sukasuki

20
1.0 Pengenalan. Malaysia adalah antara negara yang tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan bidang ilmu pendidikan dan sentiasa ingin berdaya saing . Sehubungan dengan keutamaan ini, pelbagai kekurangan dalam aspek pendidikan sentiasa diberi perhatian yang serius untuk menjadikan semua yang menerima pendidikan dapat menerima pendidikan yang terbaik. Antara usaha untuk memperbaiki segala kekurangan dalam pendidikan yang diterima ialah pengenalan kepada pendidikan pemulihan. Pendidikan pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis , dan mengira. Justeru melihat pentingnya pendidikan pemullihan kepada yang layak, kementerian pelajaran telah memulakan kelas-kelas pendidikan pemulihan dengan menyediakan kelas pendidikan pemulihan dan sekolah pendidikan khas mengikut keperluan murid-murid. 2.0 Definisi dan Konsep 2.1 Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan Pemulihan didefinisikan sebagai satu tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menullis, dan mengira. Beberapa pihak lain juga telah memberikan definisi mereka tentang pemulihan. Antaranya ialah :- Sharifah Alwiyah Alsagof ,1983: 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa , dan dalam billik darjah untuk pembelajaran khusus oleh guru pemulihanPusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan

Upload: norharyaty-sulaiman

Post on 14-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SUKASUKI

TRANSCRIPT

Page 1: SUKASUKI

1.0 Pengenalan.

Malaysia adalah antara negara yang tidak mahu ketinggalan dalam

perkembangan bidang ilmu pendidikan dan sentiasa ingin berdaya saing .

Sehubungan dengan keutamaan ini, pelbagai kekurangan dalam aspek

pendidikan sentiasa diberi perhatian yang serius untuk menjadikan semua yang

menerima pendidikan dapat menerima pendidikan yang terbaik.

Antara usaha untuk memperbaiki segala kekurangan dalam pendidikan

yang diterima ialah pengenalan kepada pendidikan pemulihan. Pendidikan

pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid

yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca,

menulis , dan mengira.

Justeru melihat pentingnya pendidikan pemullihan kepada yang layak,

kementerian pelajaran telah memulakan kelas-kelas pendidikan pemulihan

dengan menyediakan kelas pendidikan pemulihan dan sekolah pendidikan khas

mengikut keperluan murid-murid.

2.0 Definisi dan Konsep

2.1 Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan

Pemulihan didefinisikan sebagai satu tindakan yang dijalankan untuk

membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai

kemahiran asas membaca, menullis, dan mengira. Beberapa pihak lain juga

telah memberikan definisi mereka tentang pemulihan. Antaranya ialah :-

Sharifah Alwiyah Alsagof ,1983: 371 “satu tindakan khusus yang diambil

untuk keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi

pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang

dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan

daripada sekolah biasa , dan dalam billik darjah untuk pembelajaran khusus

oleh guru pemulihan”

Page 2: SUKASUKI

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

(1984), ‘dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-

langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi

masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis

dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah

tersebut dapat dikesan dan ditentukan’

Kebanyakan definisi yang diberikan merujuk kepada satu maksud yang

sama iaitu untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam

menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Antara program

yang pernah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian pelajaran ialah :-

i. Pemulihan KBSR yang dilaksanakan di dalam kelas biasa bagi membantu

murid lemah dalam menguasai kemahiran yang telah dipelajari.

ii. KIA2M singkatan bagi Kelas Intensif Awal Membaca dan Menulis.

Kumpulan sasaran ialah murid tahun satu bagi membantu menguasai

kemahiran asas membaca dan menulis (2M) dan dikehendaki menduduki

Ujian Pelepasan. Murid yang masih gagal dalam Ujian Pelepasan 3 akan

ditempatkan di kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya.

iii. PROTIM singkatan untuk Program Pemulihan 3M. Program ini

dilaksanakan selepas murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR dan

bertujuan membantu menguasai kemahiran 3M. Pada masa kini program

ini turut mensasarkan murid tahap 2 .

iv. LINUS yang membawa maksud Program Saringan Literasi dan

Numerasi. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan

program KIA2M dan memastikan semua murid tahun 1 pada 2010

menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira pada akhir

tahun 3 menjelang 2012.

