soalan_tugasan_projek_rbt_3203e_ppg_jun_2015

6
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS TUGASAN PROJEK TARIKH MULA 25JUL2015 TARIKH HANTAR 11OKT2015 HASIL PEMBELAJARAN: 1. Membandingbezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan klasifikasi fabrik. 2. Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam Teknologi Rumah Tangga dalam penghasilan pakaian. 3. Menguasai pengetahuan teori dan kemahiran amali melalui pelaksanaan projek pemeliharaan ikan hiasan. 4. Menguasai pengetahuan teori dan kemahiran amali melalui pelaksanaan projek penanaman tanaman sayur-sayuran dan hiasan. Kerja Kursus Projek ini dijalankan bagi menilaihasil pembelajaran 2 dan 3manakala hasil pembelajaran 1 dan 4 dinilai dalam KUIZ.. OBJEKTIF TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK 1. Membuat kajian pembacaan perpustakaan dan mengumpul maklumat. 2. Membanding bezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan klasifikasi fabrik. 3. Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam Teknologi Rumah Tangga dalam penghasilan pakaian. 4. Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai Teknologi Pemeliharaan I kan Hiasan. 5. Merancang, merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan projek pemeliharaan ikan hiasan yang diusahakan. 6. Merancang, mengurus dan melaksanakan projekpemeliharaan ikan hiasan berlandaskan prinsip dan amalan penting. 7. Membina dan mempertahankan hujah terhadap penilaian dan refleksi aktiviti projek yang dijalankan. 1 TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR : KOD KURSUS : RBT3203E NAMA KURSUS : TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN SEMESTER : 6

Upload: mohd-nizam-omar

Post on 06-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TUGASAN RBT

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan_Tugasan_Projek_RBT_3203E_PPG_Jun_2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN PROJEK

TARIKH MULA 25JUL2015 TARIKH HANTAR 11OKT2015

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Membandingbezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan klasifikasi fabrik.

2. Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam Teknologi Rumah Tangga dalam penghasilan pakaian.

3. Menguasai pengetahuan teori dan kemahiran amali melalui pelaksanaan projek pemeliharaan ikan hiasan.

4. Menguasai pengetahuan teori dan kemahiran amali melalui pelaksanaan projek penanaman tanaman sayur-sayuran dan hiasan.

Kerja Kursus Projek ini dijalankan bagi menilaihasil pembelajaran 2 dan 3manakala hasil pembelajaran 1 dan 4 dinilai dalam KUIZ..

OBJEKTIF TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

1. Membuat kajian pembacaan perpustakaan dan mengumpul maklumat.

2. Membanding bezakan jenis dan ciri gentian berdasarkan klasifikasi fabrik.

3. Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam Teknologi Rumah Tangga dalam penghasilan pakaian.

4. Menganalisis maklumat dari pelbagai sumber mengenai Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan.

5. Merancang, merangka dan menjalankan kerja pendokumentasian berkaitan projek pemeliharaan ikan hiasan yang diusahakan.

6. Merancang, mengurus dan melaksanakan projekpemeliharaan ikan hiasan berlandaskan prinsip dan amalan penting.

7. Membina dan mempertahankan hujah terhadap penilaian dan refleksi aktiviti projek yang dijalankan.

8. Menghasilkan folio pelaporan ilmiah dan projeksebuah akuarium yang lengkap serta berfungsi.

9. Mengambil kuiz pada masa yang ditetapkan sebagai melengkapkan tajuk-tajuk di dalam proforma.

1

TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR :

KOD KURSUS : RBT3203ENAMA KURSUS : TEKNOLOGI RUMAH TANGGA DAN PERTANIAN

SEMESTER : 6

Page 2: Soalan_Tugasan_Projek_RBT_3203E_PPG_Jun_2015

Tugasan Projek (100%)

Matlamat kursus Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian bertujuan menyediakan individu yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Tumpuan utamakursus ini adalah kepada penguasaan kemahiran dalam tiga komponen utama iaitu Teknologi Rumah Tangga, Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan dan Teknologi Penanaman Sayuran dan Tanaman Hiasan.

Di samping itu kursus ini juga bermatlamat untuk melahirkan individu yang kreatif, inovatif dan inventif serta boleh menghasilkan rekaan yang sesuai dengan perubahan dan perkembangan teknologi untuk meningkatkan kualiti hidup dan menjadi penyumbang kepada pembangunan teknologi tempatan dan antarabangsa. Untuk merealisasikan hasrat tersebut anda diminta menghasilkan satu projek berdasarkan panduan yang diberikan.

Berdasarkan pernyataan di atas:

BAHAGIAN A:DOKUMENTASI

1. Anda dikehendakisecara individumencari, mengumpul dan menyusun maklumat berkaitan Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan serta membuat penulisan ilmiah sebanyak 1000 patah perkataan tidak termasuk gambar dan gambar rajah.

