sorotan kajian

10

Click here to load reader

Upload: kaiyi-chung

Post on 09-Apr-2016

99 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Esei

TRANSCRIPT

Page 1: Sorotan Kajian

2.0 Sorotan Kajian – Penulisan laluMalaysia ialah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang

kaum yang terdiri daripada pelbagai budaya, bahasa, agama dan etnik. Namun,

Malaysia juga menghadapi masalah perkauman, terutama bersabit dengan isu-

isu kewarganegaraan, budaya, bahasa, pendidikan, politik dan ekonomi yang

menyebabkan wujud perselisihan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

2.1 Pembangunan Politik Malaysia

Politik adalah antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam

rangka memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat

plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa,

pembentukan dan pelaksanaan dasar. Politik memberikan kuasa kepada

sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan

landasan pemikiran atau ideologi mereka.

Penjajahan British telah meninggalkan kesan yang mandalam terhadap

hubungan etnik dan pembangunan politik di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik

telah wujud di Tanah Melayu kerana British membenarkan kemasukan orang

Cina dan India secara beramai-ramai bagi menjana ekonomi British khasnya

perlombongan bijih timah dan perladangan getah di negeri-negeri Melayu.

Peluang ekonomi dan pekerjaan, kestabilan sosial serta politik Tanah Melayu di

bawah pentadbiran British telah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke

negeri-negeri Melayu bagi memperbaiki keadaan hidup mereka. British yang

membawa masuk buruh dari China dan India telah mengasingkan mereka

dengan pendudukan tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem

persekolahan. Hal ini bertujuan supaya tidak memungkinkan hubungan rapat

terjalin antara mereka. Menurut J.S Furnival, kesan pengasingan pekerjaan dan

tempat tinggal inilah yang dikatakan menjadi faktor renggangnya hubungan

antara kaum di Tanah Melayu. Kehidupan, tempat tinggal, pekerjaan dan sistem

persekolahan yang berbeza dan dalam bentuk keetnikan menyukarkan kaum

Page 2: Sorotan Kajian

Cina dan India berinteraksi dengan kaum Melayu, sebaliknya mereka merata-

rata hidup berkelompok sesama kumpulan masing-masing (Zaid Ahmad, 2013).

Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), pentadbiran Jepun

menggariskan pembahagian yang jelas dalam dasar pentadbirannya terhadap

kaum-kaum utama, iaitu orang Melayu, Cina dan India. Jepun menjalankan

dasar berbaik-baik dengan orang Melayu kerana orang Malayu dianggap

sebagai pemilih sah negara ini dan mempunyai kepentingan dari segi politik.

Pentadbiran Jepun mengamalkan dasar yang baik dengan orang India kerana

Jepun ingin mendapatkan sokongan orang India kerana Jepun ingin

mendapatkan sokongan orang India dalam usaha menawan negara India yang

dijajah oleh British. Dasar pemerintahan Jepun terhadap orang Cina adalah lebih

buruk kerana orang Cina seberang laut memberikan sokongan dan bantuan

kepada negara China ketika Perang China-Jepun meletus pada tahun 1937.

Pada tahun 1942, Jepun melakukan Operasi 'Sook Ching' untuk menghapuskan

orang Cina yang anti-Jepun apabila mereka dikumpulkan, disiasat, ditahan dan

kemudian dijatuhi hukuman oleh pentadbiran Jepun. Kesusahan dan

penyeksaan yang dihadapi oleh orang Cina adalah akibat tindakan penindasan

dan kekejaman Jepun telah menyebabkan semangat anti-Jepun semakin

membara. Kesan pentadbiran Jepun telah meningkatkan perasaan permusuhan

antara etnik yang akhirnya mencetuskan pergaduhan antara orang Melayu

dengan orang Cina(Zaid Ahmad, 2013).

Hubungan etnik di Tanah Melayu dirumitkan lagi dengan pengenalan

Rancangan Malayan Union pada 1 April 1946. Rancangan politik baharu ini

adalah untuk menggabungkan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah

negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang di bawah satu unit pentadbiran yang

diketuai oleh seorang Gabenor British dengan Singapura sebagai koloni British

yang bersaingan. Rancangan Malayan Union diterima oleh kebanyakan orang

Cina dan India kerana rancangan tersebut memudahkan kaum bukan Melayu

menjadi rakyat Malayan Union berdasarkan prinsip Jus Soli. Rancangan

Malayan Union mendapat bantahan daripada orang Melayu yang bimbang hak

Page 3: Sorotan Kajian

kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu dapat menjejaskan

kedudukan dan hak istimewa serta kepentingan politik orang Melayu selain

bimbang kehilangan kuasa raja-raja Melayu. Pertentangan pendapat ini telah

menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan orang bukan Melayu dan

seterusnya membangkitkan konflik antara orang Melayu dengan bukan Melayu.

Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union telah menyatukan orang

Melayu melalui penubuhan United Malays National Organization (UMNO) pada

11 Mei 1946. Perkembangan itu seterusnya berjaya membawa kepada

pembubaran Malayan Union oleh British dan digantikan dengan Persekutuan

Tanah Melayu pada Februari 1948. Namun begitu, pembentukan Persekutuan

Tanah Melayu masih tidak dapat menyelesaikan konflik antara kaum Melayu

dengan bukan Melayu. Malahan pertikaian antara orang Melayu dengan orang

Cina tentang soal kewarganegaraan masih berterusan di bawah Persekutuan

Tanah Melayu.

2.2 Ketidakseimbangan Ekonomi

Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan

bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga membawa kepada peristiwa

hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969

ysng berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran

dan status sosial antara kumpulan etnik. Selain itu, dasar penjajah Inggeris yang

mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang

berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari

sudut ekonomi atau pola penempatan kaum. Tragedi ini adalah ekoran daripada

pilihan raya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. semasa

kempen pilihan raya, isu-isu yang menyentuh emosi dan sentiman perkauman

telah disuarakan dengan lantang. perarakan yang dilakukan oleh parti

pembangkang telah secara langsung membangkitkan rusuhan antara kaum

terutamanya kaum Melayu dan Cina (Mansor Mohd Noor, 2006).

Selain peristiwa 13 Mei, masalah Jus Soli juga mengunggat kestabilan

sosio-ekonomi negara di mana hak keistimewaan Melayu tidak dihormati oleh

Page 4: Sorotan Kajian

pihak warga asing yang datang ke negara ini. Jus Soli merupakan suatu

fenomena penting yang pernah melanda negara ini suatu masa dulu serta

memberi kesan kepada komposisi bangsa-bangsa rakyat di Malaysia. Jus Soli

berasal dari bahasa Latin yang memberi maksud "hak untuk kawasan" atau

kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf

kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan

keturunan. Oleh itu, orang Melayu merasa tidak berpuas hati apabila iau

kerakyatan diberi sewenang-wenangnya kepada warga asing.

Fenomena ini akan mengurangkan kekuatan penguasaan kaum Melayu di

Tanah Melayu. Selepas melalui beberapa siri rundingan di antara raja-raja

Melayu, orang Melayu mengambil keputusan untuk menerima dasar Jus Soli ini.

Namun penerimaan dasar ini adalah dengan kewujudan beberapa syarat iaitu

orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam

Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Selain itu, British yang masih lagi

berdendam akibat sokongan yang diberikan oleh orang Melayu terhadap Jepun

membawa kepada penubuhan Gagasan Malayan (Malayan Union). Salah satu

daripada usul yang terdapat di dalam gagasan tersebut ialah British ingin

menyeragamkan keadaan yang kurang pasti tentang penduduk kaum lain di

Tanah Melayu. Pemberian kerakyatan melalui prinsip Jus Soli juga kononnya

bagi menghargai jasa warga Cina yang telah berganding bahu dengan British

untuk menentang Jepun.

Kemiskinan orang Melayu disebabkan oleh berlakunya penindasan ke

atas mereka semasa zaman kolonialisme di mana orang-orang Melayu hanya

digalakkan membuka ladang-ladang, perlombongan dan perniagaan di bandar-

bandar besar. (Zakry Abadi, 1992) Inilah antara sebab kebanyakan penduduk

luar bandar yang berbangsa Melayu mengalami kemiskinan. Penglibatan orang

Melayu pula adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan awam di peringkat

persekutuan dan negeri yang telah dikhaskan oleh pihak Inggeris.

