standard kualiti perkhidmatan psikologi sumber manusia ... · jawatankuasa teknikal standard...

8
PERSIDANGAN PSIKOLOGI MODAL INSAN I 09 OKTOBER 2017 Penutup Bicara yab dato seri dr. ahmad zahid bin hamidi “Pakar-pakar Psikologi perkhidmatan awam merupakan penjaga layar dalam mengemudi pelayaran menuju ke arah destinasi menjadi sebuah negara maju.” 1 I S U 0 3 / 2 0 1 7 B p s m . n r e STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017 Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). SEKILAS PENERIMAAN SIJIL PENARAFAN BINTANG STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN P SIKOLOGI SUMBER MANUSIA ( SKPPSM) 2017 ………………………1 & 2 TERAPI KETAWA/ HUMOR ………3 & 4 SEKILAS BENGKEL DASAR PEMISAH DAN KURSUS PEMANTAPAN RAKAN PEM- BIMBING PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2017……….... 6 SERBA RINGKAS PERANAN DAN MATLAMAT AKRAB …………………..….. 8

Upload: truongthuy

Post on 08-Apr-2019

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

PERSIDANGAN PSIKOLOGI MODAL INSAN I 09 OKTOBER 2017

Penutup B icara yab dato ’ ser i dr . ahmad zah id b in ham id i

“Pakar-pakar Psikologi perkhidmatan awam merupakan penjaga layar dalam

mengemudi pelayaran menuju ke arah destinasi menjadi sebuah negara maju.”

1

I S U 0 3 / 2 0 1 7 B p s m . n r e

STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN

PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017

Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) menerima trofi dan sijil Penarafan Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) 2017 yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Persidangan Psikologi Modal Insan pada 09 Oktober 2017 yang lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

SEKILAS PENERIMAAN SIJ IL P E N A R A F A N B I N T A N G S T A N D A R D K U A L I T I P E R K H I D M A T A N P S I K O L O G I SUMBER MANUSIA (SKPPSM) 2017………………………1 & 2

TERAPI KETAW A/

HUMOR………3 & 4

SEKILAS BENGKEL DASAR

P E M I S A H D A N K U R S U S

PEMANTAPAN RAKAN PEM-

B I M B I N G P E R K H I D M A T A N

AW AM TAHUN 2017………... .6

S E R B A R I N G K A S

PERANAN DAN MATLAMAT

AKRAB…………………..…. .8

Page 2: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

Penarafan 5 Bintang

Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling di bawah Seksyen Pembangunan Modal Insan (SPMI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia t e l a h m e n e r i m a penganugerahan penarafan lima (5) bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017 oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Trofi dan sijil penarafan tersebut telah disampaikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada YBhg. Dato’ Seri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE di Persidangan Psikologi Modal Insan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsan Putrajaya (PICC) pada 09 Oktober 2017

yang lalu.

Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling telah memenangi anugerah tersebut melalui Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Tahun 2017 yang telah dilaksanakan pada 04 Ogos 2017 di Bilik Mesyuarat Mutiara, Aras 9,

Wisma Sumber Asli.

Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 September 2017 telah memutuskan bahawa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berjaya memperoleh lima (5) bintang dalam Naziran Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia Tahun 2017. Pencapaian kecemerlangan ini diharap dapat diteruskan dan dikekalkan

pada masa hadapan.

Perkhidmatan Bilik Bimbingan

dan Kaunseling

Kementerian dan Jabatan/ Agensi

NRE:

NRE:

Bilik Terapi, Aras 9,

Wisma Sumber Asli

Putrajaya

FRIM:

Pusat Latihan Arboreta

Ibu Pejabat FRIM

PERHILITAN:

Bilik AKRAB

PERHILITAN,

Paya Indah Wetlands (PIW)

JPSM:

Bilik Diptrokarpa

Blok Cengal

Ibu Pejabat JPSM

YBrs. En. Che Kodir bin Baharum, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) NRE dan pegawai Unit Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling meraikan kejayaan bersama YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE.

