stratifikasi_sosial

Upload: amizah-sabri

Post on 14-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    1/15

    2.0 STRATIFIKASI SOSIAL (Social Stratification)

    Stratifikasi sosial merupakan proses pembezaan individu-individu dalam

    masyarakat yang menyebabkan kemunculan satu hierarki yang terdiri daripada lapisan

    atau strata. yang berlainan kedudukannya. Stratifikasi sosial hasil daripada interaksi

    sosial dan merupakan suatu fenomena sosial yang agak meluas dalam semua masyarakat.

    Pada asasnya stratifikasi melibatkan keistimewaan yang berbeza-beza serta peluang

    hidup (life chances) yang berlainan. Golongan dalam lapisan sosial yang berlainan

    mempunyai keistimewaan dan peluang hidup yang berlainan (peluang hidup meliputi

    peluang untuk mencapai matlamat tertentu, peluang untuk menikmati kemudahan sosial

    dan sebagainya).

    Menurut T.B. Bottomore, terdapat dua percubaan utama untuk memajukan satu

    teori stratifikasi sosial yang umum. Yang pertama ialah percubaan Karl Marx; walaupun

    teori itu tidak dikemukakan secara teratur dalam tulisan-tulisannya. Karl Marx melihat

    kelas daripada segi hubungannya dengan punca-punca pengeluaran. Beliau

    membahagikan masyarakat kepada dua kelas utama yang bermusuhan-satu golongan

    penindas yang menguasai punca-punca pengeluaran dan satu lagi golongan yang

    tertindas.

    Kelas yang berkuasa dan mempunyai punca-punca pengeluaran ialah kelas

    borjuisatau pemodal. Kelas yang tidak berada, tidak berkuasa dan seterusnya tertindas

    ialah kelas proletariat atau pekerja. Marx menekankan bahawa konflik di antara kedua-

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    2/15

    dua kelas timbul daripada hubungan pengeluaran. Dengan berbuat demikian dia

    mengabaikan faktor-faktor bukan ekonomi yang mungkin juga memperlihatkan

    kepentingan-kepentingan yang bertentangan dan seterusnya menimbulkan konflik.

    Percubaan kedua ialah teori stratifikasi seperti yang dikemukakan dalam tulisan-

    tulisim Davis dan Moore. Andaian asas mereka ialah stratifikasi merupakan ciri-ciri

    sejagat dalam semua masyarakat. Dalam tiap-tiap masyarakat wujud setengah-setengah

    jawatan atau kedudukan yang lebih penting daripada jawatan yang lain. Kedudukan-

    kedudukan ini memerlukan kemahiran khas yang hanya dapat diperolehi oleh segelintir

    individu yang mempunyai bakat tertentu. Latihan untuk memperolehi kemahiran tadi

    melibatkan pengorbanan masa dan perbelanjaan. Bagi mendorong individu yang berbakat

    supaya menjalani latihan, maka satu sistem ganjaran disediakan oleh masyarakat sebagai

    perangsang. Ganjaran yang berbagai bentuk (seperti wang atau status) itu dibahagikan

    secara berlainan berasaskan kepada kedudukan yang berlainan. Dengan itu maka

    timbullah stratifikasi sebagai satu mekanisme untuk mendorong anggota masyarakat

    memenuhi kedudukan yang berlainan itu.

    Teori Davis dan Moore ini telah menimbulkan percanggahan pendapat di

    kalangan ahli sosiologi. Melvin Tumin, misalnya, pernah mengemukakan beberapa kritik,

    di antaranya, termasuklah bahawa stratifikasi sosial tidak semestinya berfungsi. Beliau

    juga menyatakan keraguannya terhadap andaian asas teori Davis dan Moore bahawa

    semua masyarakat disusunlapiskan.

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    3/15

    Faktor-faktor yang menentukan kedudukan seseorang individu dalam sistem

    stratifikasi berubah daripada masyarakat ke masyarakat. Talcott Parsons mengemukakan

    enam ukuran yang menjadi dasar penilaian kedudukan seseorang individu dalam sistem

    stratifikasi di Amerika Syarikat. Ukuran-ukuran ini ialah keanggotaan dalam sesuatu unit

    kekeluargaan (keturunan, perkahwinan dan sebagainya), sifat-sifat peribadi, pencapaian,

    benda-benda yang dimiliki (seperti harta), kewibawaan dan kuasa. B. Barber

    mengemukakan satu senarai ukuran yang lebih teliti daripada ukuran Parsons. Ukuran-

    ukuran itu ialah peranan politik, peranan tentera, peranan agama, peranan ekonomi,

    peranan profesion kekayaan, keturunan, sifat-sifat peribadi dan kegiatan komuniti.

