan D Sultan mempengerusikan Dewan Undangan Persekutuan 39. Rajah berikut menunjukkan sistem kerakyatan Jus Soli Persekutuan Tanah Melayu 1948. X merujuk kepada ? A Rakyat British

B Pedagang Cina

C Pedagang India

D Rakyat Malayan Union

40. Min Yuen telah ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya.

Apakah peranan Min Yuen? I Membekalkan senjata II Membekalkan makanan III Memberikan maklumat IV Memberikan perlindungan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Kerakyatan Jus Soli

X

Rakyat Raja

Page 15: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

15

41. Pernyataan berkenaan berkaitan dengan tindakan pihak British dalam membanteras ancaman komunis.

Apakah kesan daripada tindakan tersebut ke atas Parti Komunis Malaya (PKM)? A Pucuk pimpinan bertukar B Penyerahan diri ramai ahli C Pembentukan Barisan Bersatu D Perubahan dalam taktik perjuangan 42. Apakah kesan langsung daripada peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 1948? A PKM diharamkan B Pertahanan dikukuhkan C Darurat telah diisytiharkan D Rancangan Briggs diperkenalkan 43. Apakah langkah pertama ke arah mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu? A Penubuhan UMNO B Pengenalan Sistem Ahli C Pembentukan Parti Perikatan D Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 44. Antara berikut, yang manakah merupakan Laporan Razak 1956? I Sistem nazir yang berbeza II Sukatan pelajaran yang sama III Pendidikan rendah adalah wajib IV Sistem peperiksaan yang berlainan

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

British akan menawarkan wang saguhati sebanyak $350.00 dan bekalan beras untuk setiap orang gerila komunis yang keluar dari hutan.

Page 16: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

16

45. Apakah hasil kompromi UMNO dengan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) dalam sistem pendidikan? A Sekolah rendah diwajibkan B Sukatan pelajaran yang sama C Selaraskan sistem peperiksaan D Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

46. Mengapakah Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan? A Memasarkan hasil keluaran B Mengenalpasti masalah penduduk C Membaiki taraf hidup kaum peribumi D Menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi 47. Suruhanjaya Bebas dalam Perjanjian London memainkan peranan penting untuk? A Merangka Perjanjian London B Menggubal Perlembagaan Merdeka C Mentadbir Persekutuan Tanah Melayu D Merunding kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 48. Mengapakah satu perjanjian pertahanan dengan British ditandatangani? I Menjaga keselamatan British II Menstabilkan politik Tanah Melayu III Menjamin kepentingan ekonomi British IV Menjaga keamanan dan keharmonian Tanah Melayu A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Page 17: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

17

49. Pernyataan berikut menunjukkan peristiwa sebelum pemasyhuran kemerdekaan.

Apakah kesan peristiwa di atas? A Melahirkan sebuah kerajaan yang makmur B Mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu C Menandakan kebebasan negara daripada penjajahan British D Melahirkan identiti kebangsaan kepada negara yang merdeka 50. Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlembagaan merdeka? A Ketua adat B Ketua negara C Ketua menteri D Ketua kewangan 51. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gerakan anti- penyerahan di Sarawak? I Sarawak mempunyai masalah ekonomi II Bertentangan dengan Perlembagaan 1941 III Anthony Brooke tidak dilantik sebagai Raja Sarawak IV Mendapat sokongan dari bekas pegawai-pegawai British A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan megahnya pada 30 Ogos 1957

Page 18: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

18

52. Dialog berkaitan mungkin berlaku dalam kalangan Pegawai British di Sarawak.

Apakah peranan YMA ditubuhkan? I Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat II Mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak ahli

III Menimbulkan ancaman kepada gerakan antipenyerahan IV Menggalakkan golongan antipenyerahan menyokong British