2

Page 3: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

“Tertawalah

dan

ukirlah

senyuman

yang

paling manis

kerana

selain

sedekah,

senyuman itu

ibarat

lukisan

rahsia hati…

Ketawa dan

senyuman itu

tidak

menyakitkan

tetapi

menjadi

penawar hati

yang sakit.”

Photo Caption

3

TERAPI KETAWA/ HUMOR

Humor atau ketawa adalah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan merupakan penawar kepada kesedihan. Pakar menyatakan bahawa ketawa adalah kebaikan untuk merehatkan otot -otot yang tegang, menambahkan kemasukan oksigen yang lebih kepada dalam darah dan boleh merendahkan tahap tekanan darah. Apabila seseorang itu gembira, ia bagai satu mekanisme semula jadi di dalam badan dan

seterusnya sistem imun akan meningkat.

Dewasa ini banyak teori mengatakan sebab mengapa orang tertentu menghidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang

lemah akibat hidup tertekan.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa ketawa akan mencetuskan pengeluaran dua bahan kima neuropeptida yang dinamakan Endorphin dan Enkefalin. Kedua-dua bahan kimia yang dihasilkan dikenali penawar kesakitan semua jadi badan. Sehubungan itu, dipercayai bahawa ketawa yang menyebabkan badan anda mengeluarkan katekolamin bersama dengan adrenalin dan non-adrenalin dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Dapatan daripada kajian Universiti of California, Ameika Syarikat mendapati bahawa menonton video berbentuk humor selama satu (1) jam dapat mengurangkan penghasilan hormone stress dan membantu sistem imun

Page 4: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

badan menentang virus dan bakteria.

Golongan perubatan percaya

bahawa ketawa bukan sekadar terapi

yang mampu mengubat tekanan atau

ketegangan bahkan ia membantu

menghindari pelbagai penyakit

berbahaya termasuk kanser, sakit

jantung, kencing manis dan tekanan

darah tinggi. Kanak-kanak berumuir

antara empat hingga enam tahun

banyak ketawa dari orang dewasa 400

kali sehari berbanding hanya 15 kali

sehari dikalangan orang dewasa.

Justeru tidak hairan jika orang dewasa

lebih mudah diserang penyakit serta

mengalami masalah tekanan dan

kemurungan.

Menurut kajian bahawa individu

yang ketawa 100 kali dalam tempoh

24 jam sama dengan bersenam sela-

ma 10 minit di atas mesin larian atau

menunggang basikal selama 15 minit,

Namun begitu, ketawa yang

keterlaluan boleh membawa tragedi. Ia

boleh membawa kesan yang negatif

kepada beberapa penyakit seperti

penyakit jantung dengan sesak nafas,

demam selsema dan pasca -

pembedahan.

Kesimpulannya, ketawa adalah

baik untuk kesihatan kerana ia boleh

mengurangkan tekanan sama ada dari

fizikal atau mental dan menggerakkan

semua organ dalaman anda. Meskipun

begitu, ketawa yang sihat seharusnya

disertai hati yang ikhlas sehingga anda

merasa bahagia. Mereka yang

ketawa dengan tahap humor yang

tinggi biasanya lebih fleksibel dan

mampu melihat segala sesuatu dari

sudut yang lebih positif.

Marilah belajar untuk tertawa dan

ketawa selalu untuk menceriakan

kehidupan kita sendiri.

Pujangga ada

menyebut :

”SENYUM ITU

KELOPAK.

KETAWA ITU

BUNGA YANG

SEMPURNA

KEMBANGNYA”.

4

AKRAB Penggerak Budaya Keprihatinan

Unconditional Positif Regard

Konsep Unconditional Positif Regard yang

diaplikasikan oleh para kaunselor boleh juga

diterapkan oleh ahli-ahli AKRAB ketika

menyampaikan perkhidmatan dan membantu rakan

sekerja yang lain. Sebagai pembimbing konsep ini

hendaklah dipraktikkan oleh semua penyedia

perkhidmatan bimbingan tanpa mengira keturunan

rakan sekerja. Prinsip persaudaraan sesama rakan

sekerja haruslah diperluaskan melalui nilai

kemanusiaan yang berdasarkan sifat kasih sayang

dan saling bantu membantu sesama rakan sekerja

tanpa mengira jantina, umur, bangsa dan agama

dan perkara ini juga perlulah diterapkan dalam

konteks perkhidmatan pembimbing. Sabda Nabi

SAW,

Ertinya: “Barang siapa yang tidak mengasihi yang

lebih kecil dari kami serta tidak menghormati yang

lebih tua dari kami bukanlah daripada golongan

kami.” (riwayat Al-Bukhari dalam kitab Adabul

Mufrad)