    Satu percubaan untuk mengkaji sistem stratifikasi sosial dalam masyarakat

    Melayu telah dilakukan oleh S.Husin Ali. Penentuan status di Kampung Bagan, menurut

    S. Husin Ali, didasarkan kepada enam kriteria- sifat-sifat peribadi, pendidikan, agama,

    tanggungjawab dalam komuniti, pekerjaan dan kedudukan ekonomi.

    Pada asasnya semua stratifikasi melibatkan unsur ketidaksamaan (inequality).

    Contoh bentuk-bentuk stratifikasi ialah sistem estet di Eropah dalam zaman pertengahan,

    sistem kasta dalam masyarakat Hindu yang bercorak tradisi dan sistem kelas dalam

    masyarakat moden

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    4/15

    2.1 Stratifikasi Sosial : Kesamaan Dan Ketidaksamaan

    Ahli-ahli sosiologi mengkaji semua perkara yang berlaku di sekolah. Berdasarkan

    pemerhatian mereka, perkara yang menonjol dan menjadi keutamaan ialah mengenai

    topik-topik kesamaan dan ketidaksamaan dalam peluang-peluang pendidikan

    terutamanya menyelidiki faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksamaan

    pencapaian pendidikan seperti dari segi kelas sosial, etnik dan gender. Perkara-perkara

    berkenaan dibincangkan dalam teori-teori dan kajian-kajian pendidikan.

    Perkembangan pendidikan selalunya dikaitkan dengan demokrasi rnassa.

    Pendemokrasian pendidikan pada keseluruhannya dikatakan akan memberi peluang yang

    saksama kepada semua orang untuk memperkembangkan kebolehan dan bakat.

    Pendidikan berhasrat untuk mencapai kesamarataan dengan membantu mengurangkan

    jurang kekayaan dan kekuasaan. Pandangan mengenai kesamaan adalah berbeza.

    Sesetengah pendapat agama mengatakan semua manusia dilahirkan sama. Kebanyakan

    perbincangan sosiologi memfokuskan kesamaan sebagai suatu aspek dalam konteks

    sosial.

    Perbincangan berkenaan ketidaksamaan adalah berkaitan dengan stratifikasi

    sosial. Stratifikasi sosial bermaksud susun lapis secara hirarki struktur masyarakat yang

    menunjukkan perbezaan antara individu-individu ataupun antara kumpulan-kumpulan

    yang secara umumnya berlaku dalam semua masyarakat. Tiap-tiap orang ataupun

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    5/15

    kumpulan dalam lapisan sosial tertentu mempunyai peluang-peluang dan keistimewaan

    yang tertentu berbanding dengan yang berada pada lapisan yang lain. Akses kepada

    peluangpeluang dan ganjaran-ganjaran adalah berbeza antara mereka yang berada pada

    lapisan-Iapisan atau strata yang berlainan. Secara amnya terdapat dua cara untuk berada

    pada sesuatu lapisan iaitu secara warisan dan secara capaian.

    Pada zaman feudal stratifikasi sosial umumnya membezakan kumpulan-kumpulan

    raja, pembesar, rakyat jelata dan hamba. Kebiasaannya faktor warisan menjadi penentu

    untuk berada pada sesuatu lapisan. Pada zaman moden pula stratifikasi sosial selalunya

    ditunjukkan dengan kewujudan kelas-kelas sosial dalam masyarakat. Karl Marx

    membincangkan stratifikasi dengan membahagikannya kepada dua kelas yang ekstrem

    iaitu borjuis dan proletariat. Max Weber pula mempunyai pandangan multidimensi

    apabila membincangkan stratifikasi berdasarkan kepada kelas, status dan parti.

    Stratifikasi sosial zaman moden hari ini juga dikaitkan dengan perkara-perkara

    bersangkutan dengan gender, kaum, pekerjaan, dan status sosioekonomi. Pada zaman

    moden kedudukan sosial seseorang boleh ditentukan oleh kedua-dua faktor warisan dan

    capaian. Di Amerika Syarikat, Beeghley (1978) mengenal pasti tiga elemen penting yang

    menyebabkan stratifikasi sosial moden iaitu pembahagian tugas, ketidaksamaan kerana

    perbezaan pendapatan dan sekatan-sekatan terhadap akses kepada peluang-peluang.

