standard kedap 2.0 2013

Upload: tunsri-kamil

Post on 31-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan, Matlamat & objektif Kelas KEDAP yang telah dikemaskini bagi meningkatkan kemahiran pembelajaran di kalangan ibu bapa murid Orang Asli

TRANSCRIPT

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    1

    PENDAHULUAN

    Peranan ibu bapa dalam memberi motivasi dan

    ransangan kepada murid untuk meneruskan pelajaran

    mereka adalah penting. Perkara ini tidak mampu

    dilakukan oleh ibu bapa murid Orang Asli dan Peribumi

    kerana mereka kurang atau tidak menguasai kemahiran

    membaca, menulis dan mengira, serta kurang kesedaran

    tentang kepentingan pendidikan untuk anak-anak

    mereka.

    Selaras dengan usaha kerajaan Malaysia iaitu memberi

    pendidikan kepada semua golongan rakyat untuk

    membasmi kemiskinan melalui pendidikan, Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah membangunkan Kurikulum

    Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan

    Peribumi (KEDAP).

    Pelaksanaan Kelas Dewasa di kalangan ibu bapa Orang

    Asli dan Peribumi boleh membantu mereka menguasai

    kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan

    menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan

    kepada anak mereka. Dengan itu mereka boleh

    membantu anak mereka meningkatkan pencapaian

    akademik dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran

    dan ketidakhadiran di kalangan murid Orang Asli dan

    Peribumi.

    Pembinaan Kurikulum KEDAP didasari oleh dua perkara

    utama iaitu prinsip pembelajaran orang dewasa dan teori

    andragogi. Prinsip pembelajaran orang dewasa

    menggariskan keperluan pembelajaran orang dewasa

    seperti yang dipelopori oleh Malcom Knowles (1988).

    Prinsip tersebut menyatakan:

    i. Orang dewasa belajar secara terarah kendiri.

    ii. Orang dewasa berpengalaman luas.

    iii. Pembelajaran orang dewasa berorientasikan

    matlamat.

    iv. Pembelajaran orang dewasa berorientasikan

    perkara yang relevan dengan mereka.

    v. Orang dewasa adalah praktikal dan berfokus.

    vi. Orang dewasa perlu dihormati.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    2

    Andragogi adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran

    orang dewasa. Pembinaan Kurikulum KEDAP mengambil

    kira aktiviti dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

    yang sesuai dengan orang dewasa mengikut teori

    andragogi iaitu:

    i. Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu

    mempelajari sesuatu.

    ii. Orang dewasa belajar melalui pengalaman.

    iii. Bagi orang dewasa pembelajaran sebagai

    penyelesaian masalah.

    iv. Orang dewasa belajar dengan berkesan jika

    sesuatu topik mempunyai nilai.

    Di samping dua perkara utama yang mendasari

    pembinaan Kurikulum KEDAP, perspektif kaum peribumi

    (aboriginal perspectives) seperti pedagogi peribumi dan

    pengetahuan peribumi (aboriginal knowledge) juga

    diambil kira bagi menjadikan kurikulum lebih relevan

    kepada mereka.

    MATLAMAT

    Matlamat Kurikulum KEDAP adalah untuk membantu ibu

    bapa murid Orang Asli dan Peribumi meningkatkan tahap

    literasi mereka dan membentuk sikap positif terhadap

    pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan taraf

    dan kualiti hidup.

    OBJEKTIF KURIKULUM KEDAP

    Selepas mengikuti kurikulum Kelas Dewasa bagi Ibu

    Bapa Orang Asli dan Peribumi, ibu bapa murid Orang

    Asli dan Peribumi dapat:

    i. Bertutur dalam bahasa Malaysia dengan mudah

    dan jelas.

    ii. Membaca bahan-bahan yang ditulis dalam bahasa

    Malaysia yang berkaitan dengan kehidupan

    harian.

    iii. Menulis dan memahami ide mudah.

    iv. Mengenal dan menulis angka-angka.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    3

    v. Menyelesaikan masalah mengira yang mudah.

    vi. Berminat untuk menambah pengetahuan dan

    kemahiran dalam penyelesaian masalah mengira.

    vii. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial.

    viii. Mempraktikkan amalan kekeluargaan, kesihatan,

    sivik dan alam sekitar, ekonomi dan keselamatan.

    ix. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan

    ayat Bahasa Inggeris yang mudah.

    x. Menulis dan memahami perkataan, frasa dan

    ayat Bahasa Inggeris yang mudah.

    xi. Bertutur/berkomunikasi menggunakan Bahasa

    Inggeris yang mudah.

    xii. Menggunakan peralatan/perisian TMK untuk

    meningkatkan kemahiran 3M.

    xiii. Mencari maklumat menggunakan TMK.

