spm_fzk_trial_2_1

19
Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur SULIT Fizik Kertas 1 Set 2 1 ½Jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001 Fizik Kertas 1 Satu jam tiga puluh minit Arahan Am: 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Buku sifir matematik boleh digunakan. 4. Kalkulator elektronik biasa boleh digunakan. Nama: Kelas :

Upload: rosmini-abdul-rahman

Post on 13-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur

SULIT Fizik Kertas 1 Set 2 1 ½Jam

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN 2001

Fizik Kertas 1

Satu jam tiga puluh minit

Arahan Am:

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Buku sifir matematik boleh digunakan. 4. Kalkulator elektronik biasa boleh digunakan.

Nama: Kelas :

Page 2: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 2 of 19

Maklumat yang berikut mungkin berfaedah (simbol-simbol mempunyai makna yang biasa):

1.v u

at

−=

2. Momentum mv= 3. F ma=

4. Tenaga kinetik = 21

2mv

5. Tenaga keupayaan = mgh

6. m

vρ =

7. Haba, Q mcθ=

8. PVpemalar

T=

9. 2E mc= 10. v f λ= 11. 210g m s−=

12. TenagaKuasa

Masa=

13. Halaju cahaya = 8 13 x 10 m s− 14. 1 eV = -191.6 x 1 0 J 15. Ketumpatan air = 1000 kg m-3

16. ax

Dλ =

17. T 2l

gπ=

Page 3: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 3 of 19

Bagi soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda. 1. Satu aktiviti Jejak Fizik telah dijalankan oleh kumpulan pelajar A, B, C dan D. Alat

pengukuran yang digunakan adalah seperti berikut: P - Menganggarkan tinggi siling Makmal Fizik Q - Menyukat isi padu plastisin R - Mengukur diameter duit siling S - Menentukan voltan bagi satu sel kering. Antara susunan yang berikut yang manakah menunjukkan kejituan bacaan mengikut tertib menurun?

A P → Q → R → S B S → R → Q → P C R → S → Q → P D R → S → P → Q 2. Persamaan gerakan bagi satu objek yang jatuh bebas dengan halaju awal, u,

setinggi h dan selama t saat, diberi oleh persamaan berikut:

21h=ut + g t

2

Antara yang berikut yang manakah merupakan pemboleh ubah yang beroperasi?

A Jisim, halaju dan pecutan B Jisim, halaju, pecutan dan ketinggian C Ketinggian, masa, jisim dan pecutan D Ketinggian, masa, halaju, pecutan dan jisim

Page 4: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 4 of 19

Rajah 1

3. Satu stroboskop tangan mempunyai dua celah diputarkan pada kadar 2 kisaran per saat. Stroboskop digunakan untuk melihat imej dua ekor anak burung yang bertenggek di ranting kayu. Berapakah imej anak burung yang diperhatikan jika stroboskop diputarkan 2 kali ganda daripada frekuensi asalnya?

A 4 B 8 C 16 D 32 4. Prinsip kerja bagi satu termometer merkuri berdasarkan

A pengembangan. B keseimbangan terma. C perubahan suhu. D perubahan isi padu.

Page 5: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 5 of 19

5. Antara graf berikut, yang manakah menggambarkan satu objek bergerak dengan nyahpecutan yang seragam?

laju/ms-1

Masa/s

A

laju/ms-1

Masa/s

B

laju/ms-1

Masa/s

C

laju/ms-1

Masa/s

D

6. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang separuh hayat?

A Jisim bahan radioaktif menjadi separuh daripada nilai asal. B Reputan bahan radioaktif menjadi separuh daripada nilai asal. C Bilangan jisim untuk bahan radioaktif mereput. D Tempoh masa bahan radioaktif mereput menjadi separuh daripada nilai asal.

Page 6: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 6 of 19

7. Dua buah kapal tunda sedang menarik sebuah kapal besar dengan daya-daya seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2 Antara berikut, yang manakah segi tiga daya yang mewakili keadaan keseimbangan?

A

B

C

D

Page 7: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 7 of 19

Rajah 3 8. Sebuah kapal terbang terbang di udara dalam keadaan keseimbangan.

Antara penyataan berikut, yang manakah benar? A Halaju kapal terbang adalah malar. B Daya tujahan ke atas melebihi berat kapal terbang. C Daya tujahan ke depan melebihi daya seretan. D Kapal terbang mengalami pecutan seragam. 9. Jadual 1 menunjukkan data yang diperoleh semasa satu eksperimen mengkaji

kaitan antara tekanan dengan suhu pada isi padu malar.

Suhu θ / oC Tekanan, P / kPa 0 101 20 107 40 115 60 122 80 129 100 137

Jadual 1

Hukum yang terlibat dalam kajian di atas ialah A Hukum Tekanan. B Hukum Boyle. C Hukum Charles. D Hukum Gas.

