sukan dan media massa

8
SUKAN DAN MEDIA MASSA Pada hari ini, dunia telah semakin membangun dengan peningkatan alat teknologi yang maju. Komunikasi ialah satu infrastuktur yang penting dalam proses pembangunan. Sukan tidak terkecuali daripada proses pembangunan ini kerana sukan telah menjadi instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Sukan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik dan peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak mahupun media elektronik di kaca televisyen. Hubungan yang erat antara sukan, media dan pengiklanan dapat meningkatkan populariti sukan negara di mata dunia terutamanya sukan yang menjadi nadi utama kepada peningkatan mutu sukan negara .Peranan yang dimainkan oleh media massa turut diakui dalam perkembangan sukan secara global demi kemantapan pada masa hadapan. SUKAN Menurut Hawkey 1993, Sukan adalah aktiviti yang melibatkan organisasi yang khusus dan perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sukan juga terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Sukan juga diertikan sebagai satu aktiviti riadah. Sukan adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan hubungan silaturahim antara rakyat berbilang kaum. MEDIA

Upload: ammarimran91

Post on 11-Jul-2016

821 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

Sukan Dan Media Massa

TRANSCRIPT

Page 1: Sukan Dan Media Massa

SUKAN DAN MEDIA MASSA

Pada hari ini, dunia telah semakin membangun dengan peningkatan alat teknologi yang

maju. Komunikasi ialah satu infrastuktur yang penting dalam proses pembangunan. Sukan tidak

terkecuali daripada proses pembangunan ini kerana sukan telah menjadi instrumen penting

untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Sukan juga dapat

membantu meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik

dan peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak mahupun media elektronik di kaca

televisyen. Hubungan yang erat antara sukan, media dan pengiklanan dapat meningkatkan

populariti sukan negara di mata dunia terutamanya sukan yang menjadi nadi utama kepada

peningkatan mutu sukan negara .Peranan yang dimainkan oleh media massa turut diakui dalam

perkembangan sukan secara global demi kemantapan pada masa hadapan.

SUKAN

Menurut Hawkey 1993, Sukan adalah aktiviti yang melibatkan organisasi yang khusus dan

perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai

matlamat yang ditetapkan. Sukan juga terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk

pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,

dan sebagainya. Sukan juga diertikan sebagai satu aktiviti riadah. Sukan adalah salah satu

kegiatan yang telah merapatkan hubungan silaturahim antara rakyat berbilang kaum.

MEDIA

Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio, televisyen dan internet

yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini

diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat

khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa

seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya

Page 2: Sukan Dan Media Massa

PENGARUH MEDIA MASSA DALAM SUKAN

Sukan dan media mempunyai satu perhubungan yang erat. Ianya saling memerlukan dalam

dunia teknologi siber seperti sekarang bagi memajukan arena sukan negara pada masa kini di

mata dunia.

Hubungan yang akrab antara sukan dengan media massa telah menjadi nadi untuk menjana

insentif dari aspek kewangan. Sokongan kewangan boleh diperolehi daripada iklan-iklan sukan

yang ditayangkan di televisyen hanya dalam tempoh beberapa minit di mana pendapatan yang

sangat lumayan diperolehi di kalangan pihak yang terlibat dengan dunia media massa

elektronik ataupun media cetak.

Selain itu, tidak dinafikan juga bahawa media massa dapat meningkatkan kecemerlangan

sukan. Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh

meningkatkan kepopularan sesuatu sukan contohnya badminton. Kutipan besar daripada yuran

iklan dapat membiayai ahli-ahli sukan yang terlibat. Ini mendorong ahli-ahli sukan supaya lebih

gigih berusah untuk meningkatkan prestasi mereka agar dapat menjadi ahli sukan professional.

Hal ini juga merupakan kesan yang positif terhadap para atlet kerana ianya boleh

memotivasikan atlet-atlet untuk meningkatkan lagi prestasi dalam karier sukan mereka untuk

mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik.

Sukan di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk melahirkan warga yang sihat dan produktif.

Namun kini sukan dijadikan sebagai satu industri yang boleh menjadi enjin kepada

pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana industri kecil dan sederhana yang lain.

Penganjuran sesuatu acara merupakan satu daripada pemangkin industri sukan. Melalui

penganjuran, potensi untuk memiliki ‘’event intellectual property’’, penyediaan isi kandungan

media sukan dan perkhidmatan sokongan seperti penyiaran, pengiklanan dan pengurusan

bakat dapat di manfaatkan dan diketengahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi

mendapatkan sokongan kewangan dari pihak tersebut.

Dunia sukan masa kini juga sentiasa mengalami perubahan teknologi demi memastikan

kelancaran sesuatu perlawanan. Oleh hal yang demikian, hanya stesen televisyen yang

ternama sahaja akan diberikan mandat untuk mengendalikan perlawanan sukan secara

langsung bagi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan yang ditayangkan di televisyen

secara langsung tidak mempunyai permasalahan ketika sesuatu perlawanan tersebut disiarkan

kepada pengemar sukan supaya tidak mengecewakan mereka. Dengan kos yang sangat tinggi

Page 3: Sukan Dan Media Massa

untuk menyiarkan sesuatu siaran secara langsung ia sangat memberikan pulangan kewangan

yang sangat lumayan kerana itulah televisyen mengekplotasikan sukan sebagai nadi

pengiklanan.