    Ahli sosiologi selalu membayangkan konsep stratifikasi sosial dalam bentuk

    diagram yang menunjukkan tempat di atas diduduki oleh kelas yang lebih tinggi

    sementara yang paling bawah ialah kelas yang paling rendah. Sebagaimana yang

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    6/15

    dilakarkan pada Rajah 1, stratifikasi zaman tradisional digambarkanberbentuk piramid

    sementara zaman moden berbentuk intan

    Rajah 1: Perbezaan Antara Stratifikasi Moden dan Startifikasi Tradisional

    Pada hari ini struktur kelas sosial merupakan sesuatu yang nyata di negara-negara

    maju kapitalis. Kelas sosial sebenamya telah menjadi ciri penting masyarakat moden.

    Sudah tentu perbezaan kelas sekarang tidak sebagaimana pandangan Marx terhadap

    borjuis dan proletariat. Kita hidup dalam masyarakat yang sangat kompleks. Menurut

    STRATIFIKASI TRADISIONAL STRATIFIKASI MODEN

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    7/15

    Gollnick dan Chinn (1990), juga Waters (1991), sekarang terdapat empat kelas sosial

    yang utama dalam masyarakat moden. Kelas-kelas itu adalah kelas atasan, kelas

    menengah, kelas pekerja dan kelas bawahan. Kelas atasan terdiri daripada golongan-

    golongan kaya, sarna ada kekayaan berbentuk wang ataupun aset harta. Kekayaan mereka

    boleh jadi yang diwarisi ataupun yang diperolehi. Kelas menengah pula terbahagi kepada

    dua. Pertamanya ialah golongan profesional dan pentadbir yang menjadi kumpulan elit

    kelas menengah. Keduanya ialah pekerja kolar putih yang antaranya termasuklah guru-

    guru, jururawat, pensyarah dan kerani. Kelas pekerja yang sering digelar pekerja kolar

    bim mempakan mereka yang melakukan berbagaibagai bentuk kerja-kerja manual.

    Mereka adalah golongan subordinat dalam sistem kapitahs. Di bawah sekali ialah kelas

    bawahan. Auletta (1982) telah membahagikan kelas bawahan ini kepada empat kategori

    iaitu golongan miskin yang pasif (mengharapkan derma kebajikan), golongan hostile

    (penjenayah jalanan), golongan hustlers (memperolehi pendapatan secara haram tetapi

    tidak ganas) dan golongan traumatik (pemabuk, orang tidak berumah).

    Sebagaimana yang telah disentuh, sosiologis di barat mendapati banyak berlaku

    ketidaksamaan dalam pendidikan. Banyak kajian menunjukkan latar belakang keluarga

    merupakan faktor penting pencapaian murid-murid di sekolah. Kajian James Coleman

    (1966) di Amerika Syarikat mendapati bahawa muridmurid sekolah mempunyai

    pencapaian yang berbeza antara kulit putih, Asia dan kulit hitam. Kajian itu juga

    mengaitkan pencapaian dengan kelengkapan sekolah yang tidak memuaskan, nisbah

    murid yang besar, serta bilik darjah dan bangunan yang daif di sekolah-sekolah kulit

    hitam. Namun Coleman menyimpulkan punca kelemahan berkenaan merupakan latar

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    8/15

    belakang keluarga. Christopher Jencks (1972) juga merumuskan pendidikan dan

    pekerjaan adalah ditentukan terutamanya oleh latar belakang keluarga dan bukan oleh

    faktor sekolah.

    Terdapat juga kajian yang lebih mengaitkan pencapaian murid dengan sumbangan

    pihak sekolah. Di Britain misalnya, Michael Rutter dan rakan-rakan (1979) menekankan

    faktor sekolah seperti kualiti interaksi guru dengan mood dan persediaan guru. Mengikut

    Rutter sekolah selalunya meneruskan ketidaksamaan sosial. Pelajar daripada keluarga

    yang berada memberi perhatian dan diberi perhatian. Pelajar keluarga berada memasuki

    sekolah yangberkualiti dan mempunyai guru yang baik serta bermotivasi. Rutter

    merumuskan sekolah boleh membantu pelajar miskin dengan menyediakan organisasi,

    persekitaran, iklim sosial, dan kualiti pembelajaran yang baik. Sekolah yang mempunyai

    iklim atau suasana pembelajaran yag baik tidak semestinya mempunyai kemudahan

    fizikal yang lengkap. Namun. kajian lain seperti yang dilakukan oleh Halsey dan rakan-

    rakan (1980) di Britain juga mendapati pelajar yang berlatar belakangkan kelas sosial

    yang lebih baik mempunyai peluang yang berganda untuk mendapatkan pelajaran.

