sources

Upload: minxuan-chan

Post on 10-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

e

TRANSCRIPT

2.0 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melibatkan interaksi secara aktif antara dua pihak, iaitu guru dengan murid. Proses ini tidak akan berlaku jika mana-mana pihak tersebut tidak melibatkan diri secara aktif. Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan yang rapi adalah sangat diperlukan.

Pengajaran, secara khususnya boleh didefinisikan sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).Dalam proses pengajaran memerlukan aktiviti penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara praktisnya, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudah cara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.Guru menilai keperluan-keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walau bagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.

Ewell telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam bilik darjah. Hasil pembelajaran berdasarkan pemerolehan maklumat daripada kefahaman tentang neurosains, psikologi kognitif dan kajian pembangunan. Beliau telah mengemukakan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Menurut beliau, rangsangan daripada persekitaran diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ditafsir dalam stor ingatan kemudian dihantar ke stor ingatan jangka masa panjang, akhirnya ke penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.

Secara ringkasnya pengajaran ialah(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat(b) menghormati kanak-kanak dan remaja(c) berkongsi pengetahuan(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid(f) menghadapi cabaran diri dan profesional(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional

KONSEP PEMBELAJARAN

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.

Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat definisi pembelajaran.

Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku.

Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentang proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapat diperhatikan.

PengenalanPerlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran ini akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaranbukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu.Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman ,iaitu fikiran ,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema manusia.Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.Oleh yang demikian,ahli-ahli penyelidik tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku manusia.Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran,celik akal,pemprosesan maklumat,ingatan dan pengamatan.

Teori Pemprosesan Maklumat GagneRobert M Gagne(1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Beliau telah mencari cara yang paling sempurna dan unggul untuk melakukan suatu pembelajaran yang standard.Beliau turut memberikan sumbangan yang kini menjadi asas pendidikan di kalangan pendidik seluruh dunia.Sumbangan beliau adalah dalam aspek-aspek seperti taksonomi pembelajaran dan juga sembilan syarat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat yang diterima melalui deria.Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer,iaitu,input rangsangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek.Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.Di samping itu, Taksonomi Gagne merupakan antara sumbangan terpenting beliau.Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti kemahiran verbal,kemahiran intelektual,strategi kognitif,sikap positif dan kemahiran motor.Kemahiranverbal terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalaan dari memori,membuat respon verbal kepada input,kebolehan melabel dan menamakan fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat-maklumat yang berkaitan.Seterusnya,kemahiran intelektual terdiri daripada kemahiran berdiskriminasi ,mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau abstarak ,pengaplikasikan prosedur-prosedur mudah dan yang kompleks untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.Ia mengandungi beberapa aras seperti aras diskriminasi ,konsep konkrit ,penggunaan peralihan dan penyelesaian masalah.Kategori ketiga iaitu strategi kognitif pula merujuk kepada kebolehan individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan kebolehan individu untuk membuat pilihan ,keputusan dan model mental.Kategori seterusnya pula sikap positif iaitu ia merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni yang baru dikuasai.Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat dengan logikal dan rasional.Kemahiran motor adalah kategori terakhir yang terdapat dalam Taksonomi Gagne.Ia melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal mengikut piawaian yang telah ditentukan.Ia turut melibatkan pergerakan otot ,umpamanya memandu kereta dan mambaling bola.Selain daripada Taksonomi Gagne,beliau juga telah menyenaraikan sembilan situasi pengajaran dan proses kognitif untuk setiap syarat yang ditetapkan oleh beliau.Situasi-situasi ini perlu dititikberatkan oleh guru-guru supaya pengajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pembelajaran akan berlaku dengan kukuh dan sempurna.Menurut Gagne,sebagai seorang guru,ia perlu menarik perhatian murid.Bagi mendapatkan tumpuan murid ke atas pengajarannya,guru boleh memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik.Selain itu,guru juga perlu memberitahu murid-murid mengenai objektif pelajaran supaya murid dapat tahu apa yang akan dipelajarinya pada hari itu.Seterusnya,guru juga perlu mengingatkan murid-muridmengenai pelajaran lampau untuk merangsang pengetahuan sedia ada pada mereka.Guru bolehmenyoal murid-murid mengenai satu tajuk spesifik yang akan diajari.Ini adalah untuk membolehkan murid itu berfokus kepada tajuk tersebut.Di samping itu,guru juga boleh memberi panduan dengan membantu mereka melalui persoalan-persoalan yang berkaiatan dengan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.Sebagai seorang guru,ia perlu menggalakkan murid membuat latihan kendiri bagi mendapatkan gerak balas daripada mereka. Selepas mereka membuat latihan kendiri,guru perlu memberi maklum balas dan membetulkan sekiranya wujud konsep yang salah.Selain itu,guru juga boleh menilai tahap pencapaian murid dengan memberi latihan tambahan dan pemulihan.Ini juga merupakan satu kaedah penilaian dan pentafsiran yang boleh dilakukan untuk meninjau tahap pemahaman mereka.Akhir sekali,guru perlu membuat generalisasi dengan membuat pemindahan pembelajarandimana guru boleh mengajukan soalan-soalan lain dan meminta murid mengenal pasti jawapannya.Secara kesimpulannya,pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Teori Pembentukan Konsep BrunerJerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat.Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences.Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep.Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui strukturkognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan.Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-murid dengan soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka.Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang oleh guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna.Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa guru-guru mengajar,mereka mesti mengajar dengan memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat murid-muridnya.Guru-guru juga perlu mengajar murid-murid yang mencapai markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar adalah lebih untuk memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan intelek murid-murid.Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang terkenal.Beliau menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat enaktif atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada peringkat ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka juga menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitifsecara lebih tersusun.Guru-guru perlu merancang pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan simbol-simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke situasi serupa dengan membuat penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir pada tahap yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada umur yang kecil lagi.Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction ,menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan prinsip peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan ingin tahu perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan sepert Mengapa?,Kenapa? atau Bagaimanakah sesuatu berlaku?Manakala pengajaran berstruktur pula dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran mental kanak-kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi untuk mengajar perwakilan nombor.Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen merupakan suatu prinsip turutan.Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi peneguhan,penetapan masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah mempengaruhi pengajaran dengan impak yang paling ketara.Teori Pembelajaran Asimilasi AusubelDavid Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex.Beliau juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan untuk bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal.David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu meaningful verbal learning, termasukpentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan penemuan.Ausubel lebih mementingkan pembelajaran resepsi daripada pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara eksplisit ,langsung,lengkap dan tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam bentuk pengajaran memusatkan guru.Penemuanberlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini.Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep penyusunan awal.Penyusunan awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh digunakan sebagai penyusunan awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya guru-guru menyusunbahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan atur.Justeru itu,teori beliau juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi.Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitifberkembang dengan pembelajaranbermakna melalui 4 proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk kepada maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat untuk memahami konsep secara terperinci dan khusus.Proses ini adalah spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinatadalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam pendekatan ini,guru-guru akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran dimana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebihterpencil yang wujud di dalam konsep-konsep yang sukar ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam prosespenyelarasan integratif,guru-guru mesti memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid.Justeru itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu pendekatan dimana percanggahan makna di antara konsep-konsep yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru.Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.