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

53. Rajah berikut menunjukkan gerakan penentangan oleh pertubuhan tempatan terhadap British.

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenainya? A Rukun Tiga Belas gagal mencapai matlamatnya B Rukun Tiga Belas berjaya dalam perjuangan mereka C Rukun Tiga Belas dianggotai oleh semua rakyat Sarawak D Rukun Tiga Belas akhirnya bekerjasama dengan pihak British

Pegawai British A : Nampaknya semakin ramai orang- orang di Sarawak yang menyokong gerakan anti-penyerahan. Pegawai British B : Kalau begitu, kita tubuhkan Young Malay Association (YMA)

Rukun Tiga Belas

Menentang Penyerahan Sarawak

Page 19: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

19

54. Rajah berikut berkaitan dengan pengenalan perlembagaan baru di Sabah.

Apakah peristiwa penting yang berlaku akibat pembentukan perlembagaan tersebut? A Bumiputera Sabah menyertai Majlis Kerja B Banyak persatuan politik telah ditubuhkan C Berakhirnya usaha ke arah berkerajaan sendiri D Bumiputera Sabah bepeluang sertai Majlis Undangan

55. Senarai berikut menunjukkan penubuhan parti-parti politik di Sabah.

● USNO ● UNKO ● SCA

Apakah yang dapat dikaitkan dengan kemunculan parti-parti tersebut? A Penentangan terhadap British B Penyertaan dalam pilihan raya C Pengumuman Gagasan Malaysia D Pertubuhan yang menuntut kemerdekaan

56. Apakah peranan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ?

A Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak B Memberi penerangan kepada pemimpin Sabah dan Sarawak C Mengadakan rundingan dengan pemimpin Sabah dan Sarawak D Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak atas permintaan Indonesia dan Filipina

Perlembagaan Baru Tahun 1950

Majlis Kerja Majlis Undangan

Page 20: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

20

57. Parti PAS menyokong pembentukan Persekutuan Malaysia. Apakah cadangan lain parti tersebut? A Menyekat kemasukan imigran B Mewujudkan sebuah kerajaan Islam C Memperketatkan syarat pemberian kerakyatan D Membentuk Melayu Raya yang merangkumi Indonesia

58. Dialog berikut menggambarkan situasi di Sabah dan Sarawak pada

tahun 1961. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat mengenainya? A Penentangan terhadap sistem pemerintahan James Brooke B Penentangan parti-parti politik di Sabah terhadap kerajaan British C Penentangan terhadap pengaruh komunis di Sabah dan Sarawak D Penentangan awal rakyat Sabah dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia

59. Maklumat berikut merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan Indonesia

Apakah tujuan usaha-usaha tersebut? A Meningkatkan ekonomi ASEAN B Mewujudkan kerjasama serantau C Mewujudkan perdamaian antara Malaysia-Indonesia

D Memberi penerangan secara terperinci tentang Malaysia

• Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963) • Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963) • Persidangan di Bangkok, (Februari 1964) • Persidangan di Tokyo, (Jun 1964)

X : Kita bimbang negeri kita akan kehilangan identitinya. Y : Kita juga bimbang negeri kita akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah Melayu. Z : Ekonomi kita sudah tentu dikuasainya.

Page 21: SULIT 21/1 JABATAN PELAJARAN KELANTAN PENILAIAN … · PENILAIAN MENENGAH RENDAH ... III Menyelesaikan masalah dalam negeri ... Tujuan utama pihak British berusaha mendapatkan Singapura

21

60. Peristiwa berikut menunjukkan jalan penyelesaian kepada masalah hubungan antara Malaysia dengan Singapura.

Mengapakah tindakan Tunku Abdul Rahman itu dianggap wajar? A Perpaduan kaum terpelihara B Pengaruh komunis dapat dihapuskan C Persaingan kuasa dapat dikurangkan D Pemberontakan rakyat dapat ditamatkan

KERTAS SOALAN TAMAT

Tarikh : 9 Ogos 1965 Tempat : Parlimen Peristiwa : Tunku Abdul Rahman

mengisytiharkan pemisahan Singapura dari Malaysia