    Sejak akhir-akhir ini, sosiologis di Britain semakin cenderung untuk menunjukkan

    ketidaksamaan bukan sahaja dari segi kelas malahanjuga dari segi 'kaum' (seperti Mac an

    Ghaill1988; Wright 1992; Gillbom 1990, 1995) dan gender (seperti Delamont 1980;

    Apple 1986; Macleod 1988). Oleh itu perdebatan juga timbul sarna ada faktor capaian

    dapat menandingi faktor warisan dalam menentukan kelas sosial. Keseluruhannya

    ketidaksamaan dalam pencapaian pendidikan dikatakan masih terus menonjol. Peranan

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    9/15

    sistem pendidikan dalam mengekalkan struktur kelas dalam masyarakat masih jelas.

    Ketidaksamaan merupakan kemestian dalam mengkaji stratifikasi sosial dan kelas sosial.

    Perbincangan mengenai kesamaan dan ketidaksamaan pendidikan akan diperjelaskan lagi

    dalam teori-teori sosiologi pendidikan.

    UPSR

    P.H.D

    SARJANA MUDA

    DIPLOMA

    SARJANA

    SPM

    SIJIL

    PMR

    SRATIFIKASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    10/15

    2.2 Tidak Kesamaan Dalam Pendidikan

    Dari segi pengertian sosiologi, tidak kesamaan bermaksud sebagai keadaan

    dimana manusia tidak mendapat ganjaran sosial yang sama (Noran Fauziah Yaakub,

    1967). Jadi, kemudahan di dalam pendidikan termasuk juga di dalam ganjaran sosial

    Seperti ganjaran dan kemudahan yang lain, masyarakat memang mengharapkan ganjaran

    sosial, yang diberikan oleh pihak kerajaan. Walaupun sesuatu negara cuba menyamakan

    dan memberikan pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pendidikan kepada

    rakyatnya, namun masih tetap wujud ciri-ciri yang tidak dapat disamakan.

    Keadaan ini boleh ber1aku kepada negara yang kaya, miskin dan juga negara

    yang begitu luas. Indonesia sebagai contoh sebuah negara yang luas dan berpulau-pulau

    menyebabkan masih ramai yang buta huruf serta tidak mendapat kemudahan pendidikan

    yang secukupnya, Begitu juga negara Amerika Syarikat yang dianggap maju namun

    sesetengah tempat ada juga murid-murid yang tidak dapat menerima kemudahan

    pendidikan yang mencukupi. Jadi secara umumnya ketidaksamaan dalam pcndidikan

    berdasarkan pelbagai aspek, iaitu:

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    11/15

    Pencapaian akademik dan kokurikulum.

    Kebolehan individu yang berbeza.

    Kemudahan dan persekitaran sekolah.

    Lokasi sekolah yang berbeza-beza.

    Pengalaman dan kelayakan guru yang berbeza.

    Kurikulum yang berbeza berdasarkan aliran.

    Sijil yang diperolehi.

    Ujian sekolah yang berbeza-beza.

    Latar belakang sosioekonomi ibu bapa atau penjaga.

    Untuk mcmberi taraf pendidikan yang sama rata kepada murid-murid adalah

    susah bagi sesebuah negara. Lebih-lebih lagi negara yang mempunyai masyarakat yang

    berbilang kaum dan latarbelakang sosioekonomi yang berbeza-beza. Jadi secara

    umumnya tcrdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya ketidaksamaan dalam

    pendidikan.

    2.2.1 Kawasan Sekolah

    Kedudukan kawasan sekolah adalah dianggap faktor yang utama boleh

    mempengaruhi ketidaksamaan dalam pendidikan. Memang kita tidak nafikan bahawa

    murid-murid yang belajar di sekolah luar bandar pencapaian mereka dalam setiap

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    12/15

    peperiksaan adalah rendah jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang terdapat di

    luar bandar. Antara faktor-faktornya ialah sekolah luar bandar tidak mcmpunyai peralatan

    yang cukup, terdiri daripada latar belakang ibu bapa murid yang tidak berpendidikan,

    guru yang tidak aktif, murid yang tidak bermotivasi, bilangan guru yang tidak cukup dari

    juga tidak ada galakan yang kuat daripada ibu bapa dan guru.

