impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

29
1.0 Pengenalan Pembangunan pesat yang sedang berlaku di negara ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi penduduk. Tidak dinafikan setiap pembangunan yang berlaku pastinya akan memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar sama ada di kawasan bandar mahupun kawasan desa. Pertalian antara pembangunan ekonomi dengan perubahan alam sekitar adalah satu hubungan yang kompleks. Ini adalah kerana ianya melibatkan semua aspek kehidupan manusia yang secara langsung berinteraksi dengan alam sekitar (Abu Bakar, 2000). Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, tumpuan diberikan kepada peningkatan liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara lebih optimum bagi menyokong aktiviti ekonomi. Di antara projek-projek pembinaan yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan dalam tempoh RM9 ialah Jambatan Pulau Pinang, Pembangunan Iskandar Malaysia di Johor dan projek landasan keretapi berkembar. Sebanyak RM46.8 billion telah diperuntukkan bagi berbagai projek pembangunan dalam RM9. Dengan adanya projek-projek ini serta tindakan dan inisiatif pihak kerajaan terhadap ekonomi negara, sektor pembinaan akan terus berkembang maju dan akan terus menjadi teras kepada pembangunan negara. Namun begitu, aktiviti pembinaan juga dilihat sebagai satu salah satu penyumbang kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan dan kawasan tanah tinggi serta pembinaan di kawasan cerun banyak menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar dan masyarakat. Ini semua semua dilakukan atas desakan pembangunan dan untuk memenuhi kehendak manusia terhadap kehdupan yang lebih baik. 1

Upload: aliff-mansor

Post on 23-Dec-2015

111 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

pembangunan lestari

TRANSCRIPT

Page 1: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

1.0 Pengenalan

Pembangunan pesat yang sedang berlaku di negara ini menjadi pemangkin kepada

pertumbuhan sosioekonomi penduduk. Tidak dinafikan setiap pembangunan yang berlaku

pastinya akan memberikan kesan kepada kelestarian alam sekitar sama ada di kawasan

bandar mahupun kawasan desa. Pertalian antara pembangunan ekonomi dengan perubahan

alam sekitar adalah satu hubungan yang kompleks. Ini adalah kerana ianya melibatkan semua

aspek kehidupan manusia yang secara langsung berinteraksi dengan alam sekitar (Abu Bakar,

2000).

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9, tumpuan diberikan kepada peningkatan

liputan rangkaian dan penggunaan kemudahan sedia ada secara lebih optimum bagi

menyokong aktiviti ekonomi. Di antara projek-projek pembinaan yang telah dikenalpasti akan

dilaksanakan dalam tempoh RM9 ialah Jambatan Pulau Pinang, Pembangunan Iskandar

Malaysia di Johor dan projek landasan keretapi berkembar. Sebanyak RM46.8 billion telah

diperuntukkan bagi berbagai projek pembangunan dalam RM9. Dengan adanya projek-projek

ini serta tindakan dan inisiatif pihak kerajaan terhadap ekonomi negara, sektor pembinaan akan

terus berkembang maju dan akan terus menjadi teras kepada pembangunan negara.

Namun begitu, aktiviti pembinaan juga dilihat sebagai satu salah satu penyumbang

kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. Penerokaan hutan dan kawasan tanah

tinggi serta pembinaan di kawasan cerun banyak menyebabkan kemerosotan kualiti alam

sekitar dan masyarakat. Ini semua semua dilakukan atas desakan pembangunan dan untuk

memenuhi kehendak manusia terhadap kehdupan yang lebih baik. Keseimbangan antara

pembangunan kemanusiaan dengan fizikal merupakan aspek yang penting dalam proses

pembangunan demi mencapai pembangunan mapan. Aktiviti yang dijalankan oleh manusia

tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar akan menyebabkan kemerosotan

terhadap kualiti alam sekitar dan akan memberi kesan terhadap kesejahteraan dan

keharmonian penduduk setempat.

1

Page 2: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

2.0 Konsep Pembinaan

Penjenisan Perusahaan Taraf Antarabangsa (1968) mentakrifkan pembinaan merangkumi

binaan yang baru, penukaran, pembaikan dan perobohan. Pemasangan bagi mana-mana

jentera atau alat-alat yang dibuat pada masa binaan asal adalah termasuk, serta pemasangan

bagi jentera atau alat-alat selepas binaan asal tapi memerlukan penukaran struktur bagi

memasangnya. (Tidak termasuk mana-mana jenis binaan yang dijalankan sebagai kegiatan

tambahan oleh kakitangan atau untuk kegunaaan, sesebuah pertubuhan yang menjalankan

kerja dalam mana-mana lain bahagian bagi penjenisan ini. Kerja-kerja menggali, mengubah

beban berat, "shaft sinking", dan kerja mengorek yang dijalankan berhubung dengan kerja

perlombongan, adalah diklaskan dalam Bahagian 2 - Perlombongan dan Penggalian.

Industri Pembinaan merupakan elemen yang penting di dalam menjana ekonomi

negara. Industri ini juga merupakan penjana di dalam pembangunan ekonomi negara melalui

‘multiplier effects’ kepada industri lain seperti perkilangan, perkhidmatan, kewangan, pendidikan

dan lain-lain. Industri pembinaan merangkumi sektor yang merancang, merekabentuk,

memulihara, meruntuhkan dan membaiki pelbagai jenis bangunan serta semua jenis kerja

kejuruteraan awam, mekanikal, elektrikal dan kerja-kerja berkaitan. Sektor pembinaan di

Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah Pembinaan kediaman,

pembinaan bukan kediaman, pembinaan bercampur, pembinaan infrastruktur, dan lain-lain

(Rujuk Lampiran 1). Menurut Raimi (2007), kerja-kerja pembinaan dibahagikan kepada dua

bahagian utama iaitu:

a) Kerja Pembinaan Bangunan

Ia meliputi semua bentuk pembinaan yang boleh dikelaskan dalam kategori

pembangunan.

b) Kerja Kejuruteraan Awam

Meliputi semua aspek pembinaan yang tidak termasuk dalam kategori bangunan.