2.3 Isu Sosial

Page 5: Sorotan Kajian

Menurut David Apter (1987), setiap transformasi sosial masyarakat, pasti

ada kelompok sosial yang menang dan kalah. Kelompok sosial yang kalah pasti

akan diketepikan dan dipinggirkan dalam akses mereka kepada sumber material

dan institusi sosial dalam masyarakat. Mereka yang terpinggir ini akan bertindak

secara ganas terhadap kerajaan dan ini akan menjadi penghalang kepada

pertumbuhan sosial. Kecenderungan kelompok sosial untuk mempamerkan

reaksi ganas terhadap kerajaan perlu diberi perhatian. Hal ini demikian kerana di

Malaysia mempunyai hubung kait dengan kemungkinan konflik sosial itu boleh

bertukar menjadi konflik etnik dan agama yang bermula sebagai salah faham

yang kecil tetapi merebak hingga berakhir dengan konflik yang mengganas

(Mansor Mohd Noor, 2006).

Di Malaysia, risiko atau kemungkinan tercetusnya ketegangan dan kacau

bilau adalah besar lebih-lebih lagi sebagai negara pelbagai kaum, agama dan

kebudayaan. Atas sifatnya itu, Malaysia terdedah kepada ancaman keselamatan

sejak sebelum merdeka lagi. Isu-isu dan masalah berhubung dengan perkauman

pula terus wujud dan pernah mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Insiden konflik pada 1998 yang menyaksikan ketegangan ethno-religious

berikutan isu peristiwa Masjid Kampung Rawa-Kuil Raja Mathuraiveeran, Pulau

Pinang. Kejadian itu mencetuskan beberapa pergaduhan antara penduduk

setempat orang Melayu dan berketurunan India selain mengakibatkan syak

wasangka dan fitnah yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Ketegangan

di Pulau Pinang itu nampaknya gagal untuk menjadi elemen pencegah kepada

ketegangan baru sebaliknya meninggalkan kesan negatif dari segi sentimen dan

prejudis kaum (Utusan Malaysia 12 Mac 2001).

Krisis mata wang tahun 1997 telah menguji ketahanan negara dari segi

kemakmuran ekonomi dan perpaduan negara. Beberapa kelompok sosial,

terutama dari golongan miskin di desa serta bandar dan di kalangan komuniti

etnik India merasakan krisis ini adalah satu petanda kerumitan ekonomi yang

pasti akan merumitkan masa depan mereka. Kos sara hidup yang tinggi,

Page 6: Sorotan Kajian

masalah dan gejala sosial, pengangguran, masalah perumahan, kepinggiran dari

arena politik dan pentadbiran kerajaan semakin menyulitkan kehidupan golongan

miskin terutama di bandar dan di kalangan komuniti India, hingga meresahkan

lagi kehidupan mereka. Keresahan hidup ini tidak terhenti di situ, malah

menegangkan hubungan antara kumpulan etnik Melayu dan India di kawasan

bandar, walaupun pada hakikatnya mereka adalah mangsa kepada proses

pembangunan dan tadbir urus yang pincang (Mansor Mohd Noor, 2006).

Insiden konflik sosial di Kampung Medan terjadi pada Rabu 7 Mac 2001

yang membawa kepada berlakunya pergaduhan antara etnik Melayu dan India

serta berakhir enam kematian (Berita Harian 8 Mac 2001). Pemerhatian yang

dilakukan di kawasan Kampung Medan dan kawasan-kawasan yang berjiran

dengannya, melahirkan 'rasa tidak sedap di hati' apabila melihat penempatan

rumah setinggan yang tidak teratur dibina bersebelahan dengan flat kos rendah

dan rumah teres satu dan dua tingkat. Dengan suasana persekitaran sosial dan

fizikal yang berbeza ini terutamanya dari segi jurang sosial, Kampung Medan

dikatakan memiliki ciri-ciri sebutir bom sosial yang menunggu masa untuk

meletup (Mansor Mohd Noor, 2006).

Insiden salah faham, ketegangan dan konflik etnik sering digambarkan

berlaku di Malaysia. Persaingan etnik untuk memperolehi sumber material dan

kedudukan sosial dikatakan penyebab utama kepada insiden konflik ini.

Kepelbagaian dari segi agama,sosial dan budaya menjadi latar kepada

hubungan antara kaum di Malaysia. Sering juga dikatakan bahawa kelainan atau

kepelbagaian pegangan agama, kepercayaan dan adat resam, budaya dan

amalan hidup boleh menjadi halangan kepada perhubungan dan persefahaman

antara kaum dan etnik yang harmoni. Hal ini kerana, kelainan itu sering

menimbulkan persepsi dan stereotaip negatif yang tidak baik antara etnik

(Mansor Mohd Noor, 2006).