10. Cecair brek dalam kenderaan bermotor selalunya menggunakan minyak.

Mengapakah air tidak sesuai digunakan sebagai cecair brek? A Air menghasilkan gelembung udara dan menyebabkan pengaratan. B Air tidak boleh dimampatkan tetapi minyak boleh dimampatkan. C Air cepat menyejukkan bahagian brek. D Air menyebabkan brek tidak berkesan.

Page 8: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 8 of 19

11. Takik membolehkan keadaan

A daya regangan terhasil. B daya mampatan ditambahkan. C struktur bahan berubah. D daya regangan dan mampatan diminimumkan. 12. Satu lastik diregangkan sebanyak 4 cm apabila ditarik dengan daya 250 N.

Berapakah tenaga tersimpan dalam lastik ketika ditarik dengan separuh daripada daya tersebut?

A 2.5 J B 5.0 J C 250 J D 500 J

K A N T A

Rajah 4 13. Yang manakah antara berikut dapat menerangkan pemerhatian seperti yang

ditunjukkan pada Rajah 4? A Imej yang dihasilkan oleh kanta adalah sangat besar dan sahih. B Objek berada lebih pada u > f. C Objek pada kedudukan f < u > 2f. D Objek diletakkan kurang daripada f. 14. Prinsip cahaya yang terlibat dalam satu periskop prisma ialah

A pantulan cahaya. B pembiasan. C pembelauan. D pantulan dalam penuh.

Page 9: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 9 of 19

λ2

V2

λ1V1

λ2λ1

Rajah 5 15. Satu gerakan ombak di laut dalam menghasilkan halaju v1 dengan jarak gelombang

λ1. Apabila ombak sampai ke tepi pantai jarak gelombangnya berkurang menjadi separuh daripada nilai asal. Hitungkan halaju gelombang jika frekuensinya adalah tetap.

A fλ B 2 fλ C f1λ D 4λ 16. Frekuensi getaran bagi satu bilah gergaji berbeban boleh dikurangkan dengan

A menambahkan jisim plastisin. B menambahkan kekerasan gergaji. C menambahkan ketebalan gergaji. D menambahkan panjang gergaji. 17. Satu objek diletakkan di hadapan sebuah kanta dengan kuasa +20D. Jika jarak

objek itu ialah 5 cm, berapakah jarak imej dari kanta itu? A 5 cm B 10 cm C 20 cm D Pada infiniti 18. Suatu alur cahaya mempunyai panjang gelombang λ, merambat melalui satu

parutan belauan dan alur tertib pertama itu membuat satu sudut 45° dengan normal parutan itu. Jika satu alur cahaya lain yang mempunyai panjang gelombang λ

digunakan, sudut belauan tertib kedua ialah 30°. Nisbah 1

2

λλ

ialah

A 0.71 B 0.82 C 1.22 D 1.41

Page 10: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 10 of 19

19. Sebuah cerek elektrik dilabelkan '200 W, 250 V' disambungkan kepada bekalan

250 V. Hitungkan tenaga elektrik yang dibekalkan kepada cerek elektrik dalam masa 10 minit.

A 1260 kJ B 2000 kJ C 1200 kJ D 1100 kJ

Ω2 Ω2

Ω4 Ω10

P Q X Y

Rajah 6 20. Rajah 6 menunjukkan susunan litar perintang. Hitung nisbah rintangan berkesan

pada titik XY dan PQ. A 5 : 4 B 4 : 5 C 18 : 40 D 1 : 2 21. Pilih penyataan yang benar tentang transformer.

A Digunakan untuk menambahkan kuasa output B Kuasa output sentiasa sama dengan kuasa input jika transformer adalah

unggul C Boleh menggunakan bekalan arus terus D Transformer bekerja berdasarkan prinsip kemagnetan 22. Nilai punca min kuasa dua (pmkd) ialah nilai arus atau voltan yang menghasilkan

'kesan' yang sama seperti arus malar dalam sesuatu perintang. 'Kesan' yang dimaksudkan ialah

A susut voltan. B pemanasan. C purata arus. D kehilangan kuasa.

Page 11: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 11 of 19

23. Alat yang digunakan untuk mengukur arus ulang alik adalah seperti berikut kecuali

A osiloskop sinar katod. B meter gelung bergerak. C meter dawai panas. D meter besi bergerak.

bola pingpong

plat positifplat negatif

Rajah 7 24. Sebiji bola pingpong digerakkan ke plat negatif seperti pada Rajah 7. Apakah

pemerhatian anda? A Bola pingpong akan berayun ke plat positif dan plat negatif. B Bola akan terus melekat pada plat negatif. C Bola akan bercas negatif. D Bola menjadi neutral. 25. Satu medan lastik wujud apabila konduktor berarus bersaling tindak dengan medan

magnet kekal. Antara rajah berikut yang manakah benar tentang corak medan yang dihasilkan?