Contohnya jalan raya, empangan dan jambatan.

2

Page 3: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

2.1 Aktiviti Pembinaan

Aktiviti-aktiviti pembangunan yang terlibat dalam kerja pembinaan lazimnya dapat

dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

2.1.1 Peringkat Awalan

Sebelum memulakan sesuatu projek dilaksanakan, arkitek akan membuat

rekabentuk sesebuah struktur seperti yang dikehendaki oleh pihak klien.

Sewaktu kerja merekabentuk, selain bentuk dan rupa struktur jenis-jenis bahan

binaan yang akan digunakan juga akan ditetapkan oleh arkitek. Setelah kerja ini

selesai, pihak jurutera pula akan menganalisis lukisan arkitek untuk menentukan

bahan yang ditanggung oleh struktur serta saiz anggota struktur tersebut.

2.1.2 Penyediaan Tapak

Perkara yang penting sebelum sesuatu projek dimulakan ialah penyediaan tapak

projek. Antara kerja lain yang dijalankan pada fasa ini ialah pembersihan tapak,

menyediakan akses keluar dan masuk, kerja-kerja tanah serta kerja-kerja ukur

dan setting out. Antara kerja yang dilakukan sewaktu permbersihan tapak ialah

menebang pokok atau pembersihan semak samun. Rumput dan tumbuhan kecil

juga akan dibuang dan lapisan tanah akan dikikis sekurang-kurangnya sedalam

300mm. merobuhkan struktur sedia ada juga mungkin berlaku jika projek

menaiktaraf atau ubahsuai bangunan atau jalanraya. Kerja-kerja tanah juga

adalah kerja yang amat penting sewaktu fasa permulaan. Aktiviti potong dan

tambak (cut and fill) dan memotong tanah kepada paras formasi yang diperlukan

untuk aktiviti penanaman pokok.

2.1.3 Pembinaan Projek

Bagi sesebuah bangunan, kerja pembinaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu

kerja substruktur dan superstruktur. Substruktur ialah struktur yang berada di

3

Page 4: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

bawah permukaan tanah manakala superstruktur pula ialah struktur yang berada

di atas permukaan tanah. Kerja-kerja substruktur melibatkan banyak kerja

pengorekan dan penimbusan tanah. Contoh substruktur ialah asas dan tembok

penahan manakala bagi superstruktur ialah tiang, rasuk, lantai dan bumbung.

2.1.4 Kerja-Kerja Akhir

Peringkat ini adalah peringkat akhir dalam menyiapkan sesebuah bangunan.

Antara kerja yang terdapat ialah pemasangan jubin atau seramik, tingkap dan

pintu, mengecat serta hiasan dalaman.

2.1.5 Kerja-Kerja Infrastruktur

Kerja-kerja ini adalah seperti membina atau menaiktaraf jaanraya, membina loji

rawatan sisa kumbahan, sistem saliran dan lain-lain kerja yang bukan melibatkan

pembinaan bangunan. Antara kerja yang terlibat dalam kerja-kerja ini adalah

pengorekan, penimbusan dan pemusnahan.

Pengurusan pembinaan secara amnya hanya mementingkan kualiti, masa serta

kos semasa aktiviti pembinaan (Raimi, 2007). Jadi jika dilihat tiada elemen tentang

penjagaan alam sekitar yang diambil kira dalam pengurusan pembinaan. Perkara ini

sepatutnya tidak boleh dipandang remeh kerana aktiviti pembinaan lazimnya akan

menyumbang kepada kemerosotan kualiti alam sekitar dan manusia sama ada sebelum,

semasa atau selepas sesuatu projek dilaksanakan.

4

Page 5: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

3.0 Faktor-Faktor Perkembangan Sektor Pembinaan di Malaysia

Kadar pertumbuhan sektor pembinaan adalah berbeza-beza di setiap negara dari tahun ke

tahun. Pada tahun keadaan ekonomi stabil, sektor pembinaan mencapai kadar pertumbuhan

yang melebihi dua kali ganda kadar pertumbuhan ekonomi. Sebaliknya, pada tahun

kemelesatan ekonomi, sektor pembinaan akan lebih teruk berbanding dengan sektor-sektor

lain. Menurut Sze Sengh (1991/92), faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan

sektor pembinaan adalah seperti berikut:

3.1 Prestasi Ekonomi Umum

Semasa keadaan ekonomi baik, permintaan terhadap produk industri pembinaan untuk

pembentukan modal tetap yang baru akan meningkat. Pengilang dan peniaga

memerlukan tempat untuk meningkat pengeluaran dan memperkembangkan

perniagaan, maka lebih banyak bangunan komersial dan perniagaan akan didirikan dan

aktiviti pembinaan akan bertambah. Manakala peningkatan kemampuan pengguna akan

meningkatkan permintaan terhadap perumahan untuk hidup yang lebih selesa atau

memiliki rumah tambahan untuk tujuan pelaburan.

3.2 Pertumbuhan Demografik

Bilangan penduduk yang kian bertambah akan menyumbang kepada jumlah tenaga

kerja dan meningkatkan pembelajaan dalam ekonomi. Secara tidak langsung,

permintaan bagi keperluan asas manusia juga meningkat. Produk yang merupakan

keperluan asas atau berkaitan dengannya perlu ditambah bagi memenuhi permintaan.