Page 3: SUKASUKI

Pendidikan pemulihan berkonsepkan membantu para pelajar yang

menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran

dengan pendekatan, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif . Pelajar-

pelajar lambat kerana gagal menguasai sesuatu kemahiran dalam masa yang

ditentukan. Biasanya , diperingkat permulaan, pelajar-pelajar berkenaan diberi

pendidikan pemulihan di dalam kelas biasa.

Ketika pelajar-pelajar tersebut menjalani pendidikan pemullihan , pelajar-

pelajar yang telah berjaya menguasai kemahiran tertentu dibenarkan menjalani

aktiviti-aktiviti pengayaan. Jika didapati pelajar-pelajar lambat itu masih gagal

dalam aktiviti pemulihan yang dijalankan , mereka akan dihantar ke kelas

pemulihan khas yang dikendalikan oleh guru pemulihan.

2.2 Definisi dan Konsep Pendidikan Pengayaan

Pengayaan didefinisikan mengikut pelbagai pendapat. Definisi berikut

dipetik daripada Kamus Dewan:

Kamus Dewan, Edisi keempat ( 2005:693 ) mentakrifkan, “pengayaan sebagai

perihal ( usaha, proses,) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan

kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas

pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar

waktu persekolahan.

Program pengayaan merupakan suatu rancangan pembelajaran yang

dibentuk untuk para pelajar agar memperoleh pelbagai pengalaman serta

pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

Aktiviiti-aktiviiti yang dirancang adalah menarik serta mencabar. Secara tidak

langsung melalui program pengayaan murid berpeluang untuk mengembangkan

lagi sikap berdikari , sifat ingin tahu, daya cipta, serta daya kepimpinan.

Aktiviti hendaklah disediakan untuk para pelajar yang cerdas,

sederhana, dan lambat. Aktiviti pengayaan diberikan kepada murid-murid

setelah mereka berjaya menguasai satu atau lebih kemahiran asas tertentu.

Page 4: SUKASUKI

Di dalam sesebuah kelas, biasanya terdapat kumpulan pelajar yang cerdas,

sederhana dan lambat. Bagi pelajar yang cerdas dan sederhana, kerja yang biasa

akan dapat diselesaikan dengan cepat. Pelajar dalam kumpulan lambat juga dapat

mengalami aktiviti pengayaan setelah mereka berjaya menguasai satu-satu kemahiran

tertentu. Aktiviti pengayaan yang disediakan hendaklah sejajar dengan aras kebolehan

para pelajar.

2.3 Objektif Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan

2.3.1 Objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan dijalankan bertujuan untuk membolehkan

pelajar menguasai beberapa objektif . Antaranya pelajar berkemampuan

menguasai kemahiran –kemahiran tertentu dengan kaedah, bahan-bahan

pelajaran serta aktiviti alternatif yang sejajar dengan kebolehan serta

minat mereka.Pelajar juga seharusnya menerima layanan secara individu

mengikut kadar perkembangan mental mereka.

Selain itu guru-guru dapat membantu pelajar mengatasi masalah –

masalah akademi yang mereka hadapi. Melalui pendidikan pemulihan

juga para pelajar berpeluang memperkembangkan potensi dan bakat

mereka dengan menyertai aktiviti-aktiviti sosial di dalam dan diluar blik

darjah. Pada kebiasaannya pelajar yang lemah kurang berkeyakinan,

namun melalui pelaksaaan pendidikan pemulihan para pelajar ini dapat

membina sifat keyakinan serta mampu berinteraksi dengan berkesan

dalam masyarakat.

Mereka juga berpeluang meneruskan pelajaran mereka dalam sistem

persekolahan biasa atau sekolah khas jika perlu. Murid-murid ini juga

seharusnya layak menerima bahan-bahan pembelajaran yang lebih

bermakna , iaitu seimbang dengan kebolehan mereka agar mereka

merasakan keberjayaan dalam pelajaran walaupun sedikit. Sifat kasih

sayang, hormat menghomati dapat dipupuk melalui pendidikan pemulihan

kerana pelajar merasakan kehadiran mereka ke sekolah dihargai oleh

rakan-rakan dan para guru.

Page 5: SUKASUKI

2.3.2 Objektif Pendidikan Pengayaan

Antara objektif pendidikan pengayaan ialah murid dapat

menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran

biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka

dalam pelajaran tertentu. Murid –murid juga berkeupayaan menjalani

aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk

mempertingkatkan pencapaian murid. Selain itu, murid-murid dapat

menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat

mereka .

Aktiviti pengayaan juga mampu memupuk tabiat membaca

melalui satu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan

memperoleh pengetahuan seperti Program NILAM. Murid berkeupayaan

menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran

dan seterusnya membolehkan mereka terus mencari ilmu pengetahuan

sendiri untuk seumur hidup.

Mereka juga dapat mengembangkan bakat-bakat ciptaan serta

berkeupayaan menilai sesuatu kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti

pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran binaan dan sebagainya.

Bakat kepimpinan juga boleh dikembangkan kepada peringkat yang lebih

tinggi melalui belajar secara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

2.4 Rasional Pendidikan Pemulihan dan Pengayaan

Rasional pelaksanaan pendidikan pemulihan kerana menyedari pelajar

berbeza dari segi kebolehan dan minat. Tambahan pula di dalam sesebuah bilik

darjah bilangan pelajar adalah antara 30 sehingga 35 orang murid. Ini bermakna

ada pelajar yang dapat memahami apa yang diajar oleh guru manakala ada

sesetengahnya tidak dapat menguasai. Sekiranya pelajar yang lambat dibiarkan

begitu sahaja, masalah pembelajaran mereka akan semakin bertambah dan

ketinggalan.

Pelajar yang ketinggalan ini, cepat kehilangan dorongan untuk datang ke

sekolah, lanjutan dari hal ini mungkin timbul gejala ponteng dan keciciran dalam

Page 6: SUKASUKI

pelajaran. Oleh hal yang demikian, pendidikan pemulihan dapat mengurangkan

kadar keciciran di kalangan pelajar yang lambat.

Berbeza pula dengan rasional pelaksanaan pendidikan pengayaan,

kesilapan memberi perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan ciri-ciri

murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca membantutkan minat

belajar murid. Umpamanya murid yang telah menguasai kemahiran yang diajar akan

merasa bosan jika dihidangkan dengan corak pembelajaran yang sama.

Aktiviti yang sama juga untuk keseluruhan kelas boleh menghilangkan

keghairahan untuk belajar terutamanya murid yang cerdas akan merasakan bahan

pembelajaran tersebut tidak mencabar. Oleh yang demikian, pelaksanaan

pendidikan pengayaan dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing.

Page 7: SUKASUKI

3.0 Masalah-masalah Penguasaan Pembelajaran Lisan Dan Bacaan.

Pendidikan pemulihan bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah dalam

penguasaan kemahiran membaca , menulis dan mengira. Masalah-masalah

tersebut hendaklah dikenal pasti oleh guru.

3.1 Masalah Penguasaan Pembelajaran Dalam Lisan

Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan

dialaminya. Seterusnya, dia akan cuba meniru serta menuturkannya

berulang-ulang. Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting

dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Dalam

lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur. Berikut merupakan contoh-contoh masalah lisan.

i Membunyi huruf yang seakan-akan sama.

Antara contoh yang dihadapi oleh murid-murid dalam

pembelajaran lisan ialah keliru membunyikan huruf yang seakan-

akan sama contohnya huruf c dan e,

ii Membunyi nama huruf yang seakan-akan sama.

Keliru membunyikan nama huruf yang seakan-akan sama bentuk

contohnya bunyi huruf m dan n, bunyi huruf b dan p.

iii Salah susunan frasa.

Selain itu , terdapat juga masalah seperti salah susunan frasa

contohnya cermin mata disebut ‘mata cermin’.

iv Salah susunan ayat.

Salah susunan ayat contohnya seperti ayat yang sepatutnya

berbunyi “Aminah pergi ke sekolah” menjadi “Aminah sekolah

pergi”.

v Tidak boleh melakukan arahan yang didengar.

Ada juga pelajar yang tidak boleh melakukan arahan yang

didengar

Page 8: SUKASUKI

vi Tidak dapat menyebut dengan betul huruf-huruf tertentu.

Tidak dapat menyebut dengan betul huruf-huruf tertentu dalam

perkataan contohnya mari disebut ‘mali’. Hal ini demikian kerana

pelajar tersebut tidak dapat menyebut huruf ‘r’ dengan betul.

3.2 Cara mengesan masalah pembelajaran dalam lisan.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru bagi

mengesan masalah pembelajaran dalam lisan. Sebelum dapat

menyelesaikan masalah pembelajaran lisan, guru boleh mengesan

kelemahan murid melalui:

i Sebutan dan intonasi.

Melalui cara ini, guru akan mengamati setiap sebutan dan intonasi

pertuturan murid ketika menjalankan gerakerja atau aktiviti lisan.

ii Ujian pengesanan Khusus.

Guru juga dapat membuat pengesanan khusus dengan merangka,

membina serta melaksanakan ujian lisan yang yang bertujuan

menguji keupayaan murid untuk perkara-perkara seperti berikut:

•Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.

•Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen

linguistik bahasa.

•Memahami konsep dan maksud perkataan atau ayat.

•Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek

pengamatan pendengaran.

•Mendengar secara kritikal.

iii Rakaman.

Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan

menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada

sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh

menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang

didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus

berkaitan ”auding”.

Page 9: SUKASUKI

3.3 Masalah Penguasaan Pembelajaran Dalam Membaca

Membaca merupakan suatu aktiviti kognitif kompleks yang melibatkan

pemindahan simbol-simbol yang dibaca kepada otak untuk ditafsir serta

memberi makna. Keupayaan untuk membaca dengan lancar adalah tidak

mencukupi sekiranya pelajar tidak memahami apa yang dibaca. Masalah

dalam bacaan boleh dikategori kepada lima aspek iaitu bentuk huruf,

peringkat suku kata, kesukaran dalam pengamatan, dan kesukaran membaca

peringkat ayat.

a) Bentuk Huruf.

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah keliru dengan

bentuk huruf yang seakan-akan sama contohnya huruf h dan n, huruf c

dan e, huruf f dan t, g dan q. Keliru dengan bentuk huruf yang terbalik

contohnya w dan m, h dan y , u dan n. Seterusnya, murid keliru dengan

huruf-huruf yang berbentuk songsang contohnya huruf p dan q, d dan b .

Terdapat juga murid yang keliru dengan bunyi huruf yang seakan-

akan sama contohnya bunyi b dan p,bunyi d dan t, dan bunyi m dan n.

Keliru semasa menyebut nama huruf yang seakan-akan sama bentuk

contohnya huruf n dan h, huruf m dan n, huruf i dan j, dan c dan e. Bagi

murid yang belajar Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka akan

menghadapi masalah menyebut nama huruf mengikut bunyi telor dalam

bahasa ibunda contohnya o disebut ‘wo’ manakala r disebut ‘l’

b) Peringkat Suku Kata

Pada peringkat suku kata pula, murid-murid sering keliru semasa

menyebut bunyi konsonan berganding contoh sy dan ny. Ada juga murid

yang tidak berupaya membezakan bunyi suku kata yang ada e pepet dan

e taling contoh perkataan sepak dan sepak , perkataan perang dan

perang. Terdapat di kalangan murid-murid yang tidak boleh membunyikan

perkataan yang mengandungi digraph di awal contonya syak disebut ‘sak’

dan nyaman disebut ‘naman’ .

Page 10: SUKASUKI

Masalah seterusnya ialah tidak membunyikan setengah-setengah

bunyi huruf contohnya pekak disebut ‘peka’ , dan marah disebut ‘mara’.

Masalah ini juga sering terjadi di kalangan pelajar yang menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Para pelajar juga sering keliru

ketika menyebut perkataan –perkataan yang seakan-akan sama rupa

contohnya rumput disebut ‘rambut’ dan kelapa disebut ‘kepala’.

Masalah lebih berat jika ada pelajar yang tidak berupaya

membaca dengan lancar seperti mengulang setengah-setengah

perkataan atau tidak memahami maksud yang dibaca. Masalah-masalah

lain ialah tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata vk di awal

perkataan, sukar untuk mencerakinkan perkataan untuk membatang suku

kata, tidak boleh membatang perkataan yang mempunyai banyak suku

kata, keliru membatang perkataan yang mengandungi diftong dan vokal

berganding dan akhir sekal tidak boleh membatang suku kata yang

melibatkan imbuhan.

c) Kesukaran Dalam Pengamatan

Apabila seseorang pelajar menghadapi masalah kesukaran dalam

pengamatan ialah,mereka boleh mengeja tetapi tidak boleh

membunyikan, mengeja sebelum membaca, menggantikan suku kata

dalam perkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suka kata dalam perkataan

terutamanya perkataan berimbuhan atau lebih daripada dua suku kata

dan salah menyebut perkataan yang seakan-akan serupa. Kesukaran

dalam pengamatan juga mengakibatkan pelajar akan salah menyebut dan

membunyikan perkataan yang akan-akan sama dan menyebut perkataan

mengikut loghat.

d) Kesukaran Membaca Peringkat Ayat.

Pelajar yang menghadapi kesukaran membaca peringkat ayat pula

akan melakukan kesilapan seperti menggantikan perkataan dengan

perkataan lain ,tertinggal perkataan, pembalikan perkataan dan

mengulang-ulang membaca sesuatu perkataan. Mereka juga akan

membaca secara merangkak-rangkak kerana mengeja terlebih dahulu.

Page 11: SUKASUKI

Terdapat juga pelajar yang membaca mengikut dialek contohnya “Dia

beri saya wang” dibaca sebagai ‘Lia, beli saya wang’.

3.3 Masalah dalam Ejaan

a) Lemah dalam ingatan penglihatan

Ianya berlaku apabila murid tidak dapat mengingat atau

membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. Selain itu,

mungkin juga terdapat murid yang menghadapi masalah penglihatan

seperti rabun dan juling.

b) Lemah dari segi Analisis Pendengaran

Murid yang lemah dari segi analisis pendengaran akan

menghadapi masalah tidak dapat menentukan lambang yang mewakili

bunyi. Mereka juga tidak boleh mengecam atau mendengar bunyi-

bunyi yang terlibat di dalam perkataan. Selain itu, tidak dapat memilih

lambang-lambang secara rawak.

4.0 Cara-Cara Mengatasi Masalah dalam Pembelajaran

Para guru sentiasa berusaha mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

pelajar dan merancang langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Di sini,

saya berikan beberapa contoh masalah dan cara yang boleh dilakukan untuk

membantu pelajar mengatasi masalah tersebut.

a) Masalah: Tidak boleh membaca ayat-ayat ringkas dengan lancar.

Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pada guru ialah memulakan

pengajaran dengan menunjukkan kad gambar. Pelajar diminta menyebut nama

benda tersebut. Kemudian, guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan

dan pelajar mengajuknya. Seterusnya, pelajar diminta memadankan kad-kad

perkataan dengan gambar, pelajar diminta membaca kad perkataan secara latih

tubi. Akhir sekali murid dibimbing membaca dengan menggabungkan perkataan

yang telah diulang baca. Untuk mengukuhkan pemahaman, pelajar diminta

menulis ayat di dalam buku.

b) Masalah : Tidak memahami arahan yang diberikan

Page 12: SUKASUKI

Beberapa langkah dicadang untuk membantu murid mengatasi masalah

di atas ialah dimulakan dengan guru memberikan arahan. Guru boleh

menggunakan pita rakaman dan diulang dengar . Untuk meningkatkan

pemahaman , guru boleh menerangkan makna arahan , contohnya, “Sila tutup

pintu”. Guru perlu menyoal pelajar tentang apa yang perlu dilakukan. Guru

hendaklah melihat respons daripada pelajar, perlakuan itu diulang-ulang untuk

mengukuhkan pembelajaran.

c) Masalah : Keliru dengan huruf kecil yang seakan-akan sama.