    KONSEP DAN KANDUNGAN KURIKULUM

    Kurikulum KEDAP adalah bersifat komuniti dan

    mengambilkira budaya masyarakat setempat. Ia dibina

    berdasarkan Kurikulum Pendidikan Literasi Fungsian

    (PLF) yang dibangunkan dan digunakan oleh KEMAS.

    Literasi Fungsian adalah kaedah yang digunakan untuk

    mengajar membaca agar seseorang boleh berfungsi di

    dalam masyarakat yang komplek. Penekanan Kurikulum

    KEDAP adalah kepada kemahiran asas 3M dan literasi

    fungsian sebagai pendekatan bagi mencapai matlamat

    dan objektif KEDAP.

    Kandungan Kurikulum KEDAP merangkumi elemen

    literasi fungsian, kemahiran komunikasi, kemahiran

    sosial dan nilai serta kemahiran asas TMK.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    4

    Tema Literasi Fungsian

    Kurikulum KEDAP mengguna pakai tema literasi

    fungsian iaitu kekeluargaan, kesihatan, sivik dan alam

    sekitar, ekonomi, keselamatan. Tema tersebut dipilih

    kerana bersesuaian dengan persekitaran dan keperluan

    kehidupan masyarakat Orang Asli dan Peribumi.

    Kemahiran Komunikasi

    Komponen komunikasi memberi penekanan kepada

    kemahiran membaca, menulis, bertutur dan mengira, dan

    juga menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

    Kemahiran Sosial

    Kemahiran sosial diterapkan bagi membantu peserta

    KEDAP berinteraksi dengan lebih berkesan dalam

    persekitaran sendiri dan juga masyarakat. Kemahiran

    mengorganisasi juga diterapkan bagi membantu ibu bapa

    Orang Asli dan Peribumi lebih peka terhadap

    kepentingan merancang kehidupan mereka dan anak-

    anak yang sedang bersekolah.

    Nilai

    Nilai utama yang ditekankan dalam kurikulum KEDAP

    adalah berkaitan dengan fikiran terbuka dan kecintaan

    terhadap ilmu, di samping nilai-nilai murni yang lain.

    Bersifat

    Komuniti

    Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa & Teori Andragogi

    Literasi Fungsian

    Komunikasi

    Kemahiran Sosial

    Nilai

    Kemahiran Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kurikulum KEDAP

    Latar Belakang dan Budaya Setempat

    Rajah 2: Konsep dan Kandungan Kurikulum

    KEDAP

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    5

    Kemahiran Asas Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi

    Kurikulum KEDAP turut memasukkan kemahiran asas

    TMK kepada ibu bapa murid Orang Asli dan peribumi

    agar mereka menyedari kepentingan TMK dalam arus

    global dan bermotivasi untuk celik IT.

    ORGANISASI KANDUNGAN

    Kurikulum KEDAP diorganisasikan secara bertema

    mengikut tema literasi fungsian. Skop kandungan

    kurikulum diberi pemeringkatan bermula dari yang asas

    ke peringkat yang lebih tinggi tahap kesukarannya.

    Kemahiran yang perlu dicapai oleh peserta KEDAP

    dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran. Kemahiran

    membaca, menulis dan mengira diperincikan

    bersesuaian dengan skop kandungan tema.

    KANDUNGAN KURIKULUM KEDAP

    Kandungan kurilulum KEDAP disediakan sesuai dengan

    tempoh pembelajaran yang ditetapkan. Berdasarkan

    hasil pembelajaran yang disediakan tenaga pengajar

    mempunyai keluwesan dalam menyusun atur kandungan

    dan juga pelaksanaanpengajaran dan pembelajarn

    mengikut kesesuaian dan latar belakang peserta kelas

    dewasa.