Sebuah rumah tidak lagi mampu memuatkan ahli keluarga yang kian bertambah atau

yang telah mendirikan rumahtangga, maka rumah baru adalah amat diperlukan. Begitu

juga dengan pertambahan guna tenaga akibat pertambahan penduduk. Hal ini akan

menyebabkan permintaan yang meningkat kepada bangunan komersial dan

perindustrian seperti ruang pejabat dan kilang-kilang. Segala permintaan produk industri

pembinaan akan meningkat bagi menampung jumlah penduduk yang kian bertambah.

Dengan ini industri binaan dapat dibantu oleh pertumbuhan demografik kecuali dalam

5

Page 6: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau tinggi seperti

India.

3.3 Kadar Inflasi

Kadar inflasi menunjukkan tahap perubahan harga barangan dan kestabilan mata wang.

Kadar inflasi yang tinggi akan menjejaskan keupayaan pembelanjaan pengguna kerana

telah mengurangkan pendapatan sebenar pengguna. Akibatnya pengguna terpaksa

menggunakan sebahagian besar dari pendapatan mereka untuk membeli barang-

barang keperluan harian yang lebih penting seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

Hal ini seterusnya akan memberikan kesan langsung kepada pengurangan

pembentukan modal tetap untuk tujuan perniagaan disebabkan daya beli yang rendah.

Apabila pendapatan sebenar telah berkurang, pengguna tidak mampu memiliki rumah,

maka permintaan untuk perumahan juga akan berkurangan.

3.4 Kemudahan dan Kadar Pinjaman

Hampir setiap peringkat proses pembinaan melibatkan urusan kredit dan pinjaman.

Pemaju memerlukan pinjaman untuk membayar kepada kontraktor. Kontraktor pula

memerlukan pinjaman pada peringkat permulaan projek sementara menunggu bayaran

kemajuan daripada pemaju. Pengguna pula memerlukan pinjaman untuk membeli

rumah yang harganya beberapa kali pendapatan tahunannya. Kadar faedah yang

rendah dan syarat pinjaman yang tidak ketat akan membantu mengurangkan kos

pembinaan. Dengan ini lebih ramai yang berpendapatan rendah mampu membeli rumah

dan permintaan pembinaan meningkat. Kadar faedah yang terlalu rendah akan

menyebabkan kurang orang menabung, akibatnya institusi kewangan kesuntukan wang

untuk dipinjamkan. Lama-kelamaan, kadar faedah dinaikkan untuk menggalakkan

tabungan supaya mendapat sumber kewangan dan mengurangkan permintaan

pinjaman sehingga mencapai satu keseimbangan.

6

Page 7: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

3.5 Polisi dan Peruntukan Kerajaan

Polisi-polisi fiskal akan mendorong sektor swasta untuk melabur dalam pembinaan.

Disebaliknya polisi-polisi yang negatif seperti kenaikan cukai dan pengetatan bekalan

wang tunai akan mengurangkan perminta pembinaan. Peruntukan kerajaan untuk

pembangunan adalah penting dalam industri binaan terutamanya sekali dalam kerja-

kerja kejuruteraan awam, walaupun sesetangah kerja-kerja kejuruteraan awam telah

diswastakan. Kerajaan boleh menambahkan pembelajaan semasa ekonomi meleset

untuk menggati permintaan yang mengecut dari sektar.

3.6 Bekalan dan Harga Bahan-bahan Binaan

Sesuatu projek memerlukan bahan-bahan binaan untuk menjalankan aktiviti

pembinaan. Keadaan penawaran bahan binaan yang ketat akan memperlambatkan

proses pembinaan, seterusnya menyebabkan kos pembinaan yang tinggi. Bekalan

bahan-bahan binaan yang berterusan akan memantapkan harga bahan. Oleh itu,

kontraktor-kontraktor yang besar telah cuba untuk menghasilkan bahan-bahan binaan

mereka sendiri untuk mengelakkan ketidaktentuan bekalan.

3.7 Kemampuan Pengguna

Faktor ini lebih berkenaan dengan perumahan, khasnya perumahan kos rendah dan

sederhana rendah. Harga perumahan sepatutnya sewajar dengan pendapatan rakyat.

Pembinaan rumah-rumah kos rendah dan sederhana telah diutamakan dalam

Ranvangan-rancangan Malaysia. Bagaimanapun, perumahan kos rendah dan

sederhana rendah yang terlalu banyak akan membawa kesan yang negatif kepada

industri binaan kerana perumahan kos rendah dan sederhana mempunyai margin

keuntungan yang rendah ataupun tidak untung. Terdapat keadaan cross subsidy di

mana pemaju meninggikan kerugian daripada jualan rumah kos rendah.

7

Page 8: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

4.0 Impak Aktiviti Sektor Pembinaan

Setiap kali berbicara tentang aktiviti pembinaan sememangnya tidak lari daripada

membincangkan kesannya terhadap alam sekitar. Kesan aktiviti pembinaan dapat dibahagikan

kepada dua iaitu kesan terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

4.1 Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal

3.1.1 Kepupusan Flora Dan Fauna

Pada masa kini manusia masih terkejar-kejar dengan kemewahan yang berlandaskan

teknologi dan kecanggihan cara hidup terutamanya dalam sektor pembinaan, tetapi

harga yang perlu dibayar untuk mencapai matlamat tersebut adalah sangat tinggi.

Pelbagai khazanah bumi terpaksa dikorbankan untuk memenuhi kehendak dan nafsu

manusia masa kini. Kealpaan manusia telah mengakibatkan angka flora dan fauna yang

hampir pupus semakin tinggi dari semasa ke semasa.

