sorotan kajian

4
SOROTAN KAJIAN Penerapan KPS kepada murid sejak peringkat sekolah rendah adalah penting bagi memastikan pelajar-pelajar di Malaysia dapat mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah secara sistematik dan membuat keputusan secara bersistem di samping dapat menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna (Abu Hassan, 2005). Masalah ini dikenal pasti dalam kalangan murid luar bandar (Tahun 4) yang mana mereka mempunyai masalah dalam kemahiran mengawal pemboleh ubah meskipun mereka adalah kalangan murid yang pintar. Subjek Sains dalam KBSR bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan menekankan aspek kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains yang salah satunya mengenal pasti pemboleh ubah (Tamby Subahan, 2007). KPS merupakan kunci dan asas dalam mempelajari Sains. Sebelum sesuatu inferens dinyatakan, hipotesis dibuat dan kesimpulan diputuskan, seseorang itu haruslah mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat terlebih dahulu. Justeru itu,

Upload: ayisy-hariz

Post on 19-Aug-2015

74 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sorotan kajian

SOROTAN KAJIAN

Penerapan KPS kepada murid sejak peringkat sekolah rendah adalah penting bagi memastikan

pelajar-pelajar di Malaysia dapat mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada

sesuatu masalah secara sistematik dan membuat keputusan secara bersistem di samping dapat

menjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan dan bermakna (Abu Hassan,

2005). Masalah ini dikenal pasti dalam kalangan murid luar bandar (Tahun 4) yang mana mereka

mempunyai masalah dalam kemahiran mengawal pemboleh ubah meskipun mereka adalah

kalangan murid yang pintar.

Subjek Sains dalam KBSR bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan

kemahiran sains dan menekankan aspek kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran

manipulatif dan kemahiran proses sains yang salah satunya mengenal pasti pemboleh ubah

(Tamby Subahan, 2007). KPS merupakan kunci dan asas dalam mempelajari Sains. Sebelum

sesuatu inferens dinyatakan, hipotesis dibuat dan kesimpulan diputuskan, seseorang itu haruslah

mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat terlebih dahulu. Justeru itu, amatlah penting bagi

seorang guru mengajar kepada para muridnya cara untuk mengenal pasti pemboleh ubah dengan

tepat.

Kajian yang dijalankan ke atas murid sekolah menengah sekolah di salah sebuah bandar

besar di Malaysia menunjukkan penguasaan para pelajar dalam KPS masih di tahap sederhana

(Rohana, 2006). Kajian terhadap penguasaan KPS murid sekolah rendah juga menunjukkan

bahawa ianya masih di tahap lemah (Mohd. Shaifi & Siti Maryam, 2010). Kajian ini juga jelas

menunjukkan bahawa murid di sekolah luar bandar mahupun sekolah di bandar juga mempunyai

masalah dalam menguasai KPS dalam pengajaran Sains di Sekolah.

Page 2: Sorotan kajian

Kesannya, mata pelajaran Sains dianggap “killer paper” dalam peperiksaan UPSR. Hal

ini dibuktikan apabila Pegawai Pendidikan Daerah Machang, Tn. Hj. Abdullah bin Mat

mengatakan ketika memberi ucapan perasmian “Mesyuarat Agung PISBG Sekolah Kebangsaan

Hamzah 2 Kali ke-19”, bahawa Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang kritikal dalam

Daerah Machang selain daripada mata pelajaran Matematik.

Pada masa kini, disebabkan desakan oleh format peperiksaan yang hanya memfokuskan

kepada pencapaian akademik di atas kertas semata-mata telah menyebabkan peluang murid

untuk belajar mata pelajaran Sains secara praktikal (melakukan amali) atau ‘hands on’ yang

mana kaedah pengajaran dan pembelajaran sebegini sebenarnya lebih membantu dalam membina

pengetahuan murid dengan lebih bermakna berbanding dengan kaedah pengajaran berdasarkan

teori dan fakta sahaja tanpa ada pengaplikasian nya (Wynne Harlen, 2007). Bagi meningkatkan

penguasaan murid dalam Sains, kaedah penyampaian kemahiran proses sains perlulah memberi

fokus kepada aktiviti ‘hands on’ yang menarik (Maloney, 2007).

Pembelajaran di luar bilik darjah juga memberi kesan kepada daya tarikan kepada murid

untuk berasa seronok semasa belajar mata pelajaran Sains. Minat bermaksud keinginan iaitu

kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Minat lazimnya

muncul apabila seseorang itu berasa seronok akan sesuatu, justeru itu bagi menarik minat murid

untuk suka mata pelajaran Sains, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menyeronokkan..

Aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah mampu mewujudkan perasaan seronok kerana ianya

jarang-jarang diaplikasikan di sekolah atau dalam kata lain, lain daripada yang lain, justeru minat

murid akan bertambah dengan adanya aktiviti yang menyeronokkan kepada mereka.

Page 3: Sorotan kajian

Secara kesimpulannya, kemahiran proses sains (KPS) telah lama diperkenalkan dan

terdapat pelbagai kaedah serta pendekatan yang dijalankan bagi memantapkan kemahiran ini

dalam kalangan murid. Walaupun KPS masih lemah dalam kalangan murid terutama murid di

luar bandar, namun masih belum terlewat masanya bagi menjalankan sebarang bentuk rawatan

bagi menyelesaikan permasalahan ini. Oleh yang demikian, diharapkan dengan adanya pelan

tindakan yang sesuai, murid-murid di sekolah mampu menguasai KPS