sp bm kbsm

Click here to load reader

Post on 12-Apr-2017

208 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Sukatan Pelajaran

    BAHASAMELAYU

  • PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Sukatan Pelajaran

    BAHASAMELAYU

  • ISBN

  • RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-citauntuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalanganseluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidupdemokratik; mencipta masyarakat yang adil bagikemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberalterhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukanseluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-citatersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    iii

  • FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembang potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.

    iv

  • v

    Kata Pengantar

    Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagimenyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akandatang. Penyemakan kurikulum bertujuan untuk memenuhi hasrat AktaPendidikan dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, danmenyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan pada abad ke-21.

    Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan pada nilai murnidan semangat patriotik untuk menyedarkan murid akan peranan dantanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasisecara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yangberkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalamkehidupan.

    Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasaperpaduan, dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari pada peringkatsekolah menengah. Mata pelajaran Bahasa Melayu bertujuan untukmelengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasiselaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan SukatanPelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengahmerangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa sertaberteraskan bahasa Melayu baku.

    Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasihkepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dantenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

  • PENDAHULUAN

    Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam AktaPendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah sebagai mata pelajaran teras di semuasekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasakebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan BahasaMelayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yangmencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagaipemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersamaoleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayumempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkatantarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.

    Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhihasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapanberbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasasecara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripadapelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiranberfikir.

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tigabidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat,dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan muridmenggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian,bidang pekerjaan, dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumurhidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akandapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membacaserta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran BahasaMelayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran,minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulumyang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan untukmengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa murid.

    1

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM

  • Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh mengenai kurikulumBahasa Melayu sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini mengandungiMatlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandunganmerangkumi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa,Hasil Pembelajaran, dan Pengisian Kurikulum.

    Terdapat lima dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian SukatanPelajaran yang berfungsi sebagai panduan untuk guru dalam pengajarandan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiaptingkatan, iaitu dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

    MATLAMAT

    Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untukmelengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasiuntuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan, danurusan harian.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolahmenengah murid dapat:

    i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurusuntuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

    ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagaisumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu danmaklumat;

    iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikanmasalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalambentuk lisan dan tulisan;

    2

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM

  • iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepadapelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

    v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secarakreatif dan berkesan; dan

    vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangatpatriotik, dan perasaan cinta akan negara.

    ORGANISASI KANDUNGAN

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah digubal bersesuaiandengan bahasa Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasaberinteraksi dengan orang lain, mengakses maklumat, dan untuk memahamibahan bacaan. Penggunaan bahasa ini dinyatakan dalam bentuk HasilPembelajaran. Hasil Pembelajaran berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitukemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis yang digabungkandengan peraturan dalam Sistem Bahasa, dan disokong oleh elemenPengisian Kurikulum. Pernyataan Hasil Pembelajaran adalah dalam bentukfungsian yang mencerminkan amalan harian dalam kehidupan sebenarmasyarakat Malaysia.

    Kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi PenggunaanBahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, danPengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah.

    Penggunaan Bahasa

    Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interper-sonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang terdapat HasilPembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasaioleh murid.

    3

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM

  • Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal merujuk kepada kebolehanmurid memulakan, membina, dan mengekalkan persahabatan sertaperhubungan dengan orang lain. Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumatmerujuk kepada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikanmaklumat serta ilmu. Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik merujukkepada keupayaan murid menikmati karya sastera, melahirkan idea sertaperasaan secara kreatif.

    Kemahiran Bahasa

    Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, danmenulis. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasabaku.

    Kemahiran MendengarKemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengardengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasipengucapan.

    Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid menyampaikanmaklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secaralisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanandiberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasayang sesuai.

    Kemahiran MembacaKemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membacadengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekananperlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahansecara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

    Kemahiran MenulisKemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid mengeluarkanidea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmupengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui denganmenggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul,serta tulisan yang jelas d