[20 %]

2. Anda dikehendaki secara individu membuat perancangan penjagaan harian sebuah akuarium, lengkap dengan jadual kerja, menyediakan satu pelan lanskap akuarium bersaiz kertas A4yang bertemakan alam semulajadi, diwarnakan serta berlabel. Berikan justifikasi terhadap kegunaan setiap bahan dan aksesori yang digunakan di dalam pelan lanskap yang dilakarkan berdasarkan prinsip-prinsip, unsur-unsur dan elemen yang telah dipelajari.

[10%]

3. Anda dikehendaki secara individu, menyediakan satu ulasan kritis sebanyak 500 patah perkataan dalam bidang Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian mengenai apa yang anda tahu, apa yang patut anda tahu, pengetahuan dan pengalaman baru serta cadangkan penambahbaikan yang sesuai.

[10%]

4. Anda dikehendaki secara individu menyediakan Rekod Kerja menjahit kemeja Hawaii kanak-kanak sebanyak 500 patah perkataan

[10 %]

BAHAGIAN B: AMALI

1. Secara individu bina sebuah akuarium mengikut pelan lanskap tersebut.

[10%]

2. Secara individu jahit sehelai kemeja Hawaii kanak-kanak.

[20 %]

BAHAGIAN C: KUIZ

2

Page 3: Soalan_Tugasan_Projek_RBT_3203E_PPG_Jun_2015

1. Anda dikehendaki mengambil KUIZ dalam bidang Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian yang berkaitan pada masa yang akan ditetapkan.

[20 %]

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek:

1. Semua tugasan membina Folio serta ulasan kritisperlu dilaksanakan secara individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. Bahan rujukan boleh dikongsi bersama.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini3.2 Fon Arial3.3 Saiz huruf – 113.4 Langkau 1.5 baris3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)3.6 Lampiran adalah wajib disertakan.

4. Anda dikehendaki mencari, mengumpul dan menyusun maklumat,membuat perancangan serta membuat refleksi berkaitan Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan.

5. Anda juga dikehendaki melakar pelan lanskap akuarium yang bertema, berlabel dan diwarnakan.Huraikan kegunaan dan beri justifikasi setiap bahan dan aksesori di dalam pelan lanskap tersebut.Bina sebuah akuarium ikan hiasan berpandukan pelan lanskap akuarium tersebut.

6. Semua rujukan perlu dinyatakan.

7. Amalan meniru kerja rakan dan plagiat tidak dibenarkan dan tindakan akan diambil.

8. Tarikh serahan tugasan: 11 Okt.2015

9. i. Markah penuh projek ikan hiasan: 100%ii. Markah penuh kuiz: 100%

10. Markah Wajaran: i. 30% Projek Teknologi Rumah Tanggaii. 50% Projek Pertanianiii. 20% Kuiz

11. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:

NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NO. K.P KUMPULAN/UNIT AMBILAN KUMPULAN KOD KURSUS NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH PEMBIMBING

TARIKH SERAHAN

3

Page 4: Soalan_Tugasan_Projek_RBT_3203E_PPG_Jun_2015

Kriteria Tugasan Yang Baik:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:

a) Dokumentasi: (Individu) Penyediaan Rekod Kerja menjahit pakaian Hawaii kanak-kanak. Penyediaan dokumentasi berkaitan Teknologi Pemeliharaan Ikan Hiasan,

penyediaan pelanperancangan pemeliharaan ikan hiasan, lakaran pelan lanskap akuarium yanglengkap, bertema,berlabel dan diwarnakan, memberikanjustifikasi setiap kegunaan bahandan aksesori yang dinyatakan di dalam pelan tersebut serta penulisan refleksi.

b) Amali: (Individu) Menjahit sehelai pakaian Hawaii kanak-kanak Membina akuarium pemeliharaan ikan hiasan mengikut pelan lanskap akuarium

yang telah disediakan dengan kreativiti tersendiri.

3. Bukti-bukti dan bahan –bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah.

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

6. Ulasan kritis harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.

7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari 2 buah buku, 2 laman web berdaftar dan1 bahan bercetak yang lain).

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

( MOHD YUSOFF BIN HJ. MOHD SHARIFF) ( ROHANI BINTI SEMAN )Penyelaras Kursus : RBT3203E Pakar Bidang (SME)Jabatan Pengajian Teknikal Jabatan Pengajian TeknikalIPGK Perlis IPGK Perlis

Disahkan oleh:

(MAHZAN BIN HASIM)Ketua Jabatan TeknikalIPG Kampus Perlis

4