Kegiatan manusia yang tidak dirancang terutamanya sektor pembinaan boleh

menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan yang

keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok meranti, cengal dan

sebagainya manakala haiwan seperti gajah, badak, harimau dan lain-lain akan

kehilangan kawasan habitat dan sumber makanan. Hal ini demikian kerana, haiwan-

haiwan ini akan kehilangan rantaian makanan akibat penebangan hutan. Kejadian

sebegini sering terjadi di Malaysia akibat kerakusan manusia hanya memikirkan

keuntungan wang ringgit semata-mata tanpa memikirkan kemerosotan alam sekitar ini

berlaku.

Keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan satu khazanah yang tidak

dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam semula jadi telah membina

semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan manusia mampu menghancurkannya

dalam tempoh hanya beberapa dekad. Selain daripada memberi kesan negatif terhadap

spesis hidupan liar, aktiviti tersebut juga mempunyai kesan yang serius ke atas bentuk

muka bumi. Sebagai contoh, aktiviti ini berkemungkinan akan menyebabkan struktur

tanah menjadi tidak stabil yang mana boleh mengakibatkan tanah runtuh dan jerlus. Jika

8

Page 9: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

dibiarkan perkara ini berlanjutan, ini akan meninggalkan lompang besar yang sukar

dipulihkan. Untuk proses pemulihan pula memerlukan belanja yang besar yang mana

akan mengakibatkan kerugian kepada negara. Beribu-ribu spesis tumbuhan dan haiwan

menghadapi kepupusan kerana populasi mereka adalah terlampau rendah akibat

daripada aktiviti manusia.

4.1.2 Hakisan Tanah

Hakisan tanah adalah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh dunia khususnya di

Malaysia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan

juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Sebagai contoh tanah runtuh sering

berlaku di Malaysia akibat aktiviti manusia dalam sektor pembinaan. Antara aktiviti-

aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan

pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan

tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan

hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, serta penanaman secara meluas

hanya satu jenis tanaman khususnya sektor pembinaan ini (Ismail Sahid, 1985).

Pembalakan yang berleluasa tujuan untuk pembangunan atau pembinaan akan

menyebabkan hakisan tanah berlaku. Ini kerana kawasan tanah yang terdedah dihakis

oleh angin dan air hujan. Pokok yang ditebang secara meluas akan mendedahkan bumi

kepada agen-agen hakisan. Di Malaysia, hujan merupakan agen utama yang

melonggarkan struktur tanih dan seterusnya mengakibatkan hakisan. Hakisan ini akan

mengubah rupa bentuk fizikal sesuatu kawasan dan menganggu ekosistemnya.

Apabila hutan ditebang bertujuan untuk pembinaan, akar-akar pokok tidak lagi

mencengkam tanah dibawah permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam

tanah menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan

akan menyebabkan struktur tanah menjadi lembut dan licin. Tanah yang lembut dan licin

akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah

runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi turut membahayakan nyawa

manusia.

9

Page 10: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

4.1.3 Banjir

Banjir diktarifkan keadaan limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya

tampung sesebuah saliran air seperti tasik, sungai dan laut lalu melimpah ke kawasan

sekitar khususnya di kawasan tanah rendah. Antara aktiviti manusia yang boleh

menyebabkan banjir ialah sektor pembinaan. Pembalakan dan penyahutanan antara

aktiviti wajib sebelum berlakunya proses pembangunan atau pembinaan. Pemusnahan

secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan

berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar. Disamping itu kitar

hidrologi kekurangan air akibat pemusnahan tumbuhan semula jadi.

Proses semasa pembinaan akan berlakunya penurapan bumi sama ada dengan

tar atau bitumen dimana liang-liang pori tanah akan tertutup. Sekiranya hujan turun, air

hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan. Hal ini demikian

kerana pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir terutamanya banjir lumpur

apabila hujan turun dengan lebat. Banjir lumpur sering terjadi selepas penggondolan

bukit manakala banjir kilat sering terjadi selepas pembinaan dalam pembangunan

disiapkan. Sebagai contoh banjir lumpur terjadi di negeri Kelantan pada penghujung

tahun 2014. Banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,

Johor Bahru dan sebagainya.

4.1.4 Pencemaran Air

Kemerosotan kualiti sumber air beerti pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu

sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan takungan semula jadi.

Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumber ini boleh diukur melalui

pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD), kandungan

bakteria Escherichia Coli ( E. Coli), kandungan ammoniakal nitrogen, kandungan pepejal

terampai (SS), nilai keasidan (pH) disamping perubahan warna dan bau yang ada di

dalam sesuatu sumber air tersebut.

Sektor pembinaan ini akan menyebabkan kualiti sumber air bersih akan merosot.

Hal ini demikian kerana pembinaan yang dijalankan pasti akan mengorbankan hutan

mahupun penggondolan bukit. Akibat penebangan hutan dan penggondolan bukit akan

10

Page 11: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

menyebabkan air yang mengalir ke dalam saliran itu sudah tercemar. Sebagai contoh

selepas hujan turun, air hujan akan mengalir ke dalam saliran akan membawa tanah

serta sisa penebangan hutan tersebut.

4.1.5 Pencemaran Udara

Pencemaran udara terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dan terampai di

atmosfera sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-

bahan lain. Sektor pembinaan ini akan memberi kesan terhadap atmosfera kita.

Sebelum pembinaan disiapkan, bukit digondolkan manakala hutan ditebang. Selepas

pembinaan yang dijalankan sudah selesai, maka banyak berlaku kesan negatif terhadap

sesuatu tempat yang rancak dengan pembangunan. Salah satunya kesan rumah

hijau,hujan asid, penipisan lapisan ozon dan sebagainya.

Hal ini demikian kerana, sektor pembinaan bagi perindustrian banyak

melepaskan asap yang tercemar. Asap daripada industri ini mempunyai kandungan

yang tercemar seterusnya boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon. Bahan-bahan

pencemar seperti Kloroflora Karbon (CFC) menyebabkan penipisan lapisan ozon. Ini

kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga

menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon

dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan pemanasan

global. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu ataupun dikenali

sebagai sinaran UV menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan

manusia.

