soalan_pemahaman_bahasa_melayu_tahun_4

Upload: pree73

Post on 08-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    1/7

    Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 4.

    1. Wah, _______________ sungguh Menara Berkembar Petronas ini, kata Zhi Yan.

    A. tinggi B. rendah C. renek D. rendang

    2. Sambal sotong yang dimasak oleh Celin itu sangat _________

    A. kurus B. pedas C. lembab D. tajam

    3. Rumah baru kami besar dan _______________.

    A. cantik B. bulat C. buruk

    4. Yin Ning merebus keladi itu sehingga __________

    A. mentah B. empuk C. nipis D. lemau

    5. Jia Qin makan _________ roti dan __________ telur semasa sarapan di warung itu.

    A. sehelai sebiji C. seekor sekeping

    B. sekeping .sebiji D. selembar sekeping

    6. Menurut Caleb, di dalam laci ini ada beberapa __________ kertas.

    A. buah B. helai C. biji D. ekor

    7. Yee Han menghadiahi Yen Mei _____________ rantai leher.

    A. seutas B.seulas C. setitik D. sepucuk

    8. Murid murid _________ meniru semasa peperiksaan dijalankan, kata Puan Yu Jia.

    A. sila B. usah C. tolong

    9. ___________lah ke majlis hari lahir saya pada hari Ahad nanti.

    A. Minta B Jemput C. Usah

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    2/7

    10. __________ berikan wang ini kepada nenek di kampung.

    A. Tolong B. Usah C. Jemput D. Jangan

    11. ____________ duduk. Doktor akan merawat kamu sebentar lagi, kata jururawat itu

    kepada Yi Yow.

    A. Jangan B. Minta C. Sila D. Usah

    12. ___________ beratur ketika membeli makanan.

    A. Muridmurid C. Kurakura

    B. Semut semut D. Layang layang

    13. Rambut datuk kelihatan ____________ kerana beruban.

    A. erat erat B. lurus lurus C. putih putih D. kusut -kusut

    14. Xin Yu berehat di bawah _____________ yang rendang.

    A. kekura B. rerambut C. jejentik D. pepohon

    15. Ka Hou menyapu ____________ yang bertaburan di halaman rumahnya.

    A. dedaun B. dedahan C. bebola D. lelangit

    16. Pokok pokok itu tumbang ____________ hujan lebat petang semalam.

    A. sejak B. lalu C. kerana

    17. Ji Hou menasihati Daren Oi ___________ tidak nakal lagi.

    A. sejak B. tatkala C. supaya

    18. Shuan Lin berasa amat mengantuk _____________ tertidur di atas sofa itu.

    A.lalu B. tetapi C. kalau D. kerana

    19. Kamal ___________________ buah buahan ini untuk nenek.

    A. membeli B. dibeli C. beli D. belian

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    3/7

    20. Pulau Langkawi sentiasa ______________ oleh pelancong di dalam dan luar negara.

    A. dipagari B. diberikan C. dibasahi D. dikunjungi

    21. Brynt ___________ bahan bacaan tentang H1N1 kepada kawan sekelasnya.

    A. meraikan B. mengedarkan C. menyanyikan

    Soalan 22 hingga 23 pilih perkataan berlawanan yang sesuai dengan perkataan

    bergaris.

    22. Mikhail mengikut ibunya membeli ikan di pasar.

    A. menjual B. mengirim C. memasak D. memudahkan

    23. Restoran itu baru sahaja ditutup.

    A. ditanam B. disimpan C. disepak D. dibuka

    Soalan 24 hingga 25 pilih ayat ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan

    betul.

    24. I Kami tetap dengan keputusan kami hendak ke sekolah pagi ini.

    II Jawatan yang dipangku oleh ayah tetap dan berpencen.

    III Majlis perkahwinan Wing Hang tetap akan berlangsung pada bulan ini.

    IV Tarikh lawatan ke Ipoh sudah tetapi.

    A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C. I, II, III dan IV

    25. I Gambar yang tergantung pada dinding itu seolah olah hidup.

    II Cikgu Benjamin tidak biasa dengan cara hidup di desa.

    III Bara api yang di digunakan oleh ibu untuk memanggang ikan itu masih hidup.

    IV Walaupun Pak Daud sekeluarga miskin tetapi hidupkan mereka bahagia.

    A. I sahaja B. I, dan III sahaja C. I, II, III dan IV

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    4/7

    Soalan 26 hingga 27pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

    26. Ibu saya guru di sekolah ini, kata Zho Hong kepada Zecharia.

    A. Zecharia memberitahu Zho Hong bahawa ibunya guru di sekolah ini.

    B. Zho Hong memberitahu Zecharia bahawa ibunya guru di sekolah ini.

    C. Ibu Zho Hong memberitahu Zecharia bahawa dia guru di sekolah ini.

    D. Menurut Zho Hong ibu Zecharia bahawa guru di sekolah ini.

    27. Khalid marah akan Jamil yang bersikap biadab terhadapnya.

    A. Cis, berani kamu bersikap biadab terhadap aku, kata Jamil kepada Khalid.

    B. Amboi biadabnya kamu , kata Jamil kepada Khalid.

    C. Cis, berani kamu bersikap biadab terhadap aku, kata Khalid kepada Jamil.

    D. Oh, beraninya kamu bersikap biadab kepadaku, kata Jamil kepada Khalid.

    Soalan 28 dan 29 pilih ayat yang betul.