    2.2.2 Sikap Guru

    Untuk memajukan murid, sebenarnya sikap dan insiatif guru terhadap murid-

    murid adalah penting. Untuk mengukur keberkesanan pengajaran seseorang guru adalah

    sesuatu perkara yang sukar. Guru adalah seperti manusia biasa, ada perasaan dan

    mempunyai cara gaya pekerjaan yang tersendiri. Kalau ia seronok mengajar di sesebuah

    sekolah maka ia akan mengajar dcngan bersungguh-sungguh. Sebaliknya kalau ia merasa

    bosan atau tidak suka mengajar oleh sebab diletakkan di daerah pendalaman maka ia

    akan mengajar sambil lewa atau tidak bersemangat.

    2.3 Kepercayaan Yang Salah Dalam Pendidikan

    2.3.1 Teori Kekurangan Budaya (Cultural Deprivation Theory)

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    13/15

    Pencapaian murid-murid adalah tidak sama. Murid yang rajin berusaha

    kebanyakanya akan berjaya. Sementara itu murid-murid yang kurang berusaha akan terus

    ketinggalan. Sepatutnya guru tidak boleh menyalahkan kelemahan terhadap murid.

    Kelemahan tersebut mungkin disebabkan tiadanya galakan daripada ibu bapa sendiri dan

    taraf IQ serta keupayaan genetik yang rendah. Jadi apabila seseorang murid itu lemah

    dalam sesuatu pelajaran maka mata pelajaran yang lain akan terikut sama. Walau

    bagaimanapun sekiranya guru-guru pandai membimbing murid-murid yang dijangkakan

    lemah mungkin dalam jangka rnasa yang panjang mereka dapat meningkat tahap

    pencapaian akademik. Jadi murid-murid begini dianggap kurang beruntung dan tidak

    mendapat pencapaian yang baik di sekolah. Sebenarnya murid-murid tersebut boleh

    berjaya sekiranya guru mempunyai sikap yang positif terhadap murid. Selagi guru

    memandang rendah kepada murid yang berada di luar bandar dan IQ yang lemah selagi

    itulah murid-murid akan berada ditahap yang lemah.

    Sebagaimana yang diketahui, kebanyakannya murid-murid di luar bandar pada

    masa dahulu dan sekarang boleh dikatakan lemah dalam mala pelajaran Matematik,

    Bahasa Inggeris dan juga Sains. Kelemahan ini mungkin disebabkan keadaan

    persekitaran yang tidak menggalakkan murid untuk belajar dengan bersungguh sungguh.

    Persekitaran yang dimaksudkan itu ialah seperti tiadanya kemudahan pembelajaran di

    sekolah serta di rumah, ibu bapa tidak memberi tumpuan pembelajaran terhadap anak-

    anak dan sebagainya. Sebaliknya murid-murid yang bersekolah di kawasan bandar adalah

    aktif, ada matlamat tertentu dan mempunyai sikap ayang berlumba-Iumba untuk maju.

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    14/15

    2.3.2 Ujian IQ

    Satu lagi kesalahan yang berlaku kepada sistem kepercayaan dalam pendidikan

    ialah guru cepat melabelkan murid selepas sesuatu ujian termasuklah ujian IQ. Ujian IQ

    yang diadakan pada peringkat sekolah rendah kadang-kadang sukar bagi seseorang guru

    dan ibu bapa untuk menentukan keupayaan tahap yang sebenarnya. Ada sesetengah

    murid yang dapat mengekalkan prestasi mereka dan ada juga yang tidak. Untuk

    menjuruskan murid-murid ke kelas atau ke aliran tertentu adalah terlampau awal. Oleh itu

    pihak sekolah patut mengambil kira kerana ada murid-murid yang berkembang lewat.

    Begitu juga murid-murid khasnya yang lelaki di peringkat sekolah rendah, kebanyakan

    daripada mereka suka bermain dan kurang menumpukan dengan sepenuhnya terhadap

    pelajaran. Kala mereka memberi perhatian terhadap pelajaran, biasanya akan mendapat

    markah yang baik. Jadi ujian yang berbentuk IQ dan seakan-akan IQ adalah merupakan

    cara untuk membeza-bezakan murid dan bukan untuk membuat penilaian yang

    sebenarnya. Oleh itu sikap yang salah terhadap sistem kepercayaan perlu dikaji semula.

  • 7/29/2019 Stratifikasi_Sosial

    15/15