4.1.6 Pencemaran Bunyi

Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan

kebisingan juga perlu dibincangkan dalam sektor pembinaan kerana kedua-duanya

mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenalpasti meninggalkan kesan negatif

kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu

kesan biologikal dan psikologi. Kesan biologikal dan psikologi dibahagikan kepada tiga

11

Page 12: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti.

Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.

Bunyi bising boleh menganggu komunikasi misalnya percakapan secara

langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan

mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang.

Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada

pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan

pendegaran. Bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit

menjadi pucat, usus kejang, dan kerosakan buah pinggang.

Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu,

gangguan tidur, dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan

dalam kehdiupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa. Walaupun bunyi bising

mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan

tahap penerimaan yang berbeza. Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda

boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab

utama kejatuhan nilai harta benda biasanya berpunca daripada bunyi bising kenderaan,

tetapi kesan ini hanya berkait rapat dengan tapak kediaman. Walaubagaimanapun,

kesan ke atas penrunan nilai harta tanah mungkin lebih diperngaruhi oleh faktor

kemanusiaan itu sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di sesuatu lokasi yang

dianggap istimewa seperti berhampiran dengan kawasan bandar atau kawasan yang

mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang

dialami akibat kebisingan. Oleh itu, nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya

kebisingan kerana keutamaan lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.

4.1.7 Peningkatan Suhu

Kepesatan pembangunan di kini seringkali menafikan kewujudan tumbuhan hijau.

Pembangunan menuntut elemen hijau yang wujud diketepikan dalam mewujudkan

ruang dan laluan bagi membolehkan pembangunan di sesebuah kawasan bergerak

seiring kepesatan globalisasi. Kepupusan tumbuhan hijau di tengah arus perdana

pembangunan mengakibatkan kestabilan suhu permukaan kawasan tertentu terjejas

teruk hasil daripada kehilangan elemen penstabil suhu.

12

Page 13: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

Dalam sektor pembinaan sudah pastinya memerlukan teknologi yang canggih

dimana teknologi ini amat memerlukan penggunaan tenaga eletrik dalam skala yang

besar. Asas penghasilan tenaga eletrik menggunakan bahan fosil yang membebaskan

gas-gas berbahaya dan penggunaan tenaga eletrik menghasilkan bahangan yang cukup

untuk meningkatkan suhu bandar ke tahap yang kritikal. Pembakaran terbuka selepas

penyahutanan juga akan menyebabkan suhu di sesuatu tempat akan meningkat.

Dimana pembakaran terbuka ini akan membebaskan gas karbon dioksida dalam kuantiti

yang besar lalu terapung di ruang udara. Konsentrasi karbon dioksida yang tinggi di

ruang udara menjejaskan kestabilan suhu di kawasan pembinaan.

Peranan pokok sebagai agen penyederhanaan suhu dan “penstabilan iklim” telah

berkurangan. Dianggarkan bagi setiap pokok mampu menampung 400 liter air bagi satu-

satu masa. (Mohamad Suhaily et al, 2006). Peningkatan suhu sekitar disebabkan

ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari dan lebihan gas karbon

dioksida dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak

hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan

kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke

udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi

kering dan cuaca menjadi lebih panas. Hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk

menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan

membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.

4.2 Kesan Sektor Pembinaan Terhadap Manusia

Selain memberikan kesan kepada alam sekitar fizikal, perkembangan sektor pembinaan

di negara ini turut boleh memberikan kesan kepada manusia. Perkembangan sektor

pembinaan yang kian berkembang boleh memberikan kesan kepada manusia

terutamanya dari segi kesihatan dan keselamatan. Perkara ini boleh berlaku sekiranya

tiada pengawalan yang sewajarnya daripada pihak berkuasa.

13

Page 14: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

4.2.1 Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Sektor pembinaan sememangnya telah terbukti banyak memberikan kesan buruk

kepada manusia terutamanya dari sudut kesihatan. Hal ini kerana, kawasan pembinaan

sering dikaitkan dengan penyebaran pelbagai wabak penyakit. Antaranya adalah seperti

penyakit demam denggi yang banyak berpunca daripada kawasan pembinaan. Demam

denggi adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan

segera dan saban hari semakin banyak kes-kes baharu yang dilaporkan. Penyakit ini

lazimnya dibawa oleh nyamuk Aedes yang mempunyai kuman virus, sejenis kuman

yang mudah membiak dalam badan nyamuk.

Dalam situasi di Malaysia faktor merebaknya demam denggi di negara ini

kebanyakannya adalah berpunca dari kawasan-kawasan pembinaan yang tidak bersih

dan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik. Sepanjang tempoh pemeriksaan berkaitan

denggi di tapak pembinaan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan dan Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), di seluruh negara antara 10 Mac 2014

sehingga 30 September 2014 lepas sahaja, Sejumlah 478 tapak pembinaan telah

diperiksa secara mengejut dan 341 buah tapak pembinaan atau 71.34 peratus dikesan

bermasaalah atau berisiko menjadi sarang pembiakan jentik-jentik atau telah menjadi

tempat pembiakan.

Sekiranya dirujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan

Malaysia pada awal tahun ini sahaja, peningkatan bilangan kes berkaitan denggi

mengalami peningkatan sebanyak 251% serta peningkatan bilangan kematian akibat

denggi sebanyak 80% berbanding tahun sebelumnya. Dengan ini jelaslah bahawa,

kewujudan kawasan pembinaan yang gagal dikawal selia dengan baik terutama oleh

pihak pemaju boleh medatangkan kesan negatif kepada kesihatan manusia khususnya

penduduk yang tinggal berhampiran dengan tapak pembinaan apabila mereka terdedah

dengan penularan wabak penyakit seperti demam denggi ini. Lazimnya kesan penularan

wabak denggi ini bukan hanya mengancam kesehatan penduduk, bahkan juga boleh

mengancam keselamatan pekerja di dalam sektor pembinaan itu sendiri.