    Kandungan kurikulum KEDAP meliputi lima komponen

    kandungan iaitu:

    i. Literasi Fungsian

    ii. Komunikasi

    iii. Kemahiran Sosial

    iv. Nilai

    v. Kemahiran Asas TMK

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    6

    Literasi Fungsian

    Komponen literasi fungsian membolehkan semua

    peserta mengetahui dan mempraktikkan amalan

    kehidupan yang baik dalam aspek kekeluargaan,

    kesihatan, sivik dan alam sekitar, ekonomi dan

    keselamatan dalam kehidupan harian iaitu:

    i. Mengenal diri, ahli keluarga dan saudara mara

    serta tahu peranan sebagai individu dalam

    keluarga untuk membantu anak-anak dalam

    pelajaran.

    ii. Mengetahui tentang kepentingan menjaga

    kesihatan diri dan ahli keluarga serta

    mengamalkan cara-cara penjagaan kesihatan

    melalui pemakanan dan pencegahan penyakit.

    iii. Mengetahui cara memelihara hubungan baik

    dalam keluarga, masyarakat dan persekitaran.

    iv. Mengetahui aktiviti yang dapat meningkatkan taraf

    ekonomi keluarga.

    v. Mengetahui cara menjaga keselamatan diri dan

    harta benda.

    Komunikasi

    Komponen komunikasi membolahkan semua peserta

    menguasai kemahiran membaca, menulis, memdengar

    dan bertutur, serta mengira dan menyelesaikan masalah

    pengiraan yang mudah dalam kehidupan harian. Oleh itu

    mereka berkebolehan untuk:

    i. Membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan

    kelancaran yang betul.

    ii. Menulis perkataan dan ayat ringkas yang

    berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan

    pengalaman peribadi dengan ejaan betul, tulisan

    jelas dan kemas.

    iii. Berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan,

    menyampai maklumat, pendapat, perasaan serta

    idea dengan sebutan dan intonasi yang sopan.

    iv. Mengaplikasi operasi nombor dalam kehidupan

    harian.

    v. Mengaplikasi kemahiran mengira dan

    penyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    7

    Kemahiran Sosial

    Program pengajaran dan pembelajaran KEDAP

    membolehkan semua peserta berbolehanan untuk

    memberi respons dan berinteraksi dalam persekitaran

    tertentu bagi menimbulkan, mengekal serta

    meningkatkan kesan positif dalam hubungan

    interpersonal dan intrapersonal.

    i. Berinteraksi secara berkesan

    Memulakan dan mengakhiri perbualan dengan

    mesra.

    Bertanya soalan untuk mendapat penjelasan,

    maklumat tambahan.

    Memperkenalkan diri dengan sopan.

    Berbual secara tertib dan tidak bercakap ketika

    orang lain bercakap.

    ii. Berkebolehan untuk mengurus masa untuk diri

    dan keluarga dalam kehidupan harian.

    Nilai

    Program pengajaran dan pembelajaran KEDAP

    membolehkan semua peserta lebih berfikiran terbuka,

    sedar tentang kepentingan pendidikan dan lebih

    mencintai ilmu (open-mindedness and love of

    knowledge).

    i. Mempunyai kemahuan untuk belajar dan berubah.

    ii. Mempunyai kehendak untuk membina minat

    kendiri.

    Kemahiran Asas TMK

    Peserta KEDAP diberi pendedahan terhadap fungsi dan

    kegunaan komputer dan TMK, pengenalan kepada

    perkakasan komputer, perisian TMK seperti Msword dan

    engin pencarian sebelum membuat aktiviti hands on

    kemahiran asas TMK bagi memperkukuhkan

    penguasaaan kemahiran 3M.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    8

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Pengajaran dan pembelajaran orang dewasa

    memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding

    dengan kanak-kanak dan remaja. Orang dewasa

    mempunyai keperluan dan kehendak yang spesifik

    sebagai pelajar. Perancangan aktiviti dan kaedah

    pengajaran dan pembelajaran dalam KEDAP mengambil

    kira Teori Andragogi oleh Malcom Knowles.

    Berdasarkan teori tersebut penekanan dalam pengajaran

    dan pembelajaran orang dewasa diberikan kepada

    proses dan bukan kandungan. Dalam pelaksanaan

    KEDAP, pengalaman sedia ada pada ibu bapa Orang

    Asli dan Peribumi, budaya dan persekitaran diambil kira

    dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Tenaga pengajar digalak mempelbagai strategi

    pengajaran dan pembelajaran seperti main peranan,

    simulasi, pemerhatian dan penerokaan, permainan dan

    nyanyian.

