soalan untuk aktiviti temu ramah

Upload: hei-yii-tiong

Post on 09-Feb-2018

325 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Soalan Untuk Aktiviti Temu Ramah

    1/3

    AKTIVITI 2: TEMUBUAL TIGA GENERASI (T1A2)

    Aktiviti ini adalah kesinambungan kepada Aktiviti 1. Dalam Aktiviti ini, anda perlu

    menemubual SATUorang daripada SETIAP kumpulan generasi berikut:

    Kumpulan 1 : mereka yang berumur 55 tahun ke atas Kumpulan 2 : mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun Kumpulan 3 : mereka yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun

    Panduan temubual:

    1. Setiap temubual dihadkan kepada 3-7 minit sahaja.2. Temubual boleh dirakam secara audio atau video.3. Maklumat peribadi mereka yang ditemubual terutama umur mesti dinyatakan.4. Maklumat utama yang perlu diperolehi daripada setiap kumpulan:

    4a. Untuk Kumpulan 1 & 2:

    Bagi diri mereka, apakah tujuan sambutan ini? Penting/tak penting? Bagaimanakah sambutan pada zaman mereka kanak-kanak berbanding dengan

    masa kini?

    Apakah berlaku kemerosotan/kehakisan nilai dan/atau amalan-amalan semasasambutan tersebut? Perlukah/sesuaikah nilai/amalan ini dikekalkan?

    4b. Untuk Kumpulan 3:

    Bagi diri mereka, apakah tujuan sambutan ini? Penting/tak penting? Perlukah amalan-amalan atau nilai-nilai tradisi sambutan diteruskan?

    ( Contohnya: Sambutan makan bersama sekeluarga malam sebelum Hari Raya

    Cina? Amalan menziarahi kaum keluarga terutama mereka yang lebih tua

    semasa perayaan Hari Raya?

    5. Lain-lain maklumat yang anda fikirkan perlu.

    Laporan Temubual:

    Temubual perlu ditranskripsikan dan satu rumusan menyeluruh dibuat berdasarkan kepada

    maklumat yang diperolehi. Upload laporan; transkripsi perbualan, rakaman (audio/video)

    pada Assignment Page di portal EPIC.

    Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan & rakaman Aktiviti 2 sebelum ataupada 15 Januari 2013. Namakan faillaporan anda sebagai T1A

  • 7/22/2019 Soalan Untuk Aktiviti Temu Ramah

    2/3

    Langkah-langkah menjalankan temu ramah.

    Pendahuluan

    Pada bahagian ini, orang yang menemu ramah akan

    memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau ucapan

    aluan. Selepas itu penemu ramah akan menyatakan tajuk

    temu ramah. Kemudian orang yang bakal ditemu ramah

    akan diperkenalkan.

    Soalan-soalan yang dikemukakan bagi

    Kumpulan 1 : mereka yang berumur 55 tahun ke atas Kumpulan 2 : mereka yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun

    Pendahuluan :

    Wartawan : selamat pagi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepadaen/pn ___________ yang sudi menerima temu bual yang diadakan pada

    pagi yang indah ini. ( Memperkenalkan maklumat peribadi yang ditemu

    ramah). Tujuan temu ramah yang diadakan adalah untuk berbincang

    tentang perayaan hari korban .

    Soalan-soalan yang perlu dikemukakan ( isi temu ramah)

    1. Hari korban merupakan perayaan yang kedua penting bagi penganutIslam. Jadi , apakah tujuan sambutan perayaan ini diadakan?

    2. Sebelum menjelang perayaan hari korban, apakah persediaan perlu dibuatuntuk menyambut perayaan yang bermakna ini?3. Adakah perayaan ini memainkan peranan yang penting kepada penganutIslam? Jadi , dari segi pandangan en/ pn._____ , adakah perayaan ini

    sangat bermakna kepada en,pn______?

    4. Bagaimanakah sambutan perayaan en/pn ____ pada zaman kanak-kanakberbanding dengan masa kini?

    5. Pada pandaangan en/pn ______, mengapakah berlaku kemerosotan/kehakisan nilai dan/atau amalan-amalan semasa sambutan tersebut?

    Perlukah/sesuaikah nilai/amalan ini dikekalkan?

  • 7/22/2019 Soalan Untuk Aktiviti Temu Ramah

    3/3

    6. Apakah nasihat dan cadangan supaya generasi muda kita memahami danmengekalkan amalan-amalan sambutan ini?

    7. Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk, jadi adakah sambutanperayaan ini dapat memupuk semangat bermuafakatan dapat disemaidalam masyarakat kita?

    Penutup

    Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat ulasan

    tentang temu ramah tersebut dan mengucapkan terima

    kasih kepada orang yang telah ditemu ramah tadi.

    Kumpulan 3 : mereka yang berumur 7 tahun hingga 18 tahunIsi temu bual Untuk Kumpulan 3: soalan-soalan yang perlu dikemukakan.

    Pendahuluan :

    1. Memperkenalkan latar belakang orang yang ditemu ramah. Mengucapkan tujuan temuramah tersebut kepada orang yang ditemu ramah.

    Isi-isi temu ramah

    2. Perayaan hari korban merupakan perayaan keagamaan. Jadi , bolehkah adikmenyatakan tujuan sambutan perayaan ini diadakan.

    3. Adakah perayaan ini bermakna / tidak bermakna kepada adik? Mengapa?4. Setelah menyambut perayaan ini, apakah amalan-amalan atau nilai-nilai tradisi akan

    dipelajari melalui perayaan ini?

    5. Adakah nilai-nilai tradisi perlu dikekalkan dan diamalkan dalam kehidupan hariankita? ( seperti pengorbanan binatang)Penutup

    Pada bahagian penutup, penemu ramah membuat ulasan tentang

    temu ramah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada

    orang yang telah ditemu ramah tadi.