solat jama' dan qasar

Upload: penyuselatan

Post on 30-May-2018

320 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Solat Jama' Dan Qasar

    1/4

    SOLAT JAMA DAN QASAR

    SOLAT JAMAK

    Jamakertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di

    jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamakterbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

    Jamak TakdimSoalt Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magribdengan Isyak dalam waktu Magrib.

    Syarat Jamak Takdim :

    i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohorkemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak

    ii. Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram

    iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yangkedua.

    Jamak TakhirZolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

    Syarat Jamak Takhir :

    i. Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang iaakan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.

    ii. Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

    SOLAT QASAR

    Qasarertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

    Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

    Musafirnya tidak bertujuan maksiat.

    Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km

    Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram

    Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)

    MEngetahui solat qasar itu menjadi harus baginyaMengetahui tempat yang hendak dituj, jika tiada tujuan atau matlamat tidaksah qasarnya

  • 8/14/2019 Solat Jama' Dan Qasar

    2/4

    Tidak boleh qada qasar soalt yang ditinggalkan semasa di tempatkediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh diqada'Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

    Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :

    Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

    HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

    Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harusmelakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antaradua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukandi antara satu yang berikut :

    Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar

    Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

    Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

    Niat Jama' Taqdim dan Qasar :

  • 8/14/2019 Solat Jama' Dan Qasar

    3/4

    i. Solat Zohor dan Asar.

    Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan

    Asar kerana Allah Taala

    Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam,maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk)dan berniat pula seperti berikut :

    Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

    ii. Solat Maghrib dan Isya'

    Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya

    Isya' kerana Allah Taala

    Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdimmaghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberisalam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :

    Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala

    Niat Jama' Takhir dan Qasar:

  • 8/14/2019 Solat Jama' Dan Qasar

    4/4

    i. Solat Zohor dan Asar

    Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan denganAsar kerana Allah Taala

    Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula sepertiberikut :

    Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taalaii. Solat Maghrib dan Isya'

    Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunaikerana Allah Taala.

    Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula sepertiberikut :

    Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala