sukan menjana ekonomi negara

6
Bismillahirrahmanirrahim, Andai patah sayap rajawali, Bertongkat jua saya ke mari, Bukan kerana ingin mencari permata hati, tetapi, untuk membawa anda semua, untuk kita sama-sama memahami, menyelami, dan mendalami mauduk pidato saya yang berbunyi; SUKAN MENJANA EKONOMI NEGARA. Sekalung apresiasi saya ucapkan kepada saudari/saudara pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi seterusnya hadirin dan hadirat pencetus revolusi minda yang saya muliakan. Jauh di mata tetapi dekat di hati Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa Sidang hadirin yang bervisi, Sebelum kaki mengorak langkah dengan lebih jauh, izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘sukan’ bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan, kemahiran dan juga tenaga seperti berenang, bermain bola sepak, lumba lari dan lain-lain lagi. Perkataan ‘menjana’ bermaksud menghasilkan, manakala perkataan ‘ekonomi’

Upload: newdirextion

Post on 12-Jul-2016

1.258 views

Category:

Documents


42 download

DESCRIPTION

Sukan Menjana Ekonomi Negara

TRANSCRIPT

Page 1: Sukan Menjana Ekonomi Negara

Bismillahirrahmanirrahim,

Andai patah sayap rajawali,

Bertongkat jua saya ke mari,

Bukan kerana ingin mencari permata hati,

tetapi, untuk membawa anda semua, untuk kita sama-sama memahami, menyelami, dan mendalami mauduk pidato saya yang berbunyi; SUKAN MENJANA EKONOMI NEGARA.

Sekalung apresiasi saya ucapkan kepada saudari/saudara pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi seterusnya hadirin dan hadirat pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Jauh di mata tetapi dekat di hati

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa

Sidang hadirin yang bervisi,

Sebelum kaki mengorak langkah dengan lebih jauh, izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ‘sukan’ bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan, kemahiran dan juga tenaga seperti berenang, bermain bola sepak, lumba lari dan lain-lain lagi. Perkataan ‘menjana’ bermaksud menghasilkan, manakala perkataan ‘ekonomi’ didefinisikan sebagai ilmu berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan. Perkataan ‘negara’ merujuk kepada sesebuah masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang ditadbir oleh kerajaan. Tuntasnya, sukan menjana ekonomi negara berkehendakkan kita untuk berbicara tentang kepentingan kegiatan sukan sebaga asas untuk menghasilkan pendapatan negara.

Page 2: Sukan Menjana Ekonomi Negara

Hadirin minda bestari,

Sukan menjana ekonomi negara dapat dibuktikan melalui indikator pertama; penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.

(Cetusan idea saya yang pertama; Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa, Menjana Ekonomi Negara)

Negara kita pernah menjadi tuan rumah untuk penganjuran sukan bertaraf antarabangsa. Contohnya, penganjuran Sukan Komanwel ke-18 pada tahun 1998 yang dahulunya banyak, banyak menguntungkan negara dari segi pendapatan. Hal ini demikian kerana penganjuran sukan seumpama ini mampu, mampu membawa banyak pelancong dan peminat sukan untuk bertandang ke negara kita. Industri sampingan seperti pelancongan, pengangkutan, media dan makanan turut mendapat manfaatnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan dan Malaysia memperoleh keuntungan yang besar hasil daripada tukaran wang asing. Oleh itu, tidak hairanlah, setiap negara bersaing untuk menjadi penganjur sukan bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia, Sukan Olimpik, dan lain-lain lagi. Penganjuran ini dapat menarik pelancong asing sejurus mengharumkan nama negara di persada dunia. Ekonomi negara juga akan meningkat kerana hasil dapatan yang diperoleh adalah lebih lumayan. Perkara ini dapat dibuktikan apabila penganjuran sukan bertaraf global telah berjaya menjadi sumber ekonomi kepada sesebuah negara. Namun, tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang sedar dan sedia maklum bahawa industri sukan adalah merupakan industri yang besar nilai dan impaknya serta mula berkembang pesat di negara kita. Natijahnya, penganjuran sukan bertaraf antarabangsa mampu menjana ekonomi negara.

Page 3: Sukan Menjana Ekonomi Negara

Hadirin kelas intelektual,

Indikator kedua; Sukan menjana ekonomi negara juga dapat dijustifikasikan melalui penyiaran kejohanan sukan, khususnya menerusi iklan yang disiarkan. Bagi mereka yang tidak mampu untuk menyaksikan kejohanan sukan secara langsung, mereka boleh berbuat demikian melalui media massa seperti radio dan televisyen. Banyak siaran langsung telah dibuat oleh negara-negara yang mengambil bahagian untuk melaporkan perkembangan kejohanan sukan kepada rakyat di negara masing-masing; dan hal ini hadirin sekalian memerlukan kerjasama/kolaborasi syarikat pengiklanan seperti Maxis, Celcom, Adidas dan lain-lain lagi. Melalui penajaan, syarikat yang menaja sesebuah pasukan berpeluang untuk mempromosikan produk keluaran syarikat mereka. Hasil dapatan yang diperoleh mampu untuk meningkatkan ekonomi negara daripada sektor sukan. Dalam hal ini, hak penyiaran kejohanan sukan perlu disediakan kerana dapat menjana pendapatan negara dari segi jumlah tontonan. Namun, persoalannya; bagaimanakah, bagaimanakah; penyiaran kejohanan sukan mampu untuk meningkatkan ekonomi negara? Baiklah, kita ambil contoh di negara kita sendiri. Piala Dunia! Siapa yang tidak mengenali Piala Dunia?; yang wajib diketahui oleh semua kaum lelaki. Mereka pasti ingin menonton siaran perlawanan secara langsung dan melihat pasukan kegemaran mereka untuk beraksi. Maka, hal ini dapat membawa keuntungan yang besar kepada syarikat penyiaran yang membuat liputan secara langsung apabila jumlah tontonan meningkat. Kerana itulah, syarikat-syarikat penyiaran berlumba-lumba untuk membuat liputan secara langsung acara sukan; dan tidak dilupakan, syarikat-syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus ingin menaja sesebuah pasukan. Tamsilnya, jelaslah bahawa penyiaran kejohanan sukan mampu menjana ekonomi negara.

Page 4: Sukan Menjana Ekonomi Negara

Sidang hadirin yang bervisi,

Indikator ketiga; Penubuhan Kemudahan Sukan, Memacu Ekonomi Negara. Prasarana sukan seperti kolam renang, padang golf dan gelanggang badminton misalnya dapat menjana ekonomi negara. Lantaran menyedari hakikat ini, pelbagai strategi telah dirangka; pelbagai usaha telah direncana, untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mengunjungi pusat sukan di negara kita. Pihak kerajaan telah menetapkan harga sewaan yang murah dan berpatutan untuk menarik minat rakyat untuk mengunjungi kemudahan sukan di negara kita. Tujuannya? Untuk memperoleh pulangan dan dapatan hasil daripada penggunaan prasarana sukan. Sebenarnya, kos penyediaan kemudahan sukan ialah berjuta-juta ringgit – namun; dengan adanya pulangan daripada penggunaan kemudahan sukan, kita dapat menampung kos tersebut. Tuntasnya, jelaslah bahawa penubuhan kemudahan sukan dapat meningkatkan ekonomi negara.

Konklusinya, industri sukan berfungsi untuk merangsang serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kita hidup dalam masyarakat pelbagai kebudayaan. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Akhir kata, majulah sukan untuk negara kerana Sukan Menjana Ekonomi Negara!

Sekian, w.b.t.