Selain penyakit demam denggi, penduduk yang tinggal berhampiran kawasan

pembinaan juga lazimnya terdedah kepada masalah debu dan habuk yang juga boleh

mengancam kesihatan penduduk setempat. Hal ini kerana, penghasilan debu dan

habuk yang banyak boleh terhasil disebabkan oleh aktiviti pembinaan dalam skala yang

14

Page 15: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

besar. Contohnya seperti pembinaan jalan raya, pembangunan sektor baharu dan

kawasan perumahan. Seterusnya, debu dan habuk ini akan terampai di atmosfera lalu

menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan jerebu. Perkara ini sekiranya

dibiarkan berpanjangan boleh mendatangkan mudarat kepada taraf kesihatan penduduk

setempat. Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh masyarakat kesan

daripada habuk dan debu dari kawasan pembinaan ini adalah seperti batuk, selesema,

asma, dan penyakit yang melbatkan pernafasan manusia.

4.2.2 Kesan Terhadap Keselamatan Penduduk

Selain itu, sektor pembinaan di negara ini turut memberikan kesan negatif

kepada keselamatan penduduk setempat. Seperti yang kita tahu, pendatang asing

kelihatannya agak memonopoli sektor pekerjaan di negara ini terutamnya dalam sektor

pembinaan. Kawasan pembinaan yang berhampiran dengan kawasan perumahan

penduduk lazimnya boleh membahayakan keselamatan penduduk dan masyarakat. Hal

ini kerana, keadaan kawasan pembinaan yang berhampiran dengan kawasan

perumahan boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk. Antaranya adalah

seperti pergerakan keluar masuk lori yang mengangkut bahan-bahan binaan ke

kawasan pembinaan boleh membahayakan keselamatan penduduk terutamanya kanak-

kanak. Penduduk setempat boleh terdedah kepada risiko kemalangan. Selain

disebabkan oleh keluar masuk lori yang banyak, keadaan jalan yang rosak akibat kerap

dilalui oleh lori-lori juga boleh menyumbang kepada risiko kemalangan.

Sektor pembinaan juga boleh memberikan kesan negatif kepada keselamatan

penduduk disebabkan oleh lambakan pekerja asing di kawasan pembinaan. Hal ini

kerana lambakan pekerja asing di kawasan pembinaan terutama yang berhampiran

dengan kawasan perumahan penduduk boleh menyumbang kepada peningkatan

pelbagai masalah sosial. Antaranya masalah sosial tersebut adalah seperti pecah

rumah, kecurian, dan pergaduhan sesama mereka. Selain itu, pengamalan gaya hidup

yang tidak selaras dengan gaya hidup rakyat Malaysia seperti tindakan warga Vietnam

yang menjadikan anjing dan kucing peliharaan penduduk tempatan sebagai makanan

mereka (Utusan Melayu, 25 Feb. 2007).

15

Page 16: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

5.0 Langkah Pencegahan

Setiap masalah yang timbul disebabkan pembinaan pasti mempunyai penyelesaiannya.

Pelbagai langkah pencegahan telah dibuat bagi mengatasi impak aktiviti pembinaan terhadap

kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia. Langkah pencegahan seharusnya

dijalankan bersama kerana alam sekitar merupakan hak bersama. Terdapat beberapa langkah

pencegahan dengan kaedah perundangan dan bukan perundangan.

4.1 Kaedah Perundangan

Kaedah perundangan merujuk kepada usaha yang dilakukan oleh pihak yang

dipertanggungjwabkan untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang telah

termaktub. Kaedah perundangan merangkumi pengenalan dan perlaksanaan undang-

undang terhadap pesalah-pesalah atau piha-pihak yang mengabaikan prosedur yang

telah ditetapkan dalam konteks sektor pembinaan.

4.1.1 Memperkasa Sistem Undang-Undang Yang Sedia Ada.

Kemerosotan alam sekitar akibat daripada aktiviti pembinaan merupakan

masalah yang serius kerana melibatkan aktiviti pembukaan tanah dan sebagainya. Hal

ini disebabkan aktiviti pembinaan yang tidak terancang dan secara tidak efisyen

menyebakan alam sekitar terjejas kesan daripada aktiviti pembinaan tersebut.

Sehubungan dengan itu terdapat pelbagai dasar dan akta-akta yang digubal oleh

kerajaan Malaysia khususnya dalam mengawal aktiviti pembinaan. Namun begitu, tidak

semua pemaju ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai

langkah pencegahan pihak berwajib perlu memperkasa sistem undang-undang yang

sedia ada.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber

Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan

penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di

bawahnya yang menyekat pencemaran dari punca tetap. Sistem undang-undang yang

sedia ada tidak mampu mengawal kemerosotan alam sekitar di Malaysia. Hal ini

16

Page 17: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

demikian kerana pihak berwajib yang menjalankan kerja-kerja mengawal aktiviti

pembinaan tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Badan berkanun

seharusnya membuat tinjauan di lokasi yang berisiko menyalahi undang-undang dan

seterusnya mengambil tindakan undang-undang setimpal dengan kesalahan yang

dibuat.

Rata-rata pemaju mengambil sikap acuh tidak acuh dalam menjaga kualiti alam

sekitar. Sisa-sisa daripada aktiviti pembinaan seperti simen, minyak dan sebagainya

tidak diuruskan dengan baik sehingga menjejaskan alam sekitar fizikal dan manusia.