Selain itu, teknologi dalam sukan dapat diterapkan dikalangan masyarakat melalui proses

pengiklanan barangan dan alatan sukan yang canggih. Hal ini dapat dilihat, penggunaan

peralatan canggih seperti ‘treadmill’ dikomersialkan kepada masyarakat supaya mereka dapat

menggunakan peralatan ini untuk menjaga kesihatan dipromosikan di kaca televisyen bagi

menarik minat masyarakat setempat terhadap sesuatu barangan sukan yang komersialkan.

Sebagai contoh kita melihat terdapat beberapa syarikat peralatan kecergasan seperti Takasima

berusaha mempromosikan alatan canggih yang dapat membantu masyarakat untuk melakukan

aktiviti senaman dengan mudah di media massa elektronik dan media massa cetak. Ini dapat

menyumbang pendapatan kewangan kepada media massa melalui pengiklanan- pengiklanan

yang telah dipromosikan di televisyen. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna dan secara

tidak lansung ia juga dapat menunjukkan teknologi dalam sukan semakin berkembang.

Peranan media massa juga penting dalam menerapkan teknologi dalam sukan kepada

masyarakat. Pihak media boleh mengiklankan sesuatu maklumat tentang teknologi dalam

sukan. Sebagai contoh masyarakat sedia maklum pengiklanan di televisyen, surat khabar, radio

dan sebagainya. Hal ini mampu menarik minat masyarakat untuk mengetahui tentang sesuatu

benda yang baru seperti teknologi yang digunakan dalam sukan. Sebagai contoh, usaha akan

ditumpukan kepada untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi

serta memupuk bakat sukan ke arah kecemerlangan. Kerajaan akan terus menggalakkan

peryertaan dalam sukan massa dan prestasi tinggi. Lebih ramai jurulatih dan fasilitator dalam

sukan massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan program sukan secara berkesan

dengan menggunakan teknologi dalam sukan secara berkesan. Contohnya mengadakan

senamrobik secara besar-besaran yang disiarkan melalui semua media elektronik.

Page 4: Sukan Dan Media Massa

KESIMPULAN

Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-

mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang sukan. Ini dibuktikan dengan pelbagai

aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan. Oleh itu,

kejayaan sesuatu sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit tetapi

juga terhadap faktor-faktor lain. Pengetahuan mengenai sains dan teknologi membolehkan ahli-

ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk mencapai sesuatu kecemerlang dalam

bidang sukan.

Melalui teknologi maklumat dan telekomunikasi yang semakin membangun kini, ianya dapat

meningkatkan kecemerlangan sukan. Dalam teknologi ICT seperti video, televisyen, internet

dan kamera serta satelit komunikasi lain yang membolehkan teknik-teknik sukan dapat dikesan

dengan baik bagi kemudahan untuk masyarakat mempelajarinya. Contohnya, menyiaran acara

sukan secara langsung di televisyen serta boleh melayari internet bagi golongan yang sibuk

bekerja ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan. Membuat

pengiklanan besar juga boleh membiayai bayaran- bayaran kepada ahli-ahli sukan. Keadaan ini

mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi

ahli sukan yang lebih professional dan digeruni oleh atlet-atlet dari negara lain.

Page 5: Sukan Dan Media Massa

RUJUKAN

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin.Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM :Satu

kesinambungan .

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989).

Rancangankurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.Pusat Perkembangan Kurikulum.

(2001).Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989).Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:Longman

Malaysia.Teng Boon Tong. (2001).

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus DiplomaPenguruan Malaysia. Selangor:

Pearson Education.Wee Eng Hoe. (2002).

Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: KarismaProduction Sdn. Bhd

Laman Web Kementerian Belia dan Sukan

Laman Web Majlis Sukan Negara

Fouzee H.A. (1989). Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Penerbit Siri Maju Sdn.

Bhd.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Open Universiti Malaysia.

Wee Eng Hoe,(1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Fajar Bakti

Sdn.Bhd, Shah Alam.

Omardin Ashaari.(1998) Pengurusan Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada

http://id.shvoong.com/exact-sciences/biology/2236241-pengertian-simbiosis/#ixzz2TcnI9sIy

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada http://www.takashimaengineering.com/

Page 6: Sukan Dan Media Massa

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada www.kkbs.gov.bn/html/dasar_sukan_03.htm

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada www.themaster.web.id/read/20100510/teknologi-

komunikasi-dalam-masyarakat-informasi

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Sport

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada

http://www.sportsnetworker.com/2010/11/22/martine-yen-sports-technology-startup/

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada

http://wiki.answers.com/Q/How_has_technology_changed_sport

2. Narimah Ismail(2007). Nota KOM 3207. Pengenalan Teori Komunikasi. Serdang :PPL

Universiti Putra Malaysia.

3. Sulaiman Masri(1983). Peranan Media Massa di Negara-negara Membangun.

Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.

4. …http://planet.time.net.my/KLCC/azmo1/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html.Diakses

pada 15 Februari 2006.

5….http://misay2k.tripod.com/mb2404/kdbab 1.htm. Diakses pada 15 Februari 2007.