Untuk membantu murid mengatasi masalah ini, guru perlu menyediakan

kad-kad huruf yang berkenaan. Minta murid menulis huruf , contohnya huruf

yang keliru antara huruf ‘c’ dan huruf ‘e’. Minta murid menulis huruf ‘c’ dan

membunyikannya. Seterusnya minta murid menulis huruf yang menjadi

kekeliruan iaitu huruf ‘e’.

Gunakan kad imbasan dan minta murid membunyikan huruf yang

ditunjukkan berulang kali. Aktiviti seterusnya, minta murid menulis huruf secara

berulang untuk mengukuhkan ingatan. Sebagai penilaian, gunakan beberapa

kad yang mempunyai huruf-huruf yang keliru dan minta murid menyebut huruf-

huruf semula.

5.0 Cara-cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Guru kelas merupakan orang yang paling baik untuk mengesan aspek –aspek

kelemahan pelajar. Pengesanan awal amat penting agar pelajar yang lemah

dapat dibantu lebih awal. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengesan

pelajar-pelajar tersebut temasuklah pemerhatian, pentafsiran rekod

prestasi,rekod profil, ujian kertas dan pensel, latihan harian , soal jawab dan kuiz.

5.1Pemerhatian

Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang paling penting

dalam pengesanan pelajar untuk pemulihan. Setiap pelajar yang lambat

akan menunjukkan ciri-ciri yang nyata . Antara tanda-tanda yang

menunjukkan seseorang memerlukan pendidikan pemulihan ialah murid

tersebut sukar mengenal huruf dan perkataan mudah. Bersikap hiperaktif,

tidak berupaya duduk diam serta cepat hilang tumpuan.

Page 13: SUKASUKI

Murid tersebut juga tidak berupaya melukis bentuk yang mudah

dan sering menunjukkan tulisan yang songsang. Melalui pemerhatian,

guru dapat melihat murid-murid ini menghadapi masalah koordinasi

dalam penulisan. Murid-murid ini akan melakukan pengulangan kesilapan

yang sama semasa cuba membentulkannya. Murid-murid ini juga kurang

upaya mengikut arahan lisan dan lambat menyelesaikan latihan serta

kebolehan menyusun yang terhad.

Selain tanda-tanda yang ditunjukkan di atas, melalui pemerhatian

juga guru berpeluang mengesan emosi seseorang pelajar. Guru perlu

sedar mengenai tanda-tanda ketegangan seperti kedudukan tubuh badan,

tangan, suara yang tidak semula jadi . Tanda-tanda ketegangan

merupakan hasil daripada kritikan oleh guru, ibubapa atau ejekan rakan

sedarjah. Pemerhatian juga boleh dilakukan diluar bilik darjah,

Pemerhatian seperti ini memberi gambaran tentang corak pergaulan

seseorang pelajar. Contohnya tidak bergaul dengan murid-murid lain

semasa makan di kantin dan sering berseorangan. Masalah seperti ini

boleh mengganggu penumpuan terhadap pelajaran. Pemerhatian teliti

tidak tamat dengan pengesanan pelajar lambat sahaja sebaliknya usaha

memulihkan pelajar lambat amat penting.

5.2Pentafsiran Rekod Prestasi

Rekod prestasi seperti bentuk senarai semak, iaitu satu senarai

kemahiran-kemahiran kecil dikemukakan. Bagi setiap kemahiran yang

diperoleh pelajar , tanda (/) akan diletak disebelah namanya. Melalui

rekod prestasi guru akan dapat mengenal pasti murid yang memerlukan

pendidikan pemulihan. Melalui rekod ini, jelaslah penelitian tentang rekod

prestasi merupakan satu cara yang baik untuk mengesan kesukaran

pembelajaran pelajar.

Rekod Prestasi

Tarikh: 22 Mei. 2012 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Page 14: SUKASUKI

Kelas : Tahun 1

Bi

l

Nama Kemahiran

Abjad

konsonan

vokal Suku kata

kv

Perkataan

kv+kv

Suku kata

kvk

1 Nur Hilman / / / / /

2 Nur Atikah / / / / /

3 Mohd Hafizul / / x x x

4 Mohd Azam / / x x x

5 Mohd Nizam / / / / /

Contoh Rekod Prestasi

5.3Pentafsiran Rekod Profil

Rekod profil memberi gambaran tentang pencapaian pelajar

secara keseluruhan. Rekod ini biasanya disediakan pada setiap

penghujung penggal. Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran

dicatatkan dalam bentuk gred. Gred yang lemah menunjukkan pendidikan

pemulihan perlu disediakan bagi satu-satu mata pelajaran berkenaan.