    28. A. Surat itu yang saya poskan sudah menerimakah?

    B. Beta ingin melihat rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan damai, titah

    Sultan Shah Bandar.

    C. Rancangan itu kami akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

    29. A. Cis, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan rakan kamu itu!

    B Amboi, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan rakan kamu itu!

    C Oh, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan rakan kamu itu!

    D Nah, ambil minuman ini dan berikan lepada rakan rakan kamu itu!

    Soalan 30 pilih ayat ayat yang betul.

    30. I Siapakah nama arnab peliharaan kamu?

    II Banjir itu telah memusnahkan tanaman penduduk kampung.

    III Penanda buku ini dibuat oleh John Lim untuk rakan baiknya.

    IV Yanti kepada bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Mala.

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    5/7

    A. I dan III sahaja C. II dan III sahaja

    B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan I

    Soalan 31 hingga 35

    Baca surat di bawah dan kemudian jawab soalan soalan berikutnya.

    303 Kampung Indah,

    Jalan Bunga Melur,

    33040 Kuala Kangsar,

    Perak Darul Ridzuan.

    29 September 2009.

    Menemui ayahanda yang kini berada di Kuala Lumpur, semoga berada dalam keadaan

    sihat sejahtera selalu.

    Tujuan anakanda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa anakanda ingin

    menyertai rombongan sekolah melawat Melaka. Lawatan tersebut akan diadakan pada 12

    September 2009. Bagi pengetahuan ayahanda, lawatan tersebut diadakan untuk melahirkan rasa

    kagum terhadap keindahan tanah air, menyemaikan perasaan cinta terhadap negara dan menimba

    ilmu.Antara tempat menarik yang akan anakanda lawati ialah Taman Mini Malaysia, Taman

    Buaya, Kota A Famosa, Makam Hang Tuah dan Makam Hang Jebat. Selain itu, anakanda

    memerlukan RM100.00 sebagai bayaran lawatan dan RM80.00 untuk perbelanjaan anakanda.

    Anakanda berharap ayahanda membenarkan anakanda menyertai rombongan tersebut dan dapat

    mengirimkan wang itu ke kampung secepat mungkin.

    Akhir kata sambutlah salam sayang dari anakanda. Nenda juga mengirim salam buat

    ayahanda. Sekian, terima kasih.

    Anakandamu,

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    6/7

    31. Apakah hubungan antara penulis dengan ayahanda ?

    A. Adik B. Saudara C. Rakan D. Anak

    32. Maksudmenyemaikan dalam petikan ialah

    A. memupuk C. melonggokkan

    B. menyemarakkan D. menaburkan

    33. Kesemua yang berikut ialah tempat menarik yang akan dilawati oleh penulis kecuali

    A. Taman Buaya C. Taman RamaRama

    B. Makam Hang Tuah D. Taman Mini Malaysia

    34. Berapakah jumlah wang yang diperlukan oleh penulis?

    A. RM 80.00

    B. RM 100.00

    C. RM 150.00

    D. RM 180.00

    35. Di kampung, penulis tinggal dengan

    A. abang B. nenek C. ayah D. adik

    Soalan 36 hingga 40

    Baca pantun di bawah dan kemudian jawab soalan soalan berikutnya.

    Cuaca panas perit tekak,

    Apabila batuk sakit dada,

    Wahai adik kesayangan kakak,

    Permata ayahanda, kemanjaan bonda.

    Sungguh subur padi Pak Tani,

    Sekali pandang seperti taman,

    Dengarlah sedikit nasihat ini,

    Pesanan kakak sebagai pedoman

    Wajahmu suram hilang seri, Ekspedisi mendaki Gunung Tahan,

    Mandi bunga di tepi perigi, Menguji ketahanan fizikal dan mental,

    Janganlah leka menghibur diri, Dunia sekarang penuh dugaan,

    Hingga terlupa cita cita nan tinggi. Hadapilah dengan semangat kental.

  • 8/7/2019 Soalan_Pemahaman_Bahasa_Melayu_Tahun_4.

    7/7

    Pergi ke bandar tidak lama,

    Singgah sebentar di pasar raya,

    Ilmu di dada senjata utama,Mengangkat diri ke mercu jaya.

    Cikgu Siti sedang mengajar,

    Nampak cantik berbaju belang,

    Wahai adik, tekunlah belajar,Kelak hidup pasti cemerlang

    36. Siapakah yang menyampaikan nasihat tersebut?

    A. adik B. kakak C. ayah D. ibu

    37. Apakah perkara yang boleh melalaikan seseorang daripada mengejar cita citanya?

    A. selalu ke pasar raya C. menyertai ekspedisi mendaki gunung

    B. leka dengan keseronokan D. menjadi anak kesayangan keluarga

    38. Perkataan kental dalam petikan sama maksudnya dengan

    A. sihat B. padat C. jelas D. kuat

    39. Apakah yang diperlukan untuk mengangkat diri ke mercu kejayaan?

    A. duit B. ilmu C. bunga D. lembing

    40. Semua penyataan berikut tidak benar kecuali

    A. nasihat tersebut disampaikan oleh ibu kepada anaknya

    B. kehidupan akan cemerlang jika kita sering berhibur

    C. kehidupan akan cemerlang jika kita mempunyai ilmu