A

U Sx

B

U Sx

C

D

U Sx

xU S

Page 12: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 12 of 19

26. Diberi bahawa cas satu elektron ialah 1.6 x10-19 C . Tenaga kinetik satu elektron

yang dipecutkan oleh 4 kV ialah A 4.0 X 10-20 J B 3.2 X 10-19 J C 6.4 X 10-19 J D 6.4 X 10-19 J 27. Apabila suis litar elektrik dibuka, bacaan voltmeter merentasi bateri ialah 1.5 V.

Ketika suis ditutup, didapati bacaan voltmeter ialah 1.3 V dan arus ialah 0.5 A. Rintangan dalam bateri ialah

A 0.1 Ω B 0.2 Ω C 0.4 Ω D 2.6 Ω

R S

Rajah 8 28. Rajah 8 menunjukkan surihan yang terdapat pada skrin satu osiloskop apabila plat

Y disambungkan pada frekuensi 100Hz . Hitungkan masa yang diambil oleh tompok itu bergerak dari R ke S.

A 100 s B 1.0 s C 0.015 s D 0.15 s 29. Antara berikut yang manakah fungsi bagi satu diod rektifier?

A Menentukan bentuk gelombang output daripada transformer B Mengimbangkan voltan bekalan kuasa yang tidak tetap C Menukarkan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus D Meningkatkan voltan bekalan sesalur untuk kegunaan yang sesuai dengan

alat

Page 13: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 13 of 19

30. Antara yang berikut yang manakah mewakili simbol get ekslusif ATAU (X- ATAU)

A C

B D

Page 14: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 14 of 19

Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih cadangan jawapan yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian, pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D yang berikutnya . 31. Antara berikut yang manakah merupakan kuantiti vektor?

I Ketumpatan II Daya III Pecutan IV Frekuensi A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D IV sahaja 32. Pelangi terbentuk apabila cahaya matahari terpancar melalui beribu-ribu titisan air

hujan. Dalam setiap titisan air hujan itu cahaya mengalami I pembiasan. II penyerakan III pantulan dalam penuh. IV interferens. A I sahaja B I dan III sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja 33. Antara gelombang berikut, yang manakah bukan gelombang elektromagnet?

I Sinar gamma II Sinar alfa III Sinar katod IV Sinar X A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Page 15: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 15 of 19

P

Q

R

Rajah 9

34. Antara yang berikut, yang manakah mewakili jadual kebenaran bagi kombinasi get pada Rajah 9? I

P Q R

0 0 0

II

P Q R

0 1 1

III

P Q R

1 0 1

IV

P Q R

1 1 0

A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Page 16: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 16 of 19

35. Antara berikut, yang manakah boleh mewakili indeks biasan bahan?

I Nisbah dalam nyata dan dalam ketara II Nisbah sudut tuju dan sudut biasan III Salingan sudut genting IV Nisbah halaju di udara dan halaju didalam bahan A I dan II sahaja B I, II dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 36. Antara graf berikut, yang manakah mewakili Hukum Boyle?

PV

V

I

1/V

II

V

III

V

IV

P

P

P

A I sahaja B I, II dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

Page 17: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 17 of 19

m M

R

Rajah 10 37. Rajah10 menunjukkan dua jasad masing-masing berjisim m dan M dan

dipisahkan oleh jarak R. Daya tarikan antara jasad itu adalah Q. Jika jasad itu dipisahkan pada jarak 2R, daya tarikan antara jasad akan

I bertambah apabila R bertambah. II tetap tidak berubah. III

berkurang sebanyak 41 Q

IV bertambah 4 kali ganda jika kedua-dua jisim jasad bertambah 4 kali ganda . A I sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja 38. Halaju elektron yang dihasilkan oleh senapang elektron dipengaruhi oleh yang

berikut kecuali I voltan antara anod dan katod. II bilangan cas elektron. III jisim elektron. IV jarak antara anod dan katod. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D IV sahaja

Page 18: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 18 of 19

39. Antara alat elektrik berikut, yang manakah bekerja berdasarkan kesan pemanasan

arus elektrik? I Fius II Seterika elektrik III Meter besi bergerak IV Lampu berfilamen A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II dan IV sahaja 40. Ciri yang sama bagi gelombang bunyi dengan gelombang radio ialah kedua-duanya

I merupakan gelombang membujur. II boleh mengalami interferens. III bergerak dengan laju yang sama. IV boleh mengalami pembelauan. A IV sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 19: SPM_FZK_TRIAL_2_1

Portal Pendidikan Utusan 2001 © Hak Cipta Terpelihara Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur Page 19 of 19

JAWAPAN KERTAS MODEL: SET 2/2001

1. C 11. D 21. B 31. B 2. D 12. A 22. B 32. C 3. C 13. D 23. B 33. B 4. B 14. D 24. A 34. C 5. B 15. C 25. A 35. D 6. D 16. D 26. D 36. D 7. C 17. D 27. C 37. D 8. A 18. D 28. C 38. B 9. A 19. C 29. C 39. D 10. A 20. A 30. B 40. D