Sebagai contoh, kesan tumpahan minyak enjin daripada jentera-jentera berat yang

disalurkan ke dalam sungai boleh menyebabkan hidupan akuatik itu mati. Sehubungan

dengan itu pihak berwajib seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu

mengenakan tindakan dan juga hukuman mengikut akta-akta yang telah ditetapkan.

Langkah pencegahan seperti ini perlu dilakukan kerana sistem saliran amat penting bagi

membekalkan sumber air kepada manusia dan juga hidupan yang lain.

Sebagai contoh, Sungai Melaka merupakan sungai yang pernah mengalami

pencemaran yang teruk. Namun begitu, pada tahun 1997/1998 Sungai Melaka telah

menerima penstrukturan semula selepas lama tercemar akibat arus pembangunan yang

pesat. Aktiviti pembinaan yang tidak terancang dan tidak strategik telah menyebabkan

kemerosotan alam sekitar di kawasan Sungai Melaka terjejas dengan teruk. Hasil

daripada langkah penguatkuasaan yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan yang

memegang tampuk pemerintahan negeri Melaka pada masa itu telah membersihkan

Sungai Melaka daripada pencemaran. Hasil daripada pembersihan Sungai Melaka

tersebut, negeri Melaka antara negeri yang terbanyak menerima kedatangan pelancong

sama ada dari dalam mahupun luar negara berkunjung ke situ. Kerajaan negeri Melaka

memandang serius tentang isu alam sekitar terutamanya berkaitan kebersihan bandar

dan juga sistem pengairan di negeri tersebut.

4.2 Kaedah Bukan Perundangan

Kaedah bukan perundangan merupakan usaha yang dilakukan berbentuk pencegahan

seperti pendidikan dan kesedaran. Langkah ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam

17

Page 18: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

kalangan masyarakat setempat dan pihak yang bertanggungjawab. Usaha ini lebih

bersifat bottom up dimana masyarakat menjadi penyumbang kepada kelestarian alam.

4.2.1 Mewujudkan Kawasan Hijau Dalam Bandar.

Kawasan hijau bermaksud menanam tumbuh-tumbuhan di kawasan bandar,

bukannya mengecat bangunan dengan menggunakan warna hijau. Mewujudkan

kawasan hijau di bandar penting kerana fungsi tumbuhan ialah mengawal suhu dunia.

Tumbuh-tumbuhan juga menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen melalui

proses fotosintesis. Menurut petikan daripada Dr. Ismail Harun iaitu Pengarah Bahagian

Perhutanan dan Alam Sekitar (FRIM), di dalam ucapannya di Majlis Perasmian Urban

Green Space (UGS) and International Federation of Parks and Recreation

Administration (Ifpra) Asia Pacific Conference 2014 mengatakan bahawa kawasan hijau

dapat mengurangkan bunyi bising dan pencemaran udara serta memberi pelbagai

faedah kepada penduduk bandar dari segi keperluan sosiologi, fisiologi dan kerohanian

mereka.

Di Malaysia khususnya telah menjalankan proses menghijaukan kawasan

bandar. Antaranya di kawasan bandar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Program Bumi

Hijau menitik beratkan pembabitan penduduk untuk bekerjasama dengan jiran tetangga

dalam menjayakan kebun komuniti setempat bagi menjalankan aktiviti bercucuk tanam.

Perbadanan Putrajaya dengan diwakili oleh Bahagian Perancangan dan Kawalan

Lanskap telah mengadakan beberapa sesi penyelarasan, penerangan dan latihan cara-

cara menanam serta penjagaan kebun yang diadakan sepanjang tahun dengan

pembabitan Unit Hortikultur Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pertanian Putrajaya dan

Unit Pembangunan Masyarakat Perbadanan Putrajaya. Hal ini menunjukkan bahawa

kerjasama semua pihak diperlukan bagi mewujudkan kawasan hijau di kawasan bandar.

4.2.2 Memperkasa Kempen Kesedaran Menjaga Alam Sekitar.

Alam sekitar memainkan peranan yang besar sama ada dari segi fizikal

mahupun manusia. Kemajuan sesebuah negara itu harus diukur seiring dengan

penjagaan alam sekitar di negara tersebut. Tidak guna jika pembangunan pesat tetapi

18

Page 19: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Sehubungan dengan itu, kempen kesedaran alam

sekitar perlu dilakukan bagi menerapkan elemen kesedaran terhadap kepentingan alam

sekitar. Tidak kira kerajaan mahupun bukan kerajaan, bahkan masyarakat juga perlu

bekerjasama dalam menjayakan kempen kesedaran menjaga alam sekitar.

Wakil kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) biasanya mengadakan

kempen menggunakan pendekatan secara terbuka iaitu pendedahan secara

menyeluruh tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Kempen kesedaran alam sekitar

biasanya dilakukan serentak diseluruh negara melalui saluran media massa sama ada

media cetak dan juga media elektronik. Selain itu JAS juga melakukan kempen

kesedaran alam sekitar secara terbuka iaitu mengadakan pameran-pameran mengenai

alam sekitar dan juga usahasama dengan badan bukan kerajaan dalam memberi impak

yang lebih baik kepada masyarakat. Kempen melalui media cetak biasanya disediakan

sama ada dibahagian hadapan dan juga belakang bergantung kepada jenis media yang

digunakan. Media elektronik kebiasaannya menggunakan iklan sebagai medan untuk

memberi pendedahan tentang kesedaran menjaga alam sekitar.