Penggal 1

Mata pelajaran Gred Catatan

Bahasa Melayu

LIsan

Bacaan

Tulisan

C

D

A

Bahasa Inggeris

LIsan

Bacaan

Tulisan

B

B

A

Matematik D

Pendidikan Moral A

Sains B

Contoh Rekod Profil

Page 15: SUKASUKI

5.4 Ujian Kertas dan Pensel

Ujian-ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian

subjektif. Pelbagai jenis ujian ini akan memberikan gambaran pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

dan Matematik. Skor yang rendah dalam satu-satu mata pelajaran

menunjukkan kelemahan calon dan pendidikan pemulihan perlu diberikan.

5.5 Soal Jawab dan Kuiz

Sesi soal jawab dan kuiz dapat memberi petunjuk segera tentang

kefahaman pelajar-pelajar dalam topik yang disampaikan. Maklum balas

yang segera ini penting bagi guru memikir serta merancangkan aktiviti-

aktiviti pemulihan yang wajar agar masalah-masalah pembelajaran pelajar

tidak berhimpun. Melalui cara ini masalah pembelajaran dapat dikesan

pada peringkat awal serta langkah pemulihan dapat diambil dengan cepat.

5.6 Latihan Harian

Adalah menjadi satu amalan biasa bagi guru-guru untuk menyediakan

latihan harian di hujung satu-satu pelajaran. Latihan harian boleh

berbentuk bahan lisan dan bertulis. Dari semasa ke semasa guru akan

mengemukakan soalan-soalan lisan bertujuan menguji kefahaman

pelajar-pelajar tentang tajuk pelajaran. Cara ini dapat memberi maklum

balas kepada guru bagi menentukan keperluan untuk diadakan

pendidikan pemulihan.

Page 16: SUKASUKI

6.0Langkah-langkah Mengelola dan Menggunakan Strategi Pengajaran Pemulihan

Sebelum seseorang guru melaksanakan pendidikan pemulihan terhadap pelajar,

beberapa langkah perlu dilakukan . Langkah-langkah yang sewajarnya perlu

dilakukan agar pendidikan pemulihan yang bakal dilaksanakan memberi impak yang

maksimum terhadap pelajar yang terlibat. Dalam membincangkan langkah

mengelolakan kelas pendidikan pemulihan , saya memilih cara mengelola murid

pemulihan dalam kelas pemulihan.

Page 17: SUKASUKI

6.1 Cara-cara Mengelola dan Menggunakan Strategi Pengajaran Pemulihan

Murid ke Kelas Pendidikan Pemulihan Khas

Langkah-langkah Pengelolaan oleh Guru Pemulihan Khas

Beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan oleh guru pemulihan khas

setelah menerima murid yang berkes berat .

6.1.1 Ujian Saringan

Ujian saringan merupakan alat untuk mengesan secara am

kelemahan serta kekuatan dalam kemahiran-kemahiran yang

terlibat dalam mata pelajaran-mata pelajaran asas seperti Bahasa

Malaysia dan Matematik. Isi atau kandungan yang diuji

merangkumi semua bahan yang diajar sehingga masa ujian

saringan dijalankan. Matlamat menjalankan ujian saringan adalah

untuk menentukan pelajar-pelajar yang benar-benar memerlukan

pendidikan pemulihan.

6.1.2 Ujian Diagnostik

Selepas ujian saringan dijalankan murid-murid yang layak akan

ditempatkan dikelas pemulihan khas . Perlu diingatkan murid-murid

hanya akan mengikuti kelas pemulihan khas untuk mata pelajaran

Ujian Saringan

Ujian Diagnostik

Merancang Strategi Pengajaran Pembelajaran

Pengajaran Pembelajaran

Penilaian

Page 18: SUKASUKI

Matematik dan Bahasa Melayu sahaja. Untuk mata pelajaran lain,

murid-murid ini akan belajar di dalam kelas arus perdana. Guru

pemulihan khas akan menjalankan ujian diagnostik. Ujian ini

bertujuan mengesan kelemahan-kelemahan khusus pelajar-

pelajar. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara

ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak

melebihi empat orang dalam satu masa. Ujian ini hendaklah

diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal

menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-

turut. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab

soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.

Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid

hendaklah direkodkan dalam borang analisis. Hasil analisis ujian

diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran

sama ada secara kumpulan atau pun individu. Dua jenis ujian

diagnostik yang utama ialah ujian diagnostic kebolehan persepsi

dan ujian diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik.

6.1.3 Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Setelah memperoleh keputusan daripada ujian diagnostik, guru

pemulihan mula merancang pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan dilaksanakan berdasarkan aspek-aspek kelemahan

yang hendak dipulih. Strategi pengajaran yang dirancang

hendaklah menekankan langkah-langkah yang kecil , urutan yang

sistematik , penggunaan contoh-contoh konkrit dan latih tubi.

Perancangan dibuat secara kolaboratif dengan guru kelas. Pada

masa sekarang, di sekolah-sekolah murid yang terpilih menduduki

kelas pemulihan khas akan mengikuti program yang kenali sebagai

PeTS ( Pemulihan Tahap Satu)

6.1.4 Pengajaran Pembelajaran

Page 19: SUKASUKI

Selepas perancangan dilaksanakan, guru pemulihan khas akan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah berpusatkan

pelajar hendaklah ditekankan. Di samping itu guru pemulihan boleh

menggunakan kaedah individu, kumpulan kecil, rakan sebaya dan

pengajaran terancang. Teknik latih tubi juga digunakan untuk

memperkukuhkan ingatan para pelajar. Bahan yang digunakan

juga hendaklah menggunakan pelbagai deria. Cara-cara ini akan

menjadikan pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

6.1.5 Penilaian

Pada peringkat akhir, guru pemulihan akan menjalankan

penilaian tentang perkara yang telah diajar. Penilaian adalah dalam

bentuk ujian serta menganalisis keputusan. Pada masa kini soalan-

soalan ujian disediakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri .Pelajar

yang berjaya akan dihantar balik kelas biasa, manakala pelajar

yang gagal akan terus kekal di kelas pemulihan. Pelajar yang gagal

ini juga akan menduduki ujian diagostik sekali lagi bagi

mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang mungkin menjejaskan

pembelajaran.

8.0 Rumusan

Dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang para pendidik yang

terlibat dengan dunia pendidikan amat bertanggungjawab terhadap semua

murid. Guru perlu sedar program pendidikan pemulihan dan pengayaan

merupakan satu program yang menyeluruh dan perlu melibatkan semua pihak

bukan sahaja guru besar, para guru bahkan termasuk para ibu bapa.

Page 20: SUKASUKI

Semua pihak perlu sedar masalah dalam pembelajaran tidak sahaja

berpunca di dalam bilik darjah tetapi juga faktor luaran yang perlu diberi

perhatian . Sebagai guru dalam usaha melaksanakan pengajaran

pemulihan ,kami perlu sentiasa peka dan mengetahui dengan mendalam selok

belok pendidikan pemulihan . Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang

sesuai bagi setiap situasi pengajaran perlu dititik beratkan.

Yakinlah murid-murid yang lemah ini memerlukan suntikan yang menuntut

kesungguhan , kesabaran dan keikhlasan daripada para guru , bak kata

pepatah , “belakang parang kalau diasah lagikan tajam”. Sebagai pendidik

juga , elakkan dari sikap menghukum pelajar ekoran dari ketidakmampuan

mereka menguasai pembelajaran, sedarlah tiada seorang insan pun diminta

dilahirkan cacat atau lembam. Sikap suka melabel murid juga akan membawa

kemusnahan terhadap masa depan pelajar. Oleh hal yang demikian, bertekadlah

untuk menjadi guru yang peka dengan keperluan murid sama ada memerlukan

pemulihan atau pengayaan agar profesyen pendidikan terus dijulang dimata

dunia.