2.4 Sistem Pendidikan

Page 7: Sorotan Kajian

Integrasi sosial dalam kalangan penduduk pelbagai etnik dapat dipupuk

melalui dasar pendidikan kebangsaan yang berorientasikan perpaduan dalam

kalangan masyarakat pelbagai etnik. Sekolah merupakan tempat kanak-kanka

berpeluang belajar secara bersama, bermain, mencari kawan baharu, membina

persefahaman serta perasaan persaudaraan dengan pelajar-pelajar lain, sama

ada dengan rakan sebangsa mahupun bangsa lain.

Sistem pendidikan di Tanah Melayu pada zaman pra-merdeka yang

berlangsung sebelum 1957 dikelolakan oleh British mengikut acuan yang

dirasakan terbaik bagi mereka ketika itu. Namun, sistem pendidikan ketika itu

dilihat mempunyai pelbagai kekurangan dan berat sebelah. Sekolah-sekolah di

Tanah Melayu dipecahkan kepada 4 jenis, iaitu sekolah Inggeris, sekolah Cina,

Sekolah Tamil dan sekolah Melayu. Setiap sekolah menggunakan bahasa

ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar dan sistem ini dinamakan

sebagai sistem vernakular. Di antara ciri-ciri pendidikan yang diamalkan oleh

setiap jenis sekolah adalah setiap sekolah dikhususkan untuk kaum tertentu

sahaja, setiap sekolah menggunakan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan

pelajaran yang berbeza. sekolah dibina di kawasan tertentu seperti di ladang,

bandar dan kampung serta tidak menyediakan pelajaran vokasional dan teknikal.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan itu tidak dapat menyatupadukan kaum

kerana tumpuan taat setia mereka tertumpah kepada negara asal masing-

masing.

Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan masyarakat Melayu,

Cina, dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan menyebabkan

hubungan mereka semakin renggang. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan

India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu, iaitu

sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk

kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India.

Tetapi British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan

yang setaraf kepada semua bangsa. Contohnya, sekolah vernakular Melayu dan

Tamil hanya terhad untuk sekolah rendah sahaja, manakala sekolah vernakular

Page 8: Sorotan Kajian

Cina mendapat keistimewaan melalui sekolah rendah (6 tahun), junior middle (3

tahun), dan senior middle (3 tahun). Lulusan untuk sekolah Melayu hanya

setakat memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling rendah.

2.5 Pemerintahan Beraja

Konsep perlembagaan secara umumnya merujuk kepada satu dokumen

yang mengandungi himpunan undang-undang dasar tentang prinsip-prinsip asas

yang dianggap penting untuk pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

Perlembagaan mempunyai beberapa peranan tertentu dalam sesebuah negara,

iaitu untuk menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dilakukan,

membatasi bidang kuasa pemerintah, menetapkan bentuk sistem kerajaan yang

diamalkan serta menjelaskan hak-hak yang diperuntukkan kepada rakyat.

Perlembagaan digubal untuk menjadi panduan tentang corak pemerintahan,

sistem politik dan pentadbiran negara serta memberi jaminan perlindungan

kepada rakyat. Perlembagaan menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab

dan kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu telah mengamalkan

sistem pemerintahan beraja sejak berkurun lamanya. Di bawah sistem ini, raja

berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran

negeri dengan dibantu oleh para pembesar.

Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu tetap

diiktiraf sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing, walaupun dalam

sesetengah perkara mereka dikehendaki mendapatkan nasihat daripada residen

atau penasihat yang dilantik oleh kerajaan British. Selepas Perang Dunia Kedua,

kerajaan British bercadang untuk memperkenalkan sebuah negara kesatuan di

Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Melalui cadangan ini,

kedudukan raja-raja Melayu berubah menjadi pemerintah atas nama dengan

kuasa mereka dibataskan kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

Cadangan ini tidak dapat diterima oleh orang Melayu dan hasil daripada

bantahan dan tentangan yang diatur mereka, Malayan Union akhirnya telah

Page 9: Sorotan Kajian

dimansuhkan dan digantikan dengan satu perlembagaan baharu yang dikenali

sebagai Persekutuan Tanah Melayu, 1948.