Namun begitu, seharusnya kempen kesedaran menjaga alam sekitar seharusnya

diperkasakan lagi melalui platform yang lebih tinggi seperti media internet yang

kebanyakannya digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Pihak berwajib

seharusnya mengadakan kempen melalui penggunaan Facebook, We Chat, What Apps,

dan sebagainya. Hal ini demikian kerana golongan muda khususnya banyak

menggunakan aplikasi ini dalam urusan seharian. Jika kempen menjaga alam sekitar

disebarkan melalui sistem ini sudah pasti pengguna atau orang awam khususnya

menerima manfaat daripada penyebaran maklumat ini.

4.2.1 Dasar Teknologi Hijau

Sektor pembinaan di negara Malaysia kebanyakannya menggunakan tenaga

yang banyak dalam menjalankan proses pembinaan. Pembinaan berkonsepkan

teknologi hijau dilihat mampu mengurangkan penggunaan tenaga yang banyak.

Teknologi Hijau diperakui boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan

sumber asli serta meningkatkan kehidupan masa ini. Amalan penggunaan teknologi

hijau turut memberi impak terhadap revolusi kehidupan dengan meningkatkan kreativiti

19

Page 20: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

dan inovasi dalam usaha mengurangkan pembebasan karbon, meningkatkan

kelestarian alam sekitar dan penjimatan tenaga umpamanya. Menurut kenyataan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bertarikh 27 Februari

2012, telah mengatakan bahawa Malaysia berhasrat mengurangkan 40 peratus kadar

pembebasan gas karbon menjelang tahun 2020.

Sejajar dengan itu, Dasar Teknologi Hijau digubal bagi menyediakan hala tuju

untuk rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik dengan persekitaran yang

sihat. Amalan hijau dan penggunaan teknologi hijau dari sudut pembinaan juga penting

dan ada kaitannya untuk digalakkan dalam kalangan orang ramai dan penggiat industri

pembinaan itu sendiri. Pelan Induk Industri 2006-2015 menggariskan kepentingan alam

sekitar dalam teras strategiknya iaitu berusaha mencapai standard yang tertinggi dari

segi kualiti, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta amalan baik alam sekitar.

Sebagai contohnya, melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB), pelbagai pelan tindakan dirangka dan dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi ini.

Program teknologi hijau dimulakan CIDB dengan inisiatif pembangunan program alam

sekitar tahun 1999 dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Amalan Baik

Persekitaran atau TC9.

20

Page 21: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

5.0 Kesimpulan

Sememangnya sektor pembinaan dalam pembangunan merupakan suatu tuntutan yang tidak

dapat dielak dan sesiapa pun tidak menolak proses pembangunan. Walau bagaimanapun,

pembangunan yang berlaku mestilah tidak mengabaikan kepentingan manusia dan alam

sekitar. Justeru itu, aktiviti pembangunan seperti pembangunan perindustrian di sesebuah

kawasan perlu menitikberatkan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang demi

membendung masalah pencemaran alam sekitar. Manakala sektor pengilangan perlu

melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap penduduk yang berada di dalam ruang lingkup

aktiviti yang dijalankan. Dengan itu, sinergi antara pematuhan undang-undang dengan

tanggungjawab setiap pihak yang terlibat akan mengurangkan impak terhadap kualiti alam

sekitar fizikal seterusnya memperkasakan keharmonian dan kesejahteraan penduduk setempat.

Melihat kepada Agenda 21, manusia mempunyai hak bagi kehidupan yang sihat dan

seharusnya dipenuhi keperluan asas untuk semua aspek disamping dipelihara atau dilindungi

intergriti ekosistem. Oleh itu, berpegang kepada prinsip ini maka setiap pembangunan yang

dijalankan seharusnya mengambil kira kualiti hidup masyarakat dan juga alam sekitar tanpa

mengabaikan setiap ruang pada peringkat masa sesuatu pembangunan itu dilakukan. Pelbagai

kempen telah dijalankan bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Seharusnya masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian kesan tindakbalas alam

sekitar terhadap aktiviti manusia. Untuk melaksanakan segala yang dirancang dalam memenuhi

kualiti hidup sosial dalam arus pembangunan negara khususnya dalam sektor pembinaan

bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapai matlamat dan

objektifnya. Apa yang penting ialah penglibatan dan komitmen semua pihak untuk memberi

perhatian dan tumpuan dalam mencari penyelesaian pelbagai isu yang berkaitan dan kualiti

hidup sosial dalam pelbagai sudut dan perspektif.

21

Page 22: impak aktiviti sektor pembinaan terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar fizikal dan manusia

Bibliografi

Abdul Kadir Bin Abdul Samad. (1982). Peranan Perbadanan-Perbadanan Awam Dalam Industri

Binaan Di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Ukur Bahan.

Abu Bakar Abdul Majid dan Abu Bakar Yang (penyunting), (2000). Pengurusan Bijak dalam

Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Institud Kefahaman Islam Malaysia.

Aminah Md Yusof dan Ismail B. Omar, (2007). Analisis Kitaran Ekonomi Dan Industri

Pembinaan Di Malaysia. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.

Dim. Jamaluddin Md. Jahi (penyunting), (2006). Pengurusan Persekitaran di M alaysia: Isu dan

Cabaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail Sahid, (1985). Masalah Alam Sekitar di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, (2001). Kajian Kesan Pendatang

Asing ke atas Penduduk Tempatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita

Keluarga Dan Masyarakat.

Mohamad Suhaily Yusry Che Ngah, Mazdi Marzuki, & Abdul Jalil Ishak, (2006). Impak

Pembangunan Terhadap Alam Sekitar di Cameron Highland. Perak: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Hairy Ibrahim, Norjan Yusof & Shakirah Samsudin, (2008). Pengurusan Sisa Pepejal di

Tanjong Malim. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Raimi bin Kadia, (2007). Pengurusan Sisa Binaan dari Pelbagai Aktiviti Pembinaan. Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

22