Sebagai seorang AKRAB yang bertauliah, sudah

sepatutnya mempunyai satu disiplin ilmu dan

kemahiran membantu ahli-ahli AKRAB dalam

memahami psikologi manusia berdasarkan prinsip-

prinsip bimbingan dan kaunseling menjadi panduan

dalam mewujudkan satu pemikiran yang tulen dan

dapat menerima keunikan rakan tanpa syarat.

Perbanyakan Sesi Bimbingan

Dalam sesi bimbingan, ahli-ahli AKRAB perlu

bertindak membantu rakan sekerja dan melihat

individu itu dari pelbagai perspektif dengan penuh

rasa hormat dan tidak prejudis serta menghormati

harga diri dan maruahnya. Dalam erti kata lain,

pembimbing mampu mewujudkan hubungan dan

suasana yang boleh mendorong rakan sekerja

menghadapi masalah dan persoalan hidupnya.

Akhirnya rakan yang dibimbing jelas terhadap

pencapaian matlamatnya. Nyata sekali kemampuan

yang biasanya ditonjolkan dalam sesi bimbingan,

jika dibawa dan dipamerkan ke dalam realiti

kehidupan seharian, maka ia akan memberi

keyakinan dan kepercayaan warga kerja bahawa

AKRAB adalah pencetus budaya keprihatinan

organisasi.

Page 5: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

5

Motivasi Diri

Masyarakat hari ini terdedah kepada

banyak permasalahan dalam kehidupan

berkerjaya. Memetik sumber daripada

Berita Harian Bertarik 25 Jun 2011, 15

Peratus daripada rakyat Malaysia

mengidap penyakit mental dengan

kebanyakannya menderita pada tahap

ringan seperti tekanan jiwa serta

kebimbangan berlebihan. Masalah-

masalah lain seperti masalah rumah

tangga, ketidakpuasan hati di tempat

kerja, kos hidup yang meningkat adalah

antara masalah yang dihadapi oleh

pekerja-pekerja hari ini. Berdasarkan

pemerhatian, kesemua masalah ini

adalah berpunca kurang berilmu.

Memang terdapat di kalangan rakan

sekerja yang kurang kemahiran dan ilmu

dalam menguruskan urusan harian

kehidupan.

Peningkatan ilmu di kalangan rakan

sekerja perlu diambil kira dalam

menunjukkan sikap keprihatinan.

Anggota perkhidmatan awam yang kaya

dengan pengetahuan dan kemahiran

amat relevan dan penting dalam era

masyarakat yang berasaskan ilmu iaitu

knowledge-based society. Dalam Islam

memang menggalakkan umatnya

supaya sentiasa memberikan

nasihat,bimbingan untuk berkongsi ilmu

antara satu sama lain.

Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya: “Barang siapa yang

menyembunyikan ilmu, Allah SWT akan

mengekangnya dengan tali kekangan

dari api neraka.” (riwayat Al-Hakim)

Ahli-ahli AKRAB juga boleh

mengadakan program bimbingan

kelompok kecil untuk memberikan

motivasi kepada rakan sekerja. Kaedah

memberikan motivasi ilmu boleh

dilakukan dalam kelompok kecil seperti

mana dalam sabda Nabi. SAW yang

bermaksud;

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap

amalan memiliki masa semangat dan

setiap masa semangat memiliki masa

putus asa (futur).” (riwayat Al-Bazzar)

Amalan keprihatinan AKRAB untuk

sama-sama memberikan ilmu dan

motivasi kepada rakan-rakan sekerja

berupaya membantu jabatan dalam

mewujudkan suasana keseronokan

bekerja. Sebuah buku yang berjudul

Fish, tulisan Lundin, Paul dan

Christensen, telah memberikan empat

rahsia untuk meningkatkan motivasi dan

produktiviti pekerja iaitu choose your

attitude, play, make their day and be

present. Penulis mengungkapkannya

dalam satu perenggan iaitu;