    Bagi memastikan Kurikulum KEDAP dilaksanakan secara

    berkesan tenaga pengajar KEDAP perlu:

    1. Merancang pengajaran dan pembelajaran

    berdasarkan pendekatan literasi fungsian untuk

    peserta melalui:

    Pemilihan kandungan/bahan pengajaran yang

    sesuai dengan minat, pengetahuan,

    kefahaman, kebolehan dan pengalaman

    mereka.

    Pemilihan strategi pengajaran dan

    pembelajaran dan kaedah pentaksiran yang

    menyokong peningkatan tahap literasi peserta.

    2. Membantu dan membimbing peserta dalam

    pembelajaran melalui:

    Tumpuan kepada literasi dan fungsian.

    Melibatkan peserta secara aktif dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    9

    3. Melaksanakan pentaksiran berterusan terhadap

    pengajaran mereka dan pembelajaran peserta

    melalui:

    Kepelbagaian kaedah mengutip data.

    Penggunaan data dan dapatan untuk

    membantu pengajaran.

    Membantu peserta membuat pentaksiran

    kendiri.

    4. Membangunkan dan mengurus persekitaran

    pembelajaran yang memberi masa, ruang dan

    sumber pembelajaran yang diperlukan untuk

    literasi fungsian melalui:

    Strukturkan tempoh masa yang diperuntukan

    supaya peserta sedar tentang kepentingan

    menguasai kemahiran membaca, menulis

    dan mengira.

    Sediakan setting yang luwes dan

    menggalakkan peserta untuk meningkatkan

    tahap literasi.

    Sumber pembelajaran seperti peralatan,

    bahan bacaan dan perisian dapat diakses

    oleh peserta.

    Kenal pasti sumber pembelajaran yang ada

    di luar bilik darjah.

    Penglibatan peserta dalam membangunkan

    persekitaran pembelajaran.

    5. Membangunkan komuniti di kalangan peserta

    yang menunjukkan literasi, kemahiran sosial

    dan nilai supaya mereka boleh berfungsi dalam

    masyarakat melalui:

    Menunjukkan sikap hotmat menghormati

    terhadap kepelbagaian idea, pengetahuan,

    kemahiran dan pengalaman di kalangan

    peserta.

    Galakan aktiviti kerjasama dan

    perbincangan secara formal dan tidak

    formal.

    Penekanan terhadap kemahiran, sikap, nilai

    dan literasi fungsian

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    10

    Bagi membantu tenaga pengajar KEDAP tiga modul

    pengajaran iaitu Modul Kemahiran Membaca dan

    Menulis, Modul Kemahiran Mengira serta Modul Asas

    Bahasa Inggeris Komunikasi disediakan. Setiap Modul

    dibahagikan kepada lima unit berasaskan tema literasi

    fungsian (Rajah 2). Selain itu terdapat Modul

    Pengenalan Kemahiran Asas ICT bagi membantu tenaga

    pengajar memperkenalkan ICT kepada peserta KEDAP

    serta menerapkan elemen tersebut dalam aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran.

    Kemahiran sosial dan nilai diterap merentas kurikulum

    melalui aktiviti dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Modul

    KEDAP

    Membaca dan Menulis

    Asas Komunikasi

    Bahasa Inggeris

    Mengira

    Literasi Fungsian:

    Kekeluargaan Kesihatan

    Sivik dan Alam Sekitar

    Ekonomi Keselamatan

    Kemahiran Sosial Nilai

    Kemahiran Asas TMK

    Rajah 2: Modul KEDAP

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    11

    PENTAKSIRAN

    Perkembangan dan kemajuan peserta kelas dewasa

    akan ditaksir melalui beberapa kaedah seperti:

    i. Kehadiran di kelas.

    Kehadiran yang tinggi menunjukkan sikap positif

    terhadap pembelajaran di kalangan ibu bapa

    masyarakat Orang Asli dan Peribumi.

    ii. Pentaksiran secara berterusan oleh guru semasa

    peserta menjalankan aktiviti dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran melalui

    pemerhatian, lisan dan hasil penulisan dan

    sebagainya.

    iii. Hasil tugasan (folio)/mini projek secara

    berkumpulan.

    Kemajuan dan pencapaian peserta kelas dewasa perlu

    direkodkan dalam senarai semak yang guru sediakan.

  • Kurikulum Kelas Dewasa

    Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Peribumi

    12