As you enter this place of work please

choose to make today a great day. Your

colleagues, customers, team members,

and you yourself will be thankful. Find

ways to play. We can be serious about

our work without being serious about

ourselves. Stay focused on order to be

present when your customers and team

members most need you. And should

you fell your energy lapsing, try this sure

-fire remedy; find someone who needs a

helping hand, a word of support, or a

good ear-and make their a day.

Perlu juga diingatkan, dalam

mewujudkan keseronokan bekerja

adalah penting bagi ahli-ahli AKRAB

mempunyai pengetahuan dan

kemahiran dalam memahami kehendak

sebagai seorang pekerja dan majikan.

Role Model

Kerjaya dalam perkhidmatan awam

sesuatu yang dinamik dan banyak

transformasi telah berlaku. Dasar

kerajaan yang menekankan penjawat

awam perlu sentiasa mengambil sikap

Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai

panduan dalam melaksanakan tugas

harian. Sikap ini pula perlu disokong

dengan satu lagi akronim – PCI-

‘Productivity, Creativity an Inovation’,

Kedua-dua akronim diwar-warkan

supaya perkhidmatan awam tidak dilihat

bagai sentiasa cepat berpuas hati

dengan pencapaian dalam urusan

harian, atau selesa dengan “business as

usual”. Keadaan ini menyebabkan

terdapat sebilangan kecil rakan sekerja

yang keliru dan tidak bersedia terhadap

persekitaran perkhidmatan yang

dinamik.

Melalui disiplin psikologi, manusia

dikatakan belajar melalui proses

peniruan. Ahli AKRAB perlu turut

menjelaskan dan menunjukkan melalui

perlakuan bagaimana bertindak dengan

Cepat, Tepat dan Integriti (CTI). Albert

Bandura telah menulis dalam bukunya

Psychological Modeling: Conflicting

Theories merujuk kepada kajian

pembelajaran melalui proses peniruan

sama ada perkara yang baik atau

sebaliknya. AKRAB prihatin dan

keharmonian terjalin perlukan

penghayatan sesuai dengan mengenal

pasti dan menunjukkan rakan-rakan

sekerja yang tidak faham dengan

konsep Cepat, Tepat dan Integriti (CTI).

AKRAB tidak bersifat membuat penilaian

dan penghakiman terhadap rakan

sekerja yang belum bersedia terhadap

cara kerja yang dimaksudkan, tetapi

sebaliknya prihatin, empati terhadap

keadaannya cuba memberikan input dan

sokongan yang diperlukan. Peranan

sebagai role model ini hendaklah

dipraktikkan di kalangan ahli-ahli

AKRAB terlebih dahulu untuk

memastikan ahli AKRAB tidak tergolong

dalam kelompok rakan sekerja yang

bermasalah. Berdasarkan pemerhatian

dan laporan aduan, terdapat ahli AKRAB

yang tidak berupaya menunjukkan ciri-

ciri dengan konsep Cepat, Tepat dan

Integriti dan terbabit dengan

mencemarkan imej sebagai ahli AKRAB.

Situasi ini tersangatlah kecil

bilangannya.

Ahli AKRAB juga diminta menunjukkan

tingkah laku dan mengamalkan sifat

penyayang, memahami, percaya,

menerima, sabar, pendengar, berfikiran

positif,empati dan asertif. Pengamalan

sifat-sifat ini merupakan gambaran yang

menunjukkan keprihatinan sebagai ahli

AKRAB.

Page 6: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

ementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan Bengkel Dasar Pemisah bersekali dengan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

(AKRAB) Tahun 2017. Program ini melibatkan Pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) semua jabatan/ agensi di bawah NRE, Pegawai Penilai Prestasi Khas I dan II, AKRAB Care dan juga ahli-ahli AKRAB. Taklimat berkaitan pelaksanaan dasar pemisah telah disampaikan oleh Puan Siti Mahani binti Muhazir dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, manakala slot ceramah Laughter Therapy bagi kursus AKRAB telah disampaikan oleh Dr. Norzah binti Abd Ghani dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Encik Sadli bin Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam yang bertajuk Tanggungjawab AKRAB Care. Program ini juga turut melaksanakan Corporate Social Responsibility (CSR) yang melibatkan pelajar dari Ma’ahad Miftah Al-Ulum, Bukit Canggang, Dengkil Selangor. Antara objektif program ini dijalankan:- Memberi pemahaman kepada Pegawai Khidmat Pengurusan Jabatan/ Agensi di

bawah NRE, PPPK I / II dan AKRAB Care yang dilantik agar berperanan sewajar-nya berlandaskan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah Bagi Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Perkhidmatan Awam;

Memberi pemahaman yang lebih jelas kepada ahli AKRAB mengenai fungsi dan

peranan mereka di Jabatan/ Agensi masing-masing; dan

Meningkatkan kemahiran bimbingan dalam melaksanakan fungsi sebagai ahli AKRAB.

Secara keseluruhannya, Bengkel Dasar Pemisah dan Kursus Pemantapan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi tahun 2017 telah dapat dilaksanakan melalui perkongsian bijak (smart partnership) bersama AKRAB Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Paya Indah Wetlands.

BENGKEL DASAR PEMISAH

DAN KURSUS

PEMANTAPAN RAKAN

PEMBIMBING PERKHIDMATAN

AWAM TAHUN 2017

NRE

10 - 13 OKTOBER 2017

PAYA INDAH WETLANDS

(PIW)

Majlis Perasmian Bilik AKRAB PERHILITAN telah disempurnakan oleh YBrs

Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim pada

9 Jun 2017 di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor.

Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah I, Encik Fakhrul Hatta bin

Musa, Timbalan Ketua Pengarah II, Encik Hasnan bin Yusop, Pengerusi

AKRAB PERHILITAN, Encik Noor Alif Wira bin Osman dan Pengarah

Bahagian Khidmat Pengurusan, Puan Priscilla Bong Anak Samson Onggie.

6

Page 7: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

7

Page 8: STANDARD KUALITI PERKHIDMATAN PSIKOLOGI SUMBER MANUSIA ... · Jawatankuasa teknikal Standard Kualiti Perkhidmatan Sumber Manusia (SKPSSM) yang bersidang pada 18 ... dan dikekalkan

8

R akan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB adalah berkonsepkan kepada bimbingan

rakan sebaya atau rakan sejawat yang bertindak sebagai pembantu kepada warga jabatan. Ia

boleh juga merangkumi aspek persahabatan dan perhubungan kerja, semangat kekitaan, semangat

kerja, kebajikan dan kepentingan warga sesuatu jabatan.

Sehubungan itu, warga AKRAB perlu sentiasa sensitif kepada perasaan, reaksi dan tindakan yang

diambil oleh rakan sejawat dan seterusnya memberikan bantuan dan sokongan yang sewajar-nya.

Prinsip kerahsiaan hendaklah diutamakan dalam menjalankan aktiviti AKRAB. Antara peranan yang

boleh dimainkan oleh AKRAB di dalam organisasi ialah:

i. Membantu mewujudkan perkhidmatan penyayang disamping pendengar yang baik ke arah

meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.

ii. Membantu mempelopori program-program transformasi jabatan ke arah pembentukan budaya

kerja yang beretika dan berdisiplin.

iii. Membantu menggalakkan dan meningkatkan semangat kekitaan.

iv. Mewujudkan sikap sopan santun dan hormat-menghormati.

v. Membantu menggalakkan dan mengenengahkan kesedaran dan kefahaman tentang kebajikan,

keperluan, serta kepentingan rakan sejawat.

vi. Membantu mewujudkan suasana kerja yang ceria selalu dan harmoni.

BERKONGSI PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN

SOKONGAN KEPADA

TRANSFORMASI

MEMPERKUATKAN SEMANGAT

MENEGUHKAN TRANSFORMASI

DIRI

BERKONGSI PERMASALAHAN

BUDAYA KERJA BERPASUKAN